Friday, April 10, 2009

Perangi sentimen perkauman Umno

Umno kini mengapi-apikan sentimen perkauman dan mendakwa kononnya orang-orang Melayu kini menghadapi darurat berikutan kemenangan PAS di Bukit Gantang.

Sokongan hampir 90 peratus pengundi Cina Bukit Gantang kepada calon PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendorong Umno menaburkan kempen fitnah secara bisik-bisik bahawa orang-orang Cina mahu membunuh kuasa Melayu

Semua itu itu adalah gimik murahan. Apabila Umno kalah atau bermasalah, mereka akan mengapi-apikan sentimen perkauman seperti yang berlaku beberapa kali sebelum ini seperti pada tahun 1969 dan 1987.

"Siapa yang mencetuskan tragedi berdarah 1969 kerana gila kuasa dan tak sabar nak berkuasa? Siapa pewarisnya?

"Satu-satunya nyawa dan taruhan Umno untuk terus hidup ialah isu perkauman. Jika kita tidak bertindak cepat untuk memerangi api perkauman yang kini sedang dinyalakan bersungguh-sungguh oleh Umno, apa jua kemungkinan tidak boleh ditolak,"

"Umno dan BN bukan sahaja takut kalah, malah lebih dari itu, mereka takut sokongan akan semakin berkurangan dan semaskin banyak kerusi yang akan hilang dari BN.

"Itu sahaja sebabnya mengapa mereka lari sana-sini tidak tentu arah seperti dikejar malaikal-maut apabila diminta membubarkan DUN Perak,"

"Kemenangan PAS di Bukit Gantang menyerlahkan sikap sebenar Umno yang begitu takut untuk menghadapi pembubaran DUN Perak.

"Umno sudah menjangkakan dari awal lagi bahawa mereka akan kalah lebih teruk lagi jika DUN dibubarkan, seperti yang berlaku di Bukit Gantang,"

3 comments:

asalbayu said...

Saya diserang strok/angin ahmar pada 17.9.2009. Setelah mengambil makanan kesihatan anugerah Allah meskipun datang dari sekutu Israel United State selain bersenam, Alhamdulillah saya semakin pulih.

Namun di sini bukan saya nak cerita tentang strok. Sebaliknya ialah berkenaan 2 individu bukan Islam berketurunan Cina (saya tak suka guna istilah 'bangsa' kerana ia menggambarkan perkauman).

Individu pertama ialah pengedar makanan kesihatan bernama Mr Ang Teik Chi yang tahu mengenai kaedah-kaedah mengurut dan ada orang memanggilnya Doktor.

Mr Ang pernah mengurut saya dengan dimulakan dengan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim. Sebelum itu beliau 'menjampi' minyak kelapa yang digunakan untuk mengurut itu dengan Surah Al-Fatihah dari mula sampai tamat. Dia juga begitu lancar mengungkapkan ucapan insya Allah saya akan pulih dengan kehendak Allah.

Individu kedua ialah pengedar penapis air yang saya sekeluarga mengenalinya sebagai Mr Ong. Bila dia melihat saya yang sebelumnya lumpuh sebahagian badan sudah boleh berjalan serta memandu motokar dia mengungkapkan Alhamdulillah.

Ada beberapa orang kawan memberi komen bahawa hal itu tak betul tapi bila saya tanya di mana silapnya tak ada yang boleh beri penjelasan. Lalu saya katakan bahawa MR Ang dan Mr Ong juga hamba Allah mereka diam.

Pada 9.3.2009 seorang saudara baru, Lim Jooi Soon menyamapikan ceramah di Alor Setara dalam satu acara Wacana Minda.

Saya kagum dengan pendekatan yang beliau gunakan untuk berdakwah dan mempunyai pengetahuan terhadap kandungan kitab-kitab Injil, al-Quran dan kitab ugama Hindu. Beliau merupakan saudara baru pertama yang menganut Islam dengan mengekalkan nama Cina setelah berdebat selama 5 tahun dengan mufti berhubung dengan perkara tersebut. Kita doakan beliau mencapai banyak kejayaan dalam usaha dakwahnya.

YB Nga Kor Ming bukanlah orang pertama tidak disenangi bila menggunakan ayat-ayat suci ketika berceramah
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng yang mengatakan dia akan mentadbir mengikut acuan Khalifah Omar Abdul Aziz pernah dituduh sebagai biadap.
Mengapa hal begini berlaku?
Ya... tentulah tidak lain kerana kedua-duanya dari DAP! Oleh yang demikian, YB Karpal Singh dan YB Lim Kit Siang juga patut berfikiran terbuka dalam hal ini. Mungkin YB Drs Khalil Idham dan beberapa orang lagi patut berbuat sesuatu dan ada baiknya direnungkan bahawa sebilangan pengarah filem Melayu di zaman awal (kebanyakan berketurunan India) dahulu bukan beragama Islam, tetapi mereka telah menghasilkan bukan sedikit filem-filem berbau Islam.

Karisma59 said...

asalbayu...nampaknya anda telah jauh ke hadapan...hari ini kan bulan April 2009 ???, Apapepun sesamalah kita bermaafan, kerana itu amalan mulia sesama umat Muhammad...

Kpd YB Mahfuz,

Syabas diucapkan atas langkah yang dibuat ini...Harap PR tidak akan terperangkap dengan strategi UMNO/BN yang jelas amat tergugat dan kepanasan apabila melihat rakan-rakan dari PAS-DAP-PKR dari berbagai keturunan dan berbeza fahaman agama mampu bekerjasama rapat dan lebih baik dari mereka. Amatlah jelas kepada pengundi, bahawa hasrat mereka untuk memecahkan gabungan PR untuk memberi dan mengembalikan 'advantage' yang mereka perolehi selama ini. Biarkanlah mereka memainkan isu racism / perkauman selagi mana yang mereka hendak, kerena isu itulah akan menguburkan mereka dlm PR akan datang.
Insyaallah, jika gabungan PR ini berkekalan hingga PRU 13, BN/UMNO sudah pasti akan makin tergugat, kerana rakyat telah dapat menilai siapakan sebenarnya yang lebih baik !!.

Tahniah PAS & PR atas kejayaan mempertahankan 2 bukit !!.

asalbayu said...

Maaf Karisma, tarikh tu sebenarnya 17.9.1999. Sekali lagi maaf.