Monday, September 14, 2009

Ucapan terima kasih kepada Dr M

Saya mengucapkan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mengingatkan Pakatan Rakyat bahawa kemenangan yang akan diperolehi tidak akan kekal jika prestasinya lemah.

juga mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir yang memotivasikan lagi rakyat yang cintakan demokrasi dan kedaulatan undang-undang apabila bekas Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menyatakan Umno dan BN mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang ditolak rakyat negara itu.

"Dr Mahathir kata, BN hanya boleh diselamatkan oleh prestasi lemah pembangkang.

"Apa yang beliau nyatakan itu merupakan peringatan yang sangat berguna kepada Pakatan. Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tun,"

Saya ingin menggesa para pemimpin Pakatan mengingati kembali kenyataan Dr Mahathir November lalu di mana bekas Perdana Menteri menyatakan bahawa parti-parti lawan BN sedang memberikan 'preview' jenis pemerintahan yang akan didirikan.

"Kita bertanggungjawab memberikan 'preview' yang menyenangkan hati rakyat dan bukan 'preview' yang menyebabkan mereka meluat untuk melihatnya,"

Walaupun Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menunjukkan contoh yang baik dengan kehidupan sederhananya, kata beliau, ia tidak akan memberikan apa-apa makna jika tidak diikuti dengan bersungguh-sungguh oleh para pemimpin yang lain.

Saya ingin menyeru kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR dan para pemimpin PR memastikan diri mereka bersih dari gejala-gejala yang melanda Umno yang dinyatakan oleh Dr Mahathir.

"Ketika (Presiden MIC, Datuk Seri S) Samy Vellu semalam menyatakan orang-orang India menyampah dengan BN, para pemimpin PR mestilah sedar bahawa bukan orang-orang India sahaja yang menyampah dengan BN malah sukar dinafikan bahawa majoriti rakyat negara ini menyampah dengan BN.

"Oleh itu, jika para pemimpin PR dilihat tidak berbeza dengan para pemimpin BN, rakyat akhirnya akan menyampah dengan PR,"

2 comments:

Mrkolumpo said...

syabas saya ucapkan pada abang...
saya sokong dan salute abg n the gang..terus bongkarkan segala rahsia mereka...kalau ada facebook mintak tolong add saya...

Anonymous said...

Semasa berucap dimalam menyambut kemenangan PAS di Ptg Pasir YB berkata YB meminta maaf kpd kawan baik YB, Zahid Hamidi kerana BN tewas dlm pilihanraya kecil tersebut,mengapa pula harus minta maaf kat pemimpin UMNO?ramai yg komplen bila YB berkata begitu termasuk seorang ADUN DAP yg ada sama dlm majlis tersebut,orang bawah berperang dgn UMNO YB pula boleh berkawan baik dgn pemimpin mereka..