Monday, February 15, 2010

Berarak Maulud tapi rasuah dan tolak sunnah Nabi

Satu perkara pelik mutakhir ini bila UMNO begitu ghairah pertahan dan perjuangkan perarakan Maulud Nabi di P.Pinang, sehingga media arus perdana pun memberi liputan yang meluas kononnya kerajaan PR P.Pinang membatalkan perarakan dan ini digambar seolah olah kerajaan P.Pinang anti Islam.

Ini lah dia sikap UMNO yang bermatlamat menghalalkan cara. Matlamat UMNO nak kucar kacirkan kerajaan PR dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah. Yang penting bagi umno untuk dapat kembali kuasa. Ini lah perangai orang gila talak.

Bagi saya berarak maulud tak salah tak belarak tidak lah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat keatas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh. Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi. Ini lah dia Umno berarak berselawat kemudian rasuah. selawat lagi sapu duit rakyat.berarak berselawat kemudian salah guna kuasa.

Berarak berselawat SPRM jumpa duit tunai berjuta milik setiausaha politik menteri.Itu baru s/usaha politik belum lagi menterinya.Ini lah nilai perarakan Maulud dan selawat keatas nabi bagi UMNO. Guna agama untuk kepentingan politik.mungkin kerana tahun harimau UMNO mengganas sehingga hari keputraan Nabi pun dijadikan dagangan politik murahan mereka.

Pada hal di Kedah perarakan Maulud dah dibatalkan sejak zaman regim UMNO perentah lagi.
Tak dak pula Tun Abdullah Badawi persoalkan Dato sri Mahazir Khalid bekas MB kedah kenapa dia batalkan perarakkan Maulud.banyak lagi negeri negeri lain dibawah regim umno tak belarak pun.kenapa media arus perdana tak persoalkan.Nampak makin jelas media jadi ketuloi(barua)Umno.

Sekali lagi saya tegaskan kepada umat Islam Perarakkan Maulud tak salah tiada perarakan tak lah berdosa. Yang salah dan berdosa bila tolak sunnah Nabi. Yang salah dan berdosa bila rasuah,salah guna kuasa,adu domba dikalangan rakyat bergaduh,yang salah dan berdosa bila Umno lakukan provokasi supaya umat islam bakar Gereja,surau dan lempar kepala babi kedalam masjid.

Kepada umat Islam dan rakyat Malaysia saya menyeru jauhi lah diri anda dari bahaya UMNO dan BN demi untuk keamanan kestabilan dan kesejahteraan.

Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden Pas
Ahli Parlimen Pokok Sena.
15 feb 2010

12 comments:

Anonymous said...

La YB, UMNO tu memang la kalut, haprak.... kita buang sahaja UMNO tu dalam laut kat Pulau Langkawi!!!!
Biiaq pe kat depa UMNO bongok tu.....

AFRAR YUNUS said...

salam
blog semakin menarik

Anonymous said...

Rasuah memanglah semua orang benci tak kira sapa pun, tapi hal-hal yg berkaitan islam kita sokonglah terutamanya parti islam. Bila 'berpakat' la ni nampak pas dah jadi 'paku longgar'. Sepatutnya parti islamlah kena ke hadapan perjuang halehwal islam bukannya sokong x islam buat kenyataan yg tak betul tentang islam.

Anonymous said...

yb, mula mula batal perarakan maulud, kalau kita dok setuju dgn dia, nanti azan pun tak boleh, dia ni macam harry lee kuan yew, sedarlah yb, kita parti islam, perangai mcm majusi, tengok mcm di perak, org melayu tengok parti pas kita ni mcm pariah, kena main dgn dap.kalau kita tak tegas, lebih baik org sokong umno

Anonymous said...

bodo.. org kapir batalkan maulud pun nak sokong..

Anonymous said...

Awat puak gerombolan ni ngok, bila depa batalkan perakan?
Patut la dah 50 tahun memerentah negara kita masih kebelakang, baca surat pun tak betul...
Wow...UMNO poraaahhhhh!!!

Pas Reform said...

Patutlaa pencacai Pas semuanya bangang belaka.., yang depa ambik jadi pemimpin pun bangang melantun-lantun rupanyaaa..

Kah..kah..kahhh.

Anonymous said...

assalammualaikum
kalau bukan org Islam yang berarak masa maulud nabi sapa lagi.

Kita sendiri yang perjuangkan Islam, org lain tak blh. Memang la berarak tu bukan penentu iman seseorang, tetapi bila kita melakukan sesuatu demi Islam, Allah buka hati, beri petunjuk kepada kita. Dato' pun org Islam..rasanya lebih tau lagi benda cam ni.

Anonymous said...

Mula-mula robohkan kedai Melayu, kemudian, batalkan perarakan maulud, lepas ini apa lagi Lim Guan Eng nak buat? Sokonglahlah PAS dan penyokonnya, sokong sampai bangsa sendiri jadi bangsat di negara sendiri. PAS sekarang adalah singkatan kepada Politikan Apa Saja, demi politik, kepentingan bangsa dan negara boleh diterajang ke sana ke mari, jadi pak turut DAP pun tak apa, janji dapat menang kerusi dan jadi pecacai DAP pun tak apa janji dapat gelaran Y.B. Orang Melayu makin tidak suka pada PAS, PAS sudah entah ke mana terbangnya perjuangan asalnya sampai sanggup jadi pecacai dan pak turut DAP untuk kepentingan politik, lepas ini siap sedialah PAS untuk ditumbangkan di Kedah dan Kelantan. Masa itu barulah terbeliak mata Nik Aziz, Azizan Razak dan Y.B. Mahfuz sendiri melihat tumbangnya PAS kerana salah percaturan, patutnya politik digunakan untuk kepentingan bangsa dan negara, bukannya kerana nak jadi Y.B. sanggup tendang kepentingan bangsa dan negara ke tepi untuk politik. Untuk makluman Y.B. Mahfuz, sokongan rakyat makin kuat pada Barisan Nasional, dengan pelbagai kemelut dalam Pakatan Rakyat, kemudian kelakuan pelik Pakatan Rakyat yang bersifat pelingkup dan pembuli rakyat saja. Selagi pembangkan tak berubah sikap ke arah politik yang berkualiti dan masih bersikap politik tepi jalan macam sekarang, jangan haraplah untuk menumbangkan Barisan Nasional, ini kerana Barisan Nasional sekarang ini terlalu jauh untuk dikejar oleh pembangkang, dengan segala keupayaan dari pelbagai segi, kekuatan Barisan Nasional tidak tergugat. Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Dato', minta maaf cakap. Selama ni saya tak nampak sedikit pun kecerdikan Dato'. Bagaimana Dato' boleh menjawat antara jawatan tertinggi dalam PAS? Dato' terlebih emosi. Seperti tidak berakal.
Cuba Dato' lihat gambar di Blog Dato'. Berlatar belakang kerusi DYMM. Nak jadi DYMM ke? Apa yang saya tahu ramai pemimpin PR suka memuji diri sendiri. Pemimpin yang baik mesti memuji diri sendiri? Apa yang Dato' perkatakan hari ini mesti Dato' bertanggung jawab di akhirat kelak. Jangan lupa cacian Dato' sesama Islam belum tentu mereka maafkan. Tunggulah nanti habuan Dato' di Padang Mahsyar kelak!

Anonymous said...

yb dato, bab rasuah ni kita kena gang kita sama, di perak tu yb nizar kita baru pwrintah 9 bulan sekarang dah boleh beli rumah banglo di sg rokam sgn harga 2.5 juta, mana dpt duit kalau tak rasuah. Ustaz ahmad awang boleh bayar hutang berjuta pakai duit apa kalau tak rasuah balak perak, lwpas ni tak bangkrap dah boleh le bertanding pilihanraya.itu belum masuk suku sakat nik aziz di kwlantan, lagi kuat menyamun.pas sekarang banyak hipokritnya,nama islam tapi perangai macam penyamun.yang kesiannya budak budak amal tu, kerja tengah mati nak harapkan pahala, rupanya dpt bala.

hilbert said...

Salam 1Malaysia YB,

Rasuah tu perbuatan manusia yang harus dibenteras habis-habisan.. biar apa-apapun bentuknya seperti kek, atau pakej menunaikan fardu haji itu kalau mempunyai muslihat tertentu pastilah rasuah juga namanya.

Pasal isu "batal tak batal" perarakkan Maulidur Rasul di Pulau Pinang pada Jumaat 26.2.2010, saya rasa itu adalah langkah awal DAP untuk terus mengawal PAS dari 'membangun bersama Islam" sebab DAP mahu PAS membangun bersama DAP.

...lihatlah sekarang, pasal Maulid Nabi DAP dah tunjuk belang dia kepada PAS, PAS ikut saja malah sokong pulak... Apa? ..inikan yang dikatakan parti yang memperjuangkan Islam???

...lepas ini mungkin DAP akan desak supaya azan diharamkan di Pulau Pinang, lepas tu bulan puasa semua orang boleh makan, lepas tu DAP akan desak tak payah dirikan solat Jumaat, tak payah tunaikan solat 5 waktu...apakah PAS akan turuti jua ?