Kabinet Najib memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.
"Tidak ada ibu bapa yang mahu terpisah walau dalam apa jua cara dengan anak-anak mereka. Berpisah agama tentulah lebih menakutkan lagi.
"Sebab itulah keputusan kabinet Najib itu membuktikan Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin kasar terhadap rakyat sehingga ke peringkat merampas hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka,"Saya menolak tanggapan bahawa Umno dan BN cuba bersikap demokratik apabila memutuskan anak-anak tersebut dibesarkan dalam agama asal dan membiarkan mereka membuat pilihan agama mereka apabila sudah cukup umur.
"Ia tidak demokratik kerana merampas hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka. Merampas hak rakyat adalah perbuatan paling tercela dan tidak demokratik!"
"Bila orang-orang Islam marah, Umno dan BN berharap orang-orang bukan Islam merasa bahawa mereka terpaksa berada di bawah kerajaan Umno dan BN juga demi kepentingan kepercayaan mereka.
"Perkara itu tidak benar kerana orang-orang bukan Islam juga turut menjadi mangsa keputusan itu,"Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, mesyuarat baru-baru ini turut memutuskan mana-mana pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah.
Katanya, langkah itu selaras dengan pendirian Kabinet bahawa undang-undang syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.
"Kita juga memutuskan bahawa perkahwinan individu yang memeluk Islam yang dibuat menerusi proses sivil tidak akan terbatal secara automatik.
"Ini bagi memastikan tiada mana-mana pihak yang tidak bersalah diperlakukan secara tidak adil dan mengelak pasangan menggunakan alasan memeluk Islam untuk lari daripada tanggungjawab,"
1 comment:
Saya dapat merasakan keputusan kabinet tersebut adalah "umpan" untuk PAS dan juga unity didalam PR. Harap PAS dapat tangganinya dengan bijaksana tanpa 'compromise' dengan ideologi PAS itu sendiri.
Post a Comment