Saya ingin mencadangkan agar ia juga dimansuhkan dalam semua pilihan raya yang akan diadakan selepas ini.
"Apa yang berlaku sebelum ini, setiap pengundi pos perlu memasukkan kertas undi dan borang pengisytiharan itu ke dalam sampul surat undi pos, sebelum memasukkannya ke dalam beg undi.
"Apabila sampul surat itu diperiksa, borang perakuan itu akan jelas menunjukkan identiti pengundi dan calon yang mereka undi yang mengakibatkan tidak ada lagi kerahsiaan pengundian yang menjadi prinsip asas dalam proses demokrasi.
"Apabila tidak ada kerahsiaan, ia pasti mengakibatkan seseorang pengundi pos tidak berani mengundi calon lain selain dari yang diarahkan supaya diundi,"Dalam satu pertemuan antara wakil-wakil PAS dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini, pengerusinya ketika itu pernah berjanji untuk mempertimbangkan pemansuhan borang itu. "Bagaimanapun, tidak ada apa-apa yang berlaku selepas itu,"
PAS juga akan menuntut supaya wakil dari calon PAS bukan sahaja dibenar menyaksikan proses pengundian, malah dibenarkan bersama-sama mengawal peti undi pos sebelum dikira.
"Kita akan berusaha habis-habisan untuk memastikan petugas-petugas yang mewakili calon PAS sama ada dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang dan pilihan raya lain yang akan diadakan kelak diberi hak demokratik mereka untuk menyaksikan proses pengundian, mengiringi perjalanan kotak undi pos serta bersama-sama mengawalnya sepanjang tempoh sebelum dikira.
"Kesemua itu sangat penting dan perlu bagi memastikan perjalanan pilihan raya yang bersih, telus dan adil,"Saya yakin, pihak SPR dan semua pihak yang terlibat dengan perjalanan pilihan raya akan menyokong tuntutan PAS itu bagi membuktikan kepada rakyat negara ini dan seluruh dunia bahawa pilihan raya dijalankan dengan bersih, telus dan adil.
No comments:
Post a Comment