Thursday, February 5, 2009

Sultan dimohon tidak izinkan penubuhan "kerajaan kaki rasuah"

Saya memohon agar Sultan Perak tidak mengizinkan Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan di Perak dengan mengheret dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menghadapi tuduhan rasuah untuk mendapatkan majoriti mudah.

"Jika Sultan mengizinkan penubuhan kerajaan Perak dengan cara seperti itu, ia bukan sahaja dibimbangi akan mencemarkan nama baik istana malah ia akan memberi kesan kepada pertuduhan rasuah ke atas Jamaluddin (Mohd Radzi) dan Mohd Osman (Mohd Jailu).

"Sebagaimana yang diketahui Sultan Perak sendiri, Jamaluddin dan Mohd Osman akan menghadapi tuduhan rasuah dan tindakan mereka menyokong BN walaupun sebagai ADUN Bebas dilihat sebagai usaha untuk membolehkan tuduhan ke atas mereka digugurkan,"

Jika tuduhan ke atas mereka digugurkan, adalah dibimbangi rakyat akan melihat tuduhan ke atas mereka digugurkan berikutan persetujuan istana membenarkan BN membentuk kerajaan melalui majoriti mudah hasil penyertaan kedua-dua ADUN yang dituduh rasuah itu.

"Jika perkara itu berlaku, adalah dibimbangi rakyat akan melihat istanalah yang membebaskan kedua-duanya dari tuduhan rasuah.

"Semua pihak maklum, jika mereka masih berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR), tidak mungkin tuduhan ke atas mereka digugurkan,"


Saya memohon Sultan Perak agar tidak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan baginda dituduh mengizinkan "penubuhan apa yang didakwa sebagai kerajaan kaki rasuah".

"Malah istana juga mungkin dituduh membiarkan dua orang yang dituduh rasuah berada dalam gerombolan yang memerintah Perak melalui apa yang dilihat sebagai tindakan merasuah juga - malah turut dilihat menggunakan ugutan untuk membentuk kerajaan.

12 comments:

askar melayu said...

Saya masih menunggu 30 super katak yang YB sokong!

Anonymous said...

katak ong ong

Abu said...

salam, tu la ustaz mahfuz..sapa suruh sokong ustaz anwar ibrahim, kan kita dah kena..ambik sedas..

Syeikh Al-Hafiz said...

Manusia merancang Allah menentukan. Tatkala menunggu 30 ahli Parlimen BN lompat ke PR, 3 ADUN PR bertukar kepada ADUN Bebas dan seorang ADUN lompat balik ke BN selepas 10 hari bermukim bersama PR.

www.permatangpauh2u.com

Anonymous said...

Pada pandangan saya, Rakyat Perak mesti di beri peluang untuk memilih pucuk pimpinan negeri, bukan hanya kerana 3 YB bebas (yang TPM kata menyokong BN sahaja) dah boleh tubuh kerajaan negeri sekarang nih...3 YB yang 'melompat' tu sebenarnya virus bagi kerajaan Perak (tidak kiralah pakatan atau BN.Rakyat perak kena dan mesti di beri peluang untuk memilih pemimpin yang mereka rasa sesuai dan mampu untuk mengembalikan kemakmuran politik dan kestabilan di negri Perak. Setiap yang berlaku tentu ada hikmah disebaliknya, sama-samalah kita merenung sejenak tentang ayat al-Quran yang bermaksud..."Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.."...sama-samalah kita fikirkan. TAKBIR!!!...

Anonymous said...

Desak 3 Adun letak jawatan kerana dia menang dulu dibawah PR, Kerahkan pengudi PR supaya gempurkan & KEPUNG rumah mereka sehingga ianya letak jawatan. simbah cat merah

Anonymous said...

Wow Raja Eleena binti Sultan Azlan Shah(anak kepada Sultan Azlan Shah)mengikut survey yg dijalankan pada May 2007, Raja Eleena menduduki tangga ke25 orang terkaya di Malaysia dgn jumlah asset bernilai US$228million (MYR 773 million).Pada tahun 2008 telah turun ranking dgn menduduki tempat ke35 orang terkaya di malaysia.hebat sungguh perempuan ni kan? tak tahulah dr mana asset-asset yg sebegitu banyak diperolehi ni.kesian kat rakyat Perak ni hidup susah tapi anak sultan dah hampir bergelar BILLIONAIRE.

Raja Eleena binti Sultan Azlan Shah is a daughter of the current ruler of Perak, Azlan Shah. She was born on April 3, 1960 and holds a Bachelor’s Degree in Law from the University of London. She is now a lawyer with her own legal firm in Kuala Lumpur.

Eleena Azlan Shah is also a practicing barrister, being called by Lincoln’s Inn, London, in 1985. Upon returning to Malaysia, she joined Messrs Skrine & Co and was called to the Malaysian Bar in 1986. She set-up her own legal practice Messrs Raja Eleena, Siew Ang & Associates in 1987 of which she is presently a senior partner.

Eleena Azlan Shah was appointed to the Board of Gamuda on 1 June 1992. She is the niece of Kamarul Zaman bin Mohd Ali. She is a Director and major shareholder of Generasi Setia (M) Sdn Bhd, which is a major shareholder of Gamuda. Her directorships in other public companies are with KAF-Seagroatt & Campbell Holdings Berhad and Danau Permai Resort Berhad.

Eleena Azlan Shah was named in May 2007 as Malaysia’s 25th richest in the country with assets worth over US$228 million (MYR 773 million). She becomes the list’s second woman after Chong Chook Yew who occupies number 18th with US$320 million (MYR 1.085 billion). Her wealth comes from her being the largest individual shareholder in construction firm Gamuda.

Eleena’s stock took a beating in the past 18 months. She was ranked number 35 richest woman in 2008.

Anonymous said...

Sebab itulah cepat sangat BN jadi MB, ada udang rupanya 3 ekor RM50Juta. Banyak duit Msia, boleh beli kapal selam lagilah

Anonymous said...

Tak habis makan duit sebegini banyak .... esok masuk kubur. Macam Adun Port Klang

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Kita semua org melayu.Orang islam.Walaupun semasa dr.nizar menjadi MB, tapi nampak sangat DAP yang memainkan peranan. Tanah 999 tahun nak diberikan kepada orang Cina. Banyak peluang business diberikan kepada orang Cina. Bile sultan nampak, pasti Sultan marah.

Korang fikirkan la sejenak.Jangan ikut perasaan. Dalam hal ini, lebih baik Umno amik alih, jadi hal2 yg merugikan orang melayu dapat diselamatkan.

Kalu semasa nizar jadi MB, tapi hal2 yg merugikan orang melayu tidak berlaku,maka tidak jadi masalah. Tengok pada Kedah, PAS memerintah,tetapi UMNO tak kacau pun,sebab UMNO tahu Kedah under orang melayu.

Saya bukan penyokong UMNO atau PAS atau PKR. Saya orang melayu Islam dan dalam hal-hal tertentu , kita kena bijak memilih. Jangan gadaikan hak-hak orang melayu.

Sebagai contoh,masa hari raya, semua harga barang naik,tetapi masa raya cina, kenapa harga barang tak naik ?

mat_terab said...

dato nasa yb Bota nampaknya sudah pecah rekod Dato Ibrahim Ali dengan lompatan yang paling Singkat.......
saya harap lepas ni Pakatan rakyat jangan lagi Pilih calon ikut tangkap muat ja dalam Pilihanraya akan datang......

ALAM said...

YB Mahfuz,
bila lagi mau lompat.