"Banyak perkara yang belum selesai antara Perdana Menteri dengan Dr Mahathir. Banyak persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir tidak dijawab oleh Perdana Menteri.
"Selagi perkara itu tidak diselesaikan, Perdana Menteri tidak ada kredibiliti untuk bercakap mengenai perbincangan dengan mana-mana pihak,"Walaupun Dr Mahathir berusaha bertemu Perdana Menteri untuk menjernihkan keadaan, apa yang berlaku selepas itu ternyata semakin buruk akibat sikap Perdana Menteri yang enggan menangani pelbagai persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir. "Perdana Menteri bukan sahaja tidak mengatasinya (persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir), jawab pun tidak,"
Keengganan Perdana Menteri untuk menjawab pelbagai persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir itu menyebabkan beliau disyaki tidak berterima kasih dan tidak menghormati orang yang mengangkatnya ke jawatannya kini sebagai Perdana Menteri,
"Jika orang yang melantiknya ke jawatannya sekarang pun tidak dihormatinya, apa jaminan Perdana Menteri boleh menghormati pihak lain?
"Perbincangan atau muzakarah memerlukan rasa hormat antara satu sama lain,"Bukan sahaja masalah hubungan dengan Dr Mahathir perlu diselesaikan oleh Perdana Menteri, malah beliau perlu menyelesaikan hubungannya dengan mereka yang dipimpinnya.
"Walaupun Perdana Menteri berikrar mahu berundur dan mengharap diberi peluang dua tahun lagi, namun mereka yang dipimpinnya tetap tidak berpuas hati.
"Baru-baru ini, (Naib Presiden Umno, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) berkata, dua tahun terlalu lama. Ketua Pemuda Umno, (Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) dan (Dato') Shahrir (Abdul Samad) pula menolak saranan supaya tidak diadakan pertandingan memandangkan Abdullah sudah hendak berundur sebagai Presiden Umno.
"Kenyataan-kenyataan itu hakikatnya adalah undi tidak percaya kepada Abdullah. Bagaimana hendak berunding dengan orang menghadapi undi tidak percaya?"
7 comments:
Assalamualaikum.. YB
Saya merasa sangat bimbang dengan kenyattan PM yang ingin memcahbelahkan PAS.. walaupun penerangan sudah diberikan oleh presiden PAS tetapi saya merasa amat bimbang dengan permainan ini..
Harap YB dapat perjelaskan dengan sejelas-jelasnya hala tuju PAS dan kaitan dengan UMNO!!
Assalamualaikum YB. Sedih la ni. Sedih pasal Umno nak muzakarah dengan Pas ( atau sebaliknya ? ) Lebih sedih lagi bila TV asyik dok interview Tok Guru Nik Aziz yang seakan tertipu dan tak tahu menahu akan adanya pertemuan pimpinan Pas dengan PM Dolah Badawi. Dah berhari-hari Tok Guru nafi, pesan, bagi peringatan, alih-alih Presiden mengaku ada pertemuan dan PM pun mengaku ada pertemuan. Makin celarulah macam ni. Harap Ketua Penerangan tolong Ulas dan redakan sikit kecelaruan yang timbul. Kesian kat penyokong Pakatan rakyat dan kesian Tok Guru. kan lebih baik muzakarah kemaih-kemaih dengan PKR, dengan DAP yang dah dok pakat la ni.
Asmk Yb,
Jika apa yang disebutkan oleh media kerajaan(UMNO) itu betul, saya sangat-sangat kecewa. Saya bukan ahli PAS tetapi seorang penyokong PAS. Kalau betul PAS akan bekerjasama dengan UMNO, bagi saya selamat tinggal lah PAS buat selama-lamanya. Ikutlah nasihat dan pesanan To Guru NA. Once beaten twice shy!!!
Salam YB
Saya masih ingat pada tahun 1999 apabila Umno dalam kelemasan timbul lah isu untuk berMuzakarah dengan PAS... dan apabila mereka mula mengumpul kekuatan pada tahun 2004 PAS dihina sehina hinanya, sekarang mereka kembali nak bermuzakarah... Saya meminta pimpinan PAS jangan melayan puak Umno yang sedang nazak ketika ini, pada waktu ini Umno hanya layak dibaca kan Surah Yassin.
mahfuz..hang pun sama pi jumpa pemimpin2 umno,dulu dok ikut dr. mahathir merata,lani dok harap nak pegang jawatan menteri bila pas-umno bersatu.
mahfuz!
aku pelik kenapa hang mcm diam je..
patut hang exco penerangan patut perlu terangkan pada ahli..bukan dok tulis dalam blog camni je.. ah la blog pun org tk kenal..sampai dua pulak tu,.. ka hang pun dok intai nk ganti sabree mulut buih tu...
hmm tahla .. aku kecewa betul ngan pas. ni bukan soal gabung atau tak. soalnyer ini bkan masanyer! aku marah ni mahfuz marah sgt... kalau hampa nk jilat kahak yang hampa ludah selama ni aku ucap kan selamt berjaya cuma bila dh rapat2 nmgan UMNO tu jgn lupa aklu mintak hampa mintak EX-GRATIA pada mangsa2 memali dan 2 org yng kena tembak kat batu burok tu.. dan aku aku tkkn ikut hampa sbb selama ni aku masuk pas bukan sbb hampa cuma terpengaruh dengan dakyah2 hampa tiap2 malam. cuma aku tgh pikir sekarang ni aku nk redho ke tak derma jihad yang aku bagi masa dengar ceramah dakyah hampa dulu.... aku dga byk juga portion yang hampa dapatkan... tp lepas ni lagi banyak la kan.. kirim salam kat bakal menteri yang lain mcm nasa,mustafa dan tok guru eh tak best la panggil tok guru bila nk jadi menteri... cari makan mahfuz....
Ketua Penerangan,
1980. Tahun tu aku mula sokong PAS sampai la ni. Berapa banyak 'sacrifices' telah dibuat. Aku tolak UMNO maknanya aku tolak habuan2 yang menggolek, kerjaya, biasiswa, kontrak dll. SEMUANYA JADI ABU???. Sungguh2 kecewa.
Post a Comment