Friday, September 4, 2009

Bonus: PAS cadang kerajaan bayar satu setengah bulan

PAS menyokong penuh tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) kepada kerajaan untuk membayar sekurang-kurangnya setengah bulan bonus sebelum Hari Raya dan setengah lagi pada akhir tahun ini.

Pemberian bonus sebelum Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 20 September ini amat wajar kerana penjawat awam semakin terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak yang ramai.

"PAS melihat kakitangan awam sekarang ni cukup terbeban dengan kos sara hidup terutamanya dengan kenaikan harga barang yang berlaku sekarang. Jadi pemberian bonus itu dapat meringankan beban mereka untuk menyambut hari raya nanti,"

PAS mencadangkan kerajaan memberikan bonus kepada penjawat awam sekurang-kurangnya satu setengah bulan gaji sebelum Aiilfitri bagi meringankan beban mereka.

"PAS cadang kerajaan bagi bonus minimum satu setengah bulan gaji supaya mereka dapat buat persiapan raya,"


4 comments:

arul_daniel_shah said...

saya sokong dengan cadangan yang diusulkan..
ini dapat menangani bebanan rakyat..
lagi-lagi dengan keadaan ekonomi sekarang..

Tabib Haji Norjae said...

Salam perkenalan buat Tuan rumah. Apakhabar ? Semoga kita mendapat lebih barakah di bulan Ramadan ini. :)

Anonymous said...

Sokong 100%,
Yb kenapa tidak mncadangkan juga kadar faedah perumahan kerajaan juga diturunkan utk tempoh ekonomi meleset ini,dilihat bank pun dah turun dibawah paras gov interest. Cadang 2% atau ditiadakan langsung.

kontang_kanting said...

aiiik..
bonus xtolak plak......bnda lain mati2 tolak,alahai YB ku...