Sunday, October 24, 2010

hak dan kepentingan Islam dan Melayu terjamin tanpa Umno

KUALA LUMPUR: Orang-orang Melayu boleh menukar kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 kelak kerana hak-hak mereka terkunci kemas dalam Perlembagaan Malaysia, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Umno tidak relevan malah tidak perlukan sama sekali untuk menjaga kepentingan orang-orang Melayu," tegas beliau.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sudi membuka jalan kepada Pakatan Rakyat (PR) melalui penekanannya tentang hak-hak orang-orang Melayu yang dijamin perlembagaan walau siapa pun yang memerintah, Mahfuz berkata, PAS akan menjelajah ke seluruh negara untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang perkara itu.

"Jaminan di dalam perlembagaan yang dinyatakan oleh Najib dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno Ke-61 itu dengan sendirinya mendedahkan pembohongan dan khurafat Umno untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu kononnya mereka akan hilang kuasa jika parti yang disebut sebagai parti perasuah oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) itu tidak memerintah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Dengan pengakuan Presiden Umno sendiri tentang jaminan dalam perlembagaan itu, Mahfuz yakin orang-orang Melayu tidak akan dapat lagi diperbodohkan oleh Umno yang tidak henti-henti mengugut kononnya mereka akan kehilangan kuasa jika pemerintahan Umno ditamatkan.

"Kita akan menjelajah seluruh negara untuk menggerakkan orang-orang Melayu supaya dengan tegas menyatakan "tidak" kepada penghinaan terhadap mereka.

"Umno menghina orang-orang Melayu melalui tindakan tanpa batasannya memperbodoh-bodohkan mereka semata-mata untuk menyalahgunakan kuasa dan meragut harta kekayaan negara dengan kuasanya sebagai pemerintah.

"Kita akan menyedarkan orang-orang Melayu bahawa hakikatnya mereka tidak ada apa-apa kuasa walaupun hanya sedikit di bawah pemerintahan Umno kerana semua kuasa terpusat di tangan para pemimpin parti yang dikatakan busuk hingga ke usus itu," katanya.

Malah, kata Mahfuz lagi, jika PR memerintah, hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan itu akan diperkukuhkan lagi dengan memberikan apa yang tidak diberikan oleh Umno kini, iaitu siri-siri reformasi yang bersifat institusional (institutional reforms) terutama pembebasan badan kehakiman, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan lain-lain pihak yang selama ini disalahgunakan oleh parti yang memerintah.

"Perkara itu telah lama dilaksanakan dalam negara-negara demokrasi yang lain tetapi Umno enggan melaksanakannya dalam negara ini demi kepentingan cengkaman kuasanya," kata beliau.

Dalam ucapannya itu, Najib yang memberikan penjelasan panjang lebar termasuk mengimbas sejarah moden negara dan Kesultanan Melayu Melaka berkata, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kata beliau, ia terkunci kemas dalam artikel-artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain Perezapan kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.

“Seterusnya, saudara dan saudari, kita mesti memahami dan mengetahui bahawa, pindaan terhadap artikel-artikel ini tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan.

“Ia ditambah kukuh pula oleh Perkara 10 Fasal 4, yang memberi kuasa kepada Parlimen, bagi menggubal undang-undang, melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan Perkara 181,” kata Najib.

Sehubungan itu, kata beliau, hal ini, hendaklah diketahui bahawa apa yang menjadi polemik hebat hari ini sama ada tentang kerakyatan selepas merdeka atau hak istimewa orang Melayu sebenarnya, sudah menjadi perdebatan akademik.

“Ini kerana dari segi perundangan, peruntukan-peruntukannya sudah pun tersurat dan sekaligus terpateri kemas,” kata Najib lagi.

Kata Najib lagi, seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja Melayu yang dianggotai sembilan Raja Melayu.

Dalam kata lain tegas Najib, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung.

19 comments:

Mohd said...

Tengoklah di Penang, apa yg PR buat utk membela kaum Melayu?
PAS dan PKR asyik mengikut telunjuk DAP saja.

azhairi said...

kerajaan penang menaikkan peruntukan utk hal ehwal islam di penang pd bajet 2010...itulah antara contoh ape yg PAS dn PKR buat...berckp biar ada fakta jgn main sedap mulut jer..

Unknown said...

Memang hak Melayu telah dilindungi perlembagaan. Soalnya, siapa pula yang melindungi perlembagaan?

Lihat apa yang berlau di Pulau Pinang. Rumah Melayu diroboh, gerai Melayu disita, kedai makan Melayu dihalau. Sedangkan gerai Cina di Feringhi dibiarkan saja.

Selangor juga mengalami nasib yang sama. Arak boleh dijual, rumah urut semakin banyak.

Melayu masih perlukan pembela. PAS kini ikut telunjuk DAP. PKR dikawal samsenh India. Siapa lagi yang boleh diharap?

parang terbang said...

salam datuk!

betul ke undi PAS terus masuk syurga walupun hisap DADAH...mabuk...kaki pantat?

dan saya dengar datuk dah tarik saudara lim kit siang masuk ISLAM?

betul ke datuk?

Longchepoh said...

oi barua....tok sah dok pemohong la. awat hangpa ka nak jaga melayu..selama ni aku tak tengok pun hang lawan balik cakap bengali bewak tu langkah mayat dia dulu kalau nak laksana hudud...

ran03 said...

YB Dato,

Sehingga kini, PR tidak langsung memberi keyakinan bahawa ia lebih baik dari kerajaan sekarang. Apa sumbangan PR yang boleh di- banggakan?. Saya hanya boleh fikir yang PR hanya berkebolehan membangkang tetapi itu pun tidak menyakinkan rakyat jauh sekali berkebolehan untuk mentakbir negara. PR = "Pakatan Rapuh"

n.ajis said...

saya rasa PAS hanya pandai kritik dan maki hamun.

di P.P. nasib umat Islam tidak terbela, bahkan lebih teruk.

bangkitlah dari mimpi. jangan jadi keldai tunggangan DAP.

itu yg takbir bertukar takebeer.

sejak kawan DAP, haram bertukar halal. hancur lebur PAS!

Andromeda_M31_ said...

Assalammualaikum YB,Sesuatu yang rakyat perlu tahu adalah sejarah Dato Onn Bin Jaaffar,Pengasas Parti UMNO di singkir dari UMNO,Mengapa?anak kelahiran Johor…namun Pengasasnya sendiri terbuang kerana perebutan kuasa,dan dengan itu Beliau menyertai Pembangkang melalui Parti PAS pada tahun 1959 dan dengan bantuan Parti PAS Kuala Terengganu Beliau memenangi Pilihanraya bagi kerusi Kuala Terengganu Selatan sebagai Pembangkang pada tahun 1959….Parti PAS harus mengenang jasa beliau di dalam PAS….bukannya UMNO kerana UMNO telah menjatuhkan Pengasas Partinya sendiri.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar

Andromeda_M31_ said...

Sejarah Dato Onn Bin Jaafar

http://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar

Andromeda_M31_ said...

Sejarah Dato Onn

http://www.ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar

Azhar Ahmad said...

mahfuz, ni tengok melayu p di halau keluar guan eng, apa PAS boleh buat? tak bela kah nasib melayu dan PAS sana bolih duduk diam dalam dewan sebelah guan eng apabila mely di luar dewan dok bawak sepanduk nak cerita hal tanah mereka di rampas. PAS blih duduk diam ke?

The Bundle Mania Shop said...

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh hari ini menafikan dakwaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau bersendirian dalam pendiriannya menolak hukum hudud dan penubuhan Negara Islam yang dicadangkan PAS.

Karpal Singh berkata penasihat DAP Lim Kit Siang juga telah menyatakan pendiriannya bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan pengenalan hokum hudud di negara ini dan pewujudan sebuah negara Islam bukan dasar pakatan pembangkang.

“Kenyataan oleh Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menunjukkan bahawa saya bersendirian dalam DAP yang menentang hudud dan negara Islam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Karpal Singh mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz dua hari lepas bahawa beliau berpendapat kenyataan pemimpin DAP itu yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan negara Islam adalah pandangan peribadi beliau.

“Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti,” kata Mursyidul Am PAS itu.

Karpal Singh yang menyambut baik kenyataan pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan, berkata: “PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai.”

“Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dan menurutnya beliau berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam. — Bernama

Unknown said...

Mahfuz ni dulu skolah di Maktab Mahmud Alor Setar, pelajar pelajar sekolah tu memang kaya dengan budaya kepimpinan. Dan banyak jenis kepimpinan yang wujud kat sekolah tu. Kepimpinan yang berpandukan politik negara. Yng pro kerajaan jrang sekali ada. Yang pro PAS memang berlambak la. Sekolah tu under pengurusan kerajaan Negeri.

Mahfuz ni jenis orang YANG PANDAI BERCAKAP TAPI TAK PANDAI BUAT KERJA.
DIA TAK PAHAM APA YANG DYA CAKAP SEBENAQNYA. BAGINYA, DENGAN KARISMA, DIRINYA AKAN DIANGGAP HEBAT. Memang budaya ni dah diamalkan sejak dya sekolah lagi.

Jadi, janganlah heran kalau beliau bercakap ibarat orng kurang waras.
Mahfuz ni seorang pemimpin tak berkualiti.

PakLong said...

Apasal yang komen dalam ni semua hentam Mahfuz? Balaci UMNO ka semua ni? Tapi ada benar jugak kata2 korang. Aku pun meluat jugak dengan puak2 depa ni, macam lah diorang semua baik sangat. Kepada parang terbang, pertanyaan samada masuk syurga atau tak kau kena tanya Nicky Aziz. Sebab dia terlalu banyak keramah. Hai nicky,,,, nicky. Pesan ya mahfuz kat nicky tu, cukup2 lah nyayuk tu,. Kau pun sama noo, tunjukkan lah sikit kewarasan kau tu, jgn cakap membabi buta dan tak payah lah terlampau aggresif sangat kat Parlimen tu? Kalau nak bangkang , bangkang secara berfakta dan belajar terima penerangan orang lain. Tak payah fikira kau je betul. Kadang2 orang lain pun betoi jugak. Amacam Mahfuz? nak terima ka tak cadangan aku ni. Heh lantaq kau la.

Unknown said...

x kisah la balaci UMNO ke apa, yang penting, kita kena dengar and fikir apa yang orang kritik. Bukan macam MAHFUZ BEAN ni, melenting dan melalak macam orng sawan bila kena kritik! mentaliti rendah!

Johan bin Ramli said...

Syukur jika hak itu berkekalan... jadi tak apa le YB jika kita sama-sama undi DAP....tentu dia tak akan apa-apakan kita ye...Semasa ustaz Nizar dulu-dulu jadi MB...bukan main selesanya dia bila dikiri kanan ada 2 ahli dari DAP...sambil berjalan sambil bercakap tak habis-habis.. Ala setakat merempat dibumi ini apa salahnya...kita tengok aje le rumah banglo siapa..kita duk le rumah sewa...atau rumah org hina yg dibina zaman BN...rumah murah tapi mahal. Bagi lagi le peluang pada Nizar tu...

Johan bin Ramli said...

Kepada Andro: Salam.. Dato' Onn adalah pemimpin luar biasa..Beliaulah yang dapat menyatupadukan org Melayu...ketika zaman hidupnya, org-org Melayu berpuak-puak dan tidak bersatu. Luar biasa sungguh anak Johor ini yang dapat menyatukan Melayu Kelantan, Negri Sembilan, Kedah (anak-anak negeri yang sukar didampingi ketika itu). Beliau sebenarnya tidak disingkir malah belia menarik diri keluar dari UMNO. Beliau sendiri memberi ucapan dan nasihat kepada ahli UMNO ketika beliau pertama kali mengatakan Keluar dari UMNO. Oleh itu saya ucapkan terima kasih kepada Sdra Andro.

wanzal said...

Woi MAhpus aku malu jd org Kedah..hang ckp macam taik.selama ini apa hangpa buat di Kedah..kalau hang berani p junjung Quran..celaka sungguh ckp mcm taik..selama ni sapa dok tolong org Melayu???org cina mai ka nk tolong kita? celaka sungguh..kalau PR menang, awat DAP nk dengaq ckp Pas. sedaqlah AP Pas ada berapa kerat saja, bengali tua tu akan cincang kita hidup2 la bodo.la pun dah kena kerat, Pas tak berani kata pa pun kalau Dap dok pijak org Melayu.Awat hang tak p maki Dap..celaka sungguh cakap mcm taik.Manusia jenis barua ceramah dpn Melayu ckp nk bela Melayu, nk bela Islam, depan cina kancing gigi...hang bolehla berkawan dgn Tok Nik sesat tu..

Apa Ada Pada Dunya said...

Dah jenuh mata melihat, telinga mendengar, email yang diterima, kecaman demi kecaman dari blogger-blogger tegar mengenai isu Negara Islam. Di sini Kerajaan semut hendak berkongsi sedikit maklumat yang belum lengkap mengenai isu yang di perdebatkan. Fikir-fikirkan lah.. jangan nanti kita di tuduh BODOH SOMBONG..

Sebahagian Dari Ciri-Ciri Negara Islam
1. Agama Rasmi Mesti Islam
2. Raja mesti Islam
3. Pemimpin Paling Atas Mesti Islam
4. Pemimpin bawahan mesti report pada pemimpin Islam
5. Kemudahan Beribadah.
6. Tak meminggirkan kaum lain dan agama lain
7. Tidak memerangi kaum yang tidak memerangi Islam
8. Menghukum mengikut sunnah Rasul.

Hukuman perundangan Malaysia adalah diantara hukuman yang paling ringan dalam negara Islam dan didalam ajaran Islam. Ini dilihat dari sudut peluang bertaubat untuk memberi peluang kepada umat Islam bertaubat membersihkan dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Allah Mengetahui Segala Sesuatu.

Syarat2 Pemimpin Islam:
1. Islam
2. Balig
3. laki-laki
4. Adil
5. Menjauhi yang buruk
6. Berani dan kuat.
7. Berilmu
8. Berpandangan baik
9. Mengatur dengan baik dan bijaksana dalam setiap hal

Kesimpulannya MALAYSIA JELAS ADLAH NEGARA ISLAM... ALHAMDULILLAH.... TERIMA KASIH YA ALLAH... TQ SEMUA PEMIMPIN UMNO n BN yang mendokong ISLAM...