Friday, April 3, 2009

Imej rasuah bakal bayangi kepimpinan baru negara

"Saya bimbang dengan beberapa pengakuan beberapa peimpin Umno yang kalah dalam pemilihan Umno yang lalu bahawa wabak rasuah membayangi pemilihan pada akhir Mac lalu,"

Pertamanya pengakuan yang dibuat oleh Dato' Shahrir Samad yang mahu melepaskan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berikutan kekalahan dalam pemilihan baru-baru ini.

Shahrir katanya kecewa dengan sikap perwakilan yang tidak memilih pemimpin berdasarkan rekod khidmat, sebaliknya faktor lain yang dijadikan sandaran.

Begitu juga dengan pengakuan Dato' Seri Dr Rais Yatim yang kecewa barisan kepimpinan yang menang adalah barisan yang mencerminkan suara hati perwakilan dan bukan suara demokrasi ideal.

Kenyataan-kenyataan ini boleh dilihat sebagai kenyataan kecewa dengan apa yang berlaku dalam Umno kali ini, ramai yang menang kerana politik wang dan bukan kerana mahu kepada perubahan.

"Paling dibimbangi barisan yang bakal menjadiu pemimpin negara yang mana akan terbentuk selepas Dato' Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah pada jam 10.00 pagi 3 April adalah barisan yang dikhuatiri mempunyai persepsi rasuah,"

Jika benar pemilihan lalu seperti telahan beberapa anggota Umno yang kalah,maknanya satu malapetaka besar akan berlaku ia adalah satu malapetaka kepada negara.

"Justeru hanya tangan rakyat sahaja yang dapat mengubahnya dengan menyuarakan bantahan di peti-peti undi,"

5 comments:

Anonymous said...

Salam,

Bukan saudara sahaja yang risau barisan kepimpinan kabinet yang akan dibarisi oleh DSNTAR selepas mengangkat sumpah sebagai PM nanti.
Dari tinjauan rambang yang dibuat, 55 % dari sampel 1000 orang yang meragui kepimpinan DSNTAR akan bebas rasuah dan masalah moral,
30 % dari 1000 orang menjawab tidak pasti, dan hanya 15 % yang yakin kepimpinan beliau bebas rasuah dan nepotisme serta masalah moral.
Kalau PM terdahulu (1 hingga 5)yang mengangkat sumpah tanpa ada masalah "kebersihan diri", PM ke 6 mengangkat sumpah dengan keadaan belum suci dari "berhadas besar ".
Adalah amat malang bagi rakyat Malaysia bila PM ke 6, tak sempat mengangkat "hadas besar" terlebih dahulu sebelum dilantik.
Diharapkan Negara Malaysia tidak akan dipulaukan oleh masyarakat antarabangsa dengan terlantiknya PM ke 6 ini.

TALKINBUATUMNO

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

28 September, 2008
HUKUM MENJATUHKAN PEMERINTAH ISLAM

Assalamualaikum. Lama penulis menyepi dari membicarakan mengenai Anwar Ibrahim, tetapi penulis kini kembali dengan membawa hujah yang mengatakan bahawa ANWAR IBRAHIM merupakan seorang mubtadi (Pembuat Bid'ah) apabila ia melakukan perbuatan yang dihukum bid'ah mukaffirah (Bid'ah membawa kepada kekufuran) atau bid'ah mufasikkah (bid'ah yang membawa kefasikan), yang mana kedua-duanya diistilahkan sebagai pengikut hawa nafsu.

Pembuat bid'ah adalah golongan pengacau, penyangak, suka mempecah belahkan jamaah, dan perosak yang suka melakukan tindakan yang merugikan pemerintah Islam.

Disini ku senaraikan ciri atau tanda - tanda yang terdapat pada seorang ahli Bid'ah, antaranya ialah :

1.Menentang Penguasa Islam
2.Menghancurkan kesatuan Islam
3.Menghancurkan negara (Kerajaan) Islam

Dalam konteks Anwar Ibrahim, adakah dia seorang ahlil sunnah? Tidak sama sekali bahkan boleh ku katakan dia sama dengan kelompok khawarij.

Sebagai seorang muslim, kita seharusnya berlapang dada dan kembali kepada Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W apabila timbul perselisihan faham.

Impian Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan yang di pimpin oleh seorang pemerintah beragama Islam merupakan satu perbuatan yang bertentangan dari konteks Islam sebenar. Rasulullah S.A.W telah mengharamkan sekalian ummahnya menentang pemerintahan yang pemimpinnya beragama Islam. Malah syara memerintahkan agar orang-orang yang beriman bersabar terhadap pemerintah yang tidak disukainya walaupun sekiranya ia melakukan kezaliman selagi pemimpin tersebut beragama Islam, mengucap, dan mendirikan solat.

Rasulullah juga telah memperingatkan tentang perkara tersebut dalam sepotong hadis yang bermaksud :

"Barangsiapa yang melihat pada amirnya (pemimpinnya) sesuatu yang dibencinya hendaklah dia tetap bersabar atasnya. Sesungguhnya tidaklah seorang itu keluar dari (mentaati) pemerintah walau sejengkal kemudian ia mati dalam keadaan tersebut, maka matinya itu dalam keadaan jahiliah" *

*Lihat Sunan Abi'Asim. NO 1101. Hadis Sahih.

Islam juga melarang Umat Islam memberontak menumbangkan kerajaan yang diperintah oleh pemimpin Islam selagi mana ianya bersolat.

"Dari Wail radiallahu 'anha berkata : Kami bertanya: Wahai Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yang menahan hak kami dan meminta hak kami? Baginda menjawab : (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka kerjakan dan atas kamu kerjakan" *

*H/R Muslim 1846.

Syara' tidak pernah menghalahkan umat Islam menubuhkan dua parti ataupun dua pemimpin dalam sebuah negara Islam. Larangan ini terdapat dalam beberapa hadis sahih antaranya ialah :

"Apabila dilantik dua orang khalifah* (pemimpin dalam sebuah negara Islam) maka bunuhlah yang terakhir antara kedua (perlantikan kedua"**

*Khalifah yang dimaksudkan dalam hadis-hadis ini ialah pemimpin atau ketua negara/kerajaan

**H/R Bukhari 5/401. Muslim 3/1471. Ibn Majah 2/958. Dan Ahmad 2/297.

Adakah cara pemimpin pakatan pembangkang adalah satu perbuatan yang dihalalkan oleh Islam? Fikirkanlah.

Sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang melarang seseorag muslim menjatuhkan pemerintahnya.

"Akan datang selepas peninggalanku nanti, para pemimpin yang tidak mengikut pentunjukku, tidak mengikut sunnahku dan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya : Apakah yang harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta benda mu"*

*Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Jadi pembaca sekalian yang penulis cintai sekalian, berwaspadalah kita. Jangan mengikut perasaan apabila berhujah dan menabur fitnah. Balasan yang bakal diterima amatlah pedih.

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

SIKAP AHLI SUNNAH TERHADAP PEMERINTAH

Sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah, ialah mencintai saudara seagama yang tidak akan dipertikai dan dipersoal siapa dan apa kedudukannya. Mereka sentiasa mendoakan akan kesejahteraan, kemakmuran dan keselamatan saudara-saudaranya yang seagama, senegara, dan para pemimpinya. Mereka menyeru sekalian umat Islam supaya saling mencintai antara satu sama lain dan mencintai pemimpin yang menjadi saudaranya dalam Islam. Ini semua dirasakan semata-mata kerana mencintai Allah.

Sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah suka menasihati para pemimpin mereka jika didapati pemimpinnya melakukan kesilapan, kerana kebaikan pemimpin akan memberi manfaat kepada seluruh saudara-saudaranya (rakyat jelata) yang dilindungi oleh pemimpin.

TETAPI SIKAP AHLI BID'AH sebaliknya, amat bertentangan dengan sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah terhadap saudara-saudara seagama dan kerajaannya jika mereka tidak mengikut aliran ideologinya.

Adapun tanda-tanda besar yang menunjukkan bahawa seseorang atau sesuatu kelompok itu dari golongan mubtadik [I]"Aktivis atau Pembuat Bid'ah"[/I], ialah mereka yang berusaha dengan berbagai-bagai cara supaya rakyat membenci dan menghancurkan pemimpin Islam.

Antara cara mereka yang terkutuk ialah dengan bertopengkan ibadah, iaitu mempengaruhi rakyat dengan cara mengajak mereka bersembahyang hajat dan berdoa beramai-ramai agar ditimpakan kecelakaan, kehancuran atau kejatuhan keatas pemerintah walaupun mereka tahu pemimpin yang hendak dijatuhkan itu seorang beragama Islam.

Mereka mengHALALkan perlakuan apa sahaja cara dengan beralaskan bahawa pemerintah tersebut tidak berhukum dengan hukum Allah, kafir, zalim, dan fasik. Nabi Muhammad S.A.W telah menceritakan dengan sabdanya tentang sikap manusia seperti ini yang suka menghancurkan orang lain :

"Dari Abu Hurairah berkata : Bersabda Rasulullah S.A.W, : Apabila seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang akan binasa"*

*H/R Muslim.

Imam Al-Barbahary berkata :

"Jika kamu mendengar seseorang suka mendoakan kecelakaan terhadap penguasa (pemimpin), maka ketahuilah bahawa dia adalah pengikut hawa nafsu (pembuat/aktivis bid'ah)"*

*Rujuk, Al-Ibanah. Jilid 2. Halaman.116. No.136.


"Akan muncul selepas peninggalanku seseorang pemimpin, maka muliakanlah dia, dan barang siapa yang mencari-cari kehinaanya (kesalahan dan keaibannya) bererti dia telah melubangi satu sendi dalam Islam dan tidak akan diterima taubatnya sampailah dia (mengembalikan keadaan sebagaimana sediakala)" *

Lihat: As-Sunnah (2/513) Dari Ibn Abi' Asim. Sanad hadis ini sahih.

Ibn Qayyim telah menjelaskan bagaimana sewajarnya sikap para ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan orang-orang awam yang beriman terhadap para pemimpin dan ketua pemerintahan yang masih beriman kepada agama Allah (Islam):

Apabila mengikuti (mentaati) hadis Nabi (tentang negara atau pemerintah yang beragama Islam): Semestinya menasihati pemimpin-pemimpin kaum muslimin, hadis ini (yang memerintahkan agar mendekati dan menasihati pemimpin Islam) mengandungi maksud agar menghilangkan sifat iri hati dan dengki, kerana nasihat tidak mungkin bersatu dengan kedengkian, sebaliknya ia melawan rasa kedengkian. Oleh itu sesiapa yang menegakkan nasihat kepada para pemimpin Islam dan rakyat biasa, bermakna dia terlepas dari sifat dengki." *

Lihat : Miftah Dar Al-Sa'adah. Jld halaman 73.

Adalah haram hukum bagi sesiapa yang mahu menjatuhkan para pemimpin , kerana menjatuhkan dia sama dengan merampas kuasa dan menumbangkan kekuasaan yang ada pada tangan mereka yang menyebabkan negara akan menjadi kacau bilau, perbalahan, perpecahan, dan kemusnahan kepada Umat dan Agama Islam itu sendiri.

Tugas Ulama ialah mendidik rakyat dengan menyebarkan SEGALA KEBAIKAN PEMERINTAH, MENGENANG BUDI DAN JASA DIATAS pembanggunan yang telah diusahakan dan bersyukur kepada Allah, berterima kasih dan menjauhkan dirinya dari menyebarkan keburukan pemerintah, kerana mereka beragama Islam. Maka perbuatan keji Ulama Bid'ah, bertentangan dengan etika dan amalan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 24:19 yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka Azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

ISLAM MENGHARAMKAN HIZBI

Islam mewajibkan uamtnya bersatu dalam satu pemerintahan dan mengharamkan perpecahan, oleh sebab itu tidak dihalalkan menubuhkan parti pembangkang dalam sebuah neagra Islam yang masih diperintah oleh pemimpin Islam.

Menubuhkan Hizbi (parti) pembangkang di dalam sebuah negara yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang beragama Islam dianggap syara' sebagai hizib Khawarij. Rasulullah S.A.W bersabda

"Sesiapa yang datang kepada kamu, sedangkan kamu bersatu di tangan seorang pemimpin, dan orang yang datang tersebut ingin menggugurkan ketaatan kamu dan ingin memecah belahkan kamu, maka BUNUHLAH DIA"*

*Hadis riwayat Muslim. No.1856.

Seseorang yang BERIMAN, BERILMU DAN BERTAQWA, sepatutnya tidak mudah terpengaruh dengan hujjah-hujjah sesebuah parti walaupun parti tersebut dianggotai oleh Ulama. Hujjah-hujjah syara' jika digunakan untuk tujuan semata-mata mahu menjatuhkan para pemimpin Islam dan ketua negara Islam, maka perbuatan tersebut menyerupai firqah Khawarij, yang menyeru rakyat jelata menentang dan menjatuhkan pemerintah. Syara' telah mengharamkan setiap orang yang beriman menyerupai amalan dan akidah gologan Khawarij.

Rasulullah S.A.W dan para sahabt telah menjelaskan sifat-sifat Khawarij, bahawa mereka (Khawarij) ibadah dan solatnya kelihatan lebih hebat, lebih khusyuk dari ibadah solat para sahabat.

Namun mereka itulah golongan yang terkeluar dari Millah Islamiyah, kerana mudah menghukum kafir, menghukum fasik, dan suka memburuk-burukkan, mencela, menghina serta mengutuk para pemimpin dan pemerintah Islam yang tidak berhukum dengan hukum Allah.

Seterusnya, antara tanda-tanda yang termasuk dalam golongan Khawarij ialah mereka yang mudah memberikan fatwa atau menganggap sesat, kafir, dan tidak masuk syurga kaum muslimin yang tidak menyokong parti atau orang-orang yang tidak sefahaman dengan mereka.

Golongan Khawarij menghalalkan darah dan harta kaum muslimin yang berada di luar kelompok mereka. Mereka mudah bekerjasama dengan golongan muktazilah dan kelompok bid'ah yang lain. Golongan Khawarij ini sering menakut-nakutkan muslimin akan masuk Neraka jika menolak seruan mereka.

Khawarij dan para pengikutnya pandai dan berkarisma semasa berpidato, lancar membaca ayat-ayat Al-Quran, fasih membawa beberapa potong hadis di dalam ucapan mereka dan mudah memberikan fatwa dan menyelewengkan tafsiran, maksud dan makna nas-nas Al-Quran dan hadis yang mereka selitkan dalam ucapan mereka.

Tujuan mereka berbuat demikian semata-mata untuk mempengaruhi orang-orang yang jahil, yang bertujuan untuk memenuhi kepentingan parti atau hawa nafsu mereka. Rasulullah S.A.W mengkhabarkan hal ini :

"Mereka membaca Al-Quran, tetapi tidak melebihi kerongkong mereka (tidak sampai ke hati mereka"*

Hadis Riwayat Bukhari.(3611) Muslim (1066)

"Mereka suka membunuh (menghancurkan) Ahli Islam (terutama pemimpin yang tidak berhukum dengan hukum Allah dan pengikutnya) tetapi mereka membiarkan ahli berhala (orang-orang yang benar-benar jelas kekafirannya).*

*Lihat: H/R Bukhari (3644). Muslim (1064). Sahih Al-Jamek 2227.

Rasulullah S.A.W telah menggambarkan dengan jelas keadaan sebenar siapa dia yang dianggap Khawarij. Menurut hadis, golongan Khawarij akan sentiasa muncul dan akan muncul dengan ramainya di akhir zaman.

"Akan muncul di akhir zaman satu kaum muda belia umurnya tetapi singkat akalnya. Mereka meniru ucapan sebaik-baik manusia (Nabi Muhammad), namun Imannya tidak melewati kerongkongnya, dimana sahaja kamu menemui mereka maka bunuhlah mereka, kerana sesungguhnya membunuh mereka ada pahalanya di Hari Kiamat bagi orang yang membunuh mereka."*

*Hadis riwayat Bukhari (6930). Muslim (1066).

Menurut Syeikhul Ulama Islam Ibn Timiyah rahimahullah dalam menjelaskan tanda-tanda Khawarij :

"Tanda paling besar kesesatan Khawarij ialah keyakinan mereka berkenaan pemimpin yang mendapat petunjuk (pemimpin beragama Islam tetapi dihukum kafir oleh mereka kerana tidak berhukum dengan hukum Allah) dan keyakinan mereka terhadap kaum muslimin yang semuanya mereka hukum sesat (kerana tidak mengikut kelompok mereka). Mereka juga mengkategorikan apa yang mereka anggap kezaliman kedalam kategori KAFIR"*

*Lihat Majmuk Fatawa. Jld 28. Hlm. 497. Ibn Taimiyah.

Orang-orang yang beriman sewajarnya mampu mengenali kriteria ahli bid'ah "Khawarij Gaya Baru", kerana golongan ini suka menggelar diri mereka sebagai Ulama. Mereka pandai memerangkap (menipu) ummah melalui kegiatan-kegiatan ceramah politiknya yang mereka hiasi dengan nas-nas Al-Quran, As-sunnah, atau fatwa ulama Muktabar. Mereka bijak mempersonakan masyarakat Islam dengan karisma mereka dalam berpidato, menyelewengkan tafsiran, maksud dan makna ayat-ayat Al-Quran atau As-Sunnah sehingga memesongkan pemikiran dan akidah mereka-mereka yang jahil.

Jadi dalam konteks ini adakah PARTI ISLAM SE-MALAYSIA berlandaskan syariah Islam? Saudara fikirlah sendiri. Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah selain berguru dengan Ulama yang jujur dalam menyampaikan ilmunya bagi mencari jawapan yang sebenar dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim. Semoga saudara di cucuri rahmat oleh Allah S.W.T.

Dicatat oleh ڤنا مينڠ / PENA MINANG di 00:31

penyokong PAS said...

Nampak gaya lepas mulut BUAYA masuk pulak mulut NAGA...