Monday, February 1, 2010

Politik Biadab Nakal perjudi dan peralatkan rumah Ibadat bagi kepentingan politik jahat.

Peristiwa membakar surau dan melempar kepala babi didalam masjid adalah gambaran bagaimana persoalan emosi dan sentimen umat Islam cuba diprovokasi bagi membangkitkan kemarahan umat Islam terhadap penganut agama lain kususnya kristian. Usaha ini dilakukan setelah kegagalan membentuk dan membangkitkan kemarahan umat Islam didalam peristiwa pembakaran gereja ekoran dari isu penggunaan kalimah Allah.

Penangkapan suspek dalam kejadian pembakaran gereja dan surau yang terdiri dari kalangan umat Islam dan kini melemparkan kepala babi kedalam masjid ternyata gagalnya pihak berkuasa agama Islam dan mereka yang punya kuasa dalam hal ehwal Islam memberikan kefahaman yang jelas betapa Islam sangat memuliakan rumah ibadat. Melemparkan kepala babi yang dibungkus dalam pelastik lutsinar adalah petunjuk ianya dilakukan oleh orang yang jijik dan haram dengan babi. Kalau ianya dilakukan oleh orang tidak jijik dan tidak haram dengan babi sudah tentu ianya tidak perlu diletakkan dalam plastik lutsinar. Kejadian tersebut ternyata berpunca dari kenakalan politik mengadudombakan rumah Ibadat bagi mencapai cita cita politik Biadab Nakal.

Tindak tanduk politik Biadab Nakal ini adalah berpunca apabila majorati rakyat pelbagai kaum dan agama menolak dan tidak lagi terpengaruh dengan kenakalan politik golongan ini. Lalu mereka melakukan percubaan yang mengharapakan umat Islam kembali berpayung kepada politik murahan Biadab Nakal bagi memastikan kelangsungan kuasa politik mereka.

Saya sangat kesal dan kecewa apabila pembakaran gereja,surau dan kini melemparkan kepala babi dengan menjadikan rumah ibadat sebagai alat untuk mencaturkan politik adu domba dan menjejaskan keharmonian hidup rakyat Malaysia.

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia bertanggungjawab menghenti dan menamatkan politik Biadab Nakal dan Usaha Memporakporandakan Negara Orang Malaysia.
"SELAMAT MALAYSIA"

Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena

7 comments:

Anonymous said...

Pada hemat saya selepas PRU 12, politik malaysia amat positif. sebelum ini UMNO dilihat sebagai budak gemok yang nakal manakala pembangkang seperti budak kurus dan kerdil dibuli oleh budak gemok yang nakal ini tanpa henti. situasi yang kita amati sekarang amat berbeza iaitu budak kurus dan kerdil yang dibuli tadi bangkit melawam dengan satu semangat yang kental menggunakan segala stamina yang ada membuatkan budak gemok yang nakal ini amat keletihan lalu memanggil bodyguard(polis dll) untuk menghapuskn budak kerdil dan kurus ini. kalau kita lihat disini siapakah yang main kotor. budak gemok atau budak kurus.

Anonymous said...

Kalau negara lain sesuatu parti itu paling lama ia memerintah 2 penggal @ 3 penggal je. Tapi di malaysia UMNO memerintah berpenggal-penggal macam malaysia ni milik keluarga mereka.

Wee Phak Yew said...

Aisey Dato YB,
Itu babi kepala jangan bising2 la,Islam ada cakap itu babi haram tapi boleh cuci maa...So cuci la,abis cerita.Islam cakap orang melayu jangan makan itu babi kan? tapi gua tengok orang melayu minum beer,main judi,main perempuan..ayaa,itu tak haram ka YB? Itu makan duit,kasi tipu orang,mulutjahat-itu semua tarak haram ka YB? Ayaa,jangan bising2 maa,sekarang business banyak kurang,wang tadak!!Kasi la projek banyak2,YB kurang cakap2 la!!

mohd ali ismail said...

YB, Angkara kepala babi dalam pelastik dan di leparkan ke mesjid tu saya fikir buatan sengaja dibuat oleh pihak tertentu untuk pecah belahkan rakyat yang semakin jijik dengan pollitik semasa.Tapi rakyat dah tahu fitnah ini jadi kejadian seumpama ini sungguhpun dikumbar kemburkan media rakyat tidak latah malahal makin bencikan media yang cuba melaga kan kaum sejagat.Selagi ada orang politik yang tamak dan mementingkan diri sendiri keadaan negeri kita tak munkin tenteram tetapi akan terus mundur dan lemah dalam semua bidang.

hilbert said...

Salam 1Malaysia Datuk,

Saya nak tau pendapat Datuk pasal langkah tidak teguh yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS berhubung dengan kerjasama dengan UMNO.

Dulu semasa isu 'kerajaan perpaduan' sibuk diperkatakan, PAS termasuk Datuk Nik Aziz telah menyatakan bahawa pintu rundingan dengan UMNO telah ditutup serapat-rapatnya baik untuk membincangkan perkara apa jua, dan maknanya tidak ada jalan untuk bekerjasama dengan UMNO lagi selepas itu.

Tetapi baru-baru ini tetiba saja Datuk Nik Aziz pelan-pelan buka balik pintu untuk UMNO... apa kes ini Datuk, boleh jelaskan??????

Anonymous said...

Menurut laporan akhbar semalam, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, mendakwa keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan jawatan Menteri Besar Perak kepada Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kelmarin, akan menyebabkan demokrasi di negara ini diikat jauh lebih kusut yang menjurus kepada satu suasana akan datang yang dikenali sebagai monarki mutlak.

“Maknanya kita tidak payah (mengadakan) pilihan raya dan kita tidak payah ada Parlimen kerana monarki boleh menetapkan siapa jadi pemimpin sesebuah negeri atau negara.” Demikian beliau dipetik sebagai berkata.

Walau pun saya bukan rakyat negeri Perak, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian, saya berasa amat terkejut dengan kenyataan sebegini yang dengan jelas memperlihatkan apa sebenarnya yang tersirat di dalam agenda perjuangan politik pembangkang.

Mohamad Nizar telah membuat tafsiran terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan itu dalam konteks politik pembangkang secara melulu. Dengan jelas, sama ada disedari atau tidak, kenyataan beliau telah meremeh dan menghina institusi Raja, institusi kehakiman dan Perlembagaan Negara.

Sementara itu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pula menyeru rakyat supaya menolak keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Beliau berkata, tidak salah bagi rakyat menolak keputusan tersebut kerana sebelum ini ada pihak telah menunjukkan contoh serta budaya baru ekoran keputusan mahkamah berhubung isu penggunaan kalimah Allah baru-baru ini.

Kenyataan Nik Aziz bertentangan sekali dengan kenyataan Pesuruhjaya Pas negeri Kedah yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang meminta semua pihak menerima dengan hati terbuka keputusan itu.

Beliau meminta para penyokong pakatan pembangkang, khususnya di Perak, tidak harus mempertikaikan keputusan mahkamah dan menerimanya daripada aspek undang-undang yang disifatkan sebagai satu keputusan yang adil.

Sikap Mohamad Nizar dan Nik Aziz dalam menangani isu tersebut dengan jelas memperlihatkan betapa cara berpolitik pakatan pembangkang sudah semakin bertambah celaru. Mereka tidak menyedari hikmah Allah di sebalik kejadian tersebut yang perlu direnungkan secara waras dan harus menerima qada dan qadar Allah.

Keadilan bagaimana yang mereka tuntut? Jika perkara yang mereka bawa ke mahkamah tidak menyebelahi mereka, ia dikatakan tidak adil.

Dalam menghadapi kemelut politik hari ini seluruh rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu yang ingin melihat suasana hidup yang harmoni, aman dan damai, perlulah mempunyai cara berfikir yang rasional, waras dan matang.

Jangan mudah terpengaruh dengan dakyah yang boleh menjadikan hidup rakyat porak peranda. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah melindungi negara serta seluruh rakyat daripada ditimpa segala mala petaka.

Anonymous said...

Pakatan Rakyat suka melaga-lagakan masyarakat untuk kepentingan politik, bersepah-sepah macam sampah blog-blog pro-Pakatan Rakyat memainkan isu-isu sensitif sambil menghentam kerajaan meskipun mereka sendiri tak tahu samada kerajaan yang buat atau tidak. Malahan sikap blog-blog pro-Pakatan Rakyat yang suka berpolitik 24 jam sehari semalam amat teruk sekali, inikah sikap politik kelas satu, ini politik kelas tepi jalan saja, kerajaan pusat sibuk dengan agenda pembangunan negara dan rakyat, tapi Pakatan Rakyat pula sibuk dengan politik hingga mengabaikan kepentingan negara dan rakyat. Pakatan Rakyat boleh diibaratkan Peralatkann Rakyat dan Pergunakan Rakyat serta Politikkan Rakyat untuk kepentingan politik mereka saja. Malahan sikap PKR yang suka Pecahbelah Keharmonian Rakyat dan PAS yang suka Politikkan Apa Saja dan DAP yang menjadi Dalang Atur Protes/Permasalahan adalah sikap yang tidak bertanggungjawab. Pihak Pakatan Rakyat patut malu dengan kelakuan mereka sendiri yang teruk ini sebelum menghentam kerajaan pusat yang jauh berkualiti dari Pakatan Rakyat yang mengamalkan politik tepi jalan tanpa reti membangunkan negara, hobi Pakatan Rakyat adala politik saja, semua benda mereka politikkan sampai khabar angin pun boleh jadi isu besar bila dipolitikkan oleh kelentong Pakatan Rakyat. Berubahlah, patutnya dalam gelanggang politik adalah untuk memajukan dan menyejahterakan negara, bukannya menjadi pelingkup dan perosak negara dan rakyat semata-mata dengki dengan kerajaan pusat yang berkualiti. Sekian, terima kasih.