Tuesday, February 3, 2009

Saya tidak terkejut BN pancing RM50 juta

Saya menganggap dakwaan mengatakan Timbalan Perdana Menteri menawarkan RM50 juta untuk wakil rakyat yang mahu melompat parti sesuatu yang tidak mengejutkan malah ia merupakan amalan biasa bagi Umno.

Sebelum ini Umno dan Barisan Nasional (BN) pernah cuba membeli calon PAS di Johor dan terdapat bukti di mana BN melakukan perkara yang sama di Sabah.

"Perkara ini satu amalan biasa bagi Umno dan BN. Suatu masa dahulu Adun PBS di Sabah di culik dan dikuarantin dan akhirnya BN dapat bentuk kerajaan di Sabah,"

Amalan ini , bukan perkara baru bagi Umno kerana pada tahun 1968, empat Adun di Kelantan pernah cuba dibeli tetapi tidak berjaya kerana hanya satu sahaja yang setuju lompat parti.

"Pada tahun 60an juga, akibat dari perbuatan Umno ini lah yang menyebabkan kerajaan PAS di Terengganu tumbang,"

Umno-BN sentiasa menggunakan pendekatan membeli wakil rakyat dengan membuat tawaran yang tinggi biarpun sudah tidak diterima rakyat.

Sehubungan dengan itu, saya mendesak agar ketua bahagian KeADILan Ipoh Barat,Fauzi Muda segera membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar kes ini dapat disiasat segera.

Saya juga ingin turut mendesak agar SPRM segera menyiasat Dato' Seri Najib Tun Razak kerana akuan bersumpah yang dibuat oleh Fauzi itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa dakwaan tersebut berasas.

"Akuan bersumpah bukan satu perkara yang main-main dan SPRM perlu segera mengambil tindakan untuk menyiasat Dato' Seri Najib Razak,"

Ketua bahagian KeADILan Ipoh Barat, Fauzi Muda mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencuba tahun lalu untuk memujukkan supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat) di Perak supaya melompat parti.

10 comments:

anti lompat said...

tuan kalau ingat, anwar ibrahim lah yang mastermind jual-beli orang ni. sekarang dia dah jadi teman rapat tuan.

Encik Tofik said...

najib and anwar....
mane yang lagi kaye kalau nak beli orang..?
apppara lu...

Anonymous said...

toksah kira siapa kaya. dua-dua pun kaya. cuma satu tu pandai simpan je. satu lagi tu bini dia tak reti nak cover.

Anonymous said...

sedih....sedih....sedih.....!
Kenapa kita disajikan dengan benda-benda macam ni?Memalukan Malaysia je.Negara blain tak pernah buat pun beli membeli MP ni.MP tak da prinsip dalam perjuangan dan mendokong perjuangan memanglah begitu.

Encik Tofik said...

ape yang kau nak heran...
kalau yang MP Islam tu takde nak sematkan hati rase taqwa pade Allah memang la takde prinsip....
lain kali tolak la Islam...
amende la....

Anonymous said...

dulu sebalah sana sokong kata sebalah sinun melompat ke sana, bila sebelah sana melompat kat sebelah sinun, sebelah sana bantah. Hakikatnya 2belah pihak hanya memikirkan kepentingan sndri dan xde keputusan konsisten dalam hal ini... cam katak ong ong

Anonymous said...

RM 50 Juta? Gitu ke?

syamshahalam said...

Harap blog master dapat dedahkan perkara ini
Cerita ini saya beri eklusif utk anda
Ezam & the gang adalah perancang utama 2 adun pkr lompat di perak
Jamal dan osman berlindung di rumah ezam di shah alam sepanjang kehilangan mereka
Saya tidak dpt bersonkongkol dgn perkara ini
Saya sgt sedih lihat cara kerajaan perak dijatuhkan
Saya juga tahu ezam & the gang dapat habuan lumayan dlm kes ini

Anonymous said...

ala relax la org ameno..org lompat parti utk kebaikan dibalas pula dgn lompat katak 50 juta+ancaman.bkn soal siapa yg mulakan dulu.Islam menggalakkan kiata berubah kepada yg baik dari yg buruk rasuah.itu yg nak dijadikan modal korg.ikut kata karpal tu mmg la mcm tu dia yg nak saman sultan bkn kwn2 dia.last2 anwar jd punca nampak sngt takut anwar.klu anwar x betul manakan ramai yg dah berubah kpd PR.kat perak tu sbb lompat cara rasuah jer.kalau lompatan sumbang mcm tu mcmna rakyat tak panas hati?

Anonymous said...

tahniah BN kerana menang kat perak tanpa bertanding walaupun Bapok Negara cuba berselindung disebalik wang dan disebalik punggung saiful tp akhirnya berjaya dgn memalukan diri sendiri.hish ! tak malu ker?