Wednesday, July 30, 2008

Tidak disengajakan

Hadith :
Dari Ibnu Abbas r.a, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:”Sesungguhnya Allah memaafkan bagiku dari umatku akan kesilapan dan kelupaan dan apa yang dipaksakan mereka atasnya.”
(Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

Huraian
1. Perbuatan manusia adakalanya disertai dengan niat dan ikhtiar dan ada pula yang berlaku dengan sebab tersalah (tidak sengaja), terlupa atau dipaksa.
2. Ketiga-tiga perkara tersebut tidak dihukumkan sebagai satu kesalahan sebagaimana yang disebut dalam hadith kerana ia berlaku bukan di atas niat dan kerelaan oleh orang yang melakukannya dan oleh itu hukumannya berbeza dengan orang yang melakukannya dengan niat (disengajakan).
3. Sesungguhnya tiap-tiap perbuatan yang dihukum tidak sahaja dilihat kepada zahirnya tetapi ditinjau juga sampai ke dalam hati orang yang melakukannya. Ini memberi erti bahawa Islam mengambil berat terhadap kesedaran hati manusia dalam melaksanakan sesuatu perbuatan yang dikehendakinya kerana kesedaran itu menjadi bukti tanggungjawab seseorang atas perbuatannya di mana salah atau tidak perbuatan itu adalah dalam pengetahuannya dan dialah yang menanggung akibat atau dosanya kelak.

3 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan Haji,

Saya nampak sekarang ni PAS telah diterima ramai di Malaysia. Yang penting bagi saya, dalam keadaan politik yang semakin tidak menentu sekarang ini, PAS perlu bersifat strategist, BUKAN follower.

Pasal PAS-UMNO ni, kalau saya le, saya mintak je org UMNO dan semua pimpinannya tinggalkan UMNO dan masuk PAS ataupun PKR.. kan senang..

Kenapa UMNO nak pertahankan perjuangan mereka itu tanpa tunjang Islam? Jauh sekali laksanakan keadilan dan ketaqwaan..

Homework Studio said...

Alhamdulillah. hari ini telah diumumkan satu penegasan oleh Presiden. Kepada saudara syahrulmanan, saya yakin, sesungguhnya itulah yang diperjuangkan oleh wakil Pas dalam pertemuan dengan Dolah, Khir Toyo dan lain-lain. Mengajak mereka menghayati dan menerima pemerintahan Islam. Tetapi Umno ternyata tidak ikhlas dan sengaja mahu memecahbelah dan menggugat ikatan perjuangan Pakatan Rakyat. Inilah manifestasi perangai si kitul alaf baru yang segar dan terus dimuliakan oleh Umno.

enSid said...

Assalamualaikum YB Hj Mahfuz,

Saya Ahmad Sid Hijaz, berasal dari Jln Pdg Tembak, Bkt. Pinang ( sempat menyapa YB tempoh hari di R&R Tapah).
sebenarnya ada dua penyakit yang telah lama berakar umbi di Pekan Bkt. Pinang.
Saya kurang pasti sama ada YB tahu atau tidak; tetapi sebagai menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang penduduk kampung beragama Islam, wajib saya panjangkan kisah benar ini kepada YB.
1) Kedai Ah Cheng @ Kong Hu @ Ah Kow Tua @ kedai Sangkar Burung.
kedai runcit ini, ialah kedai yang normal di depan, di belakang (masuk ikut lorong sungai), dia jual arak murah cap orang tua/ samsu yang menjadi kegilaan segelintir remaja Melayu Bukit Pinang.
ada disediakan tempat untuk duduk minum sekali.. Tiap-tiap hari kebiasaannya dari waktu Maghrib hingga ke tgh mlm budak-budak Melayu..minum dan mabuk di situ.
2) Selang 3 rumah sebelum rumah cina Pak itam/ Sebelah rumah Ah Hai/ konduktor bas di Jalan Padang Tembak. Rumah Cina ( saya tak tau nama) dok jual ekor haram. Pembeli-pembeli majoriti orang Melayu kampung, tua, muda datang berduyun-duyun.. masuk ke dalam rumah beli no ekor, anak tinggal di luar ( dalam bakul motorsikal)..
Inilah wajah-wajah penduduk kampung saya Bukit Pinang.
Saya melaporkan untuk YB panjangkan kepada pihak-pihak yang terlibat agar tindakan sewajarnya dapat diambil. sekian terima kasih.