Tuesday, December 22, 2009

Panggil segera Sidang Khas Parlimen bincang kehilangan enjin pesawat F-5E

Saya mencadangkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memanggil sidang khas Parlimen untuk membincangkan kes kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

Saya akan menulis surat meminta Najib memanggil suatu sidang khas Parlimen bagi membolehkan usul pembentukan sebuah jawatankuasa siasatan peringkat parlimen dibincangkan.

"Jawatankuasa yang dibentuk nanti akan bertanggungjawab menyiasat kes kehilangan enjin dan juga menyiasat segenap sudut termasuklah tahap keselamatan di semua kem-kem tentera khususnya di kem TUDM.

"Jawatankuasa ini mestilah dibenarkan menyoal siasat sesiapa sahaja yang terlibat dengan kes ini, termasuklah bekas Menteri Pertahanan dan bekas Panglima TUDM yang bertanggungjawab ketika kes itu berlaku,"

Untuk membuktikan ketelusan jawatankuasa yang dibentuk, laporan siasatan nanti hendaklah dikemukakan kepada Parlimen dalam bentuk kertas putih dan tidak disembunyikan daripada pengetahuan umum.

Sementara itu, saya meragui persediaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjaga keselamatan negara berikutan terjadinya kes-kes pencerobohan di kem-kem tentera sebelum ini.

"Tahap keselamatan negara amat diragui memandangkan sudah beberapa kali berlakunya insiden yang mengancam keselamatan negara melibatkan kem-kem tentera seperti kes Al-Maunah dan kebakaran berulang kapal pengangkut milik TLDM.

“Jika enjin pun boleh hilang, tidak mustahil suatu hari nanti jet Sukoi pula dilarikan pihak tertentu. Ini menunjukkan tahap keselamatan negara terdedah kepada ancaman pihak luar,”

Saya juga menyarankan kepada Kementerian Pertahanan supaya lebih peka dan bertanggungjawab menjaga dalam aspek-aspek keselamatan negara agar tidak diperlekeh pihak tertentu.

“Pada masa kita mahu memantapkan aspek pertahanan dengan penggunaan kapal selam, kita tidak boleh lagi memandang ringan isu-isu kecil seperti kem diceroboh dan aset-aset keselamatan negara dicuri,”

6 comments:

Musafir Kelana said...

memang gila..bukan 50 sen, 50 juta tu.....hilang begitu sahaja..
siasat hingga ke lubang cacing....

Rhino Rin said...

Telinga pun boleh hilang .. kalau tidak terlekat di kepala.

hilbert said...

Salam YB Datuk Mahfuz,

...jangan kan enjin pesawat yang boleh hilang, ahli2 parlimen Pakatan Pembangkang(PAS,DAP,PKR) serta anggota Parlimen BN juga boleh hilang masa pengundian Bajet 2010 14.12.2009 lalu...

...bagus juga adakan segera sidang parlimen untuk membincangkan perkara ini...penting untuk rakyat.

orang utara.. said...

Nak tergelak la YB, Kat KL lani..org-org pas bila disebut 'bermahfuz' maksudnya 'bergambar',depa kata mcam tu sebab depa kata yb suka sgt layan dan ditemuramah wartawan,tambah2 lagi wartawan tu ambil gambar yb..betol ka macam tu YB..

Unknown said...

semua kes nak salahkan umno!
pegawai tenteras tu org pas mana hang tau!
kalau mcm tu senang la, orang kata anak yb masuk jel betui ka?
kalu betui awat tak salahkan umno plak?



http://panggungopera.blogspot.com/2009/12/mahfuz-mahfiz-dan-tian-chua-jaga-mulut.html

Terbaca dalam Sinar Harian tadi,




Mahfuz, hang tak perlu jaga tepi kain UMNO lah!
ikut suka UMNO la nak beri keutamaan kepada Pengerusi BN ka, Ketua Menteri ka!
dah tu nak jadi batu api kata UMNO cetus isu perkauman!
hang la sebenarnya yg pencetus isu perkauman mahfuz! melebih2-lebih!




dah 35 tahun UMNO tunjukkan sikap tak rasistnya dengan bertolak ansur dgn Gerakan
bagi jadi Ketua Menteri!
bila UMNO mintak nak jadi Pengerusi BN awat yang hang melalak lebih plak!
dulu masa UMNO x minta jawatan KM pun hang melalak srupa tu jugak!
hang tau dak rasional UMNO mintak jwtn Pengerusi BN ni!
ingat saja2 gila kuasa mcm nizar tu ka? jangan duk melebih plak!
Hahaha.. Mahfuz mahfuz, kesian kat hang, hang pi la tengok kronisme anak menantu yg dibenarkan Islam di klate tu! pi tgk ketua penerangan pemuda pas hang yg bertitle doctor tp kawin pun kawin koboi ja!

Anonymous said...

marilah kita cari kebenaran di sebalik sesuatu isu, yang mana betul kita sokong, ada paham! jangalah taksub pada pemimpin atau parti. PAS pun majoritinya melayu, PKR pun majoritinya melayu, UMNO pun majoritinya melayu. Semua pertahankan hak melayu. Cuma sekarang kita pakat-pakat pilih yang paling bersungguh-sungguh perjuangkan islam dan hak orang melayu dan paling kurang menipu rakyat. ada paham ka?