Dato'Zahid Hamidi telah pun mendedahkan berlaku pembocoran dan penjualan rahsia penting negara berkaitan keselamatan dan pertahanan negara. Pembocoran dan penjualan tersebut dikatakan melibat pihak dalaman Angkatan Tentera Malaysia dan dijual kepada negara asing melalui kedutaan di Kuala Lumpur.
Kejadian ini sekali lagi mendedahkan betapa kelemahan yang sangat ketara pada sektor dan institusi pertahanan dan keselamatan negara selepas dalam tempoh dua bulan kita dikejutkan dengan kecurian dan penjualan dua buah enjin Jet F5E dipasar malam antarabangsa.
Kecurian enjin Jet, pembocoran serta penjualan rahsia penting negara menyebabkan kehidupan raayat berada dalam keadaan cemas dan bimbang akan tahap keselamatan dan pertahanan negara. Kebimbangan rakyat ada kewajarannya berasaskan pada tahap integriti institusi keselamatan dan pertahanan negara yang dilihat berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Apatah lagi negara yang melakukan pengintipan dengan membeli rahsia penting negara sudah tentu mempunyai niat jahat terhadap Malaysia.
Berasaskan pada dua kejadian tersebut negara dilihat berada dalam ancaman dari negara luar. Dengan rahsia penting negara yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan yang dimiliki oleh negara asing sudah tentu mereka akan bertindak terhadap Malaysia. Kalau pun tidak dengan menyerang Malaysia tetapi dengan maklumat rahsia yang mereka ada sudah pun cukup untuk mereka mensabotaj Malaysia. Inilah yang menjadikan rakyat gelisah dan merasakan berada dalam keadaan tidak selamat dan terancam.
Malangnya kerajaan gagal merungkai segala kebimbangan yang sedang dirasai olih rakyat. Tiba tiba saja menteri Pertahanan Dato'Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan menyatakan kes penjualan dan kebocoran rahsia penting negara selesai dan diselesai mengikut saluran diplomatik.
Saya membantah kenyataan Menteri Pertahanan.Raayat perlu diberi tahu siapa didalam Angkatan Tentera Malaysia yang menjual rahsiah penting tersebut. Adakah mereka yang terlibat hanya berpangkat Prebet atau Sarjan seperti dalam kes kehilangan dan kecurian dua buah enjin Jet F5E. Rakyat juga perlu diberitahu negara mana yang menjalankan pengintipan dengan membeli pihak dalam ATM untuk mendapat rahsia penting negara yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan negara. Rakyat berhak tahu adakah duta negara tersebut telah dipanggil oleh pihak Wisma Putra dan Kementah untuk diambil tindakan mengusir atau diberi amaran keras. Adakah kes ini masih menjadi kes yang disiasat oleh Polis.
Saya mohon jawapan dan penjelasan segera dari pihak kerajaan khususnya Menteri Pertahanan untuk meyakinkan rakyat agar kebimbangan dan keresahan rakyat dapat diubati. Penjelesan dan jawapan segera menteri Pertahanan sangat penting bagi menjaga tahap integriti Angkatan Tentera Malaysia.
"SELAMATKAN MALAYSIA DAN LINDUNGI LAH RAKYAT"
Dato,Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena.
10 Feb 2010
21 comments:
Tanya sama Panglima Angkatan Tentera dimana AG jumpa injin F5E yang mereka senyapkan selama dua tahun dan tak tahu nak buat apa. Bahlol macam mana nak jaga keselamatan negara.
Macam mana General yang menjaga barang tersebut bolih di naikkan pangkat. macam ada benda nak sorok sahaja Panglima Angkatan Tentera ni.
Tanya Panglima Angkatan Tentera jumpa injin tu kat Dubai ke?
YB, rahsia apa yang kena jual? ada rahsia ke kita ni? Bukan ke Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Panglima selalu ada perjumpaan bertukar tukar maklumat kalau tak pun kat padang Golf.....
Menteri Pertahanan ni pun kelabu juga macam Panglima Angkatan tentera dia sama sama bah#$L!!!!!
Sampai tua la YB, meraka tak akan umumkan tetapi hakikat nya negara mempunyai mereka yang lemah menerajui keselamatan negara!!!!!!!
Buang sahaja.... kita tunggu PRU akan datang dan mari kita cabar gerombolan untuk bubarkan DUN Perak. Hidup PAS! Hidup PAKATAN dan Hidup Rakyat.
PAS ini tiada kerja lainkah, asyik hal politik berpanjangan dari dulu sampai sekarang, tiada hal-hal pembangunan dan kesejahteraan rakyat dan negara.
PAS = parti politik semata2. titik!
esok yb nak ceramah dgn ketua menteri pulau pinang dekat tapak pesta, sg nibong, yb nak bohong apa lagi, kerajaan bn tak jatuh sebab yb lari pi luar negeri, apa punya yb ni..tak bertanggungjawab..
Kapal selam tak bolih menyelam, Kapal terbang tak bolih terbang tarak injin.
Wow.... keselamatan negara macam mana ni.
Awat ramai baghal yang memerentah Malaysia.
Poraaaah!!!
PR = Politikkan Rakyat, Pergunakan Rakyat, Penipu Rakyat, Pergunakan Rakyat dan Pembohong Rakyat, PR bukan lagi Pakatan Rakyat.
PKR = Pemecahbelah Keharmonian Rakyat, suka sungguh PKR hasut orang membuat hal yang menghuru harakan.
PAS = Politikkan Apa Saja, inilah sikap PAS selama ini, semua benda mereka politikkan untuk kepentingan politik tanpa mempedulikan kebajikan dan kselamatan negara. Hal keselamatan adalah hal sensitif, oleh itu, perlu diuruskan secara berhati-hati, patutnya orang politik macam Y.B. Mahfuz berusaha untuk mententeramkan keadaan, bukannya mengusutkan keadaan, puaskah hati anda jika negara ini menjadi kacau bilau? Menteri Pertahanan ini pun satu, yang dihebah-hebahkan sangat itu apa hal? Nak beritahu yang negera kita dah tak selamat dan supaya orang mudah serang kitakah? Menteri itu patutnya berusaha secara berhati-hati, bukannya terlolong di sana sini mencari publisiti murahan hingga keselamatan negera tergugat, kalau nak cari publisiti, masuk saja Raja Lawak,Akademi Fantasia, Mentor dan Gangstar (berduet dengan Y.B. Mahfuz).
DAP = Dalang Atur Protes/ Permasalahan. Suka sungguh DAP mencari silap orang, semua benda mereka nak tunjukkan kelemahan orang, kalau setakat tunjuk kelemahan orang tanpa ada usaha untuk membaiki keadaan tak guna. Ini tidak tunjuk longakang tak bersih, apasal tak buat gotong royong untuk bersihkan, paling kurang ada usaha, ini tidak, sekadar tunjuk longkang ini dan itu kotor lepas itu balik rumah, kalau macam ini, budah umur dua tahun pun boleh buat.
Sekian, terima kasih.
Kemahiran PAS = Ceramah tuduh orang itu dan ini serta maki hamun orang, kononnya kena ikut agama, tapi maki hamun orang tak ingat dunia.
Kemahiran PKR = Membuat isu palsu dan mengadakan demontrasi jalanan sampai menyusahkan rakyat yang hendak berniaga kecil-kecilan serta pengguna nak membeli belah serta menyebabkan pelancong menuduh orang Malaysia ganas, baru puas hati PKR bila dapat malukan negara di kalangan orang asing.
Kemahiran DAP = mencari isu remeh dan membesar-besarkannya tanpa ada usaha untuk mengatasi masalah tersebut. DAP hanya tahu jalan-jalan cari masalah dan tuduh pihak berkuasa bersalah, tapi yang bersalah sebenarnya ialah DAP yang buat tuduhan melulu, patutnya selidik dulu baru buat tuduhan. Kalau sekadar tunjuk apa-apa masalah tanpa ada usaha penyelesaian, pak cik umur 90 tahun dan budak umur dua tahun pun boleh buat.
Pakatan Rakyat memang teruk, sudahlah tak reti mentadbir hingga negeri-negeri tadbiran mereka tunggang langgang, lepas itu buat hal untuk malukan negara serta menggugat keamanan dan kestabilan negara semata-mata untuk cita-cita politik murahan mereka. Pakatan Rakyat patutnya jadi pembangkang yang berkualiti, ada usaha untuk selesaikan masalah, bukannya menjadi pembangkang tepi jalan yang senantiasa menimbulkan masalah. Kalau beginilah sikap Pakatan Rakyat, tak payah ada pembangkang di parlimen pun tak apa, sebab di pihak Barisan Nasional sendiri, amat ramai yang prihatin dengan rakyat dan senantiasa menegur kerajaan secara berhemah untuk kesejahteraan dan keharmonian negara dan rakyat. Sekian, terima kasih.
Kemahiran UMNO pandai menghancurkan negara.
Mahir memperbodohkan rakyat sampai ramai jadi unta kenyang.
Kemahiran UMNO pandai sapu semua harta negara dan pakar buat kira kira nak dapat komisyen.
Kemahiran UMNO semua dah tahu dan bersedia untuk buang UMNO kedalam laut!!!!
Mana adanya UMNO menghancurkan negara, UMNO membina negara ini bersungguh-sungguh hingga menjadi antara negara termaju di Asia Tenggara, meskipun banyak negara lain di rantau ini yang lebih sedekad merdeka lebih awal dari Malaysia, tetapi pencapai Malaysia 23 hingga 30 tahun kehadapan berbanding negara-negara tersebut hingga ramai rakyat negara asing datang ke Malaysia untuk mencari rezeki. UMNO dengan kerjasama dari MCA, MIC, PPP, Gerakan, PBB, PBS, LDP, PRS, PBRS, UPKO, SUPP dan lain-lain komponen Barisan Nasional telah berusaha keras untuk kesejahteraan dan kemakmuran negara ini. Pihak macam Pakatan Rakyat saja seperti PAS, DAP dan PKR yang buat-buat buta dan pekak dengan usaha gigih Barisan Nasional. Sikap dengki Pakatan Rakyat terhadap Barisan Nasional tak akan membawa "gabungan kahwin politik" itu ke mana-mana, macam sitkom komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu Saja. Duu ada Angkatan Perpaduan Ummah, mati lemas sebab tenggelam kerana ketidakupayaan parti-parti pembangkang berkerjasama dengan jujur antara satu sama lain, masing-masing menjadi macam enau dihutan, masing-masing melepaskan pucuk untuk kepentingan politik sendiri saja tanpa mempedulikan nasib rakan-rakan dalam gabungan. Lepas itu wujud pula Barisan Alternatif yang juga akhirnya tak sampai lima tahun lemas juga sebab bertingkah laku enau di hutan yang memburu kuasa politik dengan mempergunakan rakan-rakan gabungan serta memperkotakkatikan rakyat hingga PAS, PKR dan DAP rebah tersungkur dengan nyawa-nyawa ikan pada pilihanraya tahun 2004. Kemenangan Pakatan Rakyat yang merampas beberapa negeri di Semenanjung dan mengurangkan majoriti Barisan Nasional di Dewan Rakyat bukan kerana Barisan Nasional tak bagus dan Pakatan Rakyat baik sangat, tapi kerana rakyat protes terhadap kepimpinan negara yang bertindak keterlaluan masa itu, ini tidak melibatkan Barisan Nasional, tetapi kepimpinan negara yang buat keputusan pelik-pelik menyebabkan rakyat beri pengajaran pada kepimpinan berkenaan supaya serahkan kuasa pada penggantinya yang lebih berkualiti. Sekarang ini meskipun PAS, DAP dan PKR menggunakan Pakatan Rakyat, nama sesuai untuk mereka adalah Peralatkan Rakyat atau Pergunakan Rakyat atau Politikkan Rakyat untuk kepentingan politik mereka. Lihatlah apa yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di negeri-negeri tadbiran mereka, budaya politik balas dendam dan ugut mengugut hinggakan ada pihak dari Pakatan Rakyat sendiri yang dipaksa letak jawatan kerana pimpinan Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut tak suka dikritik, kononnya dia seorang saja pandai, orang lain tak reti apa-apa. Negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat sekarang ini tunggang langgang dengan pelbagai masalah, dari masalah ekonomi, politik, sosial, pendidikan, kebudayaan dan lain-lain macam-macam yang menjadi caca marba. Lihatlah di Selangor begitu berkuasanya seorang Exco Negeri yang dibiarkan mengacau operasi pihak berkuasa tempatan yang mahu menyita tempat maksiat dan jualan arak serta permainan judi, malahan Majlis Bandaraya Shah Alam pun dipaksa menarik balik peraturan larangan bermain judi dan penggunaan arak kerana mahu menjaga hati DAP. Meskipun di bawah kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam lebih dari 80% penduduknya orang Islam, tetapi politik lebih dipentingkan oleh Pakatan Rakyat berbanding dengan nasib anak bangsa yang sedang digoda dengan pelbagai ancaman berkaitan maksiat dan arak.
Lepas itu lihatlah bagaimana dengan rakusnya gerai-gerai Melayu di Pulau Pinang dirobohkan, PAS senada dengan DAP dan pimpinan tinggi PKR yang menekan beberapa golongan dalam Pakatan Rakyat yang bimbang dengan sikap pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang membuli rakyat. Kerana bagi PAS dan pimpinan Melayu PKR di Pulau Pinang dan Pusat, biarlah kedai Melayu dan rumah orang Melayu dirobohkan malahan kalau orang susah Melayu dihalau pun tak apa, mereka tak penting, kerana yang penting ialah undi dari penyokong DAP diberikan pada PAS dan PKR. Semuanya hanya politik saja dalam kepala otak PAS dan PKR, kebajikan dan kesejahteraan rakyat mereka buang dalam longkang.
Pakatan Rakyat adalah Parasit Rakyat yang sedang menjangkiti rakyat dengan pelbagai penipuan dan pembohonang untuk mengekalkan kuasa mereka saja. Pakatan Rakyat akan rebah sebab bukan saja orang Melayu saja tak suka dengan Pakatan Rakyat, malahan orang Cina, India serta bumiputera lain pun risau dan bimbang dengan kelakuan Pakatan Rakyat yang makin hari makin teruk kerasukkannya membuat hal yang bukan-bukan. Lepas ini berkuburlah Pakatan Rakyat sebagaimana Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif sebelum ini, ini kerana perkahwinan politik untuk guna meperguna antara satu sama lain tak kekal lama, tetapi kerjasama politik untuk perpaduan dan tolong menolong seperti dalam Barisan Nasional terbukti kekal hingga hari ini dan hingga ke akhir masa kerana dalam Barisan Nasional keikhlasan dan kesetiaan antara gabungannya amat jitu. Sekian, terima kasih.
Bolehkah Y.B. Mahfuz terangkan mengapakah PAS beria-ia sangat menyokong tindak tanduk DAP yang memaksa Pakatan Rakyat di Selangor untuk menekan Majlis Bandaraya Shah Alam supaya menarik balik larangan penggunaan arak dan permainan judi di Shah Alam, malahan Pesuruhjaya PAS Selangor pun ditekan dan diintip oleh Pakatan Rakyat dari DAP dan PKR supaya tidak bangkitkan isu ini lagi, PAS Pusat bukan saja sokong tindakan PKR dan DAP terhadap Y.B. Hassan Ali, tetapi juga memberi amaran melalui tindakan tatatertib terhadap Y.B. Hassan Ali. Apakah arak di Shah Alam tidak mabuk macam air sirap atau teh tarik manakala judi di Shah Alam pula seperti permainan guli, gasing serta zero-foint? Mana perjuangan PAS yang kononnya nak tegakkan negara Islam, kes di Shah Alam pun pun PAS boleh buat-buat buta dan pekak, bukan setakat itu saja, malahan ugut pihak dalam PAS yang menentang kelakuan DAP dan PKR tersebut dengan pelbagai tindakan disiplin, patutnya pimpinan PAS Pusat dikenakan tindakan disiplin termasuk Nik Aziz yang beria-ia sangat marah Y.B. Hassan Ali yang mempertahankan cadangan Majlis Bandaraya Shah Alam. PAS selalu kata di kawasan Genting pun arak berleluasa, tapi lihatlah di Genting itu ramai orang apa? Sana ramai orang bukan Islam, maka lantaklah mereka nak minum arakkah, nak main judikah, tapi ini di kawasan majoriti Islam pun PAS tak mampu nak pertahankan peraturan untuk kewibawaan Islam, macam mana nak buat negara Islam? Silalah jawab, nak sangat saya dengan penjelasan dan macam mana Y.B. nak belitkan lagi isu ini, tapi saya tak dapat dibelit, makin kuat orang nak belit saya, makin kuat orang itu sebenarnya belit diri sendiri. Sekian, terima kasih.
Jawablah soalan tadi Y.B. Mahfuz, tak dapat jawabkah atau takut nak jawab, apa ini? Kononnya nak bela rakyat, nak bela rakyat atau nak Pergunakan Rakyat sebenarya? Kalau Y.B. tak boleh jawab, pergi minta tolong Karpal Singh dan Anwar Ibrahim atau minta tolong Nik Aziz pun boleh. Sekian, terima kasih.
PAS makin gelabah dengan keadaan sekarang yang mana jerat yang mereka pasang telah menjerat diri mereka, sebab itulah mereka takut nak jawab soalan tadi. Hati-hati Y.B. Mahfuz, pilihanraya akan datang, anda akan digulingkan oleh rakyat di kawasan Pokok Sena, kalau anda lari bertanding di Kubang Kerian pun anda kena gulingkan juga, sebabnya ialah PAS sudah menjadi kerbau dicucuk hidung oleh PKR dan DAP, sudah ramai ahli PAS lari tinggalkan PAS dan menyertai UMNO, lepas ini PAS akan tergolek bergelimpangan di tepi jalan macam orang terpijak kulit pisang. Itulah, kalau buat benda dengan niat tak elok, akhirnya makan diri. Tapi apa pun jawablah juga soalan pasal arak dan judi di Shah Alam yang diberikan pada anda itu.
Dulu kata hujung tahun 2009 nak daftarkan Pakatan Rakyat menjadi sebuah parti gabungan, tapi sampai kini tak terdaftar pun Pakatan Rakyat, kononnya nak kena halusi dulu, kalau betul-betul setiakawan, maka daftar sajalah, kalau nak halusi dulu, maka PKR, PAS dan DAP tidak mempercayai antara satu sama lain. Kalau begini selama ini mereka berlakon saja untuk mengabui mata masyarakat saja, maka betullah yang Pakatan Rakyat patut ditukar kepada Penipu Rakyat, Pembohong Rakyat, Politikkan Rakyat, Pergunakan Rakyat dan Peralatkan Rakyat. Rakyat makin nampak kebobrokan Pakatan Rakyat yang terkoyak rabak dan terlondeh di sana sini, lepas ini tunggulah masa untuk PAS, DAP dan PKR tinggalkan Pakatan Rakyat yang sebenarnya tidak releven langsung berdasarkan sikap mereka. Pakatan Rakyat tidak seperti Barisan Nasional, ini kerana Pakatan Rakyat ditubuhkan atas motif untuk dengki terhadap Barisan Nasional, Pakatan Rakyat tiada agenda jelas antara PAS, DAP dan PKR, kerana matlamat utama mereka untuk kalahkan Barisan Nasional saja, hal pembangunan dan kesejahteraan negara dan rakyat masih kabur dalam Pakatan Rakyat. Tetapi Barisan Nasional ditubuhkan atas dasar setiakawan untuk tolong menolong sesama rakyat Malaysia, Barisan Nasional mempunyai hala tuju yang jelas untuk membangunkan dan menyejahterakan rakyat berdasarkan kerangka kerjasama yang telah lama dibentuk oleh pimpinan terdahulu yang diteruskan oleh pimpinan sekarang dan akan datang. Ini yang membezakan kualiti Barisan Nasional dan kebobrokan Pakatan Rakyat, makin ramai rakyat termasuk penyokong setia Pakatan Rakyat telah beralih arah ke Barisan Nasional yang mempunyai hala tuju yang jelas berbanding Pakatan Rakyat yang masih tidak tentu hala. Selamat berjuang Barisan Nasional.
Y.B. Mahfuz masih tak jawab soalan berkaitan arak dan judi di Selangor, samada beliau takut nak jawab sebab ia adalah sikap teruk PAS dalam hal menjaga kebajikan masyarakat Islam atau kerana beliau memang tak tahu hal-hal semasa kerana asyik sibuk kelentongkan rakyat bersama-sama geng-geng beliau seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Mat Sabu, Karpal Singh, Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan lain-lain. Minta anda jawab kalau betul PAS memang berpendirian, kalau masih tak jawab juga maksudnya PAS adalah parti lalang yang bergerak untuk kepentingan politik dan telah menjadi kerbau dicucuk hidung oleh pihak-pihak tertentu untuk buli orang Bumiputera Islam. Lihatlah sikap Barisan Nasioanl yang selama ini dituduh oleh PAS dengan pelbagai gelaran dan menentang Islam, sekarang ini lihatlah siapa yang menentang Islam? Barisan Nasional begitu banyak program keagamaan untuk meningkat syiar Islam dengan menunjukkan teladan yang baik supaya Islam dipandang tinggi oleh orang lain, tapi PAS buat apa, menggunakan perkataan kesat, maki hamun orang, tuduh buta tuli, berdemontrasi ganas, tak hormat sultan, jadi pak turut DAP dan lain-lain yang menyebabkan orang lain lihat orang Islam ganas. Saya minta sangat Y.B Mahfuz jawab soalan berkaitan arak dan judi itu, kalau tak reti jawab, minta tolong Nga Kor Ming dan N. Gobalakrishnan yang sebelum ini begitu suka hati pergunakan ayat Al-Quran untuk kempen politik, mana tahu mereka dapat tafsirkan mana-mana ayat Al-Quran untuk tolong Y.B. Mahfuz. Berani kerana benar, takut kerana salah, kalau tak takut kerana tak salah, jawablah soalan berkaitan arak dan judi itu.
Salam semua,
PAS sekarang ini sangat terdesak dah, dulu tutup pintu pakai dengan rantai siap pasang mangga 15KG sekali...kononnya tak mau berbincang dengan UMNO lagi...tetapi, tiba-tiba saja Nakhoda diaorang ubah haluan, berpatah balik apabila tengok badai datang semakin dekat melanda bahtera PR...
Tu lah apasal dia orang punya Nakhoda main lembut gigi dari lidah...
Tak usah jawab YB, kalau penulis tu ahli gerombolan, memang lah dia unta kenyang yang angguk sahaja dan otak dah beku masuk virus umpundekno yang di buat olih gerombolan sendiri.
Nak jawab apa mamat, yang di tulis pun tak masuk akal macam penulis baghal dan jangan ingat orang lain bodoh.
Sorry ya mamat yang tulis panjang panjang,if you are stupid please don't drag others and keep your stupidity with you!!!
daeeii!!!! porahhh ini macam ka am no,mulut punya celupar cakap bukan2 tp kosong takde isi punnn..cabar YB jawab soalan luuu...luuuu sapa nama pun tarakk...takut keee mau taruk nama..luuu punyaa anu tu ada kaa..haaa...haaaa...haaaaa..
lain kali kalau nak komen tu bagi lee nama,deee jantan jugee kalau tak dee nama cam menatang..kucing aku pun deee nama..
mai aku jawab bab arak di selangor tuu..
bab tak boleh nak paksa tarik sebab undang kuno yg umno buat ialah minuman yg ada beberapa peratus kepekatan arak dia tak dinamakan arak seperti tin hijau tuu...dalam tin tu kadar arak yg diletakkan adalah sedikit dan mengikut undang2 kerajaan yg dibuat kedai boleh jual... ini masalahnya... masih ada undang2 toghut yg termaktub disitu...bab nie yg ronie lieu halang tak bagi rampas arak tu kat kedai sebab nanti kedai tu boleh saman kerajaan negeri... jadi pendekatan yg diambil adalah dengan system tarbiah dan penerangan..dan telah berjaya dimana kawasan yg majority org islam telah tak ada kedai yg jual sebab menghormati org islam...dan yg paling berjaya sekali 7 eleven telah menarik balik arahan supaya jangan jual arak kat kedai dia..inilah kejayaan yg terhasil tapi UMNO/Bn kerja dia nak bubuh garam dalam luka saja suka bercakap syok sendiri....
7eleven drop alcohol...
http://mntonline.blogspot.com/2009/08/7-eleven-drops-alcohol.html
Apa ini Saudara/i Rosn, orang tanya sebab nak tahu pendirian PAS ini bagaimana, apakah, PAS akan bersikap Politikan Apa Saja (PAS jug) untuk politik atau bersifat pejuang tulen. Kalau tak jawab maknanya betullah PAS itu Politikkan Apa Saja untuk politik, kepentingan bangsa dan negara boleh tendang ke tepi untuk politik. Pakatan Rakyat memang dah teruk dan patut ditendang keluar dari arena politik negara kerana sudah lapuk dan ketinggalan zaman, sikap Pakatan Rakyat yang pelik boleh merosakkan kemakmuran dan kesejahteraan negara ini. Pihak begini nak harap tadbir negara, mereka begini bukan tadbir negara, tapi perintah cara kuku besi terhadap negara adalah. Lihatlah sikap kepala batu, degil, dan tak nak dengar nasihat orang walaupun untuk kebaikan adalah sikap teruk Pakatan Rakyat. Saya cabar Y.B. Mahfuz supaya menjelaskan isu berkenaan di blog ini untuk tatapan kerbau dicucuk hidung seperti Saudara/i Rosn dan Anak Kedah, sokong buta tuli, bangkang pun buta tuli, inilah sikap Pakatan Rakyat, seperti kata pepatah, kalau guru kencing berdiri anak murid kencing berlari, lihatlah sikap Pakatan Rakyat samada pemimpin dan penyokong buta tulinya yang sembrono berbuat itu dan ini, lepas jadi masalah salahkan orang lain pula, perangai macam budak-budak. Pada En. Anak Kedah, Kerajaan Pusat tak pernah promosi arak untuk ditunggang sesuka hati oleh rakyat, tapi Pakatan Rakyat pula sanggup paksa Majlis Bandaraya Shah Alam untuk batalkan larangan penjualan arak dan permainan judi di kawasan tadbirannya meskipun larangan itu adalah untuk kebaikan semua. Ini menunjukkan PAS pun sudah jadi macam PKR dan DAP, perangai macam lalang, sanggup buat apa saja untuk politik. Pembangkang yang berkualiti diperlukan untuk pembangunan dan penasihat pada kerajaan, tapi kalau pembangkang pelingkup macam Pakatan Rakyat, lebih baik tak payah, semua benda mereka tak suka kalau kerajaan yang buat, mereka saja yang betul, salah pun betul juga pada mata mereka, bersikap seperti beraja di mata, bersultan di hati. Kalau tak berubah, makin parahlah keadaan pembangkang di negara ini, mereka bukan setakat menjadi melukut di tepi gantang, tetapi menjadi parasit yang merosakkan negara saja. Selamat berjuang Barisan Nasional.
O.... kalau Adun Pandamaran halang rampasan arak sebab tak nak kerajaan negeri disaman, tapi yang dia pergi kacau operasi pihak berkuasa yang lain tu, tak salahkah. Inilah sikap PAS, jadi pecacai DAP saja.
Post a Comment