Friday, February 6, 2009

Tiga Golongan Yang Dilaknat

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, “Bersabda Rasulullah s.a.w.: Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan dari Allah pada hari kiamat, bahkan akan mendapat siksa yang pedih; iaitu si tua bangka yang berzina, Raja atau kepala negara atau penguasa yang pendusta dan fakir yang sombong.”
(Muslim)

Huraian
Setiap perbuatan berdosa adalah dikira sebagai maksiat kepada Allah SWT. Orang yang tidak pernah bertaubat daripada dosa yang pernah dilakukannya akan ditimpa laknat daripada Allah dan di akhirat kelak akan mendapat hukumannya. Tiga golongan yang disebutkan di dalam hadith di atas melambangkan tentang besarnya kesalahan dan dosa yang dilakukan memandangkan perkara-perkara tersebut sewajarnya tidak berlaku pada orang-orang yang menggunakan akal fikiran dan benar-benar menyedari hakikat diri mereka. Hanya orang yang keras hati dan mati jiwanya sahaja tidak takut akan kemurkaan Allah SWT dan tanpa mempedulikan kebenaran kewujudan hari pembalasan, mereka sanggup melakukan apa sahaja mengikut hasutan hawa nafsu sekalipun ia jelas perbuatan terkutuk dan terlarang dan sekalipun manusia sekeliling amat membenci dan mengutuknya.


7 comments:

Faris said...

Semoga Allah akan membalas segala perbuatan pemimpin yang zalim terhadap rakyatnya

Anonymous said...

kalau BN lompat masuk PR, ini sume kesedaran politik dan demokrasi.....ramai lebai2 PAS sokong penubuhan kerajaan lompat 16 sept yang tak jadi tuh...

alih2, bile PR lompat masuk BN, sume orang cakap macam2, haram la, tak demokrasi la, zalim la.....lalangnye korang nih.

Aku tak sokong pon lompat nih, bagi aku sape2 buat pon salah...tapi yang paling aku tension bile ramai orang menyalak, kalau die buat halal orang lain buat jadi haram....

gorila

Anonymous said...

Assalamu'alaikum saudara Mahfuz,
Maafkan saya atas komen ini. Maafkan saya juga kerana perlu bagi saya menegur melalui saluran ini. Cuma hairan saya apabila setiap kali berlaku sesuatu ke atas PAS. Akan keluarlah hukum-hukum, Petikan-petikan ayat-ayat al Qur'an dan hadis-hadis bagi menyokong mereka serta menjahanamkan musuh-musuh mereka.
Persoalam utama ialah, kenapa wujud double standard di sini. One law for them and another law for us. Demi Allah, bahawa kekalahan ini berpunca dari sikap yang di ambil oleh ulama'-ulama' di dalam PAS sendiri yang menghalalkan perkara haram (melompat parti) pada awalnya. Allah menguji kita dengan kuasa, kita menjadi mabuk kerananya.
Mengapa harus PAS menjadi seperti ahli kitab? Menghukum orang dengan hukum-hukum berbeza? Kenapa tidak ditimbulkan ayat-ayat dari Allah yang menegur perbuatan-perbuatan memperkudakan agama bagi tujuan agenda-agenda tertentu?
Bukankah Rasulullah s.a.w. memperingatkan kita bahawa perosak agama itu ada tiga golongan iaitu:
1) Pemimpin yang zalim
2) 'Alim yang jahil
3) Jahil yang memandai.
Kenapa tidak ditimbulkan ayat 107 hingga 110 ayat dari surah at Taubah yang menyatakan bahawa sia-sia perjuangan mereka yang mempamerkan diri mereka sebagai yang paling istiqamah mendekati Allah padahal apa yang diusahakan mereka itu menghampirkan mereka kepada jurang api neraka?
Mengapa disembunyikan oleh salah seorang ulama dari PAS tentang ayat nasikh di dalam surah al muntahanah ayat 9 tetapi dicanangkan ke segenap pelusuk negara ayat lapan yang dimansukhkan bagi menghalalkan persengkokolan yang membawa kepada jalan orang-orang zalim di sini Allah?
Buya Hamka mengingatkan semasa dia menafsirkan ayat 119 surah al An'aam dengan berkata seperti berikut.
"Hujung ayat ini memberikan peringatan keras bagi umat Muhammad s.a.w. sendiri jika mereka diberi Allah nikmat menjadi penyambut waris Nabi-nabi, menjadi imam orang banyak, jadi ulamak atau guru atau Syeikh Mursyid, sebagai Ahli tasawwuf. Supaya mereka berhati-hati memimpin ummat, jangan sampai mereka menyesatkan ummat, yang tadinya bertujuan menyembah Tuhan yang satu, lama-lama menjadi penyembah guru waktu hidupnya...".
Kenapa saudara? kenapa sampai jadi begini? Sejarah menunjukkan golongan ulamak merupakan golongan yang paling takut dengan Kuasa. Sejarah juga menunjukkan bahawa ulamak-ulamak sedaya upaya menjauhkan diri dari kuasa. Rasulullah s.a.w. sendiri sepertimana diriwayatkan di dalam Shahih Muslim menyatakan seperti berikut.
Dari Abu Musa r.a. katanya, "Aku datang menemui Nabi bersama-sama dua orang lelaki anak pamanku. Yang seorang berkata : "Ya Rasulullah! Angkatlah aku jadi Amir(pembesar) di salah satu daerah yang telah dikuasakan Allah kepada anda." dan seorang lagi pula berkata seperti itu. Jawab Rasulullah s.a.w. "Demi Allah, Aku tidak akan mengangkat seseorang untuk memangku suatu jabatan, orang-orang yang meminta supaya dia diangkat, bahkan tidak pula orang-orang yang mengharap-harap (bercita-cita) untuk itu."
Ketahuilah saudara, bahawa apa yang berlaku di Perak itu adalah ujian Allah untuk melihatkan bagaimana PAS bersikap apabila diuji.

An Nisaa’ ayat 59
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

taatlah kepada Ulil Amri sebagaimana taatnya Khalid al Walid bila dilucutkan jawatan Komandernya oleh Umar. Jangan mengikut marah lalu memberontak kerana marah dan memberontak itu sikap dan sunnah Iblis semasa dia marahkan Allah kerana meletakkan Adam pada kedudukan yang dirasakannya lebih mulia daripadanya.

Sudahkah difikirkan dengan mendalam apa yang saudara dan rakan-rakan saudara di dalam PAS sedang canangkan berikutan peristiwa yang sedang berlaku sekarang? Atau.. anda semua sudah terpukau dengan proxy Dajjal di dalam rupa bentuk perjuangan sempit yang melanggar semua hukum Allah dengan nas ala Machiaveli?

Sultan telah berhukum dengan hukum yang dihalalkan oleh pihak anda sebelum ini. Semua yang berlaku diizinkan Allah sebagai ujian kepada semua pihak. Yang haram tetap haram dan yang hala tetap halal.

Sebagai hamba Allah tanpa nama ini, saya ingin menegur supaya berhati-hatilah dengan kedatangan 'nya' yang diberi amaran oleh setiap Nabi dan Rasul selama ini. Di sini dia muncul dalam bentuk proxy.

Ingatlah.. Ibnu Katheer di dalam kitabnya al Nihayah fi al Fitan wa al-Malahim memetik sebuah hadis dari Rasulullah mengenai'nya'. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya orang-orang beriman akan mendatangi Dajjal, sedang dia menyangka bahawa Dajjal adalah orang beriman lalu diikutinya kerana dakyah-dakyah yang dibawakannya."

Saudara, sesungguhnya saya sudah menyampaikan. Saudara, sesungguhnya yang mengenali'nya' dan yang sanggup berkonfrontasi dengan'nya' diakhir zaman nanti bukanlah ulamak tetapi manusia biasa yang mempunyai sifat dan kelakuan seperti mana seorang hamba yang soleh yang ditemukan Musa dan Yusya' kepadanya oleh Allah.

Saudara jangan tersinggung dengan komen saya ini kerana sesungguhnya saya cuma mahu melepaskan diri dari dipersoalkan Allah di akhirat nanti kerana diberikan pengetahuan dan tidak mahu dibawakan kehadapanNya dalam rupa bentuk hamba yang mendiamkan sahaja kerana takut dan gusar akan kecaman golongan ruwaibidhoh.

Saudara, mohon kiranya memuatkan komen saya ini. Dengan nama Allah, saya menegur.. wassalam..

Saya...
benyaacob@yahoo.com

Anonymous said...

Seronok baca ulusan Ben Yaccob..

Anonymous said...

kepada ben yaacob.menolak hudud bermakna menolak hukum2 dan perintah Allah.maafkan sy menegur anda ben yaacob jangan terasa.anda dilihat seperti menyabelahi parti yg tidak menyokong hudud.untuk pengetahuan anda ben yaacob kalau setakat mencuri duit seringgit tu belum lah lagi di potong tgn.anda tau agama tp yg pasti bn menolak hukum hudud dan mengapa anda mengatakan pas double standard?adakah anda fikir hudud tidak relevan?

Anonymous said...

kepada ben yaacob.anda tau tentang islam.tp anda tidak nampak apa maksud sebenar lompat parti.bukan soal siapa yg menghalalkan dan siapa yg memulakan dulu atau double standard.kita perlu nilai apakah lompat parti itu kearah mana, kebaikan atau keburukan.kalau melompat parti atas desakan atau kerana kabur mata dgn wang 50 juta adakah PR patut dipersalahkan kerana memulakan? anda tahu atau tidak islam menggalakkan kita berubah dari yg buruk kepada yg baik.maaf kepada ben yaacob kuasa rakyat adalah kuasa Allah.siapa yg akan menang PRU akan datang itu lah parti yg diredhai Allah utk menjalankan hukum perintah Allah.

Anonymous said...

dan sekarang ni anda telah lihat sendiri kebangkitan Islam.pilih jalan Allah dahulu sebelum bercakap.InsyaAllah anda akan mengetahui baik buruk hukum Allah.kalau anda ditumbuk anda pasti akan menumbuk balik tp anda pula dipersalahkan dgn media2 bn.anda rasa bagaimana.sy galakkan anda terus menggunakan internet dgn sebaiknya jgn dgr sebelah pihak sahaja.maaf ben yaacob.nabi muhammad pun pernah tersilap apa lagi sy dan anda.maka haruslah difikirkan dan diperbetulkan.