Tuesday, February 10, 2009

Isu derhaka: Umno dicabar bertindak ke atas Anuar Musa, PM Abdullah

BN terus menggunakan strategi kotor, cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara apabila menghalang sistem mahkamah yang diadili Pakatan Rakyat terhadap kesahihan pelantikan Menteri Besar dan kerajaan BN di Perak.

Saya sebagai satu lagi bentuk kerakusan Umno-BN yang cuba merampas hak perundangan yang diizinkan sistem negara ini.

Tindakan Umno-BN itu amat tidak bermoral dan ia merupakan satu jenayah terhadap sistem negara setelah mereka merampas kuasa perundangan dan perlembagaan dalam krisis di Perak.

"Sekali lagi Umno-BN cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara kepada setiap rakyat untuk mendapat pembelaan yang sebenar di mahkamah,"

Jika tindakan Pakatan Rakyat tidak benar dan tidak izinkan tindakan undang-undang dalam bentuk seperti itu beliau mencabar Umno-BN terlebih dahulu mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Anuar Musa terhadap Kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan pada tahun 1993 yang menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan

Ia juga berlaku kepada Tan Sri Mohd Yaakob yang membuat perarakan menyerahkan memorandum kepada Sultan Kelantan dan meminta Sultan Kelantan turun daripada takhta.

"Saya juga mencabar tindakan undang-undang diambil terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah menimbulkan krisis terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong dalam kes pelantikan Menteri Besar Terengganu,"

Tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pihak Standard Charted Public Bank yang telah mengheret Almarhum Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke mahkamah supaya menjelaskan hutang.

jika mengikut pandangan Umno-BN perbuatan pihak Standard Charted Public Bank itu merupakan satu penghinaan terhadap Raja-raja Melayu tetapi mengapa pada waktu itu Umno tidak marah dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bank.

Saya berharap supaya pihak Umno-BN jangan mempolitikkan isu mencabar kesahihan Menteri Besar dan kerajaan BN sebagai satu bentuk pendurhakaan.

11 comments:

Anonymous said...

Bang bangun bang,bang bangun bang!
Abang ni mimpi kot,mengucap bang!

Ini tahun 2009 bukan 1993.Dah 16 tahun bang?

Anonymous said...

Hahahahaha.. tuh la pasal..

Bangun Pakcik.. bangun... skarang dah 2009.. bukan 1993...

Nyanyuk. said...

Nyanyuk aper orang tua ni...

ALAM said...

YB Dato',
Sedarlah sikit,
Speker Perak (hindu tu mabuk dan pembohong, kesahihan perletakkan jawatan itu amat diragui dan di nafikan oleh tuan empunya diri,

Fahamlah bagaimana, nizar buat kenyataan semasa YB bota masuk PKR.

Ini, realiti, jangan tegakkan benang yang basah, jangan pi kampung-kampung dan membuat pembohongan dan putar belit...

Ingat sama neraka...

Mengucap panjang....

Berilah perkhidmatan di kawasan dengan baik..

Di kawasan YB pun lintang pukang...

Jalan teruk..

Banyak lagi memerlukan YB untuk menyelesaikan masalah dalam kawasan..

refah00 said...

ALAM,YB Dato' hanya cerita sejarah.Sejarah menunjukkan UMNO penderhaka kat sultan dan raja melayu.

angtoah said...

orang tua ni memang dah nyanyuk ... tapi masih handsome ... nasib ada orang tua ni ... boleh juga cakap kat parlimen ... harapkan orang umno .. hampeh ... mana boleh masyuk dia gi dulu..

Anonymous said...

Itulah perangai UMNO. Apa yag depa buat 1993 dulu tak ingat. Memang UMNO mudah lupa. Depa yg buat pindaan perlembagaan utk hapuskan imuniti raja2 pd 1993. Sejak itu Raja2 Melayu sudah hilang kekebalan undang2 malah boleh disaman dan dibawa ke mahkamah. Hari ini, bila Karpal Singh nak saman Sultan Perak depa marah. Padahal depa sendiri yg buat
undang2 Sultan boleh disaman. Hampeh la UMNO..

Anonymous said...

Umpama..UMNO buka pintu pagar rumah dan letak papan tanda "Kambing boleh masuk". Tapi bila kambing masuk dlm pagar depa marah tak hingat. Mangkuk ayun punya UMNO.

Itulah yg berlaku skang ni di Perak. Apa kata YB gerakkan rakyat semula utk buka balik isu penentangan UMNO terhadap institusi beraja Melayu 1993. Kalau boleh cari balik repot2 polis yg dibuat terhadap pimpinan UMNO krn menghina & menentang Raja2Melayu.

Anonymous said...

Bila org Melayu sendiri spt juak2 Idris Jusuh panggil Agong sbg binatang UMNO tak marah..diam jer.

Tapi bila org India atau Cina nak saman Sultan mulalah depa bising. Poodah..

Penderhakaan org2 Melayu terutamanya dari UMNO terhadap
Raja2 Melayu jauh lebih teruk dr Karpal Singh sendiri.

Karpal Singh setakat bercadang mahu menyaman Sultan Perak. Hakikatnya beliau belum pun menyaman. Baru bercadang saja. Mahkamah mana pun tidak boleh menghukum org yg baru bercadang nak mencuri!

Tp UMNO cakap "natang" pd Agong apa ke hal?? Binawe la UMNO!

Anonymous said...

Kami anak2 muda di Perak dr NGO berbilang bangsa masih menganggap Pakatan Rakyat sbg Kerajaan Negeri yg sah. MB Nizar adalah MB kami. BN adalah kera**** haram. Zambry adalah MB haram!

Anonymous said...

BN Perak & Najib bukannya kerajaan tapi KERA! Seperti sifat kera yg suka meragut dan merampas hak org lain secara sah.