Tuesday, March 23, 2010

Pelacur Politik dan kuman Siplis

Tuanku Yang DiPertuan Agong didalam titah perasmian telah mengingatkan Ahli Parlimen supaya menjaga adab dalam perbahasan. Baginda kecewa sikap sesetengah Ahli Parlimen yang tak dapat menjadi contoh yang baik semasa berbahas dalam sidang Parlimen. Saya tak pasti apa dan siapa yang dimaksudkan.Tetapi apabila membicarakan soal adab dan kesopanan kita tidak boleh hanya melihat tingkah laku sesaorang ahli Parlimen ketika berbahas,sedang tingkah laku tindakkan Ahli Parlimen diluar dewan juga merupa perkara penting untuk dinilai .Contohnya soal hubungan dengan rakyat,soal amanah dari mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat termasuk melompat parti suatu perbuatan bukan sekadar tidak sopan tetapi mencabuli amanah rakyat. Tindakkan itu juga telah mencemar nama baik Dewan Parlimen.

Parlimen tak boleh mengizinkan Ahli Parlimen seperti ini yang membohongi dan menggadai amanah rakyat. Perbuatan ini sama seperti kesalahan pecah amanah .Orang yang pecah amanah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen. Rakyat memberi kepercayaan kepada mereka atas nama Pakatan Rakyat bukan atas nama diri mereka. Mereka bolih untuk tidak bersama PKR dan PR tetapi mereka perlu melepaskan jawatan Ahli Parlimen untuk kembalikan mandat itu kepada rakyat.Inilah cara terbaik untuk mereka membuktikan dakwaan mereka PKR dan PR tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat.

Bukannya menjadi pelacur politik yang membawa penyakit yang boleh merosakan masyarakat.Kepada pelacur politik seperti Zaharin dan rakan sewaktu dengannya jangan jadikan Parlimen sebagai sarang pelacuran yang dipenuhi kuman siplis dan wabak aids yang akan meruntuh kemulian dewan yang dibanggakan selama ini.

Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen P.Sena.
19 march 2010.

9 comments:

Anonymous said...

Nama kamu Hj Mahfuz Omar? Lebih baik kamu tukar ke nama orang kafir sebab perangai dan perlakuan kamu tidak mencerminkan seorang Islam yang berakhlak!
Sesama Islam kamu maki dan hamun secukup rasa tetapi kafir yang terang-terangan menghina Islam kamu membisu?
Mengapa kamu tidak menggelarkan mereka yang melompat kepada puak kamu pelacur politik?
Islam mengajar kamu menghukum mengikut keperluan puak kamu?
Soalan: Apakah yang akan terjadi kepada Umat Islam jika kebanyakan Umat Islam seperti kamu?
Jawapan: Jadi takbur dan bongkak serta bodoh sombong! Dan negara akan menjadi seperti negeri kebanggaan kamu 'Serambi Mekah'(konon).Eh! Mekah ada serambi ke?

Anonymous said...

orang gila ka yang komen ni,tanya soalak kemudian jawab sendiri. selalunya orang gila saja yang macan ni.

Anonymous said...

Hamba Allah

Kalau pemimpin islam suka bergaduh,
macam mane nak handle rakyat supaya tak bergaduh..
Kalau pemimpin tak kenal hati rakyat,
macam mane nak bawak rakyat kepada Allah?
Kalau pemimpin tak tenang dengan ujian, macam mane nak menenagkan ujian yg melanda masyarakat?
Ustaz persalahkan UMNO memanglah
smpai kiamat pun tak habis,
salah sndri yg kene tgk ustz,
mengenang nasib sndri amalan
belum tntu dterima..
Lebih baik kalah, daripada dapat negara Allah tak redha..
Ini bukan cara islam, bukan cara
berakhlak ustz..
Allah murka islam bgaduh dgn islam sndri,susah payah Rsaw satu padukan, kite cari pasal plak dgn org..
Ustaz, UMNO cume tak berapa pandai je nak tadbir negara islam, tp mahu tu ade, tapi PAS trus tak pandai tadbir sbb suka cari pasal.
Hudud takde takpe,jangan smpai perpaduan takde.
Rsaw tak buat hudud utk satu padukan rakyat, tp kerana sudah smua org mahukan islam maka lahirlah hudud dgn sndirinya, lahirlah daulh dgn sendirnya..
Saye sndiri lari negara lain kalau
ustz jd PM..
tak yakin...takut jadi makin parah..Bukan jd ngara islam, tp jadi porak peranda..
Ustz tak tenang hadapi ujian,
tak sabar dgn dugaan,
suka melenting, suka bergadoh,
jangan kata nak tadbr negara,
kalau bagi 4 isteri pun tak dapat
nak handle..
Baik ustz letak jawatan, suh PAS bubar parti,stidak2 dapat perpaduan
dari mburukkan imej islam..
Ustz buntu sgt ustz buat istikharah mtk Allah tnjuk jalan
sblum terlanjur lebih jauh,
umo kite tak panjang,
mati tak kenal masa..
Wallahua`lam..

hisyam_mujahid said...

assalam'alaikum hj mahfuz. :)

menarik posting ni. saya pertama kali melawat ke blog ni.

'pelacuran' dan 'kuman siplis' tu bukan hanya dalam arena politik, dalam dunia maya pun lagi banyak. contoh yang first komen tu ha :D

hilbert said...

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia YB Datuk Mahfuz Omar,

Bagi pandangan saya sebagai rakyat yang biasa-biasa nilah Datuk, peringatan yang telah diberikan oleh YDA Tuanku Mizan Zainal Abidin semasa Baginda menyempurnakan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-3 Parlimen ke-12 lalu iaitu mengenai kelakuan atau tingkah laku wakil-wakil rakyat semasa didalam Dewan Rakyat sebenar tak payahlah kita pura-pura buat tak faham akan teguran itu ditujukan kepada siapa dan apa-apa lagilah.

Sebagai salah seorang rakyat biasa yang kerap mengikuti apa yang pernah atau telah berlaku didalam Dewan Rakyat sewaktu sessi diadakan selama ini walaupun bukanlah langsung dari situ namun saya dapat menyelami apa sebenarnya maksud yang terkandung disebalik teguran dalam Titah Ucapan YDA pada 15 Mac hari Isnin lalu.

Ingat lagikah sewaktu Majlis Angkat Sumpah didalam Dewan Rakyat untuk Anggota Dewan Rakyat yang baru memenangi PRK Parlimen Bukit Gantang YB Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tahun lepas, bagaimana keadaan menjadi kecoh tidak sampai 3 minit selepas YB Nizar selesai melafazkan sumpah sebagai seorang Anggota Dewan Rakyat.

Boleh dilihat dengan jelas ketika itu bagaimana tindakan YB Nga Kor Ming, YB Nga Kor Ham, YB Datuk Mahfuz Omar, YB M. Kulasegaran yang tiba-tiba bangun sambil melilitkan kepala masing-masing dengan sehelai kain kuning yang tertera dengan tulisan 'BUBARKAN DUN!!!' ...sambil menjerit didalam dewan "bubar!,buabr!bubar!...sebagai reaksi kepada pekikan yang dimulai oleh YB Nizar yang melaungkan perkataan 'hidup,hidup,hidup rakyat!!!

Adakah kelakuan seperti itu tidak termasuk didalam apa yang telah dikatakan sebagai "Pelacur Politik dan kuman siplis"? Bagi saya kelakuan seumpama itulah sebenarnya yang dimaksudkan oleh YDA Tuanku Mizan yang mahu semua Ahli Parlimen menjaga adab sopan, tingkahlaku semasa berada didalam Dewan Rakyat.

Walau apa-apapun saya berharap selepas ini YB Datuk serta semua rakan Datuk dari Pakatan Pembangkang dapat mengamalkan sikap yang matang serta profesional semasa berbahas didalam Dewan, dan jangan bersikap cepat melatah dan teliti betul-betul dulu sesuatu isu yang hendak dibahaskan samada ianya sahih ataupun tidak ini penting bagi menjaga reputasi diri YB-YB sesuai dengan seorang yang bergelar sebagai Yang Berhormat.

Terima Kasih...

Anonymous said...

Salam YB,
Tajuk yang YB bagi ni "Pelacur Politik dan Kuman Siplis" memang tepat untuk yg, menulis komen yg. pertama tu..

YB, saya lihat dan boleh dikatakan pengomen2 yg menghina YB mesti dari kaki bodek ameno. Mereka ni semua nya nak cerita pasal Islam ala' ameno lah.. kebanyakan mereka ni atau boleh dikatakan semuanya buta sejarah Islam. Mereka tak tau ke sejak zaman rasullullah saw lagi hingga sekarang orang sesama islam lah yg, bergaduh sama sendiri. sebabnya fasik dan munafik. Jangan kita ingat semua orang yg. bernama islam itu semuanya berugama islam.

Pandangan islam ameno, kalau orang kafir jer semuanya jahat dan masuk neraka dan kita wajib perangi mereka. tak kiralah orng bukan islam ni baik atau jahat. Tapi kalo orang yg, bernama Islam itu pemakan rasuah, pengkhianat bangsa dan ugama, penganaya orang, pencuri harta rakyat dan munafik tak bole caci ke?. Apa ni? giler ke?

sejak wafatnya Rasullulah saw, perang jamal, perang siffin dan sebagainya, semuanya peperangan anatara orang islam dgn islam dan bukan dgn orang kafir. Yang bunuh saidina Omar RA, Saidina Ali RA dan Saidina Osman RA orang kafir ke? semuanya orang yang bernama Islam. itu dulu..

Sekarang ni yg, letupkan masjid,letupkan bangunan di Afghan, Pakistan, Iraq, orang kafir ke atau yahudike? semuanya kerja orang mengaku islam. itu pasal jangan pandang seseorang itu dari nama dan terus melebelkan seseorang itu Islam.

Sekarang ini kita patut menyokong cara perjuangan PR yg lebih kepada perjuangan hak dan batil dan bukan kepada perjuangan Islam dgn bukan Islam yg diwar warkan oleh golongan manusia yg bernama ameno dan perkosa. kita wajib menolong makhluk Allah SWT yg. tertindas.tidak kira bangsa dan agama. insyallah secara tidak langsung golongan bukan Islam yg. tertindas akan membuka mata bagaimana PAS membantu mereka dan seterusnya terbuka hati utk mempelajari Islam. Insyallah

Anonymous said...

buat lg mahfuz ni.. ni nak tanya sikit, masa yb bota masuk pkr dulu apahai tak kata dia pelacur politik? masa anwar nak bawa masuk 30 MP BN apahai tak kata dia bapak pelacur? apa punya bangang la statement..

Anonymous said...

bota ke, 30 MP BN nak masuk PR ke? Pelacur Politik lah tu yg. di maksudkan oleh YB. tak faham2 lg, ke?

Unknown said...

yg jadi Exco selangor dan ada gambar tgh beromen tu apa?