"Sebelum ini, ketika orang kenamaan dan orang terkenal Umno begitu yakin Dr Mahathir tidak diperlukan untuk kepentingan diri dan cita-cita mereka, tentulah mereka tidak memberikan apa-apa reaksi.
"Hari ini, mungkin mereka mula merasakan sebaliknya. Sebab itulah mereka berebut-rebut hendak mengambil hati bekas presiden mereka tu,"Apabila mereka yakin bahawa kuasa mereka begitu kuat dan tidak boleh digugat, rakyat tidak pula mendengar riuh-rendah orang kenamaan dan orang terkenal Umno tentang kepentingan Melayu. "Malah mereka berpakat mengubah kawasan pilihan raya supaya kawasan-kawasan majoriti Melayu dikurangkan semaksima yang boleh,"
Bila kawasan-kawasan yang mereka kuasai pula yang akhirnya direntap dengan begitu banyak oleh kuasa rakyat dalam pilihan raya umum lalu, tiba-tiba sahaja rakyat mendengar riuh-rendah "kononnya membela kepentingan dan masa hadapan orang-orang Melayu".
"Sedangkan hakikatnya, riuh-rendah mereka itu bukan disebabkan oleh kepentingan dan masa hadapan orang-orang Melayu tetapi disebabkan kepentingan dan masa hadapan mereka sendiri.
"Orang kenamaan dan orang terkenal Umno itu tahu, hanya dengan mengapi-apikan semangat perkauman sempit yang menjejaskan keselamatan negara sahaja yang menjadi satu-satunya cara untuk menyelamatkan kuasa di tangan mereka.Di mana suara pembelaan tokoh-tokoh seperti Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin serta orang kenamaan dan orang terkenal Umno lain ketika Dr Mahathir dihina oleh orang-orang Umno sendiri dahulu.
"Sebahagian besar yang bercakap membela Dr Mahathir sekarang, apabila seorang perwakilan perhimpunan MIC mencadangkan supaya dikalungkan selipar pada gambarnya, tidak bersuara sedikit pun membela bekas presiden mereka ketika begitu ramai ahli Umno menghentamnya dahulu,"
Saya juga tidak pelik jika Dr Mahathir tidak sedih atau marah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambar beliau dikalung selipar sebaliknya beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada ahli Umno sendiri seperti yang pernah berlaku.
Bukan sesuatu yang pelik, jika ahli parti lain mengecam Dr Mahathir tetapi amat memeranjatkan jika ahli-ahli Umno yang dahulunya dituduh menjadi penjilat beliau tiba-tiba menjadi orang yang paling garang mengecam dan menghentam beliau semata-mata kerana beliau dianggap tidak layak menegur setelah tidak ada kuasa.
"Ia sama seperti kita tidak merasa pelik dan terperanjat jika dilaporkan bahawa orang-orang bukan Islam menghina Islam seperti laporan yang mendakwa (Presiden MIC, Datuk Seri S) Samy Vellu yang menempelak dengan pertanyaan "Apa, Quran boleh bikin lebuhraya ka?"
"Tetapi kita amat pelik dan sedih jika seorang yang beragama Islam seperti Najib menghina Islam apabila memberitahu wartawan bahawa "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan" seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan pada pada 20 April 1983 lalu.
"Apa yang hendak dihairankan jika perwakilan perhimpunan MIC mahu mengalungkan selipar pada gambar Dr Mahathir, jika al-Quran pun didakwa telah dihina sebegitu rupa oleh presiden mereka,"Tidak kedengaran suara orang kenamaan dan orang terkenal Umno membela al-Quran ketika Samy Vellu dilaporkan berkata demikian.
"Kalau al-Quran pun tidak dibela, apa lagi Dr Mahathir walaupun beliau dihina.
"Jangankan hendak membela Dr Mahathir, malah seolah-olah merestui pula apabila beliau dihina dengan kata-kata iblis dan beruk oleh pembesar-pembesar Umno sendiri dan disifatkan celupar apabila menegur Umno semata-mata kerana beliau sudah tidak ada kuasa lagi,"
3 comments:
Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Bercuti dari kami di IMCurtain.com. Maaf Zahir dan Batin!
p/s: Kami ingin mengajak para blogger semua untuk menyertai komuniti blogger kami di IMCurtain.com
Salam Lebaran YB,
...hmmm biasalah tu YB, manusialah katakan...kalau tidak begitu bukan manusia lah namanya.
Dalam PAS pun apa kurangnya 2X5 malah lebih teruk lagi, kata nak memperjuangkan Islam tapi bila dah bersekongkol dengan DAP semua dasar perjuangan PAS melencong entah kemana.
DAP kata itu tak boleh, ini tak boleh semua PAS ikut...mana boleh macam itu YB...rakyat memerhati tau YB, rakyat macam saya ini ingat semua apa itu dasar perjuangan sesebuah parti itu, takkanlah sampai sanggup nak menggadaikan maruah agama hanya kerana kepentingan politik... hmmm.
Walau apa-apapun YB, saya nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Puasa atau Aidilfitri kepada YB serta keluarga, kepada rakyat kawasan YB di Pokok Sena, rakyat Kedah seluruhnya yang beragama Islam.
Bila memandu kenderaan diatas jalanraya harap berhati-hati, semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing dan semoga akan selamat kembali semula... Salam Aidilfitri, ...Maaf Zahir & Batin.
Salam.
Saya pemuda Pokok Sena yang berada diperantauan. Maaf cakap, saya nampak PAS ni semuanya nak dipolitikkan. Semua nak di isukan. Sekarang dah dapat perintah Kedah, dah ada amanah dan tanggungjawab baru tahu macam mana langit itu tinggi ke rendah. Tolong la jengok2 kawasan.
Pasal isu, Tun Dr. M, tak perlu la YB nak komen. Atleast Dr. M ada kejayaan dan jasa untuk dikenang. Saya sebagai anak Kedah berbangga ada pemimpin spt Dr M dari kedah.
Post a Comment