Tuesday, February 9, 2010

Tubuhkan segera Jawatakuasa khas Parlimen pemantauan kebinet hal ehwal keselamatan dan Pertahanan Negara.

1. Dalam mengulas isu kebocoran penjualan rahsia keselamatan negara saya meminta Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi dan kerajaan melihat isu berkenaan secara serius.Isu kebocoran dan penjualan rahsia keselamatan negara kepada kuasa asing serta ketirisan dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan Keselamatan Negara akan tetap berlaku jika sistem pemantauan Parlimen tidak dilaksanakan.

2. "dinegara-negara maju Parlimen digunakan untuk memantau keberkesanan pentadbiran kerajaan.Parlimen menubuhkan Jawatankuasa - Jawatankuasa bagi memantau setiap aspek pentadbiran negara. Apabila pihak Eksekutif mengambil maklum bahawa mereka dipantau, maka secara lansung Eksekutif akan membawa sikap 'always on their toes'.Eksekutif akan senantiasa memastikan bahawa pentabiran mereka siap siaga dan segala rekod,dokumen , minit mesyuarat serta aspek kawalan mereka akan sentiasa terbuka diperiksa oleh Jawatankuasa Pemantauan Parlimen.Malah menteri-menteri mereka sentiasa bersedia dipanggil untuk disoal jawab oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa Parliment tersebut."

3. "Susah untuk berlakunya kecurian enjin jet serta kebocoran rahsia pertahanan dan keselamatan sekiranya Kementerian Pertahanan dipantau oleh Jawatankuasa Khas Parlimen.Ini adalah langkah proaktif yang harus diambil agar persekitaran 'check and balance' sentiasa ujud bagi memastikan penyalahgunaan kuasa serta kelemahan dapat dibendung."

4. Saya mencadangkan agar dilaksanakan Audit(Management Audit) terperinci terhadap sistem pentadbiran dan pengurusan KEMENTAH.Melalui Audit khas ini boleh dikenal pasti dimana kelemahan yang dapat diperbaiki.Biarlah lapuran audit tersebut dibentangkan di Parlimen dan selepas itu ditubuhkan Jawatankuasa Pemantauan kabinet Dalam Hal-Hal Keselamatan Negara dibawah Parlimen Malaysia. Jawankuasa ini ditugaskan untuk memantau Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri kerana kedua-dua kementerian ini melibatkan aspek-aspek keselamatan negara."

5."KDN juga harus dipantau kerana Perdanan Menteri telah meletakkan Pengurangan Kadar Jenayah sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama dalam 'road map' Government Tranformation Programme'.Kalau ada Jawatankuasa Pemantauan Kabinet Dalam Hal-Hal Keselamatan Negara (JPKHKN) sebagai 'pemantau' barulah kita dapat mengukur keberkesanan 'Government Transformation Programme' yang diwar-warkan oleh Najib.Barulah Parlimen dapat berperanan sebagai 'watch dog' kepada Eksekutif. Barulah kita dapat mengukur betapa seriusnya Najib dalam usaha transformasi ini.Kalau tidak ada pemantauan Parliment, maka kerja-kerja Eksekutif dalam mengurangkan kadar jenayah sebagai program Bidang Keberhasilan Utama adalah retorik semata-mata malah dah jadi penyakit syok sendiri'.

6. Cadangan saya mengenai Jawatankuasa Pemantauan Parlimen selaras dengan saranan yang pernah dibuat oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat,YB Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sendiri pernah menyarankan agar ditubuhkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pemantauan Parlimen bagi memantau prestasi setiap kementerian."Timbalan Speaker sendiri yang menyarankan usul ini (seperti yang dilapurkan dalam akhbar TheSUN,11hbJanuari,2010).Ini menunjukkan Timbalan Speaker yang merupakan dari BN sendiri kurang yakin dengan prestasi yang dapat dicapai oleh Kerajaan BN tanpa pengawasan dan pemantauan Parlimen.Mungkin dia sedar bahawa program-program transformasi ini hanyalah sekadar retorik sahaja dan juga rencana syok sendiri.Sebab tu dia cadangkan penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pemantauan Parlimen ini di tubuhkan supaya memberi kepastian agar Menteri-Menteri BN senantiasa 'on their toes'.Saya akan membawa usul Timbalan Speaker ini dalam Persidangan Parlimen yang akan datang",

Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena
8 Feb 2010

5 comments:

Ampatuan Jr said...

Bravo YB!!
Ini satu cetusan idea yg hebat dari YB.Ya,kita kena ada JK Khas Parlimen pantau halehwal keselamatan dan pertahanan negara terutama terhadap perangai ahli2 politik yg tak buat kerja tapi asyik nak buat demo dan mengabiskan masa berceramah memaki hamun orang lain! YB mesti kenal rapat dgn orang2 politik yg saya maksudkan tu.... mereka lah yg sebenarnya ancaman keselamatan dan kesejahteraan negara.

hilbert said...

Salam 1Malaysia Datuk,

Bagus sangat cadangan Datuk ini, diharap kerajaan dapat sekiranya memberi perhatian tentang idea seperti ini demi keselamatan negara.

Sebagai rakyat biasa yang hanya tahu memerhati tindakan orang politik, saya setuju dengan idea Datuk untuk menubuhkan jawatankuasa pemantauan peringkat parlimen. Syabas YB Datuk.

Anonymous said...

Nak harap kerajaan dengar dan terima cadangan ini.... Yb berjalan kaki sampai Mongolia balik semula ke KL tak akan berlaku tapi cuba lah kot nasib baik depa tak faham dan terkejut terus setuju!!!!!!!
Sampai tua la Yb, cara yang berkesan tukar kerajaan tapi awat kat yang PALATAN perentah depa tak buat?!!! Kalot na.........

Anonymous said...

Injin F5E dah jumpa. Ada General TUDM naik pangkat lagi kot.
Dulu injin hilang general TUDM naik pangkat. La ni dah jumpa mesti lagi melompat.
Mana Panglima Angkatan Tentera awat diam..... nak pi cuti kat Dubai kot.
mana pi Panglima Angkatan Tentera.... awat beli jet tanpa injin...wow awat bahlol punya Tentera.......

Anonymous said...

Buat juga sekali Jawatankuasa Khas DUN untuk memantau salahlaku pimpinan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor yang membuli rakyat dan mengacau operasi pihak berkuasa tempatan. Maka siasatlah mengapa dirampas balai raya di Selangor, mengapa dirobohkan pusat kegiatan penduduk di Kota Damansara juga di Selangor, mengapa Pakatan Rakyat Selangor tanpa perikemanusiaan merampas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan meskipun telah dibayar, tapi menteri besar Selangor tak terima kononnya tak boleh bayar bagi pihak orang lain. Maksudnya kalau ada orang sakit sampai nak mati pun tak boleh orang lain tolong bayar wang pembedahan dan biarkan saja orang itu mati meskipun pesakit itu orang susah yang tak mampu bayar kos perubatan.

Selain itu siasat juga mengapa dirobohkan kedai-kedai milik India Muslim dan Melayu di Pulau Pinang, mereka buat jualan makanan dan barang keperluan harian, bukannya buka kedai judi haram, jual arak haram, atau menjalankan operasi kelab malam yang menyediakan GRO untuk tujuan maksiat. Selain itu salahguna kuasa yang berleluasa di Selangor dan Pulau Pinang mesti disiasat kerana pihak berkuasa di negeri-negeri berkenaan diganggu dengan pelbagai cara untuk sekat siasatan pihak berkuasa. Di Kedah dan Kelantan pun sama, kena siasat juga, kononnya Kelantan miskin sebab tak dapat royalti minyak, tapi royalti balak, emas, pelaburan Perbadanan Menteri Besar Kelantan, dan lain-lain cukai pergi mana? Bukannya seringgit dua cukai dan hasil berkenaan, entah-entah beratus juta setahun, jadi mengapa Kelantan masih bermasalah hingga kini, begitu juga dengan Kedah yang kini suram dari aktiviti pembangunan yang mana sebelum ini rancak kerana wawasan Datuk Seri Syed Razak melalui Pelan Tindakan Kedah Maju 2010, sekarang ini entah apa-apa yang berlaku di Kedah. Maka buat sekali Jawatankuasa Pemantau di sana juga.