Wednesday, February 24, 2010

Kalau kerajaan kreatif, tahi manusia pun boleh jadi tenaga

Walaupun kabinet petang tadi dilaporkan tidak membuat keputusan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik atau tidak,saya masih ingin menasihatkan kerajaan supaya tidak meningkatkan tarif elektrik kerana kenaikan tarif tersebut bakal membebankan rakyat kebanyakan.

Kerajaan tidak seharusnya berfikiran simplistik menaikan tarif elektri disebabkan kenaikan bahan bakar di peringkat antarabangsa.

“Walaupun kos bahan bakar sedunia (seperti) minyak, gas dan arang kian meningkat, kalau kerajaan (dan) TNB kreatif, mereka tak perlu menaikan tarif elektrik,”

Teroka tenaga hidro dan angin

Kretiviti dalam pengurusan sumber tenaga tersebut, termasuk meneroka sumber tenaga yang baru atau tenaga yang diperbaharui seperti tenaga hidro.

“Saya akui memang kerajaan telah pun menjana tenaga Hidro seperti di Bakun, Bakun dan dua tiga empangan yang lain, bagaimana dengan sungai yang begitu banyak di Malaysia.”

“Tak cukup kerajaan bina empangan di Sungai Balui (Sarawak) saja, bagaimana dengan sungai-sungai yang begitu banyak khususnya di Pantai Barat Semenanjung (Malaysia) kerana keperluan (pada) sumber tenaga lebih besar berbanding di (Kepulauan) Borneo.”

“Sekiranya kerajaan atau TNB sendiri kreatif, mereka akan membina janakuasa hidro kecil-kecilan atau tenaga angin untuk menampung keperluan sumber tenaga nasional,”

Dalam pada itu, saya ingin turut mengkritik cadangan kerajaan era Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad (dulu Datuk Seri) membina Empangan Bakun di Sarawak.

Dr. Mahathir sepatutnya membina empangan tersebut di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, kerana keperluan perindustrian yang menggunakan sumber tenaga terbanyak menumpu di garis geografi tersebut.

Ekoran itu, saya tidak menafikan bahawa pemilihan Bakun itu mungkin untuk mencipta bajet perbelanjaan yang lebih tinggi untuk kroni-kroni tertentu dalam parti pemerintah.

“Tidak termasuk kos pembinaan empangan bakun yang bernilai RM6 bilion, beberapa pihak mendapat manfaat bernilai lebih kurang RM2 bilion lagi dalam projek menanam kabel elektrik di dasar Laut Cina Selatan hingga ke Tanjong Sedili (Johor) supaya elektrik boleh dibekalkan ke Semenanjung,”

“Kenapa tidak dibina terus empangan Pantai Barat Semenanjung saja, sebab itu saya tak mahu menafikan kalau ada yang mendakwa pembinaan Empangan Bakun tersebut untuk mengkayakan kroni-kroni tertentu saja.”

anaga Hijau

Selain meneroka tenaga hidro, saya menasihatkan kerajaan supaya menggalakkan penggunakan tenaga solar sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara maju.

Mengambil contoh negara Jerman, kerajaan mereka akan memberi insentif kepada rakyat yang menjana kuasa solar untuk keperluan harian.

“Maksimum kuasa yang boleh dijana (adalah) 6 megawatt sedangkan keperluan sumber tenaga harian kurang (dari) 1 megawatt...maka tenaga itu dijual semula kepada syarikat tenaga atau kerajaan yang memberi insentif.”

“Agak-agak rakyat di sana sanggup tak berbelanja lebih 20 ribu dolar suatu satu janakuasa solar yang mini, kalau pembayaran tersebut dilakukan secara ‘auto-sabsidi’ di mana lebih sumber kuasa solar yang dijana dikira sebagai bayaran balik.”

Di sampung itu, saya ingin menjelaskan bahawa kerajaan dengan kerjasama beberapa syarikat yang menjana sumber kuasa memperkenal polisi-polisi sampingan supaya sesuai dengan budaya menggalakkan rakyat menggunakan tenaga dari kuasa solar.

“Mereka perkenal potongan harga 20 peratus hingga 35 peratus umpamanya pagi konsumer yang menggunakan sumber tenaga elektek anatar jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi umpamanya untuk mengurangkan penggunaan ‘tenaga secara mendadak’ khususnya pada waktu berkerja.”

“Tengah malam sampai pagi, sekeluarga yang di rumah betul-betul menggunakan alat elektronik seperti mesin basuh, seterika, pendingn hawa dan sebagainya secara maksima kerana harga lebih murah, maka secara tak langsung mengurangkan mereka menggunakan tenaga pada siang hari atau waktu pejabat.”

“Kalau kos penyaluran mendadak (cost of Distribution) boleh dikurangkan, bermakna kos pengurusan tenaga pun boleh dikurangkan kerana kos ini merupakan salah satu faktor yang digunakan oleh TNB atau kerajaan dalam menentukan tarif elektrik semasa,”

Pengenalan Polisi Mampan’, iaitu polisi ‘menang sama menang’ tersebut sekaligus mengubah paradigma rakyat dan kerajaan dalam menggunakan sumber tenaga elektrik dan tenaga yang diperbaharui.

“Sekarang, penggunaan solar sudah menjadi suatu status di kalangan rakyat pertengahan, kerana rakyat mampu menggunakan (tenaga solar) kerana kerajaan sendiri mengiktiraf mereka dan memang kerajaan berjaya mengubah paradigme mereka dengan pengiktirafan itu,”

Membandingkan dengan kerajaan Jerman, saya menganggap kerajaan Malaysia bukan sahaja tidak mempunyai kreativiti dalam menangani masalah bahan bakar dunia yang kian meningkat, malah kerajaan juga gagal merancang polisi penggunaan tenaga yang diperbaharui seperti di semua negara dalam Kesatuan Eropah (EU).

“Kalau di negara-negara EU, memang kerajaannya mensasarkan 25 hingga 45 peratus penggunaan tenaga domestik pada tahun 2020 kelak mesti dari sumber tenaga yang diperbaharui, kita hanya ada Wawasan 2020 saja sebab kerajaan kita tidak kreatif dan TNB kita juga mungkin tidak kreatif,”

Di mana Bio-Diesel kerajaan?

“Dulu kerajaan bising dengan projek bio diesel sebagai tenaga alternatif, apabila bahan bakar dunia meningkat, di mana projek-projek ini untuk membantu TNB menguruskan sumber tenaga domestik,”

Saya akui bahawa kerajaan dan TNB terpaksa menanggung subsidi disebabkan harga arang batu sedunia yang kian meningkat,saya turut mencadangkan kerajaan menjana tenaga ‘bio ethanol menggunakan bahan buangan domestik.

“Kerajaan selalu kata mereka perlu beri subsidi lebih untuk arang batu dalam (mata wang) USD sedangkan mereka menanggu kos akhir yang lebih kerana rakyat membayar tarif elektri menggunakan mata wang RM (Ringgit Malaysia),”

“Tapi, kalau kerajaan guna tenaga bio ethanol, iaitu tenaga yang diperbaharui menggunakan hampas kelapa sawit, adakah perlu menggunakan USD lagi sedangkan ia boleh diperoleh di Malaysia sendiri.”

Kerajaan seharusnya menggunakan bio ethanol bagi menggantikan bio diesel kerana sumber tenaga yang diperbaharui itu boleh dijana menggunakan bahan buangan, sedangkan bio diesel adalah sebaliknya.

Saya juga meminta kerajaan menjalinkan hubungan dengan Mitsui Corp., iaitu syarikat janakuasa dari Jepun yang sekarang ini sedang giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama-sama Sime Darby Berhad, iaitu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam menghasilkan Bio Ethanol menggunakan hampas kelapa sawit.

Kos Perbelanjaan

Bercakap tentang kos perbelanjaan (cost of financing) yang juga merupakan salah satu faktor dalam menentukan tarif elektrik semasa, saya turut mempersoal tindakan kerajaan memberi konsesi jana kuasa kepada Kumpulan YTL milik Tan Sri Francis Yeoh.

“Kenapa mesti beri konsesi janakuasa elektrik kepada Francis Yeoh dan janakuasa itu tiba-tiba dibina di Kerteh (Terengganu) sedangkan keperluan sumber tenaga terbanyak sebenarnya lebih diperlukan di Pantai Barat Semenanjung,”

“Adakah kedudukan janakuasa di Kerteh itu supaya memudahkan YTL mendapatkan sumber gas yang telah pun kerajaan subsidikan untuk YTL bagi menjana tenaga elektrik domestik.”

Demi meletakkan pusat janakuasa tersebut di Kerteh, saya juga turut memaklumkan bahawa kerajaan era 1980an dahulu telah pun memberikan RM800 juta wang rakyat kepada MRCB untuk menyalurkan sumber tenaga ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

“Lebih kurang RM800 juta digunakan secara membazir untuk memberi subsidi kepada YTL, sedangkan kerajaan hari ini berniat meningkatkan tarif elektrik dan menarik beberapa subsidi yang nyata membebankan rakyat,”

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan niat kerajaan dan TNB sebelum ini untuk membangunkan sumber tenaga yang diperbaharui dengan menggunakan nuklear.

“Baru-baru ini, kerajaan kata nak guna nuklear pula menggantikan arang batu, adakah kerana kos pembinaan prasarana yang begitu besar, lebih kurang RM4 bilion menyebabkan kerajaan dan pihak tertentu begitu berminat untuk menghabiskan wang rakyat,”

Tenaga Berteknologi Baru

Sekiranya kerajaan jujur mahu membangunkan tenaga alternatif berteknologi baru, saya juga ingin mencadangkan kerajaan supaya meneroka sumber tenaga hasil teknologi geothermal.

“Kalau kita guna nuklear yang ditanam dalam bumi, 20 tahun akan datang pun belum tentu akan hilang kesan radiaksi.”

“Kalau guna teknik geothermal iaitu tenaga dihasilkan dengan air yang diwapkan di perut bumi, ia lebih selamat untuk manusia,”

Kerajaan atau TNB juga boleh menjana tenaga ‘gassification’, iaitu tenaga yang diperbaharui menggunakan tinja manusia sekiranya kerajaan kreatif.

“Kalau (kerajaan) kreatif tahi pun boleh diperbaharui, tak perlu naik tarif elektrik.”

23 comments:

Anonymous said...

Kalau PAS kreatif sangat tidaklah orang kampung di Pendang dan Sik tak dapat bekalan air bersih dan terpaksa minum air telaga dan guna air bendang untuk wuduk. Apa ini kata Pakatan Rakyat, rakyat di taman perumahan dapat bekalan air, tapi di kampung tak dapat, apa cerita ini? Saya tak salahkan penduduk taman perumahan, tetapi sikap kerajaan negeri Kedah yang buat-buat tak tahu kesusahan orang kampung itu yang dipatut dipersalahkan.

Pakatan Rakyat reti cadang itu dan ini saja, tapi tak tengok kesesuaianya. Kita kena lihat dari segi prasarana, sistem, lokasi, dan lain-lain perkara sebelum nak buat sesuatu. Lihatlah bila kerajaan nak buat stesen janakuasa di Sinakut, Sabah, Pakatan Rakyat di negeri berkenaan terlompat dan terlolong di sana sini membangkang kerana kononnya mencemarkan alam sekitar. Kalau buat stesen janakuasa najis, tak mencemarkankah? Sisa-sisa najis itu nak buang dekat mana, stesen janakuasa itu nak letak dekat mana pula? Nak buat sebelah rumah Y.B. Mahfuz, Y.B. Penasihat Umum PKR, Y.B. Lim Kit Siang, Y.B. Nik Aziz. Kita kena lihat banyak benda sebelum buat sesuatu perkara, kalau benda yang logik dibuat pun dibangkang oleh Pakatan Rakyat kerana kepentingan politik, inikah pula benda yang entah apa-apa seperti ini. Memang boleh adakan stesen janakuasa najis itu, kerana najis berkenaan akan mengeluarkan gas metana, tapi seperti saya tulis di awal tadi, fikirkan dulu kesan dan akibatnya, nanti kalau kerajaan buat stesen janakuasa najis berkenaan dan mendapat kritikan rakyat maka kerajaan juga dituduh tolol, tapi lihatlah siapa yang cadangkan? Y.B. Mahfuz boleh cadangkan supaya loji berkenaan dibuat di Kedah, di kawasan Pokok Sena, tengok apa reaksi orang ramai. Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Cadangkan pada Y.B. Sungai Limau merangkap Menteri Besar Kedah supaya buat loji janakuasa tenaga najis di Sungai Limau dan Pokok Sena. PAS kreatif sangat, buatlah kita nak tengok macam mana mereka buat. Selama ini suka sangat kutuk orang, kena batang hidung sendiri baru tahu.

Anonymous said...

Untuk makluman Y.B. Mahfuz, kerajaan sedang berusaha untuk memajukan sektor elektrik di Sabah dan Sarawak serta di Semenanjung, tetapi sikap Pakatan Rakyat yang suka menentang itu dan ini telah mengganggu usaha berkenaan. Mereka menghasut penduduk supaya menentang projek hidroelektrik di Sarawak dan Sabah, kononnya merosakkan hutan, mereka cadangkan buat panel solar, kincir angin, dan sekarang loji janakuasa najis pula. Kita perlu lihat stesen solar perlukan ratusan panel solar bergantung kepada kuantiti elektrik yang hendak dihasilkan dan panel solar itu bukannya besar kotak mancis, sebesar kereta. Ia perlukan kawasan yang luas, maka hutan juga yang akan ditebang, kalau buat stesen hidro meskipun hutan ditenggelamkan, tetapi dapat mengawal banjir dan sebagai sistem bekalan air. Kerajaan pusat telah nampak hal ini, tetapi pihak-pihak dalam Pakatan Rakyat yang terlebih pandai sangat memberikan idea yang bukan-bukan dan menghasut orang ramai menentang usaha kerajaan. Selain itu projek janakuasa arang batu tak perlukan kita tenggelamkan hutan secara besar-besaran kerana kawasan beberapa belas hektar sudah memadai, tapi dibangkang juga kerana mencemarkan udara pula. Untuk makluman ada tiga peringkat arang batu, arang batu antrasit adalah berkualiti tinggi dan digunakan dalam sektor elekterik dan rumah kerana kurang asap, kedua arang batu bitumen yang digunakan oleh industri terutamanya keluli dan ketiga arang batu lignit yang rendah kualiti dan jarang digunakan kerana banyak asap. Kerajaan takkan nak gunakan lignit untuk hal ini, tapi pembangkang tak peduli, yang penting mereka tentang dan buruk-burukkan kerajaan. Kalau penduduk terputus bekalan elekterik, dituduh kerajaan juga lembab, tapi siapa yang tolol dan dengki sebenarnya? Pakatan Rakyat juga yang suka menghasut itu dan ini. Kalau Y.B. berkesempatan lihatlah situasi di Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri bersusah payah memikirkan kemajuan negeri, tapi Pakatan Rakyat terutamanya PKR dan Parti Jalan-Jalan Cari Masalah (DAP) selalu menghasut penduduk menentangnya. Tapi mujurlah tak ramai terpengaruh dengan sikap pelik dan dengki PKR dan DAP itu. Kerajaan Barisan Nasional terlalu jauh meninggalkan Pakatan Rakyat dari segi kualiti pentadbiran dan pengurusan, Pakatan Rakyat bersikap pentadbir kelas tepi jalan, tapi Barisan Nasional bersikap pentadbir kelas pertama.

Anonymous said...

Berkenaan pembinaan sebesar Empangan Bakun di Semenajung adalah sesuatu yang pelik, nak buat dekat mana, ini kerana kawasan di Semenajung padat penduduk, tapi di Sarawak punyai kawasan yang luas. Malahan Empangan Bakun itu lebih besar dari negeri Perlis. Tujuan pembinaan Empangan Bakun pun bukanlah semata-mata untuk elektrik, tetapi sebagai Pelan B sekiranya berlakunya kemarau dan hujan lebat maka akan ada air di musim kemarau dan hujan di Hulu Rajang tidak akan menyebabkan banjir yang lebih besar di kawasan-kawasan rendah di hilir. Ini kerana kawasan berkenaan menerima hujan tahunan yang sangat besar. Kerajaan Barisan Nasional bukan suka-suka hati buat Empangan Bakun di Sarawak, tapi ada sebab ia dibuat. Harapnya Pakatan Rakyat berusaha lebih gigih dan mencontohi sikap berhemah Barisan Nasional dalam pentadbiran dan pengurusan negara, kualiti Barisan Nasional terlalu tinggi jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat kerana pimpinan Barisan Nasional sering memerhatikan sesuatu perkara secara menyeluruh, meskipun pada permulaannya nampak macam tak masuk akal seperti Proton, Putrajaya, Kompleks Sukan Jalil, Jambatan Pulau Pinang dan lain-lain yang pada mulanya diragui keupayaan kerajaan dapat membuatnya, tetapi kerana kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang berpengalaman dan berhemah dan berpandangan jauh serta memikir semua sudut sebelum bertindak, maka setiap usaha kerajaan adalah berdasarkan perancangan yang teliti dan tersusun yang telah dirancang dengan rapi dalam jangka masa yang panjang, bukannya setakat dua tiga hari saja, malahan ada yang dua tiga tahun serta ada yang mencapai lima tahun perancangan dan penilaian dibuat terhadap sesuatu perkara sebelum dilaksanakan. Inilah kualiti Barisan Nasional, berhemah dan bijak mentadbir. Kalau setakat tahu kritik itu dan ini, sesiapa pun boleh budak tadika pun boleh. Negara perlukan pemimpin yang berwawasan dan berupaya mentadbir negara, bukannya pemimpin yang hanya tahu kritik itu dan ini, tapi tiada langsung usaha untuk menyelesaikan permasalahan yang ada. Sekian, terima kasih.

hilbert said...

Salam YB Datuk Mahfuz,

Cuma saya cadangkan disini supaya YB Datuk sudi kiranya kemukakan dulu cadangan "tahi manusia pun boleh jadi tenaga" kepada 4 kerajaan negeri yang sedang diperintah oleh Pakatan Tak Berdaftar dengan ROS tu...baru nanti kalau barjaya Barisan Nasional akan buatuntuk faedah rakyat seluruh negara.

Perlu diingatkan bahawa kerajaan BN selama ini sentiasa bekerja untuk mempertingkatkan taraf kehidupan rakyat tanpa memilih negeri mana mereka berada. BN hanya akan berpolitik dan berkempen hanya pada waktu piliharaya diadakan dan BN tidak akan berpolitik 24 jam setiap hari dan pula tidak 365 hari setiap tahun.

"Bekerja untuk Dunia, Beribadat untuk Akhirat, Berkempen untuk politik"... ;-)

AnakKedah said...

he he he...........
seronok tengok juak BN/UMNO baca artikal bab taik...memang pon layak hangpa baca bab taik nie sebab parti hangpa pon dah nak jadi taik dah...he he he

Anonymous said...

Nampaknya Anak Kedah sokong sakan cadangan loji janakuasa najis ini, tak cukup dengan itu buruk-burukkan kerajaan lagi. Y.B. Mahfuz, saya cadangkan supaya buatkan loji janakuasa najis berkenaan di sebelah rumah Anak Kedah itu.

Buat Anak Kedah, sokong dan bangkang itu biarlah bertempat, kalau sokong buta tuli, tolol namanya. Kerajaan Barisan Nasional yang kamu hina itu, jauh lebih berkualiti dari Pakatan Rakyat kerana kemampuan mentadbir, mengurus dan membangunkan negara dari sebuah negara kelas ketiga hingga menghampiri negara kelas pertama. Tapi Pakatan Rakyat pula mengambil negeri-negeri yang dimajukan oleh Barisan Nasional dan mentadbirnya secara sembrono hingga kesejahteraan dan kemajuan negeri-negeri terbabit menjadi entah apa-apa. Anda lihatlah bagaimana caca marbanya dan tunggang langgangnya Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor, hal Kelantan tak payah dikatakanlah kerana kemajuan di sana adalah adanya pasaraya, kedai runcit sudah dianggap maju tersangat. Pakatan Rakyat suka beri cadangan yang bukan-bukan, lihatlah sebelum ini nak siasat orang waktu bekerja saja, kalau macam itu bila tahun nak siap, masa bekerja pula orang yang disiasat buat-buat sibuk, maka tak akan siaplah siasatan, lepas itu hentam pihak berkuasa pula, tapi cadangan mangkuk mana itu yang mulakan, bukankah Pakatan Rakyat. Saya amat menyampah dengan sikap Pakatan Rakyat yang suka buruk-burukkan agensi penguatkuasa kononnya kaki rasuah dan salah guna kuasa, memang ada yang berperangai sedemikian, tapi berapa kerat sangat, malahan yang bermasalah itu pun telah diambil tindakan oleh jabatan masing-masing, bukannya buat-buat buta saja macam di Selangor yang mana kerajaan negeri buat-buat tak tahu ada exco kacau operasi pihak berkuasa. Kepada agensi penguatkuasa negara samada PDRM, SPRM, dan ATM, berusahalah gigih kerana rakyat yang celik hati dan mengerti serta mengetahui tatacara kerja anda akan faham setiap apa yang dihentam oleh Pakatan Rakyat itu adalah sikap buta kayu dan tak reti bahasa, kalau disuruh Nik Aziz, Mahfuz Omar, Mat Sabu, Karpal Singh, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat yang suka hentam pihak berkuasa buat siasatan entah bila gamaknya akan selesai, cakap pandai tapi suruh buat apa satu pun tahu. Kepada Pakatan Rakyat insaflah, kepada Barisan Nasional, teruskan usaha gigih anda. Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Y.B. Mahfuz, untuk buat stesen janakuasa geoterma, ia perlukan kawasan yang dapat sediakan bekalan geiser (mata air panas) yang mencukupi. Negara kita meskipun berdekatan dengan Lingkaran Api Pasifik, tetapi ia adalah diluar kawasan berkenaan. Geiser yang besar dan banyak selalunya ada di kawasan gunung berapi. Di Malaysia, memang ada kawasan mata air panas, tapi jumlah kecil seperti di Baling, Kedah; Poring, Sabah; Ulu Slim, Perak; jumlah berkenaan tidak mencukupi untuk untuk buat stesen janakuasa geoterma yang bersifat ekonomi kerana kos yang besar dikeluarkan tidak sepadan dengan hasil yang didapati. Harapnya pihak Pakatan Rakyat janganlah terlalu berteori yang bukan-bukan sangat, kita ini hidup di alam nyata, bukannya sedang buat peperiksaan PMR, SPM atau dalam pertandingan debat yang bersifat teori.

Anonymous said...

Berhubung dengan stesen janakuasa elekterik di Kerteh di Terengganu, Y.B. Mahfuz patutnya faham bahawa ia dibuat di Kerteh kerana ia berdekatan dengan pusat pemprosesan gas asli. Ini adalah untuk menjimatkan kos. Kalau di buat di Pantai Barat Semenanjung, nak buat di mana? Di Pokok Sena? Kerajaan bukan sesuka hati buat stesen janakuasa berkenaan di Kerteh, ia adalah kerana faktor ekonomi, geografi dan lain-lain yang perlu. Nak membangkang pun biarlah bertempat, kalau membangkang tanpa menyelidik dahulu, tak guna perbuatan tersebut lebih-lebih lagi benda yang dibangkang itu betul macam stesen janakuasa di Kerteh itu.

Anonymous said...

Y.B. Mahfuz buat karangan sekolah atau artikel untuk kelirukan rakyat sebenarnya ini? Sebiji macam karangan sekolah artikel ini, penuh dengan teori tanpa mengambil kira faktor sampingan seperti kos, alam sekitar, masyarakat, bekalan bahan mentah dan lain-lain lagi. Sudah-sudahlah Pakatan Rakyat, tak habis-habis membangkang sampai benda tak bertempat pun dibangkang juga.

Anonymous said...

Pakatan Rakyat seharusnya bersama-sama dalam memajukan negara, bukannya sibuk berpolitik dan bertelagah benda yang tidak berfaedah. Kalau nak membangkang pun biarlah kena pada tempatnya, kalau nak sokong pun kenalah juga kena pada tempatnya juga. Ini tidak sikap Pakatan Rakyat yang suka berpolitik hinggakan benda-benda sensitif seperti kaum, agama, kenegerian, kedaerahan dimanipulasikan sesuka hati adalah tidak patut sama sekali. Pakatan Rakyat nak menyatu padukan negara atau nak memporak perandakan negara sebenarnya?

Selain itu sikap suka membangkang membuta tuli usaha kerajaan adalah tidak patut sekali. Contohnya GST (Goods and Service Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan) tidaklah seperti yang dipertikai oleh Pakatan Rakyat, ini kerana GST akan menggantikan Cukai Perkhidmatan ketika ini dimana Cukai Perkhidmatan adalah 5% dari harga barang/perkhidmatan tapi GST pula 4% saja, ini bermakna kerajaan telah kurangkan cukai 1%. Lagipun bukan semua benda kena GST, barangan dalam kategori kehendak dan mewah saja dikenakan GST, barangan keperluan dikecualikan. Malahan barangan dan perkhidmatan yang dikenakan GST itu selalunya dibeli oleh orang-orang kaya saja macam bergunting di salun mahal, alat solek mewah, pinggan mangkuk import, kain baju import, orang-orang kampung dan orang-orang susah tak peduli pun dengan barang-barang macam itu. Jadi tak timbulnya pengainayaan terhadap rakyat, malahan kerajaan melalui GST adalah untuk menyeimbangkan agihan kekayaan negara.

Sekarang ini pula Pakatan Rakyat mempertikaikan usaha kerajaan dalam sektor elektrik, apa yang Pakatan Rakyat hendak sebenarnya? Pakatan Rakyat perlu tahu kerajaan melalukan pembangunan berdasarkan keperluan dan keupayaan kerajaan, kerajaan bukannya ada Doraemon untuk buat itu ini macam yang dibuat oleh Nobita yang suka hendakkan itu dan ini. Itu cerita kartun saja, bukannya kenyataan. Diharapkan supaya Pakatan Rakyat menghentikan mempertikaikan perkara yang bukan-bukan ini. Negara kita menghadapi masalah ekonomi, Pakatan Rakyat patutnya bergerak bersama untuk bantu negara keluar dari kemelut ekonomi, bukannya menambahkan masalah dengan menggagalkan usaha kerajaan dalam membangunkan negara. Seperti kata orang, kalau tak dapat nak tolong pun, paling kurang janganlah menyusahkan orang pula. Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Saya mencadangkan pada Y.B. Mahfuz supaya berhentilah mempertikaikan benda-benda yang tak berfaedah. Ajak sama kawan-kawan Y.B. dalam Pakatan Rakyat supaya berhenti buat benda-benda yang merugikan negara dan rakyat. Kita sebagai rakyat Malaysia patutnya berusaha sedaya upaya untuk majukan negara ini dalam semua segi, bukannya terlampau mengejar kuasa politik hinggakan bertelagah benda yang bukan-bukan sehingga menggangu pembangunan negara dan rakyat. Y.B. Mahfuz patut sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional ketika ini kalau tak dikacau oleh isu-isu mengarut oleh Pakatan Rakyat akan lebih cepat mengeluarkan negara kita dari kemelut ekonomi. Lihatlah bagaimana sikap Barisan Nasional yang tenang dan berhemah dalam berhadapan dengan sikap budak-budak dan tepi jalan Pakatan Rakyat yang buat macam-macam masalah supaya rakyat memandang hina dan buruk pada kerajaan Barisan Nasional. Pakatan Rakyat sedarkah bahawa sikap dan perbuatan mereka itu sebenarnya akan menjahanamkan negara ini? Negara kita kini macam orang sedang sakit, di mana ada pihak yang sedang bantu ubatkan (Barisan Nasional) manakala satu pihak lagi (Pakatan Rakyat) pula menambahkan macam-macam kuman dan memberikan tekanan itu dan ini. Janganlah keterlaluan sangat dengan mengambil kesempatan untuk mencapai kuasa politik hinggakan nasib negara diketepikan, nanti kalau negara menjadi bermasalah, maka rakyat juga akan dapat masalah, puaskah hati Pakatan Rakyat bila rakyat menganggur kerana keadaan negara kacau bila dan banyak pelabur lari kerana tidak yakin dengan Malaysia lagi? Selain itu puaskah hati Pakatan Rakyat bila negara-negara luar tak nak import barang dari Malaysia kerana sikap Pakatan Rakyat yang memburuk-burukan negara sendiri di luar negara, kononnya zalimlah, kejamlah, itulah, inilah. Mana dia zalim dan kejam itu, rakyat negara kita tak pernah lagi dibunuh beramai-ramai kerana faktor politik ataupun adanya penindasan kaum dan agama di negara ini. Selama ini kerajaan Barisan Nasional mentadbir negara ini dengan aman damai serta membawa kemajuan yang banyak hinggakan orang dari negara lain pun sanggup bergadai nyawa datang ke Malaysia (pendatang haram), lihatlah setiap negeri dalam Malaysia aman dan makmur malahan di Sabah dan Sarawak pun orang Filipina dan Indonesia datang cari kerja di sana, kalau di Semenanjung tak payah ceritalah ramai orang asing cari kerja samada Indonesi, Bangladesh, Nepal, Vietnam, Thailand, dan lain-lain malahan ada yang datang secara haram. Maka hentikalan sikap bukan-bukan Pakatan Rakyat itu, ia akan menyusahkan rakyat kita sendiri juga bila negara kita dipandang buruk oleh negara lain kerana sikap tamak Pakatan Rakyat yang terlalu taksub dengan kuasa politik. Ingatlah kuasa politik bukannya boleh diperalatkan untuk elakkan pengadilan di mahsyar kelak. Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Saya mencadangkan pada Y.B. Mahfuz supaya berhentilah mempertikaikan benda-benda yang tak berfaedah. Ajak sama kawan-kawan Y.B. dalam Pakatan Rakyat supaya berhenti buat benda-benda yang merugikan negara dan rakyat. Kita sebagai rakyat Malaysia patutnya berusaha sedaya upaya untuk majukan negara ini dalam semua segi, bukannya terlampau mengejar kuasa politik hinggakan bertelagah benda yang bukan-bukan sehingga menggangu pembangunan negara dan rakyat. Y.B. Mahfuz patut sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional ketika ini kalau tak dikacau oleh isu-isu mengarut oleh Pakatan Rakyat akan lebih cepat mengeluarkan negara kita dari kemelut ekonomi. Lihatlah bagaimana sikap Barisan Nasional yang tenang dan berhemah dalam berhadapan dengan sikap budak-budak dan tepi jalan Pakatan Rakyat yang buat macam-macam masalah supaya rakyat memandang hina dan buruk pada kerajaan Barisan Nasional. Pakatan Rakyat sedarkah bahawa sikap dan perbuatan mereka itu sebenarnya akan menjahanamkan negara ini? Negara kita kini macam orang sedang sakit, di mana ada pihak yang sedang bantu ubatkan (Barisan Nasional) manakala satu pihak lagi (Pakatan Rakyat) pula menambahkan macam-macam kuman dan memberikan tekanan itu dan ini. Janganlah keterlaluan sangat dengan mengambil kesempatan untuk mencapai kuasa politik hinggakan nasib negara diketepikan, nanti kalau negara menjadi bermasalah, maka rakyat juga akan dapat masalah, puaskah hati Pakatan Rakyat bila rakyat menganggur kerana keadaan negara kacau bila dan banyak pelabur lari kerana tidak yakin dengan Malaysia lagi? Selain itu puaskah hati Pakatan Rakyat bila negara-negara luar tak nak import barang dari Malaysia kerana sikap Pakatan Rakyat yang memburuk-burukan negara sendiri di luar negara, kononnya zalimlah, kejamlah, itulah, inilah. Mana dia zalim dan kejam itu, rakyat negara kita tak pernah lagi dibunuh beramai-ramai kerana faktor politik ataupun adanya penindasan kaum dan agama di negara ini. Selama ini kerajaan Barisan Nasional mentadbir negara ini dengan aman damai serta membawa kemajuan yang banyak hinggakan orang dari negara lain pun sanggup bergadai nyawa datang ke Malaysia (pendatang haram), lihatlah setiap negeri dalam Malaysia aman dan makmur malahan di Sabah dan Sarawak pun orang Filipina dan Indonesia datang cari kerja di sana, kalau di Semenanjung tak payah ceritalah ramai orang asing cari kerja samada Indonesi, Bangladesh, Nepal, Vietnam, Thailand, dan lain-lain malahan ada yang datang secara haram. Maka hentikalan sikap bukan-bukan Pakatan Rakyat itu, ia akan menyusahkan rakyat kita sendiri juga bila negara kita dipandang buruk oleh negara lain kerana sikap tamak Pakatan Rakyat yang terlalu taksub dengan kuasa politik. Ingatlah kuasa politik bukannya boleh diperalatkan untuk elakkan pengadilan di mahsyar kelak. Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Saya cadangkan Pakatan Rakyat menyedarkan rakyat tempatan yang bersubahat dalam melindungi Pendatang Tanpa Izin dengan membantu usaha pihak berkuasa seperti Polis, Rela, Imigresen dan lain-lain dalam membenteras lambakan warga asing di negara ini yang datang secara tidak sah hinggakan terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat dan mengancam negara. Daripada Pakatan Rakyat memburuk-burukkan pihak berkuasa seperti Polis, Rela dan Imigresen, lebih baik bersama-sama membantu dalam usaha ini dengan sama-sama menjadi penyampai maklumat serta melibatkan diri dalam operasi daripada terlolong dalam ceramah maki kata polis, Rela dan imigresen malas dan lembab, lebih baik Pakatan Rakyat tolong pihak berkuasa. Ini kerana Polis, Rela, dan Imigresen bukannya tuhan yang tahu orang ini pendatang tanpa izin atau tidak dan tahu di mana di mana dia tinggal, ini kerana nak tangkap orang bukan boleh suka-suka hati, kena ada bukti, kalau salah tangkap nanti kena maki pula dan dituduh zalim dan kejam pula. Selain itu kalau ada kawasan semak, longkang tersumbat, masalah sosial dan lain-lain masalah maka sama-samalah pihak berkuasa dalam membersihkan semak dan longkang tersumbat itu, kalau sekadar melalak dalam ceramah tuduh itu dan ini, siapa-siapa pun boleh, budak tadika pun boleh buat. Selain itu masalah sosial seperti maksiat, dadah serta aktiviti rempit, sama-samalah dengan pihak berkuasa untuk menggempur sarang maksiat dan dadah serta litar haram mat rempit itu. Janganlah sekadar menuduh itu dan ini, tapi tiada usaha yang dibuat. Rumah sebuah pun boleh diangkat kalau kita sama-sama berusaha secara berkumpulan dan bantu membantu, sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Kerajaan Barisan Nasional telah lama bersikap kreatif dalam pembangunan hal negara, Pakatan Rakyat saja yang tak tahu hal ini, ini kerana Barisan Nasional bukannya jenis parti Ayam Bertelur Sebiji Riuh Sekampung, Barisan Nasional adalah parti jenis Diam-Diam Ubi Berisi. Buat apalah nak melalak dan melolong ke sana ke mari tapi sekadar lalak dan lolong saja, macam orang tak betul pula kelakuan sedemikian. Patutnya buat dulu dan buktikan, barulah lalak dan lolong ke sana ke mari, tapi Barisan Nasional sudah banyak buat kemajuan macam Proton, Jambatan Pulau Pinang, Jambatan Link Kedua, Putrajaya, Felda, Felcra, Petronas, Dasar Pandang Ke Timur, dan lain-lain usaha untuk majukan negara, kerajaan tidak melalak ke sana ke mari sebelum buat, tapi kerajaan memberikan penerangan pada rakyat dan disamping itu melaksanakan perkara berkenaan untuk faedah rakyat. Tapi Pakatan Rakyat pula asyik melalak, melolong, melompat, ke sana ke mari, tapi apa satu pun tak ada, sekadar itu saja, saya selalu baca surat khabar dan lihat blog pro Pakatan Rakyat, bukan main sedap tangan tulis tuduh itu dan ini, hentam itu dan ini, tapi itu sajalah yang mereka boleh buat, penyelesaian tak ada, yang ada hanyalah maki hamun, tuduh membuta tuli dan menghasut. Selalu dalam blog dan surat khabar pembangkang selalu tunjuk isu itu dan ini, bukan isu besar pun, tapi diperbesarkan oleh pembangkang saja. Misalnya ada kawasan perumahan yang lalang tumbuh nak jadi macam hutan, disalahkan kerajaan juga, lepas itu balik rumah atau pergi kedai kopi sambil berpolitik lagi, apa hal ini? Akhirnya kerajaan juga melalui agensinya melakukan gotong royong untuk membersihkan lalang berkenaan. Patutnya Pakatan Rakyat bergotong royong bersama-sama penduduk serta memberikan penerangan penjagaan alam sekitar pada penduduk, jangan nak diharap pada kerajaan saja, ini tidak apa-apa sikit, kerajaan yang dihentam dulu. Bukannya kerajaan pergi tanam lalang atau buang sampah dalam longkang hingga tersembuat atau pergi rosakkan kemudahan awam. Tapi bila jadi masalah, semuanya dituding pada kerajaan, apa peranan Pakatan Rakyat pada negara? Kalau sekadar nak hentam dan menuduh itu ini lebih baik tak payah, buang masa saja, patutnya sama-sama kerajaan untuk berikan kesedaran pada segelintir ahli masyarakat yang suka mencemarkan alam sekitar, bukannya mengeruhkan keadaan yang sedia ada, ia patut dijernihkan.

Anonymous said...

Berkenaan subsidi elektrik yang dicadangkan oleh Y.B. Mahfuz, perlu diingatkan kerajaan bukannya ada mesin cetak wang yang mana boleh dicetak sesuka hati. Dana kerajaan terhad, ia bergantung pada cukai dan hasil pelaburan kerajaan. Selama ini pun Malaysia adalah antara negara yang paling murah hati memberikan subsidi itu dan ini pada rakyatnya. Lihatlah petrol dan diesel adalah no. 2 termurah di Asia Tenggara, kemudian gula/tepung/minyak masak pula harga paling murah di Asia Tenggara, macam-macam benda/perkara dalam Malaysia ini adalah dalam kemampuan rakyat. Ini adalah kerana kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang prihatin, banyak bekerja untuk kemajuan rakyat, dan kurangkan bercakap saja, lebih-lebih lagi perkara mengarut adalah dijauhi oleh kerajaan Barisan Nasional. Ini tidak macam Pakatan Rakyat suka bercakap itu dan ini, tapi tak fikirkan kesan pada negara, masyarakat di masa kini dan masa hadapan. Sudahlah itu, sekadar cakap saja, tiada tindakan susulan untuk buat, kalau begini budak darjah satu pun boleh buat. Pakatan Rakyat perlu sedar, bahawa sikap pelik mereka selama ini mendatangkan masalah pada negara, lihatlah demontrasi-demontrasi dibuat di Kuala Lumpur dan tempat-tempat lain telah mengganggu pembangunan negara, selain itu masyarakat luar ingatkan Malaysia ini teruk sangat sedangkan bukanlah Malaysia ini teruk, tapi Pakatan Rakyat yang teruk, buat tanpa pedulikan kesan dan akibat. Selain itu perlakuan Pakatan Rakyat yang suka menghasut rakyat menentang aktiviti pembangunan oleh kerajaan adalah tidak patut sama sekali, kalau nak berpolitik pun janganlah menggadaikan keamanan, kesejahteraan dan keharmonian negara, patutnya sama-sama memajukan negara, bukannya tamakkan kuasa politik sampai berbuat perkara yang boleh menganggu pembangunan negara dan rakyat. Pakatan Rakyat patut renung balik sikap mereka selama ini dan bandingkan dengan sikap Barisan Nasional yang lebih tenang, gigih dan bertindak berdasarkan kepentingan negara, meskipun dari segi populariti politik akan mendapat masalah pada jangka masa pendek, tapi kepentingan negara dalam jangka masa panjang adalah keutamaan bagi Barisan Nasional. Tak salah nak berpolitik, tapi jangan negara dan rakyat diperalatkan untuk mencapai kuasa kerana bila sudah berkuasa, mampukah nak mentadbir? Itu yang perlu diberikan keutamaan, bukannya semata-mata nak tinggal di Seri Perdana, dapat jadi menteri itu dan ini, dapat gunakan kuasa buat itu dan ini, tapi apakah mampu untuk mentadbir negara? Kerajaan Barisan Nasional buat masa ini tidak tergugat oleh Pakatan Rakyat, ini kerana berdasarkan kualiti tinggi yang ada pada Barisan Nasional, rakyat akan tetap pertahankannya untuk Malaysia yang lebih makmur, sejahteran dan harmoni.

Anonymous said...

Kalau Y.B. Mahfuz nak bandingkan dengan Jerman, lihatlah taraf hidup di Jerman, harga gula, beras, tepung, minyak masak, petro, diesel dan lain-lain bolehkah dapat macam harga di Malaysia ini? Kalau di Malaysia kita boleh dapat berkilo-kilo gula dengan harga gula sekilo di Jerman. Jadi tak payahlah nak buruk-burukkan negara, sendiri, buat malu saja. Malaysia ini sudah banyak membangun, macam-macam kemudahan ada, tapi yang Pakatan Rakyat nak mengata yang bukan-bukan itu pasal apa? Mampukan Pakatan Rakyat menjadikan negara ini lebih maju? Kalaulah negara ini dari awal merdeka diperintah oleh Pakatan Rakyat, apakah boleh dapat benda ini semua? Bukanlah saya nak mengatakan Pakatan Rakyat itu teruk sangat, tapi Pakatan Rakyat memang teruk, sekadar suka ceramah, politik, ceramah, politik, ceramah, politik, itu yang menjadi hobi Pakatan Rakyat. Beginilah gaya pembangunan oleh Pakatan Rakyat, entah apa gamaknya akan jadi pada Malaysia nanti. Y.B. Mahfuz, sudah-sudahlah kelentong rakyat, tak rasa bersalahkah anda buat begini? Kita ini bukannya hidup di dunia ini sampai bila-bila, nanti kita akan mati juga dan akan menghadapi pengadilan di mahsyar. Kuasa politik di dunia ini bukannya boleh halang malaikat Zabaniah seret pesalah ke dalam neraka. Y.B. Mahfuz telah lama hidup, banyak melihat perkara-perkara dan pengalaman-pengalaman, patutnya berdasarkan pengalaman yang ada, bantu muda-mudi menjadi lebih bersopan santun, berakhlak mulia, dan gigih berusaha. Lihatlah Tun Mahathir, meskipun berkapal-kapal beliau dihentam dengan itu dan ini, sampai benda fitnah pun dihentam pada dia juga, tapi dia sebagai orang yang telah lama hidup dan mempunyai pengalaman yang banyak bersikap rasional dalam menghadapi tuduhan melulu yang dilemparkan padanya, malahan semasa beliau mentadbir negara, beliau bertindak berdasarkan kepentingan negara dan rakyat untuk jangka pendek, sederhana dan panjang, beliau tidak pedulikan sangat populariti politik, ini kerana bagi beliau negara dan rakyat adalah lebih penting pada populariti politik. Kalau dapat membangunkan negara dan rakyat dapat kesejahteraan maka akan dapatlah populariti politik, tapi apa gunak kalau populariti politik didapati dengan retorik kosong tapi bila memerintah entah apa-apa yang dibuat seperti di Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Pakatan Rakyat perlu sedar bahawa Gelombang Dacing sedang bergerak makin pantas kerana rakyat mula sedar dan faham siapa yang lebih berkualiti dalam tindakan dan siapa yang hanya tahu cakap tapi apa satu pun tak tahu. Dengan Pakatan Rakyat yang makin bergelora di sana sini, maka populariti Pakatan Rakyat telah makin menurun, bukan sikit-sikit, tapi mendadak jatuhnya, lihatlah pada pilihanraya akan datang, Barisan Nasional akan makin kukuh dan peluang yang amat cerah untuk Barisan Nasional rampas kembali Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, malahan kedudukan PAS di Kelantan ketika ini sangat genting, macam telur di hujung tanduk saja, tunggu masa nak jatuh dan Barisan Nasiona di Kelantan telah bersiap sedia untuk mengambil alih kuasa di Kota Bharu.

Anonymous said...

Memang lah kerajaan kretif YB, injin F5E pun bolih hilang sampai ke Uruguay.
Lagi kreatif apabila beli kapal selam tak bolih menyelam.
Amat lah kreatif bila beli kapalterbang jet dari ITALY tanpa beli injin hanya kerangka badan sahaja.
Amacam YB, kreatif la tu.....

Anonymous said...

Buktikan dahulu YB gunakan tahi YB sekeluarga jadi tenaga.
YB gunakanlah tenaga 'gassification' di rumah YB ya... Selepas itu barulah YB boleh persalahkan pihak lain...

Anonymous said...

Syaikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Ketua Persatuan Ulama Internasional menyatakan bahwa anggapan merayakan maulid Nabi saw. adalah BID'AH, dan setiap bid’ah pasti sesat, dan setiap yang sesat pasti masuk neraka, TIDAK semuanya BENAR.

Beliau meluruskan, yang kita ingkari dalam hal perayaan maulid adalah ketika ada PENCAMPURADUKAN dengan kemungkaran, ketika perayaan maulid itu bercampur-aduk dengan hal-hal yang menyalahi syari’at, ketika perayaan maulid itu tidak sesuai dengan Al-Qur’an, sebagaimana praktek-praktek ini masih ada di sebagian negara Islam.

Contohnya, praktek syirik, dengan mengadakan sesajian, berkurban untuk alam, laut misalkan, pemubadziran makanan atau harta, ikhtilath atau campur baur laki-laki dan perempuan, praktek yang mengancam jiwa dengan berdesak-desakan atau rebutan makanan, dan lainnya yang bertentangan dengan syari’at.

Jika peringatan maulid itu dalam rangka mengingat kembali sejarah kehidupan Rasulullah saw., mengingat kepribadian beliau yang agung, mengingat misinya yang universal dan abadi, misi yang Allah tegaskan sebagai rahmatan lil ‘alamin.

Ketika acara maulid seperti demikian, alasan apa masih disebut dengan bid’ah?

Pernyataan beliau yang dimuat dalam media online pribadi beliau itu juga ditambahkan:
“Ketika kita berbicara tentang peristiwa maulid ini, kita sedang mengingatkan umat akan nikmat pemberian yang sangat besar, nikmat keberlangsungan risalah, nikmat kelanjutan kenabian. Dan berbicara atau membicarakan nikmat sangatlah dianjurkan oleh syariat dan sangat dibutuhkan.”
Allah swt. memerintahkan demikian kepada kita dalam banyak firman-Nya.

Anonymous said...

Syaikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Ketua Persatuan Ulama Internasional menyatakan bahwa anggapan merayakan maulid Nabi saw. adalah BID'AH, dan setiap bid’ah pasti sesat, dan setiap yang sesat pasti masuk neraka, TIDAK semuanya BENAR.

Beliau meluruskan, yang kita ingkari dalam hal perayaan maulid adalah ketika ada PENCAMPURADUKAN dengan kemungkaran, ketika perayaan maulid itu bercampur-aduk dengan hal-hal yang menyalahi syari’at, ketika perayaan maulid itu tidak sesuai dengan Al-Qur’an, sebagaimana praktek-praktek ini masih ada di sebagian negara Islam.

Contohnya, praktek syirik, dengan mengadakan sesajian, berkurban untuk alam, laut misalkan, pemubadziran makanan atau harta, ikhtilath atau campur baur laki-laki dan perempuan, praktek yang mengancam jiwa dengan berdesak-desakan atau rebutan makanan, dan lainnya yang bertentangan dengan syari’at.

Jika peringatan maulid itu dalam rangka mengingat kembali sejarah kehidupan Rasulullah saw., mengingat kepribadian beliau yang agung, mengingat misinya yang universal dan abadi, misi yang Allah tegaskan sebagai rahmatan lil ‘alamin.

Ketika acara maulid seperti demikian, alasan apa masih disebut dengan bid’ah?

Pernyataan beliau yang dimuat dalam media online pribadi beliau itu juga ditambahkan:
“Ketika kita berbicara tentang peristiwa maulid ini, kita sedang mengingatkan umat akan nikmat pemberian yang sangat besar, nikmat keberlangsungan risalah, nikmat kelanjutan kenabian. Dan berbicara atau membicarakan nikmat sangatlah dianjurkan oleh syariat dan sangat dibutuhkan.”
Allah swt. memerintahkan demikian kepada kita dalam banyak firman-Nya.

25 persen said...

salam YB . Apa kata YB cuba buat area Pokok Sena ka, Kuala Nerang ka, Jabi ka. Try la dulu YB.

Anonymous said...

Satu hal betulla pembangkang ni. Kalau nak bagi cadangan bagi la elok-elok, tulis betul-betul. Baru la terbuka hati orang nak baca dan ambik idea tu. Ini tidak, nak juga ngutuk kerajaan, persoalkan 'kalau kerajaan kreatif'. Cuba la tulis macam ni 'Kerajaan harus kreatif menggunakan sumber tenaga'. Baru la nampak bijak sikit. Tak payah la letak perkataan 'tahi'..