Wednesday, April 8, 2009

Kalah dua bukit, rakyat semenanjung tolak Najib

Pelantikan Najib selaku PM hanyalah lantikan atas dasar kemelut yang berlaku dalam Umno.

Sebaliknya dihati rakyat Najib bukanlah pilihan yang ditunggu kerana imej negatif membayangi pelantikan PM keenam itu yang bakal mentadbir dengan nasihat 'first lady' (Datin Seri Rosmah Mansor) yang mencetus kontroversi.

Najib menjadi PM selepas Umno/BN berhadapan dengan kemelut kecemasan setelah kalah besar dalam pilihan raya umum ke-12; pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan Permatang Pauh.

Justeru kelihatan Najib amat khuatir BN di bawah kepimpinannya sukar mendapat kepercayaan baru rakyat bahawa beliau akan mampu mebawa perubahan dengan slogan One Malaysian.

Langkah popular Najib hanya dilihat sebagai langkah terdesak didalam usaha untuk mendapat kepercayaan rakyat dengan mengumumkan tiga perkara ini didalam ucapan rasminya yang pertama yang disiarkan melalui media perdana.


Namun, keikhlasan Najib untuk menyuburkan demokrasi di Malaysia masih disangsikan oleh ramai pihak.

Najib bukan orang baru didalam politik, beliau telah berada dalam kepimpinan Umno/BN sejak lebih dari 30 tahun yang lalu.

Pemikiran, gaya, cara, budaya dan hidup Najib telah digelumangi dengan cara dan etika Umno/BN, akta zalim ISA sebenarnya tetap akan terus menjadi snjata utama jika beliau terdesak nanti.

Pembebasan Harakah dan Suara Keadilan ketika kempen pilihan raya kecil masuk fasa akhir hanya helah besar Najib, sedangkan pada awalnya sekatan adalah untuk menafikan hak kempen dua akhbar ini.

Nah hari ini segala strategi memulihkan imej Najib melalui tiga pilihan raya kecil nyata tidak mendatangkan kesan, dan dariu awal lagi ada benarnya penafian Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa PRK ini bukan referendum rakyat menolak Najib.

Pastinya Muhyiddin dapat merasakan rakyat akan menolak BN di dua bukit, dan akhirnya terpaksa membujat kenyataan bahawa keputusan PRK bukan referendum rakyat.

Jalan politik Najib pastinya berliku, kekalahan di dua kerusi disemenanjung bakal menjadi buah tangan Pakatan Rakyat untuk lebih kerap menyerang Najib atas kegagalan pertama pilihan raya ketika Umno di bawah jagaannya.

Biarpun ramai yang memilih untuk tidak menyatakan ia referendum rakyat tetapi peristiwa dua bukit pada 7 April 2009 pastinya titik gelap permulaan karier Najib selaku Presiden Umno.

Jika benar Najib berani dalam menghadapi kegetiran politik, pastinya cabaran ini agar diadakan pilihan raya kecil negeri Perak jika Nizar menang prk Bukit Gantang, pastinya disahut kelak.

Namun apakah hayat politik Najib lebih singkat berbanding Abdullah, masa akan menentukannya

2 comments:

perfectwater75 said...

Salam Datuk,

Tahniah atas kemenangan PR di dua bukit.

Sudi mampir ke laman blog saya dan beri komen...

tq!

Edin said...

wahai seluruh pucuk pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat! tahniah diucapkan atas kejayaan menumbangkan BN di kedua-dua bukit itu... walaupun kite x mng kt Batang Ai, xpe.... Batang Ai xdop mende langsung!! haha... wahai penduduk sabah n sarawak.. korang x nk ke mengecapi kemajuan mcm rakyat kt semenanjung?? kalu nk undilah PKR/Pas... korang duk undi BN tu merugikan jer... duit yg korang byr cukai tu sumer dibaham oleh najib n the kroni... korang x sedar ke yg BN smakin ditolak di semenanjung? Ade sebabnye rakyat malaysia smakin cenderung untuk memilih Pakatan Rakyat... diorang memerintah dengan telus dan adil... xkn korang x perasan? dulu kt semenanjung ni kuat BN woi.... hmpir sumer dikuasai BN kecuali kelantan... tetapi semakin hari semakin susut penyokong BN... ini sumer sebab diorang dh serik ngan pentadbiran BN yg hanya tau nk isi perut diorang jer... nk kete mewah.... rumah besar... sedangkan rakyat masih ramai lagi yg kebulur... tetapi mereka telah bertekad untuk memilih Pakatan Rakyat pada PRU12 yg lalu... dan apabila pucuk pimpinan dikuasai oleh calon Pakatan Rakyat, hidup mereka semakin damai dari hari ke hari.. Sebab itulah mereka terus memilih Pakatan Rakyat apabila beberapa pilhanraya kecil diadakan seperti di Kuala Terengganu, Permatang Pauh, dan yang terbaru di bukit gantang dan bukit selambau... kalu mereka menyesal ketika PRU12 yg lalu semestinya mereka tidak akan memilih calon Pakatan Rakyat pada pilhanraya-pilihanraya kecil tersebut... Tetapi mereka bersyukur setelah beberapa bulan kawasan mereka diperintah oleh Pakatan Rakyat... malahan bilangan penyokong melayu mahupun cina dan india semakin ramai... mereka telah bertekad untuk meninggalkn BN yg langsung tidak membawa sebarang perubahan kepada mereka... Jadi sedarlah wahai penduduk sabah dan sarawak... kami di semenanjung begitu berharap agar kawasan anda di sana dapat mengecapi kedamaian seperti kami di sini... marilah kita berubah!! marilah kita berEVOLUSI!! fikirlah mengapa kami di sini semakin menolak BN....
FIKIR, FIKIR DAN FIKIR....
TINGGALKAN BARISAN NASIONAL..
SOKONGLAH PAS
SOKONGLAH PKR
SOKONGLAH DAP
HANYA SATU PILIHAN.....
Tiada lagi BN di mata kami...
BN skarang bukan lagi BN yang membawa kemerdekaan negara suatu ketika dahulu.. pemimpin BN skarang bukan lagi pemimpin BN seperti dahulu...
bukan lagi seperti Abdul Rahman, bapa kemerdekaan kami....
Bukan lagi seperti Abdul Razak, bapa pembangunan kami...
bukan lagi seperti seperti Hussein Onn, bapa perpaduan kami....
Tetapi mereka ialah Mahathir, pemfitnah besar... yeng kerakusan kuasa.... kerakusan harta.... Tetapi mereka ialah Najib, Pengamal rasuah, yang kerakusan kuasa, yang kerakusan harta.....
Marilah sama sama menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah difitnah dikala dia hampir menjadi Perdana Menteri.... Yang telah dihina oleh media arus perdana...
bersama mngecapi arus pembangunan seperti kami di semenanjung....
UNDILAH CALON PAKATAN RAKYAT...

kepada penyokong BN,
berubahlah...
BN semakin kami pulau...
Yang terlantar di balik pulau..
UNDILAH PAS. PKR dan DAP SEKELIANNYA....
Fikirlah wahai rakyat sekalian..