Wednesday, April 1, 2009

Keyakinan rakyat tidak pulih walau Mahathir sertai Umno

Pemimpin Umno mencanangkan kononnya keyakinan rakyat kepada telah pulih dengan penyertaan semula bekas Presiden parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Hakikatnya rakyat masih belum menunjukkan reaksi samada yakin atau sebaliknya kepada Umno meskipun dengan kemasukan semula Mahathir ke dalam Umno

Malah dakwaan pemimpin Umno itu hanya menggambarkan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak yang baru tidak mampu mengubah parti itu dengan imej yang dimilikinya.

"Daripada beberapa ulasan akhbar termasuk Naib Presiden Umno, Dato' Dr Ahmad Zahid Hamidi kata kononnya kemasukan Tun Mahathir tingkatkan keyakinan rakyat.

Presiden yang baru, Dato' Seri Najib Tun Razak pula menggunakan petunjuk ini untuk memulihkan keyakinan rakyat

Ini menunjukkan kepimpinan Najib sangat lemah hingga terpaksa bergantung kepada imej Tun Mahathir yang masuk kononnya untuk menyatukan Umno.

"Bagi saya bagaimana beliau (Najib) selaku pemimpin utama Umno bergantung kepada kepimpinan lain, jika Tun meninggal dunia apa akan jadi kepada saf kepimpiann Najib?,"

"Soal penyatuan dalam Umno, jangan dilihat perpecahan Melayu boleh selesai dengan kemasukan Tun, dan apakah faktor penarik yang ada kepada Umno hanya kerana Tun?,"

Jika inilah keadaannya , maknanya kepimpinan Umno yang ada hari ini terlalu lemah, dan tiada kekuatan untuk memimpin negara.

Walhal politik Mahathir sudah tidak relevan lagi kepada generasi hari ini, walaupun tidak dinafikan beliau hormat kepada wibawa bekas Perdana Menteri itu sebelum ini.


4 comments:

Anonymous said...

Salam,

Bagi sy, dr penulisan hanya YB la orang yang berwibawa dan releven sepanjang masa.

nyok sawit said...

madet ibarat tak dak untung keluaq sehelai sepinggang...masuk sehelai sepingang...orgt UMM UMM noo yg buta hati ja rasa dia dpt menyatukan UMM UMM nooo

Anonymous said...

Salam ,

Biar la Tun jahanamkan UMNO dari dalam semula, berita baik buat PR.
Kalau Tun hebat sangat, naper anak dia kalah KP UMNO.
Kata Pak Lah "Flip-flop", Tun pun sama dengan Pak Lah...
Talkin untuk UMNO makin dekat, kita sedekahkan alfatihah buat mendiang UMNO.....

TALKINBUATUMNO.

Anonymous said...

PAS telah menjual agama Islam untuk dipijak oleh org kapir.
Kita tengok la apa yang PAS boleh buat utk Islam atau apa yang PAS akan buat utk org bukan islam.
Yang nyata..bukan sedikit 'terima kaseh' yg harus PAS 'bayar' kepada org bukan Islam dan kepada org islam hanya terus ditipu konon dijanjikan syurga kerana memilih PAS..dan kafir neraka utk yg menolak PAS.
kita tengok je la nanti..
Menang sorak agama tergadai..pun tak juga org Islam yg berkuasa.

Hudud yang dikokokkan dek PAS dah semakin tenggelam..yang pasti PAS akan menyokong lagi projek babi bagi tambah besar sebagai tanda terima kaseh kepada DAP.