Monday, March 8, 2010

PAS tidak perlu Zulkifi

“Mungkin dia (Tuan Ibrahim) berniat dakwah, tapi saya anggap kenyataan itu masih bersifat peribadi yang tidak perlu dipolemikkan,”

Keterbukaan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempelawa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Nordin menyertai PAS seperti yang dilaporkan akhbar elektronik mStar hari ini wajar diteliti terlebih dahulu oleh kepemimpinan tertinggi PAS.

PAS seharusnya mengormati etika kepartian yang dipegang secara bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Kita tak boleh ambil ahli-ahli yang ditolak oleh parti kawan-kawan kita, apatah lagi kalau seseorang itu ditolak disebabkan mengganggu muafakat Pakatan Rakyat, kerana ini etika yang dipegang bersama,"

Sekiranya PAS menerima Zulkifli, PAS boleh dilihat tidak menghormati ketetapan berupa disiplin yang ditetapkan oleh PKR sendiri.

Ini kerana, dengan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS, boleh mengakibatkan isu disiplin yang dialami oleh PKR mungkin berpindah pada PAS pula.

"Selepas PKR, mungkin PAS pula berdepan dengan ahli-ahli yang tidak disiplin, yang akhirnya tidak juga menyelesai masalah pokok (disiplin) dalam Pakatan Rakyat sendiri.

“Orang yang tidak ada disiplin dalam parti kawan kita, tiba-tiba kita (PAS) pula atas nama 'terbuka' nak ambil orang itu masuk ke dalam parti kita,”

Sekiranya Zulkifli dibawa menyertai PAS, saya menjangkakan bahawa PAS sendiri bakal dilihat serong oleh para pemimpin Pakatan Rakyat serta rakyat sendiri.

Zulkifli yang dilihat acapkali bersikap provokasi, tidak beretika menurut prinsip organisasi serta tidak dilihat bersikap toleransi dengan penganut agama-agama lain sebelum ini, membolehkan PAS sendiri dilihat serong kelak.

“Dia dilihat cukup provokatif dalam isu kalimah ‘Allah’ umpamanya, kadang-kadang dilihat begitu 'mengganggu' muafakat Pakatan Rakyat (atas nama) Melayu, sedangkan Islam tidak mengajar sedemikian (dan) PAS pula adalah parti yang toleransi lagi (bersikap) sederhana dengan semua kaum dan penganut agama sebagaimana yang ditunjukkan (oleh) Nabi Muhammad s.a.w.”

PAS seharusnya membuat pertimbangan yang sewajarnya mengikut kaedah yang disarankan menurut disiplin ilmu Islam.

“Seingat saya, Islam ada ajar kita ‘menolak kemudharatan itu lebih baik dari mengambil maslahah (kebaikan)’ (maka) kalau dia (Zulkifli) ini kita boleh anggap sebagai suatu mudharat (disebabkan) tidak disiplin dalam PKR, apakah jaminan kebaikan yang PAS akan dapat kalau dia sertai kita (PAS),”.

“Kita (PAS) dalam Pakatan Rakyat sedikit sebanyak pun turut terganggu dari segi organisasi walaupun dia (Zulkifli) sebelum ini bermasalah dalam PKR, kalau dia duduk dalam PAS (maka) lebih-lebih lagilah,”

Pun begitu, saya menganggap masalah disiplin Zulkifli hanya masalah berkaitan organisasi parti semata-mata.

“Masalah dia ini (adalah) masalah berkaitan organisasi parti, maka saya anggap masalah disiplin dia setakat itu saja, tak lebih dari itu.

“Etika dalam parti penting bagi saya, (maka) elok PAS menerima pemimpin yang berdisiplin saja,”

42 comments:

Islah Mohd said...
This comment has been removed by the author.
dino.yp@gmail.com said...

saya sangat setuju dengan pandangan YB, pada masa yang sama saya rasa PAS pun tidak memerlukan YB Mahfuz.

Islah Mohd said...

itu la beza nya pendapat tuan sebagai ahli politik yang sentiasa bpolitik dengan Tuan Ibrahim yang juga ahli politik tapi tahu bila masanya untuk berpolitik.....pelawaan PAS biarpun belum pasti di sambut YB Zulkifli,satu bentuk sokongan moral kepada seseorang yang memperjuangkan agama,berani bersuara biar tahu badan sendiri yang kan hancur...pelawaan pas dilihat sebagai kejujuran PAS untuk meraikan sikap bcakap benar,berani...dan mendahulukan kepentingan yang lebih besar...jangan lupa sebab beliau di pecat...sebab kami rakyat biasa sentiasa ingat

Ibnul Munzir said...

Sdr. Islah,
Kalau tak reti berorgasisasi tak payah bercakaplah... nampak sangat bodohnya saudara. Islam tertegak bukan dengan aktiviti dakwah sempit seperti sangkaan saudara. Politik adalah sebesar-besar medan dakwah yang Rasulullah SAW perjuangkan.

Kalau saudara bersahabat, tiba-tiba sahabat saudara dikhianati oleh seseorang bernama Zulkifli, yang jelas Zulkifli ini tak reti menghormati persahabatan, sanggupkah saudara menerima Zulkifli ini sebagai sahabat saudara yang tentunya menyakiti hati sahabat saudara itu. Konsep berorganisasi ini lebih besar lagi ertinya dalam menjaga persahabatan, demi matlamat yang lebih besar iaitu Islam.

A4 said...

salam YB. kepada saudara ibnu munzir jgn la sedap cap orang bodoh macam saudara cakap kat saudara Islah. Tak pasal2 saudara nak kena berjawab dengan dia di akhirat. Jangan emosi sangat. Jawablah berhemah. dia tak kata pun sapa2 bodoh.
Kepada YB ulasan YB saya nak tergelak pun ada. Banyak benda PAS kena kaji. Seharusnya mengormati etika kepartian yang dipegang secara bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat memang baik.
Isunya YB Ustaz zul memoertahan kalimah Allah. itu aja. Mana penting mempertahankan kalimah Allah dengan mempertahankan parti.
Cumanya dia agak agresif.

Islah Mohd said...

bukan dikhianati...menyatakan tidak bersetuju....bagi saya simple...kalu salah...kawan patut dihalang untuk terus salah...biar dikatakan bodoh,dari disebut pengecut..jangan lupa sebab YB Zul dipecat,bukan sebab rasuah,bukan sebab kianat,...tapi sebab dia cuba mempertahan prinsip yang dia percaya sebelum ini PKR berpegang pada prinsip tersebut...tapi betul ke begitu??....pandangan saya,YB Zul x khianat pada kawan/TAPI DIA SEDAYA UPAYA MENGELAK UNTUK KHIANAT PADA AGAMA DAN KEPERCAYAAN NYA..YB Mahfuz...ini pandangan saya

Anonymous said...

Salam YB, komen YB terhadap YB Zul menampakan YB dan setengah pimpinan PAS adalah lebih utamakan politik dari agama.Pelik macam mana Lebai Nik Aziz boleh pertahankan Anwar dan parti tong tahinya, PKR dari org yg pertahankan Islam spt Zul.Sudah lah YB, jgn pura pura lagi, PAS bukan parti Islam tapi mcm parti lain juga.

Manjung Mari said...

Maaf teman tak setuju dgn pandangan YB.Teman rasa kita jgn pandang dia tu sbg Zulkipli Nordin,kita kena pandang dia sbg satu lagi aset bagi PAS yg boleh ramaikan Wakil Rakyat PAS di Parlimen.PAS kena pandai ambik peluang dpd kerumitan yg dihadapi PKR sekarang-lagi banyak orang dia keluar lebih bagus kalau depa masuk PAS.Kita kena pasang strategi bukan saja ambik org2 PKR tapi kita tarik siapa saja yg boleh supaya jumlah kerusi PAS besar dlm Parlimen.Seeloknya dlm PR ni cuma ada PAS dgn DAP saja jadi orang ramai tak keliru.Buat masa ni kita dah boleh tutup buku kat PKR.

Tan Loo Ley said...

Salam....kenapa PAS perlu tolak Kulim Bandar Baru?

Mudah..tak perlu berbelit-belit macam depa yang tulis kat sini..tak payah pusing-pusing.

Kulim Bandar Baru tolak badan disiplin sebab dia kata hanya masalah penggunaan kalimah Allah jadi tidak perlu panel daripada orang bukan Islam...sebelum itu Kulim dah hentam Khalid Samad yang mempunyai pandangan berbeza dengan nya...sampai buat laporan polis.

Kesimpulannya Kulim bukan aset untuk PAS tetapi berengset untuk PAS

Anonymous said...

YB Zulkifly ni bukan ustaz, orang melayu kalau lihat orang yang berkupiah, pasang janggut sikit dan dahi lebam secara automatis akan melebel ssseorang itu ustaz dan bukan dari akhlak dan ilmu pengajian nya. sebab itu lah orang melayu mudah tertipu dengan orang yang bergelar ustaz dan sanggup mengorbankan wang ringgit dan juga anak, isteri demi untuk orang bergelar ustaz.
Apa sangatlah masalah kalimah Allah? Bukan kita orang Islam hari2 solat dan wajib membaca fatiha, ia itu rukun. "Alhamdulillah hirabil Alamin, yang bermakna Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam" dan bukan tuhan bagi orang melayu dan Islam. Hari2 solat pun tak faham2 lagi ke Y.B Zul. Itu cina, india, Yahudi, kucing, pokok, gunung, bingtang, cakrawala, Allah SWT dalah tuhan nya.

Anonymous said...

Zulkifli Noordin adalah seumpama biawak hidup. Lebih baik biarkan sahaja dia di luar parti pakatan rakyat. Janganlah kita lupa bahawa Allahyarham Ustaz Fadzil Noor sendiri tidak mempercayai Zulkifli ini. Tu yg dia lari ke PKR dan seterusnya dihalau dari PKR pulak. Baik dia masuk ke PERKASA sahaja utk memperjuangkan matlamat duniawi dia bersama Ibrahim Katak. Cukuplah PKR dah kena dengan biawak ini, jangan PAS pun terkena sama badi dia ini

Anonymous said...

YB Zulkifly ni bukan ustaz, orang melayu kalau lihat orang yang berkupiah, pasang janggut sikit dan dahi lebam secara automatis akan melebel ssseorang itu ustaz dan bukan dari akhlak dan ilmu pengajian nya. sebab itu lah orang melayu mudah tertipu dengan orang yang bergelar ustaz dan sanggup mengorbankan wang ringgit dan juga anak, isteri demi untuk orang bergelar ustaz.
Apa sangatlah masalah kalimah Allah? Bukan kita orang Islam hari2 solat dan wajib membaca fatiha, ia itu rukun. "Alhamdulillah hirabil Alamin, yang bermakna Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam" dan bukan tuhan bagi orang melayu dan Islam. Hari2 solat pun tak faham2 lagi ke Y.B Zul. Itu cina, india, Yahudi, kucing, pokok, gunung, bingtang, cakrawala, Allah SWT dalah tuhan nya.

Anonymous said...

Zulkifli ini sebenarnya "budak mentah" sangat. Dia bukan seorang yang perpendidikan Islam yang mendalam. Sebab itulah cara dia berfikir macamlah orang taliban yang kini bersembunyi didalam gua. Kalau betul mau tengok orang ini mempunyai perinsip, kita lihat sama ada dia letak jawatan atau tidak sebagai wakil rakyat PKR dan bertanding semula atas nama apa yang dia suka. Orang seperti ini macam tong kosong, bunyi saja kuat, tapi bila mengetahui bahawa elaun wakil rakyat nya akan hilang, baru dia ketar dagu.

Anonymous said...

Itukan cuma report palsu (fitnah) suratkhabar BN. Di sini penjelasan Tuan Ibrahim di harakahdaily: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25392:-saya-yakin-pas-tidak-akan-terima-zulkifli-noordin-tuan-ibrahim&catid=1:utama&Itemid=50

Anonymous said...

Pandangan zulkifli nordin bertentangan dengan ajaran tuhan yang tercatit dalam al-quran.
Perangai nya sombong dan aggresive, saperti ahli politik UMNO, juda bertentangan dengan tulisan Quran.
memang benar, al-quran buat jelasan tentang tuhan, tetapi, tuhan tidak perlukan orang macan zulkifli, atau sesiapa pun untuk melindunginya.
Orang macam zulikifli sepatutnya dipenjarakan kerana mengancam para hadirin inter-faith dari menjalankan perbincangan mereka, yang dibuat secara ikhlas dan tidak melanggar undang-undang ugama/kepercayaan atau negara.
kepada kamu, kepercayaan kamu, kepada saya kepercayaan saya. Itulah ajaran dalam quran.

drabdulwahid said...

nabi dlm dakwah baginda tak pernah baginda naif dalam berdakwah.

nabi turut berstrategi, begitu juga dgn sahabat. dgn nama Islam dan ayat Alquran sahaja kemenangan takkan tercapai.

Alqaeda, khawarij, pon turut mengaku mempertahankan Islam, tapi adakah cara mereka betul?

jangan hanya kerana mereka gah dlm cara mereka kita cepat memuji jalan yg mereka pilih.

Anonymous said...

YB..susah sangat ke na faham yang Zul telah silap..PKR bukan tempat nak bangkit issue ugama....bodoh sangat ke dia? Yang bertambah bodoh ada pulak pihak yang menyokong nya..pun sama tak faham..PKR bukan parti ugama Islam, faham tak!

Jadi pandangan TB ada lah tepat!

Anonymous said...

kepada yang sokong Zulkifli, anda kena tahu sejarah dia...bukan kah dia asalnya ahli PAS...Dato' Mustafa Ali ada mengatakan beliau tidak pasti samaada dengan rasminya keluar parti...tup..tup...jadi calon Keadilan di Kulim dan menang...kerana keadaan politik ketika itu dia menang...saya anggap dia ni pencacai...

Anonymous said...

Minta maaf. Saya rasa sesiapa yang menyokong YB Zul dan menghentam sesiapa yang menolaknya di sini semacam tuan2 dari kelompok 'biru'. Saya bukan mengata, cuma andainya YB Zul benar2 pejuang Islam - mengapa dia tidak bising2 pada UMNO/BN yang terang2 menolak Islam secara lebih besarnya. Contohnya UMNO/BN menolok hudud. Hudud adalah perintah ALLAH swt (pencipta alam ini), mengapa dia tak bising. isu hudu (perintah ALLAH) dengan isu kalimah...yang mana yang lebih besar? kalau dia betul2 nak berjuang atas nama Islam la.....

Anonymous said...

Si Zul ni mungkin ada masalah mental. Pada era 90an dulu, dia ada menerbitkan VCD yg. bertajuk "Jenazah yg. bertukar kepala menjadi khinzir" lepas tu mcm2 kontrovesi lah si maloan ini cuba utk menarik perhatian ramai.Mungkin dia hanya layak jadi bomoh lah..bukan jadi YB. Takpayah lah nak cerita nak menperjuangkan Islam. Masuk Pas bandar Tun Razak pun kena tendang, masuk umno bertanding ketua pemuda Kulim pun kalah.Nasib baik Dr. Wan Azizah bagi dia rezeki bertading kerusi parlimen. itu pun nak lawan towkay.Duduk diam2 lah Zul dan tukar profesion lah jadi bomoh lagi bagus,boleh jv dgn Ibrahim Ali..

tomatoinc said...

Zulkipli Nordin tu bukannya Islam sgt. Dia tu ahli politik jugak...pandai mainkan perasaan dan emosi rakyat jelata.

Tuan Ibrahim pula tengah nak kumpul MP PAS untuk masuk UMno.

aih..bilalah semua ni berakhir?

pas forever said...

taniah YB mahfuz,ketegasan ini yg kami ahli pas mahu.

just ignore yg bagi komen memuji zul,saya amat pasti mereka ini adalah umno atau penyokong tegar UG.

ahli pas berdaftar 423321

hilbert said...

Salam 1Malaysa YB Datuk Mahfuz,

saya cadangkan agar YB Datuk Mahfuz serta Nk Aziz keluar juga dari PAS dan masuk saja dalam parti UMNO...habis cerita..tak payahlah nak gaduh hari-hari pasal hal yang remeh-temeh...

nak berkawan dengan DAP tu buat apa???... tanyakan kepada Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng..berapa buah sudah Masjid mereka bantu bina untuk orang Islam...

UMNO dah buat beribu-ribu buah masjid dan surau di Malaysia untuk kemudahan umat Islam beribadat...

Lagi satu, Nik Aziz dah beri jaminan lisan bahawa Karpal Singh serta DAP tidak akan menentang Islam lagi selepas ini... siapa mahu percaya??? Alasan yang Nik Aziz beri ialah...pasal ada sudah orang bukan Islam dalam DAP telah pandai baca ayat-ayat Suci dalam al-Quran ...aduiiii... cakap main lepas saja,,,,,

menyentuh isu Kalimah ALLAH... apakah pendirian terbaru DAP kalau begitu... tanyalah pulak dengan Nik Aziz Nik Mat)))))))

Anonymous said...

Zulkifli menghuru-harakan PKR dan DAP. Jelas beliau orang yang tidak berprinsip. Beliau juga membuat laporan polis terhadap MP PAS YB Khalid Samad dan baru-baru ini meluahkan kata-kata tak manis tentang Wan Azizah. Saya rasa dia bukan Islam tulin . Cuma nak guna kalimah allah untuk bermain politik. Susah nak hormat MP macam ini.

linda said...

PAS nak mampoi pada PRU13 ke?

Saya memang pastikannya dengan pemilihan ku

Abi Qalam said...
This comment has been removed by the author.
Abi Qalam said...

Salam,

Fasobrun Jamiil.. Persaudaraan apa yang terlebih penting dari ukhuwwah islamiyyah yang terjalin dengan 'Laa ilaha illaLlah'?
Sampai sekarang PAS sendiri tidak ada jawapan Ya atau Tidak dalam hal penggunaan nama Allah ni. TG Haron Din dan TG Azamuddin Taib pun senyap lagu tuu jaa..
Bila YB Zul pertahankan prinsip kerana cintakan islam, kenapa tak back-up? Parti Islam apa ni?

Anonymous said...

kepada penyokong umno, seret saja lah zul nordin masuk umno,apa nak kecoh2 sangat..dan lantiklah dia jadi mufti atau ganti jamil khir.
kepada hilbert, memang umno dah banyak buat beribu2 masjid dan surau hasil dari duit pembayar cukai..lepas mark-up harga bagi kat kontrektor kroni..masyuuk lah.
dah beribu-ribu jugak umno bagi lesen kedai magnum dan toto..casino
kah.kah

bat8 said...

Islah dan kengkawan satu parti,

PAS telah buat keputusan untuk tidak menerima Zulkifli. habis cerita.

saya bersetuju dengan islah dan rakan-rakan bahawa UMNO adalah parti Islam yang canggih. PAS parti tok lebai je.

Sebenarnya, brand Islam zulkifli ni lebih sesuai jika dijalinkan dengan UMNO yang berpaksikan Islam hadhari. makin hebatlah Islam hdhari UMNO dan makin mudah difahami oleh rakyat jika Zulkifli masuk UMNO.

Sebenarnya UMNO, parti islah dan kengkawan lebih memerlukan zulkifli nordin dalam PAS. UMNO kekurangan pejuang Islam yang berkaliber seperti Zul ni. PAS dah ramai pak lebai.

Cuba hangpa habaq mai, berapa ramai pejuang islam dan ulamak dalam UMNO hari ni? Cuma jamil khir sorang je. Mana larat nak pikul semua kerja ugama sorang-sorang. Disinilah zulkifli Nordin menjadi asset kepada UMNO.

bat8

Anonymous said...

islah,

biaq pi la dengan PAS, tak reti menghargai permata yang ada pada diri YB Zulkifli Nordin sebagaimana yang sdra dan rakan-rakan dok habaq kat sini. Depa yang rugi.....

Kerugian PAS merupakan satu keuntungan bagi UMNO jika UMNO tanpa membuang masa ajak YB zulkifli ni masok UMNO.

Cuba hangpa pikiaq, dalam UMNO ni ada sapa yang boleh setanding menghadapi TGHH, TGNA, YB Mahfuz daam gelangang depa? Tak dak sapa...Tu pasai la aku kata elok YB Zul ni masok UMNO, parti hangpa.

10 tokguru PAS bawak, hangpa tak perlu gentar, cukup dengan YB Zul sorang je lawan 10 tokguru tu.

bat8

Nemisis said...

Hang mengarut apa mahpus oi...Anak hang kat penjara AStaq apa habaq??? Tu la hg duk sibuk mengata..sampai anak pun tak rheti nak jaga.. last-last gomen jugak duk tulong jaga..
piirraahh mabok!!

Anonymous said...

Eh! Betul ke anak YB dalam penjara? Kenapa tidak berada di dalam rumah YB? Bagaimana YB boleh membela dan memperjuangkan nasib rakyat sedangkan YB tidak memberi contoh yang baik? YB nak didik rakyat dan akhirnya rakyat dapat masuk penjara juga ke?

Anonymous said...

Dato Haji Mahfuz,

Kita lihat PR memperjuangkan nasib rakyat, membela yang ditindas, dan serta memerangi gejala rasuah. Ia merupakan satu agenda yang baik dan berharap begitulah selamanya.

Namun disini saya ingin bertanyakan beberapa soalan. Diharap bolehlah Dato Haji Mahfuz menjawabnya. Jika tidak pun, para commentetor lain boleh menjawabnya juga.

1. Jika benar lah PR memperjuangkan hak rakyat, maka ini termasuk hak kebebesan agama. Oleh itu, jika berlaku seseorang muslim ingin bertukar agama diatas hak kebebesan beragama, apakah pendirian PAS tentang pekara ini?

2. PAS merupakan sebuah parti yang cukup sinonim didalam budaya politik Malaysia, malah PAS mempunyai ramai pejuang. Lebih daripada itu, PAS juga hampir setiap hari mendapat ahli baru yang ada setengahnya ingin menjadi wakil rakyat. Apakah dimasa akan datang PAS perlukan PKR sebagai rakan kongsi? Sedangkan DAP & PAS sahaja sudah cukup kuat untuk menguburkan National Front (Barisan Nasional)

3. PAS tidak memerlukan Ibrahim Ali, PAS juga tidak memerlukan Zulkifli Nordin. Tapi PAS perlukan Anwar Ibrahim yang terang² suatu ketika dahulu ahli UMNO dan masih ramai pengikutnya bekas ahli UMNO dimana 'penyakit' UMNO iaitu kronisma masih diamalkan oleh PKR. Sampai bila kah PAS hendak bekerja sama dengan PKR?

4. PR mempunyai ramai pemimpin yang betauliah. Itulah yang digembar-gemburkan, atau lebih sedap didengar ialah dilaung²kan- Kenapa harus memilih Anwar menjadi PM jika PR menang? Apakah Hadi tidak layak? Atau Lim Kit Siang lebih baik daripada Hadi?

5. Based upon merit. Itu lah yang dilaung-laungkan oleh Democratic Action Party (DAP). Apa akan jadi pada mereka yang kurang berupaya untuk berdaya saing? Jika kita lihat konsep DAP, YANG LAYAK sahaja dapat..jadi mereka yang disadvantage ini bagaimana pula?

6. Secara keseluruhan kerajaan bayangan PR, menampakkan ekonomi, kewangan, pertahanan dan pelajaran ingin dikuasai oleh pemimpin DAP & PKR yang bukan berugama Islam. Apakah ada keadilan yang akan diberikan kepada orang Islam Malaysia kelak? Bukankah itu tanda² awal Islam hilang kuasa pemerintahannya di Tanah Malaysia ini?

7. Ada ura-ura, atau khabar angin di gerai² kedai kopi, warung, cafe², lounge hotel, restaurants, club² mengatakan seandainya PR memerintah, PAS akan digunakan untuk mempengaruhi pemikiran orang Melayu islam hanya focus pada keserdehanaan, tidak perlu mencari kejayaan seperti doctor, juruterbang, ahli fizik,perniagaan dan sebagainya etc..supaya tidak memberi saingan pada penganut non muslim. Berikan penjelesan Dato..
Tolong beri dengan fakta yang bernas dan janganlah jawab simple contoh "Ini semua khabar angin"

afmohamad said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Inilah contoh pemimpin PAS bermasalah. Kat pentas bukan main lagi cakap pasal Islam. Tapi kat luar sokong orang kafir harbi. Sibuk sangat nak jaga kuasa sampai pejuang Islam macam YB Zul pun dihina caci maki.

Anonymous said...

PAS seribu kali baik dari ameno tak menzalimi rakyat.korang ingat dunia ni utk orang islam jer ke..yang lain ciptaan tuhan semuanya sampah ke? lebih teruk dari zionis pemikiran islam ameno. kalo orang kafir yg. berakhlak mulia,tidak tindas orang, tak makan rasuah, tak berjudi ada kah lebih teruk dari orang islam yg. menindas, makan duit rasuah, menipu duit rakyat, menganiya orang? lepas tu pergi menunaikan haji jer dosa semua terhapus dan masuk syurga ke? Mana keadilan illahi beb?
muadah-mudahan dan sekurang-kurangnya para YB Pas, TGNA yang menjaga akhlak yg. terpuji dgn memperjuangkan hak makhluk Allah SWT tidak kira bangsa dan ugama bole membuka hati pada bukan islam utk mengenali islam. harus diingat mukjizat Rasulullah yg. terhebat ada lah akhlaknya..
kepada penyokong ameno, lu pikirlah sendiri...

Anonymous said...

utk penyokong zul dan ameno, tanpa orang kafir, zul pun tak menang lah di bandar baru kulim. cuba lihat statistik pengundi di bandar baru kulim dalam "malaysia today" berapa peratus jer melayu sokong zulkifly nordin. itu pun menang dari sedekah orang kafir.

bagi yg mengata anak Y.B Mahfuz masuk penjara, kalo betul pun, apa masalahnya? bukan Y.B yg. masuk penjara.lagi pun itu bukan salah bapa. Anak utusan Allah SWT ia itu nabi Noh A.S pun mati lemas kerana engkar arahan bapanya utk menaiki bahtera. itu utusan Allah yg.bertaraf ulul azmi beb.korang bole hina nabi Noh A.S tak pandai didi anak?
Ini kita manusia biasa..kalo dah bagi terbaik uth anak2 dan masih tak menjadi lagi, itu urusan tuhan.

sunrize said...

Dato Hj Mahfuz,

A'kum dato diharap dato sihat. Dato sedang buat apa sekarang? Dato sibuk bekerja ke atau asyik berceramah je?

Ceramah tu ceramah juga dato, tapi kerja kena lah buat. Dato makan gaji hasil daripada titik usaha duit rakyat yang membayar cukai. Memang la orang cina dan india byk bayar cukai, tapi orang melayu pun zaman sekarang dah ramai juga bayar cukai termasuk zakat.

Hasil kerja dato mana? Takkan la asyik focus pada sekolah agama jer kot? Pembangunan ekonomi mcm mana dato?

Saya tgk ramai usahawan melayu byk yang berjaya tanpa bantuan kerajaan PAS atau PKR dan juga UMNO..tapi mereka masih menyokong BN kenapa tu dato???

Rakan Maya said...

Perjuangan YB ZUl Kulim akan jadi lebih mudah sekarang. Dia dah tak perlu terikat dengan mana-mana jawatankuasa disiplin. Orang yang terlalu berprinsip seperti dia lebih cocok berjuang secara fardhi(sorg2) keranan bimbang dia tidaka akan mampu menjaga akhlak dalam berjemaah. Tapi bila bertempik , berjuang sorang2 ni akan mengundang harimau dan datuk segala singa untuk menerkam. Apa pun setiap manusia ada batas kehidupannya , jika dalam PAS sebagai ahli jemaah maka jaga batasannya. Hormati kepimpinan dan keputusan syura jemaah. Itu lebih berkah. Sebagaimana hakim yg berijtihad, kalau salah dapat satu kebajikan /pahala, kalau betul dapat dua. Tidak semestinya bila tak bersetuju dengn jumhur dalam persatuan, boleh bertindak dan melalut sesuka hati. Secara peribadi saya respect YB Zul pada awalnya. Tapi akhirnya saya tertunduk dan berpaling. Kenapa? Mengutamakan teori lebih daripada hukum. Hukum yang diperjelaskan dan ditentukan dalam agama, mana mungkin dapat ditangkis dengan teori dan kepercayaan peribadi. Berpegang pada hukum Allah, dia lebih mengetahui. Sedar atau tidak setiap kali terbitnya isu berkaitan Islam, lebih ramai non muslim maupun muslim sendiri yang kembali mempelajari Islam. Percaturan otak kerdil kita tak mampu menandingi percaturan Allah Yang Maha Bijaksana.

Anonymous said...

Makna simbol PKR

Mari kita sama-sama berusaha dan berdoa agar Anwar tidak akan memerintah Malaysia. Logo PKR boleh membawa beberapa erti. Pertama, ianya boleh dikaitkan dengan enlightenment (pencerahan / illumination) kerana ada lambang mata, atau cara ke 6 (ajana). Kadang2 PKR tambah lambang cahaya (cakra 7, shahasrara, atau crown cakra).
Di sini simbolik spiritual/ enlightment/ illumination lebih menyerlah, dan selari dengan lambang mata yang digunakan oleh kumpulan2 illuminati.

Warna biru muda kita boleh lihat di bendera United Nations, Israel, Greece dan beberapa negara lain.

Kalau nak kata Anwar ini bersekongkol dengan global elite yang berkuasa melalui UN, maka warna biru muda juga adalah simbolik, dan Anwar bersekongkol dengan Israel juga amat logik.

Golongan elite occult banyak menggunakan simbol sebagai cara komunikasi sesama mereka, jadi hanya mereka2 itu akan tahu maksud2 tertentu melalui simbol dan warna.

Puak gay, lesbian dan kaum manusia yang tidak mempunyai jantina yang normal juga menggunakan warna pelangi sebagai lambang mereka - ini bererti mereka juga merupakan sebahagian daripada New Age.

Bendera puak ini sekarang mempunyai 6 jalur melintang warna pelangi, tetapi satu warna dikeluarkan, iaitu biru muda. Bendera kumpulan transgender mempunyai warna biru muda (boys), pink (girls), dan putih (transitioning or neutral gender).

Manakala lambang 2 bulan pula melambangkan bisexual. Oleh kerana Anwar terlibat dengan kumpulan2 seksual (LBGT = lesbian, gay, bisexual, and transgender), maka secara tidak langsung, simbol2 LBGT juga menyerlah pada logo PKR.

Other transgender symbols include the butterfly (symbolizing transformation or metamorphosis), and a pink/light blue yin and yang symbol.

Di sini kita lihat kaitan di antara mind control (butterfly) dan New Age (yin yang).

Anak Titi Gajah said...

kpd saudara/i @ saudarai yg kata anak mahfuz msk penjara bukan YB yg msk penjara... siap jadikan contoh Nabi Noh lg tu.....

semua PR buat x pa.. matlamat menghalalkan cara..
biasa la...

Lompat dr BN ke PR x pe..
x salah.. Lompat ke Bebas salah..
siap nk buat sembahyang hajat 7hr t mlm tu..

Nabi Muhammad S.A.W pon x penah mendoakan bala keatas kita..
bahkan.. dia setiap waktu ketika dia igt umat dia (Yakni KITA)...

tp kita.. x abis2 tikam sana.. tikam sini.. fitnah sana.. fitnah sini..

sy xnampak PAS memperjuangkan ISLAM skg ni.. mana janji2 anda?

Anonymous said...

FAKTA:
1) YB Mahfuz bukan 'jantan' sebab tak berani jawab semua persoalan dalam ruangan komen ni. Berani berkokok dalam ceramah dan gila publisiti ja, semua yang dibuat kerajaan salah, DAP n PKR yang tolak Islam semua sah betul.
2)YB tak setuju YB Kulim masuk PAS sebab takut YB Zul akan sedikit sebanyak bagi saingan pada YB Mahfuz dalam kepimpinan PAS kelak.

p/s: Dato2, kuat sangat main politik ni..kalau anak 'jantan' jawab Dato..