Monday, March 1, 2010

Nazir Razak 40 terkaya diMalaysia, CIMB sapa punya

Baru baru ini majalah Malaysian bisnes menyenaraikan 40 orang rakyat Malaysia terkaya.Penyeneraian ini dibuat berdasarkan kaji selidik nilai pegangan saham mereka dalam syarikat yang tersenarai dipasaran saham pada 15 januari 2010.

Apa yg menarik ialah adanya muka baru dari 40 orang rakyat Malaysia yg terkaya. Antara muka baru yang disenaraikan ialah Datuk Nazir Razak adik kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib Razak. Kekayaan Datuk Nazir Razak dikaitkan dengan CIMB Group dimana beliau sebagai ketua pegawai eksekutif. Seperti yg dinyatakan kekayaan Datuk Nazir dinilai dari jumlah pegangan beliau didalam syarikat yg tersenarai dibursa saham Kuala Lumpur. Syarikat yang dimaksudkan sudah tentu lah CIMB Group.

Setahu saya CIMB adalah syarikat kaitan kerajaan(GLC). Datuk Nazir ialah ketua pegawai executif CIMB group. Persoalannya sekarang ialah adakah Datuk Nazir juga memiliki pegangan syer dalam CIMB. kalau mengikut kaedah yg diguna untuk mengenal pasti kekayaan sesaorang berdasarkan pegangan syer didalam syarikat yg tersenarai ini bermakna Datuk Nazir memilikki sejumlah pegangan didalam CIMB group.

Isunya apa status CIMB sekarang. Adakah masih sebagai syarikat kaitan kerajaan.Berapa jumlah pegangan kerajaan dalam CIMB yang asalnya ialah Bank Bumiputra.Apakah kerajaan masih memiliki pegangan majorati atau sekadar golden syer.Perdana Menteri perlu menjelaskan semua ini termasuk berapa pegangan yg dimiliki olih adiknya Nazir dan bila pegangan itu diperolihi serta darimana pegangan itu diperolihi.Adakah pegangan itu diperolihi dari pegangan kerajaan.Rakyat perlu diberikan penjelasan bagaimana Nazir Razak adik kepada Perdana Menteri yang bekerja makan gaji dengan syarikat kaitan kerajaan tiba tiba menjadi orang yang ke 40 terkaya diMalaysia dengan jumlah kekayaan rm385 juta.pelik bin ajaib.

Dato,Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena.

10 comments:

Anonymous said...

YB Dato',

Umum yg celik dan berfikiran waras tahu dan sungguh2 faham yg cimb adalah milik najib and family. Jd si nazir tu wakil@kroni. RM385 mil tu tak betul sebenarnya lagi banyak YB. Susah sgt diaorg nak jawab sekarang tak pe tunggu je paling lama 30 tahun mampus lah diaorg lepas tu jawab dlm kubur!

yb said...

Betul, kami rakyat sudah lama tahu. Kami lagi bijak. Boleh melihat dan membaca setiap pergerakan sama ada yang tersembunyi ataupun yang tidak disembunyikan.

Cukuplah usaha untuk bodohkan kami!

Anonymous said...

GLCs were created because it was eloquently argued that the Malays at the moment did not have the money to buy into public listed companies. The Government is using the GLCs to hold in trust shares in public companies so that they could be divested to the people if and when the time come.

Now you have given a new twist to this. Finance Ministry has some explaining to do.Ramalx

hilbert said...

Salam 1Malaysia YB Datuk Mahfuz,

sepatutnya kita sebagai kaum Bumiputera harus berbangga dengan pencapaian bangsa kita dalam bidang perniagaan walaupun tidak setanding dengan apa yang telah dikecapi oleh Tan Sri Robert Kuok Hock Nien(RM42.76 billion), Tan Sri Ananda Krishnan(RM27 billion), Tan Sri Lee Shin Chen(RM1.92 billion), Tan Sri Teh Hong Piow(RM10.86 billion), Tan Sri Lim Kok Thay(RM10.38), Tan Sri Quek Leng Chan(RM7.09 billion) sementara sampai ditangga ke-7 baru terjumpa usahawan Bumiputera yang memiliki harta bernilai RM6.01 billion iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dari Yayasan Al-Bukhary.

Saya berpendapat bahawa Datuk Seri Nazir Tun Razak adalah seorang usahawan atau ahli perniagaan semata dan bukannya orang politik. Saya juga fikir apabila beliau dilantik kejawatan tersebut di CIMB adalah atas faktor kelayakkan beliau dan bukannya didorong oleh kepentingan-kepentingan sebagaimana yang sedang bermain didalam fikiran YB selama ini.

Dan bagaimanakah caranya seseorang pemimpin itu hendak membawa perubahan didalam kehidupan masyarakatnya sendiri sedangkan apabila melihat orang lain mula mengorak langkah untuk berjaya maka sudah mulalah timbul perasaan syak wasangka didalam hati, itu tak kena, ini tak betul...

Kalau berpolitik secara matang, secara bijak atau lebih tepat lagi secara berhemah saya yakin orang ramai akan melihat perjuangan seseorang atau sesebuah parti itu sebagai mempunyai apa yang diharapkan dan mereka mungkin boleh menimbang untuk terus menyokong tetapi sekianya seseorang itu atau sesebuah parti itu berjuang dengan terus mengamlkan sifat buruk sangka tanpa asas terhadap kejayaan orang lain seperti ingin meruntuhkan apa yang dimiliki orang lain walaupun pada hakikatnya kita tahu bahawa apa yang mereka miliki itu sebenarnya bukan diperolehi dengan cara sebagaimana yang dikatakan.

Ada tak tips-tips yang boleh diambil sebagai satu contoh untuk diikuti dari jawapan kepada persoalan ini bagaimana untuk membersih jiwa raga, hati dan fikiran dari perasaan syak-wasangka yang melangkaui kemampuan berfikir dan sekiranya ada maka eloklah kita gunakan bersama bagi membantu mempertingkatkan daya saing antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera dalam kerjaya mereka di bidang perniagaan...

AnakKedah said...

dok bangga jaa tapi haram tak turun sekupang kat rakyat..
pie mampos dengan bangga hang....

yb said...

Kesian, ada orang nak tips, mari saya bagi tips:

Semasa Bank ITU bergabung dengan S.Bank dan dll, kepercayaan penuh telah diberikan kepada satu kaum sahaja.

Kumpulan satu kaum ini telah membuat rombakan besar-besaran dengan menyisihkan kaum-kaum yang lain.

Begitu ghairahnya mereka mencantas sehingga ramai kaum-kaum lain terpaksa/dipaksa berhenti atau mngambil VSS.

Prasangka buruk ke ini?

Hi Dato' tolonglah bagi saya tips untuk kuatkan semangat daripada orang-orang yang megah dan bangga tak tentu hala!

Anonymous said...

hmmmm memang dah rezeki dia YB..tapi ye la..anak bekas PM,adik beradik kerabat PM..sume jadi kaya.. kita yang mengiundi..well..orang yang mengundi dia.. apa yang dapat???

internet tak jugak turun2 harga... hmmmm..harap2 kalau PR jadi kerajaan.. jangn lah berperangai cam diorang..kenag2 la kami yang ngundi PAS DAP PKR ni.. OK

Anonymous said...

Salam

YG saya berpendapat isu ini tak perlu dimasukkan di dalam blog ini. Baguih la dia KAYA..nie kalau kita senaraikan semua yg "TAK BERSUNAT" ja yang kaya-raya...tak malu ke?

Anonymous said...

Yang kaya dengan usaha sendiri memang kita bangga, tapi dengan cara anugrah kerana ia keroni yang kita kesalkan,dan kemudian menyombong dan mengaku pejuang nasib rakyat setelah ambil hak rakyat malaysia yang lain....

nizirith said...

Yang saya tahu DS Nazir Razak ni dh lama dilantik sebagai CEO CIMB jauh sebelum DS Najib menjadi TPM dan PM.Dia dilantik menjadi CEO kerana kelayakan akademik dan pengalamannya,bukan kerana kronisme.Gajinya sebagai CEO yg menjadikan dia kaya raya.Dan CIMB bukan GLC lagi sekarang ni sebab peratus saham Khazanah hanya berapa sen shj.Yg penting dia bangsa Melayu dan Islam.Takde kena mengena dengan politikpun.Jgn mempolitikkan kelebihan org lain.Dia sekaya mana sekalipun kalau kita undi sesapapun takde dia akan bagi kita saham CIMBpun.Keluarlah dari kepompong dengki mendengki.Kita patut berusaha ikut jejak langkahnya.Alhamdulillah..rezeki dia.