Umno/BN sepatutnya sedar dan insaf bahawa zaman sekarang rakyat Malaysia tidak lagi boleh disogok dengan wang, hadiah dan janji kosong kerana rakyat di negara ini sudah tidak lagi menghiraukan budaya sogokan oleh Umno/BN. Kegagalan Umno/BN dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan penambahan majoriti yang besar kepada Pakatan Rakyat jelas bahawa rakyat di kedua-dua kawasan tersebut menolak politik sogokan yang dibawa oleh Umno/BN.
"Mereka kini sudah kehabisan cara untuk menawan Dun di bawah parti Pakatan Rakyat, malah kemelut dalaman politik mereka semakin jelas dan Timbalan Presiden Umno turut mengakui bahawa Umno memerlukan dua tahun untuk memulihkan parti mereka. Nampaknya parti Umno sekarang bagaikan Penagih Dadah yang dipulihkan di pusat serenti yang memakan masa dua tahun, itupun masih lagi gagal,"
Saya juga berharap Umno/BN dapat menghentikan tumpuan untuk merampas negeri di bawah Pakatan Rakyat, sebaliknya menumpukan perhatian memulihkan Umno yang kian nazak sekarang ini.
Saya juga sekali lagi menegaskan bahawa kenaikan Najib sebagai Perdana Menteri pada masa sekarang dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong amat bertepatan kerana ia akan menyenangkan Pakatan Rakyat untuk menjelaskan kepada rakyat jelata tentang kepincangan peribadi beliau yang sampai sekarang masih lagi disangsikan oleh seluruh dunia terhadap tragedi pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Saariibuu.
"Saya berharap Dato' Seri Najib dapat mengambil tindakan membersihkan nama beliau dan negara ini dengan mengambil tindakan terhadap beberapa akhbar luar negara yang melibatkan beliau dengan beberapa kes,"
Tindakan Umno yang menyatakan bahawa sokongan kaum Cina terhadap PAS di Bukit Gantang menyebabkan kekalahan mereka jelas menggambarkan Umno sudah tidak diterima oleh masyarakat umum negara ini.
Politik perkauman sempit yang diamalkan oleh parti-parti BN sudah ketinggal zaman, malah pendekatan Pakatan Rakyat seperti PAS yang menerima sokongan bukan Islam telah menaikkan martabat PAS di mata masyarakat bukan Islam dan seterusnya mereka menyokong perjuangan PAS walaupun berlandaskan al-Quran dan Hadis.
"Kenapa baru sekarang timbul PAS mendapat sokongan lebih 80 peratus sokongan pengundi Cina, sedangkan kita tidak pernah membangkitkan hal ini ketika mereka menang dulu, kita tak marah pada mereka, mereka kini telah mengatakan Melayu dalam darurat pulak bila kita dapat sokongan kaum Cina dan India, masa mereka dulu Melayu tidak dalam darurat, inilah fahaman politik perkauman sempit yang diamalkan oleh Umno,"Menyentuh tentang cadangan supaya Dun Perak dibubarkan bagi memberi hak mutlak kepada rakyat memilih kerajaan, ia sepatutnya diadakan secepat mungkin dan pimpinan Umno/BN boleh mengadap Sultan Perak untuk memberi cadangan tersebut. Ini adalah kerana rakyat sudah menunjukkan siapa yang sepatutnya mentadbir Perak dengan kemenangan majoriti besar di Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini. Dato' seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang mendapat majoriti 2789 undi jelas menggambarkan penolakan budaya Umno/BN yang merampas kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada PRU ke-12 dulu.
"Kita tidak halang BN untuk menawan kembali Perak tetapi ia mestilah melalui jalan demokrasi iaitu dengan mengadakan pilihan raya kecil bagi negeri tersebut dan kita lihat di antara BN dan Pakatan Rakyat,yang manakah akan menjadi pilihan rakyat Perak,"
Teori RAHMAN bagi enam Perdana Menteri Malaysia kini akan berakhir dengan naiknya Najib sebagai Perdana Menteri ke-6 kerana ia bermaksud, Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak, Hussin Onn, Mahathir Muhammad, Abdullah dan kini Najib.
"Kita bukannya percaya teori ini, tetapi inilah yang berlaku sampai sekarang, nampaknya Najib adalah Perdana Menteri terakhir dari BN, lepas ni ia akan diterajui pulak oleh Pakatan Rakyat,"
No comments:
Post a Comment