Saturday, February 14, 2009

Osman Jailu berbohong, mahkamah perlu ambil tindakan tegas

Adun Changkat Jering, Kapt (B) Osman Jailu telah membohong kerana mengemukakan alasan palsu berikutan ketidakhadiran dalam perbicaraan kes rasuah di mahkamah

Osman melalui adiknya di mahkamah menyatakan beliau dimasukkan hospital kerana masalah kesihatan yang agak serius menyebabkan beliau tidak dapat hadir perbicaraan.

Sebaliknya sehari selepas kenyataan itu, Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain menafikan bahawa Adun Changkat Jering telah dimasukkan ke hospital itu baru-baru ini

Kenyataan ini jelas membohongi dan menghina mahkamah, selain Osman juga adalah antara Adun Bebas yang menyokong pembentukan kerajaan 'haram' BN di Perak

"Bagi saya beliau telah menipu mahkamah, beliau juga adalah orang yang telah konnonnya dipercayai Sultan Perak untuk bersetia menyokong BN dalam membentuk kerajaan BN di Perak.

"Orang yang begini sepatutnya tidak boleh dipercayai kerana diragui kebenarannya, Sultan perlu menimbang semula pengakuan beliau (Osman) ketika bersetuju membentuk kerajaan BN dengan rampasan kuasa di Perak,"

2 comments:

yeop said...

Diorang tu betul semua. Mahkamah pun mahkamah diorang, undang2 pun diorang buat. Diorang bleh buat apa saje. Tipu mahkamah pun kata betul juga.Tengok sampai hari tak de apa-apa tindakan pun. Walhal satu malaya dah tau katak puru tu bohong sakit. Percayalah dia akan cari alasan sampai PRU ke 13

refah00 said...

Kita masukkan anak Jailu dalam jel.