Monday, July 28, 2008

SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT.

Kepada,

Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.

Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS si atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas ketelanjuran ini.

Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat pribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai Ketua Penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian. Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS. Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.

Saya berharap individu terbabit dapat tampil kehadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh Presiden Umno baru-baru ini. Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka. Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS. Lebih memeranjatkan lagi apabila ‘muzakarah’ tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh Presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN. Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.

Apabila bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama 4 hari berturut-turut selepas pilihan raya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti. Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu. Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku. Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara Perdana Menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.

Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut. Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti. Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas ’pembohongan’ ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat. Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor Universiti Tempatan yang telah mengingatkan bahawa ”jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita”. Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.

Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia. Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada. Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang.

Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku. Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.

Maafkanlah saya.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR

Ketua Penerangan PAS Pusat

Ahli Parlimen Pokok Sena.

25 comments:

Malaysia2Egypt : Colourfull Trips said...

alhamdulillah... kepada tuan haji mahfuz.. sekalung tahniah diucapkan diatas permohonan maaf secara terbuka ini. diharapkan kepada semua penggerak dan pendokong parti pas dapat berlapang dada menerimanya dan terus memberikan wala kepada kepimpinan kita. semoga tuan haji dapat meneruskan kerja kepimpinan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. begitu juga pimpinan pas keseluruhannya... Ini adalah ujian tuhan buat kita untuk mematangkan pemikiran kita dalam menyusun strategi dan gerak kerja. Yang pasti... Jangan menjejakkan kaki dalam golongan MUNAFIQIN. sebagaimana Rasulullah tidak menjejakkan kaki baginda dilaman Masjid Dhirar. Semoga Pimpinan Pas sentiasa didalam keredhoan dan peliharaan Allah Azzawajalla. AMin.

Anak Melaka said...

Terima kasih atas surat terbuka Tuan ini. Moga ada yang terbaik untuk Islam dan prinsip keadilan.

Salam

Abu Ihsan Elbaritii said...

Assalamualaikum wrt wbt.

Selepas Hanipa, kini Tuan Haji pula menulis secara terbuka. Bezanya, Hanipa atas nama peribadi dan Tuan Haji atas nama rasmi.

Bagi saya, sebagai ahli kecil di bawah, memang mengharapkan segala kekusutan terlerai. Sebelum ahli membuat keputusan di mukatamar tentang isu ini, biarlah mereka tahu dengan jelas apa yang berlaku. Jangan ada lagi sesuatu yang tersembunyi kerana ia telah pun menjadi rahsia umum.

Benarlah PAS amat penting dalam mewarnai politik tanahair. Benar salahnya parti ini tetap mendapat perhatian.

Jika ianya satu arahan parti, maka ia bukanlah satu kesalahan. Tetapi memang satu kesalahan, bagi saya ahli bawahan, jika ada pimpinan yang menyembunyikan sesuatu drp mesyuarat pusat.

Wallahu a'lam.

ibnu sina inamza said...

tuan haji...jgn risau..sye yakin yg benar ttp benar dan tuan haji berada didalam landasan yg benar....

semoga perjuangan PAS kekal selama2nye,bukan seperti Um-No yg hanya mencari pertolongan ketika susah sahaja

freehappy said...

Salam Tuan Haji.

Peminpin sebeginilah yg ahli PAS bawahan macam ana dan rakan fully respect. To be honest we regret what hv been done by somebody else then in the end jst zip his mouth....apakah ada peminpin PAS bacul..? KALAU IKUT HATI MUDA KAMI, muzukarah dengan carburetor dung lebih 100 x Mulia dari bermuzakarah dgn UMNO...belum ada kes anggota carburetor dung terlibat dgn KES Rasuah. dan mereka bersama PR dalam demo itu hari..tapi Org UMNO adaka yg turun stadium ...malang bagi PAS bila ada sesetengah org atasan nya baling batu sembunyi tanggan dan kurang peka.

Jumpa anta pada 9/10 agos disambutan 10 tahun PAS cawangan sg mulia KL
Fauzi dari pas-sgmulia.blogspot.com

Anonymous said...

"PR diambang kejatuhan"

http://writtenbyhim.wordpress.com/2008/07/28/pakatan-rakyat-retak-menanti-belah/

chepirate said...

salam.....Muqabalah

TAHNIAH..!!!

yb antara orang yang berani memohom maaf dalam kes ini,ana tak nampak yang lain malah ada lagi yg bersikap membelakangi keputusan parti.
Mana husam,dr Hatta,zaki ibrahim dan seangkatan dengan nya.......

ULAR TAK HILANG BISA,KERANA MENYUSUR AKAR,

http://chepirate.blogspot.com

azee72 said...

YB Mahfuz..
Setakat minta maaf tak cukup la.
PAS credibility is at stake.
Yang pi runding dengan penyamun UMNO to buat apa????????????
PAS sendiri telah menjual prinsip ISLAM , bukannya kami ahli PAS.
PAS have to bite the bullet and get rid all the people involved.

Kechau Tersang Boston said...

Assalamualaikum,
Satu peribadi yang cukup mulia ,sanggup memohon maaf atas perkara yg disebutkan adalah diluar pengetahuan dan atas arahan parti.
Tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan dan belajarlah dari kesilapan ini ,moga semakin matang dan bertambah bijak dlm berpolitik. Syabas !

P.E.M.A.N.T.A.U said...

SYABAS TUAN HAJI,ANDA TELUS DALAM PERJUANGAN. ANDA LAYAK MEMIMPIN PAS SEKIRANYA ISTIQAMAH DAN SANGGUP BERFIKIRAN TERBUKA. HARUS DIINGAT LANGKAH PAS BUKAN SEKARANG BUKAN DILIHAT OLEH ORANG ISLAM BAHKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA. SILAP LANGKAH NESCAYA BURUKLAH PADA NAMA ISLAM DALAM PERJUANGAN PAS.
SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN DAN MEMPERCEPATKAN PERJALANAN KITA KE PUTRAJAYA. AMIN

CULA TUPAI said...

Yg Berbahagia Tuan Hj Mahfuz
---------------------------------
Terima Kasih atas penjelasan ini. Saya dan kawan kawan bukan ahli PAS tapi kami pengundi PAS kalau lah semua pemimpin PAS macam Tuan Hj tentu perkara ini tidak berlaku.

Saya cadangkan pemimpin PAS yang beria ia sangat mau muzakarah dengan UMNo biarlah mereka masuk jadi ahli umno...manusia namanya tak pernah bersyukur apa yang di perolihi TAMAK nak jadi menteri cermin diri layak kah kita memegang jawatan sebagai menteri???

Dr Ahmad Muhammad said...

Alhamdulillah. Tahniah. Anda hebat kerana berani memikul kelemahan dan tidak berdolak-dalik. Semoga Allah swt terus bersama anda dan semoga anda terus bersama Islam. Ameen. - www.drahmadmuhammad.blogspot.com

czackPY said...

Perkara inie patut tidak lagi jadi perbincangan. Bagi menjaga kridibility saudara sepatut meletakkan jawatan sebagai ketua penerangan kerana bersekongkol dan menerima arahan dari jawatankuasat pusat menipu ahli berkaitan isu ini.

nIeTAluVcoKlaT said...

idea yang lansung taq membina

ikan1375 said...

Yb Mahfuz..... tahniah dan terima kasih. Satu pengajaran kepada semua pihak. Pengikut harus menapis dan berfikir secara bijak, pemimpin harus menjalankan amanah dengan telus, mulus. Tak sia2 dok bakaq bengkang bagi pemimpin mcm YB ni makan. Yang para komentar lain, dok ulas pasal collaboration PAS-Umno tu sapa suruh. Tak dak isu tu pun. Yang ada isu muzakarah/muqabalah/meeting/summit/discussion dengan Umno, so relaks la. Bukan kita saja sayang PAS, pimpinan spt tok2 guru lagi la. Please bear in mind, prior your comment on regarding matter, please remember as my old folks always said, “Jangan makan pulut dengan tembikai, nanti buta perut tak dak akai”

audit said...

Buat silap orang bantai. Minta maaf pulak sayuti balun. begitulah nasibku yang malang kata P.ramlee. He he

Anonymous said...

kemarin mahfuz minta maaf,kemarin juga tajol rosli buat tawaran,hari ni adnan yaakob pula,najib pula kata untuk perpaduan ummah,semuanya pembohong besar.weeeeeeek..nak termuntah aku..

Doc said...

Kenapa ada tanda " pada "Mohon Maaf"? Adakah in betul2 memohon maaf atau hanya ingin "mohon maaf"?

khazaidi kamaruddin said...

respect tuan haji..
teruskan berjuang menegakkan agama.. ISLAM..

attakiri said...

salam buat yb pokok sena,
saya percaya dan yakin bahawa pas tetap dgn penderiannya, kata2 tg nik aziz adalh mantik mudah mana mungkin umno sanggup jadikan islam sebagai prinsip perjuangannya,

ia terlalu kotor

dan pas akan terus mengukuh kern islam yang dijulang. isyaAllah pas for sedikit masa akan jadi kenyataan dengan izin Allah

Hamirdin b Ithnin said...

Saya baca semasa lampu hijau diberi untuk bertemu dengan UMNO, PAS bersifat tok lebai. Tidak bersifat sebagai seorang strategist.Lebai yang paling masyhor di alam melayu ialah lebai malang.

pastotok said...

assalammuaalaikum. sebenarnya ana tau pasal statement anta minta maaf ni melalui kawan ana. ana terkejut dan seakan tak percaya pada mulanya. sebab itulah ana masuk blog anta buat kali pertama ni. sheikh, bagi ana tak perlulah anta keluarkan statement yang sebegini. adalah perkara biasa bagi org politik (politician)untuk cakap benda yang tak berapa betul (tipu sikit-sikit). benda ni sesuatu yang org ramai terima sebagai "cakap org politik.". sebab itulah juga tidak menjadi suatu isu yang besar sangat bila seorang menteri cakap pilihanraya tahun depan tup tup esok bubar parlimen atau harga minyak akan naik bulan depan tup tup petang tu jugak naik harga. maksud ana di sini cakap politik ni dah diterima umum sebagai satu "norm". jadi ana melihat tindakan anta ni hanya memburukkan keadaan dan seolah-olah cuba memperlihatkan kepada umum bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam kepimpinan PAS. ingatlah bahawa, sama seperti ana, bos-bos anta itu adalah pemimpin kita yang wajip kita patuhi dan pertahankan. jika sekiranya anta berasa perlu sangat untuk menegur atau berasa marah dengan tindakan mereka, tegurlah secara berhemah, secara sulit bukan secara terang-terangan begini. tindakan anta cuba menekan mereka dengan menghebahkan kepada unum ana lihat bersifat jahat atau sekurang-kurangnya suatu tindakan yang tidak bijak bagi seorangpemimpin PAS. AYUH BERSATULAH KITA MEMPERJUANGKAN ISLAM.TAKBIR!

Wak On The Roof said...

Salam.

Saya mungkin diantara jutaan pembaca mengenai surat permohonan maaf tersebut.
Nak terus taip pon tak kena nie. Cuma saya nak komen jugak ttg Presiden PAS menampakkan tidak matang dlm pentadbiran/pengurusan parti. Sebagai ketua dia harus bertanggungjawab atas tingkah laku anak buah, bukan ?
Saya nak komen banyak sebenarnya tapi bukan disini. Boleh tak tuan hj. beritahu dimana saya boleh menyalurkan komen tersebut.
Nanti dikata pula tak kena pada saluran yg betul. Tak wala',thighah la. mcm-mcm , kadang-kadang atas alasan ini menyempitkan fikiran jemaah. Saya ingin mencadangkan kepada tuan hj. diadakan ruangan forum bagi ahli bawahan menyatakan tidak puas hati pada pimpinan yg terlalu advance sampai tertinggal anak buah.

WE WAITING TO WORK IN UNDERGROUND

Wak On The Roof said...

Blogger Hamirdin b Ithnin said...
Saya baca semasa lampu hijau diberi untuk bertemu dengan UMNO, PAS bersifat tok lebai. Tidak bersifat sebagai seorang strategist.Lebai yang paling masyhor di alam melayu ialah lebai malang.

Wak topup skit
Dunia dah berubah. Orangnya tak berubah. Bila khatib berkhutbah bahasa Jerman, tapi yg dok dengaq org Malaysia, jahanam. Kes ciput je jd ribut.

Anonymous said...

saudara nasha sepatutnya minta maaf kalau mahu duduk dalam pas lagi. dia harus sedar betapa kami orang bawah telah berkorban. kami dihambat oleh pihak berkuasa, dinafikan segala hak oleh UMNO ketika mereka kuat. ada yang cedera, malah ada yang mati. tak dapat gaji pun. malah keluar duit sendiri atas nama perjuangan. nak lawan UMNO dan kerana untuk menghidupakan jamaah bagi membentuk kerajaan. kami yang berjuang lama tidak pernah terfikir akan dapat kerajaan semasa hayat kami. masih jauh kejayaan utk dicapai. tidak lagi cukup syarat utk mencapai kemenangan. saya org terengganu. saya duduk dlm jawatankuasa JKS. nak tau apa itu JKS? tanya saudara Yahya Ali. Yang membuat jatuhnya PAS di Terengganu kerana usahkan orang rakyat, ahli PAS pun meluat. Tuan Guru Hj Hadi Jadi MB, orang lain yang main peranan buat keputusan. Saya rasa kalau dah lapar sangat nak jadi menteri masuk UMNO lah.. berbalik kpd saudara Nasya, ikhlas saya kata.. UNDURLAH DIRI, jangan sampai orang pecat. jaga parti. seingat saya parti kita tak pernah lagi ada perebutan macam UMNO. jadi janganlah saudara menjadi pencetusnya. akibat dua tiga orang yang kemaruk ni, Tok Guru Presiden dan Tok Guru Mursyidul dilihat macam tak sehaluan. mujur juga mereka masih pegang kepada ilmu. saya harap dato tuan guru harun din dan dato KJ bersabar. tahun ini saya akan keluar lagi menerangkan kepada ahli supaya kita rehatkan saja saudar nasya, dato pa dan dato hassan ali. kita pilih orang yang yakin dlm perjuangan. orang yang tak mabuk dengan jawatan. alasan nak dakwah kpd UMNO dgn jumpa senyap-senyap buat orang ketawa mendengarnya. kalu jumpa orang asli nak dakwah mungkin boleh diterima akal. UMNO bukan tak tau islam. nak dakwah pak lah? bukan dia tak tau islam. cucu tok guru. banyak lagi orang yang tau tentang ugama dalam umno tu. masalah nya dia tak mau. saudara nasya nak jumpa nak dakwah dia? apa ni? saya dah lama berjuang dalam pas. saudara nasya duduk dlm sekolah lagi saya dah berjuang.UMNO datang kpd kita kerana dia nak kalah, bukan kerana dia insaf dan minta tolong ajar shahadah. dia minta tolong top up kredit nyawa UMNO yang dah ditolak. kalau dah gagah, dia lanyak kita semula. nak sama-sama perjuang melayu dan islam? selama ni apa dia buat? orang melayu bawahan dah dibogelkan. tenguk apa yang dia tolong melayu dikelantan, trg, kedah dan pulau pinang.sekarang pun tak tolong. nak kata tak ada kuasa, lemah... kan masih memerintah. kenapa tak tolong negeri melayu. nak kata tolong orang islam? dia dah hancurkan pemikiran generasi muda islam melalui hiburan-hiburan. baru sekarang nak bagi bantuan kpd sekolah ugama. sadarlah... kalau kita ada anak umur 7 tahun, kita biar dia menang 2 atau tiga penggal dah cukup. umur anak kita dah jadi 17 atau 20 tahun. kita mungkin sedar untuk mengajar, macam mana dengan saudara-saudara kita yang miskin. nak ajar anak tak sempat. asyik cari duit kerana nak suap nasi dan nak beli pakaian anak. ilmu dah lah sedikit. harap ke kerajaan, yang perintah UMNO. mampus !!!! kepada ketiga-tiga three stooges ini saya berehatlah utk seketika. atau keluar untuk jadi ahli JKK mana-mana cawangan. kepada ahli-ahli yang lain saya harap benar supaya memberi wala kepada tuan-tuan guru kita. yang buat hal ni bukanlah bertaraf guru. jangan pula terikut-ikut nak kenakan disiplin kepada orang yang tak bersetuju kalau tak mau muzakarah. salah seorang yang terang-terang tak mau ialah tuan guru mursyidul. nak kata tok guru tak tau dakwah...!! yang ada kat pulau melaka tu apa? pusat serenti ke? yang ada orang berpusu-pusu kat dewan zulkifli kota bharu tiap-tiap pagi jumaat tu buat apa? tenguk konsert jom sure heboh ke? kalau dah bohong satu perkara, usahlah lanjutkan pembohongan. susah nak reka plot cerita. sekian. saya minta maaf kalu terasa hati. saya juga dah lama terbuku dihati, sekurang-kurang saya minta maaf !!!!