Saya menyifatkan sekatan yang berlaku di beberapa jalan raya menuju ke Parlimen hanya menjadikan kawasan Parlimen seolah-olah 'zon perang'.
Malah tindakan polis mengadakan sekatan bermula dari beberapa jalan raya menuju ke Kuala Lumpur hanya menyusahkan pergerakan rakyat, katanya.
"Kami ahli parlimen juga terpaksa melalui kesesakan yang disebabkan sekatan jalan raya yang dibuat pihak polis,"
Pakatan Rakyat tidak merancang sebarang perhimpunan aman di Parlimen terhadap usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang dibawa Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.
"Kami tidak pernah merancang himpunan, mengapa pihak berkuasa polis perlu mengadakan sekatan hingga menjadikan Parlimen seperti dalam 'zon perang' atau 'zon bahaya',"
Saya melihat sekatan jalan raya yang dibuat hari ini hanyalah sebagai usaha untuk menakut-nakutkan pihak tertentu malah menggambarkan kononnya berlaku sesuatu.
Saya juga kesal dengan tindakan pihak berkuasa menghalang wartawan-wartawan dari media alternatif termasuk Harakah untuk masuk ke bangunan Parlimen bagi membuat liputan.
"Biasanya mereka boleh masuk sahaja untuk membuat liputan, tetapi mengapa hari ini mereka dihalang, adakah ini kerana kerajaan takut dengan bayang-bayang sendiri,"
Sementara itu, mengulas mengenai usul Ketua Pembangkang yang ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia beliau menyatakan bahawa usul itu tiada salahnya jika diterima dan dibahaskan.
"Apa salahnya jika ia dibahaskan kerana tiada peruntukan dalam perkara 18 untuk membuat undian.Kenapa tidak beri pihak membawa usul untuk membahaskan selama setengah jam dan pihak kerajaan menjawab selama setengah jam," ujarnya.
Sementara itu sejak jam 9.30 pagi tadi lagi, beberapa orang wartawan di kalangan akhbar alternatif termasuk Malaysiakini dan Harakah tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen termasuk di pekarangan hadapan bangunan tersebut.
Semuanya gara-gara satu perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Kuala Lumpur yang tidak membenarkan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan mana-mana pihak yang kononnya menyokong Pakatan Rakyat berada di sekitar 5 kilometer dari bangunan Parlimen.
Meskipun krew Harakah cuba berbincang dengan pegawai bertugas di hadapan pos kawalan keselamatan, namun ianya gagal walaupun Harakah tidak pernah dihalang masuk ke Dewan Rakyat sebelum ini.
Alasan pegawai tersebut ialah ' ini bukan kebiasaan, yang ada pas biru (pas daripada Jabatan Penerangan) sahaja yang boleh masuk'.
Krew Harakah dan beberapa orang wartawan Malaysiakini diarahkan meninggalkan kawasan kononnya yang dikatakan kawasan larangan oleh beberapa orang Pegawai Cawangan Khas.
Beberapa minit kemudian, muncul Pengerusi BNBBC, Dato' Seri Tiong King Sing dan timbalannya, Dato' Bung Mokhtar Raden untuk menyelesaikan rungutan wartawan berhubung sekatan memasuki kawasan Parlimen.
Bagaimanapun, mereka hanya menyelesaikan masalah sekatan membabitkan kelompok wartawan yang memiliki pas penerangan sahaja, sementara beberapa orang wartawan dari akhbar alternatif masih tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen.
Krew Harakah hanya menunggu di luar bangunan untuk membuat liputan Parlimen hari ini hingga jam 1.00 petang.
Sementara itu usul yang dibawa Wan Azizah menyebut, bahawa pilihan raya umum ke-12 menyaksikan tsunami politik apabila lima negeri dan Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Menurutnya, BN mencapai kemenangan tipis dengan memanipulasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan melalui pembohongan.
Harga minyak pula, tambahnya, dinaikkan dengan tiba-tiba selepas pilihan raya walaupun Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak - ketika melancarkan manifesto pilihan raya - berjanji ia tidak akan berlaku.
Manakala ahli-ahli parlimen BN, katanya, yang menolak sikap tidak bertanggungjawab pemimpin mereka, telah diancam dan dipaksa berdiam diri.
Perkembangan tersebut, telah menimbulkan krisis keyakinan terhadap Perdana Menteri dan anggota kabinetnya.
Rakyat, menurut usul itu lagi, berdepan dengan beberapa krisis seperti kenaikan harga bahan bakar dan makanan.
keyakinan rakyat terhadap polis, peguam negara dan badan kehakiman telah merosot, dan jenayah dan rasuah semakin meningkat
5 comments:
Salam saudara Mahfuz dan Semua Pembaca
Dari apa yang dapat kita lihat ini semua adalah kerana ada kabar angin yg kononnya dari Nazri Aziz yang meminta makahmah mengeluarkan perintah. Ini semua ketakutan nazri kononnya ada himpunan haram di parlimen. padahal tak ada pa pun. Yang si Nazri pun satu dol dengar dari informal mana ntah sampai dia jadi cam tu...
mereka tak pikir apa kesan tindakkan mereka ini. Dari apa yang sahabat saya beritahu di K.L dah jadi cam hampeh jalan raya sesak kerana sana sini ada sekatan. bodoh jugak polis dengan peguam negara ni..buat mcam ni semua berikan kesan yang teruk kepada rakyat. buat jalan raya sesak dengan tindakan mereka ini.Bukan rakyat bodoh nak p berhimpun di hari isnin cam ni..semua orang ada kerja jugak nak bagi makan anak isteri. apa hal kalau nak pikir logik nak berhimpun plak...aduhhh...
rasanya otak mereka tak ada di atas mungkin di atas jalan raya atau kepala lutut....apa pun ini mungkin dari nazri aziz..pak turut dan tau berani berdepan dengan kenyataan
Assalammualaikum YB Haji Mahfuz,pelawat blog dan salam sejahtera buat semua,
YB,apa dah jadi ni??? Keadaan semakin
runcing? Ekonomi negara dalam keadaan bahaya. Bahaya kepada rakyat jelata kerana jika apa2 terjadi kepada negara,'pegnkhianat2 bangsa ini peduli apa,mereka ada harta di luar negara. Duit simpanan depa pun bertimbun2 di lokasi bank luar negara.
Rakyat merempat,rakyat menderita...Mereka peduli apa? Mereka cuma jaga segelintir golongan saja demi kepentingan untuk menggekalkn kuasa bagi mengaut lebih banyak harta.
YB,tolonglah segera,di bawah kepimpinan ulama' kita gulingkan KERAJAAN BN KUNO!!PAS umumkan 1 REVOLUSI untuk menggulingkan kerajaan.
Suka saya ingatkan,REVOLUSI alaf baru ini tidak memerlukkan senjata dan kekerasan. Kita lakukan REVOLUSI yg mengikut lunas agama,undang2 dan hak sebagai rakyat MALAYSIA. Tanahair kita,adalah warisan nenek moyang kita.. Anugerah Illahi kepada penganut Islam di MAlaysia. Ini kerana MALAYSIA sebuah negara yang aman,makmur dan kaya.
Akibat kerakusan pemimpin pengkhianat agama,bangsa dan negara. BN makin angkuh serta terus menerus mengikut kiblat nafsu dan syaitan!!
YB,saya mohon,sebagai ahli PAS seumur hidup dan tergolong dalam golongan pemuda yang cintakan agama,bangsa dan negara,mintalah ULAMA dan UMARAK PAS bertindak segera demi kesejahteraan kita semua rakyat MALAYSIA...
Minta TOK-TOK GURU ALIM ULAMA" ini berdoa dan bermunajat kepada ALLAH,supaya tunjukkanlah jalan kebenaran serta jalan jihad bagi umat IOslam di MALAYSIA yg semakin teruk ditindas...
YB Haji Mahfuz,usul ditolak,polis dikerah,propaganda diperbanyakkn,fitnah berleluasa,jenayah tiada terkira dan lain macam bana lagi yg sedang menimpa seisi negara.
BN masih meracuni,menoba,menggulakan rakyat jelata yg masih tidak nampak akan jalan kebenaran. Kita yg sedaq ni mau bagi depa paham dan juga sokong kita demi kepentingan agama,bangsa dan negara..
Sampai bila kita harus begini,sudah
terlalu lama rakyat yg MERDEKA dijajah oleh PENGKHIANAT AGAMA,BANGSA DAN NEGARA oleh PEMERINTAHAN BN.... Let's put them to BE END!!!!
YB yg saya hurmati,tolonglah,gerakkn segera semua MP's PAS dan PAKATAN RAKYAT segerakan satu REVOLUSI gulingkan kerajaan ini,kerajaan KUNO!!!Jika mereka masih tertangguh-tangguh...PAS lancarkan bersendirian atas tiket agama,bangsa dan negara..
Wujudkan sebua MALAYSIA BARU dibawah sistem pentadbiran yg telus,amanah dan adil untuk semua..Lucutkan jawatan semua menteri yang mempunyai rekod,skandal dan pelbagai macam budaya negatif yg selama ini mereka puja!! Buang semua anak branak dan kroni yg menghisap darah rakyat...
Negara luar makin berhati2 dengan keadaan semasa negara kita. Bila2 masa saja ekonomi negara boleh merudum...
YB,saya mahu lihat dalam masa terdekat ini,impian saya ini menjadi satu kenyataan dan dimakbulkan Allah swt..Amin...
Terima ksih YB...Wassalam.
-revolutionist-
pedangsabil
assalamualaikum.
nampaknya dalam apa-apa hal pon polis jugak yang susah dan salah. Kita semua tak puas hati dengan polis. Kita tak pernah jadi polis. Mungkin ada anak-anak kita yang jadi polis. Mrilah kita hayati apa kata mereka. Mereka juga pasa mulanya dari rakyat. Bukan kerahan tenaga. Rakyat yang dengan sendirinya pilih masuk polis. Kadang-kadang kta lupa, polis juga manusia macam kita. Rmai yang berugama Islam. Ramai yang tahu beragama. Kalau begitu, pemimpin semua, marilah kita bubarkan Polis. Mereka pun tidak kecil hati.. Percayalah.
POLIS MMG SPESIS YG JIIK DAN MENJENGKELKAN.I HATE POLICE MALAYSIA VERY MUCHHH!!!DEMOKRASI KONON,PIRAHHH!!!JADI BARUA PAK LAH AND BE END!!
Assalamualaikum wbt
YB Mahfuz yg saya kagumi dan hormati..
Saya amat berharap agar pimpinan PAS di peringkat pusat tidak menjalankan sebarang kerjasama dgn pemimpin UMNO keparat tu..tlglah hapuskan UMNO/BE END secepat mungkin.saya dah tak sanggup and naik meluat tgk muka pak lah HAdhari, NAjib Monggolia and kaum kerabat UMNO kt TV setiap hari.mcm tv tu org UMNO yg py.
Teruskan Agenda PAKATAN RAKYAT yg kita cintai menuju ke PUTRAJAYA untuk mentadbir Malaysia yg dicintai ini.Jgn menoleh ke belakang lagi.Ok Yb Mahfuz,..all the best!!Takbir..Allahuakhbarrr!!!
Post a Comment