Tuesday, February 10, 2009

Kerajaan 'haram' Perak jejas institusi Raja, hilang keyakinan pelabur

Semua pihak termasuk Sultan Perak Raja Azlan Shah dan Umno, mestilah menangani krisis Perak mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara bagi mengembalikan kestabilan politik negeri itu yang kian kusut dan tergugat.

Jika ianya tidak dilakukan maka imej institusi Raja akan tercemar di mata dunia malah keyakinan pelabur untuk menyumbangkan kepada peningkatan ekonomi negeri ini akan turut terjejas.

"Jalan yang ada ikut undang-undang iaitu kembalikan mandat kepada rakyat dan membubarkan DUN ataupun adakan tiga pilihan raya kecil di Changkat Jering, Behrang dan Jelapang akibat Adun-adun yang berpaling tadah terhadap harapan rakyat,"

Dua kaedah ini sangat penting, supaya rakyat dan masyarkat antarabangsa yakin dengan pelaksanaan undang-undang dalam negara yang sewajaranya melindungi rakyat daripada sebarang ketidak-adilan.

"Jika undang-undang dilanggari, apa lagi yang tingggal kepada rakyat dan juga masyarakat pelabur yang mahu datang ke sini? Mereka tidak akan 'invest' kalau politik tidak stabil dan kerajaan sedia ada membelakangkan undang-undang.

"Ini sekaligus menjejaskan peningkatan ekonomi yang sudah sedia maklum makin merudum,"

Himpunan rakyat dan tunjuk perasan oleh Umno baru-baru ini untuk terus mempertahankan kerajaan haram Perak katanya jelas membuktikan, Umno sejak awal lagi sudah membelakang undang-undang dan sering menggunakan sentimen kuasa Raja-raja untuk meraih sokongan.

"Proses lantikan Menteri Besar sangat jelas dan termaktub dalam undang-undang dan bila Umno buat begini nyatalah dia melanggar undang-undang bukannya kita,"

Saya menyeru supaya institusi Raja-raja tidak mengiktiraf kerajaan 'haram' Perak dan mengembalikan semula kuasa memilih di tangan rakyat.

"Sangat penting Raja memberi mandat semula kepada rakyat, jika tidak ianya dilihat seolah-olah Ketua Negeri tidak lagi dapat melindungi dan memayungi rakyat jelata.

"Sultan mestilah bertindak atas sifat sebagai payung, penjaga negeri dan perlembagaan. Kita tidak mahu rakyat melihat seolah-olah Sultan menyebelahi pihak tertentu,"

4 comments:

Anonymous said...

SIKAP AHLI SUNNAH TERHADAP PEMERINTAH

Sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah, ialah mencintai saudara seagama yang tidak akan dipertikai dan dipersoal siapa dan apa kedudukannya. Mereka sentiasa mendoakan akan kesejahteraan, kemakmuran dan keselamatan saudara-saudaranya yang seagama, senegara, dan para pemimpinya. Mereka menyeru sekalian umat Islam supaya saling mencintai antara satu sama lain dan mencintai pemimpin yang menjadi saudaranya dalam Islam. Ini semua dirasakan semata-mata kerana mencintai Allah.

Sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah suka menasihati para pemimpin mereka jika didapati pemimpinnya melakukan kesilapan, kerana kebaikan pemimpin akan memberi manfaat kepada seluruh saudara-saudaranya (rakyat jelata) yang dilindungi oleh pemimpin.

TETAPI SIKAP AHLI BID'AH sebaliknya, amat bertentangan dengan sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah terhadap saudara-saudara seagama dan kerajaannya jika mereka tidak mengikut aliran ideologinya.

Adapun tanda-tanda besar yang menunjukkan bahawa seseorang atau sesuatu kelompok itu dari golongan mubtadik [I]"Aktivis atau Pembuat Bid'ah"[/I], ialah mereka yang berusaha dengan berbagai-bagai cara supaya rakyat membenci dan menghancurkan pemimpin Islam.

Antara cara mereka yang terkutuk ialah dengan bertopengkan ibadah, iaitu mempengaruhi rakyat dengan cara mengajak mereka bersembahyang hajat dan berdoa beramai-ramai agar ditimpakan kecelakaan, kehancuran atau kejatuhan keatas pemerintah walaupun mereka tahu pemimpin yang hendak dijatuhkan itu seorang beragama Islam.

Mereka mengHALALkan perlakuan apa sahaja cara dengan beralaskan bahawa pemerintah tersebut tidak berhukum dengan hukum Allah, kafir, zalim, dan fasik. Nabi Muhammad S.A.W telah menceritakan dengan sabdanya tentang sikap manusia seperti ini yang suka menghancurkan orang lain :

"Dari Abu Hurairah berkata : Bersabda Rasulullah S.A.W, : Apabila seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang akan binasa"*

*H/R Muslim.

Imam Al-Barbahary berkata :

"Jika kamu mendengar seseorang suka mendoakan kecelakaan terhadap penguasa (pemimpin), maka ketahuilah bahawa dia adalah pengikut hawa nafsu (pembuat/aktivis bid'ah)"*

*Rujuk, Al-Ibanah. Jilid 2. Halaman.116. No.136.


"Akan muncul selepas peninggalanku seseorang pemimpin, maka muliakanlah dia, dan barang siapa yang mencari-cari kehinaanya (kesalahan dan keaibannya) bererti dia telah melubangi satu sendi dalam Islam dan tidak akan diterima taubatnya sampailah dia (mengembalikan keadaan sebagaimana sediakala)" *

Lihat: As-Sunnah (2/513) Dari Ibn Abi' Asim. Sanad hadis ini sahih.

Ibn Qayyim telah menjelaskan bagaimana sewajarnya sikap para ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan orang-orang awam yang beriman terhadap para pemimpin dan ketua pemerintahan yang masih beriman kepada agama Allah (Islam):

Apabila mengikuti (mentaati) hadis Nabi (tentang negara atau pemerintah yang beragama Islam): Semestinya menasihati pemimpin-pemimpin kaum muslimin, hadis ini (yang memerintahkan agar mendekati dan menasihati pemimpin Islam) mengandungi maksud agar menghilangkan sifat iri hati dan dengki, kerana nasihat tidak mungkin bersatu dengan kedengkian, sebaliknya ia melawan rasa kedengkian. Oleh itu sesiapa yang menegakkan nasihat kepada para pemimpin Islam dan rakyat biasa, bermakna dia terlepas dari sifat dengki." *

Lihat : Miftah Dar Al-Sa'adah. Jld halaman 73.

Adalah haram hukum bagi sesiapa yang mahu menjatuhkan para pemimpin , kerana menjatuhkan dia sama dengan merampas kuasa dan menumbangkan kekuasaan yang ada pada tangan mereka yang menyebabkan negara akan menjadi kacau bilau, perbalahan, perpecahan, dan kemusnahan kepada Umat dan Agama Islam itu sendiri.

Tugas Ulama ialah mendidik rakyat dengan menyebarkan SEGALA KEBAIKAN PEMERINTAH, MENGENANG BUDI DAN JASA DIATAS pembanggunan yang telah diusahakan dan bersyukur kepada Allah, berterima kasih dan menjauhkan dirinya dari menyebarkan keburukan pemerintah, kerana mereka beragama Islam. Maka perbuatan keji Ulama Bid'ah, bertentangan dengan etika dan amalan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 24:19 yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka Azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

Waallahua'lam.

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

HUKUM MENJATUHKAN PEMERINTAH ISLAM

Assalamualaikum. Lama penulis menyepi dari membicarakan mengenai Anwar Ibrahim, tetapi penulis kini kembali dengan membawa hujah yang mengatakan bahawa ANWAR IBRAHIM merupakan seorang mubtadi (Pembuat Bid'ah) apabila ia melakukan perbuatan yang dihukum bid'ah mukaffirah (Bid'ah membawa kepada kekufuran) atau bid'ah mufasikkah (bid'ah yang membawa kefasikan), yang mana kedua-duanya diistilahkan sebagai pengikut hawa nafsu.

Pembuat bid'ah adalah golongan pengacau, penyangak, suka mempecah belahkan jamaah, dan perosak yang suka melakukan tindakan yang merugikan pemerintah Islam.

Disini ku senaraikan ciri atau tanda - tanda yang terdapat pada seorang ahli Bid'ah, antaranya ialah :

1.Menentang Penguasa Islam
2.Menghancurkan kesatuan Islam
3.Menghancurkan negara (Kerajaan) Islam

Dalam konteks Anwar Ibrahim, adakah dia seorang ahlil sunnah? Tidak sama sekali bahkan boleh ku katakan dia sama dengan kelompok khawarij.

Sebagai seorang muslim, kita seharusnya berlapang dada dan kembali kepada Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W apabila timbul perselisihan faham.

Impian Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan yang di pimpin oleh seorang pemerintah beragama Islam merupakan satu perbuatan yang bertentangan dari konteks Islam sebenar. Rasulullah S.A.W telah mengharamkan sekalian ummahnya menentang pemerintahan yang pemimpinnya beragama Islam. Malah syara memerintahkan agar orang-orang yang beriman bersabar terhadap pemerintah yang tidak disukainya walaupun sekiranya ia melakukan kezaliman selagi pemimpin tersebut beragama Islam, mengucap, dan mendirikan solat.

Rasulullah juga telah memperingatkan tentang perkara tersebut dalam sepotong hadis yang bermaksud :

"Barangsiapa yang melihat pada amirnya (pemimpinnya) sesuatu yang dibencinya hendaklah dia tetap bersabar atasnya. Sesungguhnya tidaklah seorang itu keluar dari (mentaati) pemerintah walau sejengkal kemudian ia mati dalam keadaan tersebut, maka matinya itu dalam keadaan jahiliah" *

*Lihat Sunan Abi'Asim. NO 1101. Hadis Sahih.

Islam juga melarang Umat Islam memberontak menumbangkan kerajaan yang diperintah oleh pemimpin Islam selagi mana ianya bersolat.

"Dari Wail radiallahu 'anha berkata : Kami bertanya: Wahai Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yang menahan hak kami dan meminta hak kami? Baginda menjawab : (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka kerjakan dan atas kamu kerjakan" *

*H/R Muslim 1846.

Syara' tidak pernah menghalahkan umat Islam menubuhkan dua parti ataupun dua pemimpin dalam sebuah negara Islam. Larangan ini terdapat dalam beberapa hadis sahih antaranya ialah :

"Apabila dilantik dua orang khalifah* (pemimpin dalam sebuah negara Islam) maka bunuhlah yang terakhir antara kedua (perlantikan kedua"**

*Khalifah yang dimaksudkan dalam hadis-hadis ini ialah pemimpin atau ketua negara/kerajaan

**H/R Bukhari 5/401. Muslim 3/1471. Ibn Majah 2/958. Dan Ahmad 2/297.

Adakah cara pemimpin pakatan pembangkang adalah satu perbuatan yang dihalalkan oleh Islam? Fikirkanlah.

Sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang melarang seseorag muslim menjatuhkan pemerintahnya.

"Akan datang selepas peninggalanku nanti, para pemimpin yang tidak mengikut pentunjukku, tidak mengikut sunnahku dan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya : Apakah yang harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta benda mu"*

*Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Jadi pembaca sekalian yang penulis cintai sekalian, berwaspadalah kita. Jangan mengikut perasaan apabila berhujah dan menabur fitnah. Balasan yang bakal diterima amatlah pedih.

Anonymous said...

CERCAAN, MAKI HAMUN, MEMFITNAH & MENGKAFIRKAN PEMERINTAH ISLAM

Antara tanda-tanda orang bid'ah ialah suka mencerca pemerintah. Haram hukumnya perbuatan seorang muslim memaki-hamun, mencerca, memfitnah, menggunakan kalimah yang kesat, keji, mencarut dan kalimah yang lain terutama pemimpin sebuah negara yang beragama Islam.

Allah mengajar dan meminta kepada para nabiNya dan para hambaNya yang soleh agar sentiasa menggunakan kalimah yang baik dan lemah lembut walaupun manusia yang sekeji Firaun yang terkenal sebagai Taghut, zalim dan kafir. Firman Allah :

"Pergilah kamu berdua menemui Firaun kerana ia adalah seorang Taghut. BERBAHASALAH KAMU BERDUA KEPADANYA DENGAN BAHASA YANG LEMAH-LEMBUT mudah-mudahan dia boleh ingat dan takut."
(SURAH TAHA, 20:44)

Kalau kepada Firaun disurah berbahasa dengan cara yang lemah-lembut, pastinya kepada seorang pemimpin Islam dituntut agar menggunakan kalimah yang sopan dan baik. Oleh yang demikian, DIHARAMKAN bagi mereka yang beriman MEMAKI HAMUN, MENCERCA, MENCARI-CARI KESALAHAN DAN MEMFITNAH PEMIMPIN ISLAM.

Menurut penafsiran dari Imam Al-Qurtubi Rahimahumullah tentang ayat diatas (TAHA, 44)

"Dengan yang demikian ia menunjukkan perlunya menggunakan kata-kata yang lemah lembut kepada sesiapa yang berkuasa," *

*Rujuk Al-Jami'k Lia' Hukm Al-Quran - Al-Qurtubi. Jilid 11, Halaman 199.

Allah memerintahkan agar orang Islam menggunakan kalimah yang baik kepada orang lain atau diam :

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam." *

*Rujuk : H/R Bukhari (10/445) Al-Fath. Muslim (1/68)

Nas ini merupakan ayat pendidikan bagi setiap orang yang beriman. Menyeru agar mereka yang beriman sentiasa berbudi-bahasa, bersopan-santun dan sentiasa menggunakan perkataan yang terbaik kepada semua manusia, siapa dan apapun kedudukan atau pangkat orang tersebut. Firman Allah :

"Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia"
(Al-Baqarah, 2:38)

Menurut tafsiran Ibn Kathir, yang dimaksudkan:

"Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia" ialah : "Berkatalah kepada manusia dengan kata-kata yang sopan dan lemah-lembut (bukan menghina). Dan termasuklah dalam hal ini menyuruh melakukan kebaikan dan menegah dari kemungkaran."*

*Rujuk: Tafsir Ibn Kathir Jld 1. Halaman 169.

Nabi Muhammad S.A.W apabila ditanya mengenai siapakah orang Islam yang mulia akhlaknya dan sikapnya? Baginda bersabda:

"(Islam yang baik ialah) barangsiapa yang menjadikan orang lain selamat dari lidah dan tangannya"*

*Rujuk: H/R Bukhari. (1/54) Al-Fath dan Muslim (1/65).


Saudaraku, disini inginku berpesan supaya janganlah kita mencampuri urusan yang mana kita bukan ahlinya. Tugas dan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim adalah mentaati pemerintah bagi mencari keredhaan dari Allah S.W.T semata-mata.

Saudaraku yang ku kasihi,

Bergurulah dengan Ulama-ulama yang jujur dalam menyampaikan ilmunya. Bergurulah dengan Ulama yang hanya berlandaskan Al-Quran dan Hadis yang sahih.

Semoga Allah memberkati kita dalam mencari jawapan yang sebenar.

ALAM said...

ORANG ORANG YANG MENYOKONG PAS HENDAKLAH SEDAR. JANGAN MENYOKONG SEORANG YANG TELAH MEMBUAT PEMBOHONGAN.

CONTOHNYA SPEKER PERAK (HINDU ITU) TELAH MEMBUAT PEMBOHONGAN BAHAWA WAKIL RAKYAT TELAH MELETAK JAWATAN. PERBUATAN INI AIALAH PERBUATAN MEMBOHONGI RAKYAT.


BAGAIMANA KEADAAN INI, JIKA BERLAKU DI NEGERI SEMBILAN..

JANGAN BERPOLITIK BODOH...

NIK AZIZ PUN BODOH... DALAM HAL INI..

HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI...

INGAT NIK AZIZ .. KENYATAAN ANDA TELAH DIREKODKAN OLEH MAILAIKAT..

NANTI JAWAB DI PADANG MAHSYAR