Monday, July 28, 2008

Ahmad Said mahu tunjuk kuasa pada Abdullah

Isu pembelian kereta Mercedes oleh kerajaan negeri Terengganu menggantikan kereta proton Perdana V6 sebagai kereta rasmi kerajaan negeri itu menimbulkan pelbagai polemik.

Kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said yang berani menyebutkan mengenai tindakan yang sewajarnya dibuat Badan Pencegah Rasuah supaya menyiasat penglibatan syarikat Spanco, penganjuran kejohanan Monsoon Cup dan projek Masjid Kristal menunjukkan beliau mungkin memiliki maklumat mengenainya.

"Kenyataan berani Ahmad mencerminkan wujud masalah atau isu penyelewengan dan seolah-olah beliau sendiri memiliki maklumat mengenai isu yang disebutkan,"

Tidak dinafikan tindakan berani Ahmad didorong krisis pelantikan Menteri Besar Terengganu yang melibatkan perbalahan pihak istana serta campurtangan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Ahmad Said semacam hendak tunjuk kuasa dengan mengambil sikap untuk bertentangan dengan kerajaan pusat pimpinan Abdullah,"

Saya menggesa supaya siasatan perlu dijalankan bagi mendedahkan kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam pengendalian kereta-kereta kerajaan khususnya yang melibatkan spanco, seperti didakwa Ahmad Said.

"Ianya tidak boleh diterima dan kurang munasabah kerana berapa ramai sangatlah tetamu luar yang datang ke Terengganu setiap hari untuk menaiki 14 buah kereta tersebut?"

Saya mencadangkan agar kesemua kereta tersebut dijual kepada mana-mana syarikat atau kerajaan pusat sahaja yang membelinya.

"Sekiranya ianya jarang digunakan kerajaan negeri juga yang perlu menanggung kerugian bagi menampung kos pembaikan memandangkan ianya dibiarkan tersadai dan berhabuk.

"Kerajaan pusat sebenarnya disaran membeli kesemua kereta itu bagi tujuan kegunaan tetamu rasmi luar,"

1 comment:

Anonymous said...

1. dulu berapa banyak duit rakyat dibazirkan dek isu bumbung makmal runtuh... ingat tak?

2. ingat tak isu jambatan bengkok yang tak jadi... berapa banyak duit rakyat dah habis?

3. la ni isu mercedes pulak.. RM3.43 juta tak banyak kata pemimpin Terengganu (Utusan, 28/7/2008 - Media dipersalahkan)

Tak banyak bagi dia, tapi banyak bagi orang susah... sedih nak cerita..

sebenarnya banyak lagi pembaziran yang telah dibuat oleh !orang zalim! dengan duit rakyat..

tolonglah...
anda diberi gaji untuk menguruskan duit rakyat. bukan duit hangpa....

jangan kami doa... ya allah.. jahanamkanlah orang2 yang zalim ke atas kami!! (kan tak baik mendoakan orang mcm tu).. saya tak tergamak mendoakan sesama islam macam tu...

fikir dan timbang la masak2, jangan fikir guna kepala nafsu..