Friday, January 15, 2010

Rakyat ditinggalkan,Malaysia tanpa PM dan TPM.

Negara sedang menghadapi ancaman pergaduhan kaum dan agama, apa yang membimbangkan rakyat ialah kerajaan seperti hilang kawalan dimana setiap kali jaminan kerajaan (KDN) dan POLIS bahawa keadaan terkawal maka setiap kali itulah juga ada kejadian baru seperti pencerobohan terhadap pejabat peguam majalah herald dan simbahan cat berwarna merah kesebuah gereja di Kota Tinggi berlaku semalam.

Kejadian simbahan cat merah digereja Kota Tinggi dan pencerobohan pejabat peguam majalah herald menunjukkan keadaan negara dalam bahaya, malang sekali bagi rakyat Malaysia apabila kerajaan seperti tiada langkah yang berkesan dan konkrit dalam mengatasi masalah perhubungan antara kaum dan agama,sedangkan selama ini kerajaan sering melaungkan negara2 luar begitu kagum melihat formula Malaysia dalam mengurus rakyat pelbagai kaum dan agama. Ternyata peristiwa mutakhir ini menunjukkan kerajaan tiada suatu formula dan plan induk yang jelas untuk melahirkan masyarakat yang saling hormat menghormati dan saling memahami antara kaum dan agama.

Kerajaan ternyata tidak serius dalam menangani permasalahan ini dan ini dibuktikan apabila PM dan TPM meninggalkan rakyat dan negara dan berada diluar negara diwaktu negara dalam kerisis. Saya tahu pemergian mereka ada lah juga tugas untuk negara. Walaupun saya percaya TPM akan pulang dalam sehari dua ini,tapi bagi saya tidak wajar berlaku sama ada negara dalam keadaan tenang atau tegang kedua2 pemimpin utama tiada dalam negara walaupun satu hari dalam satu masa. Apatah lagi seorang PM bila negara berada dalam keadan tegang kerana isu perkauman dan keagamaan tidak wajar meninggalkan negara. Ini menunjuk tiada penyelarasan dan kesepatan serta ketidak sehaluan antara kedua pemimpin utama.Rakyat didahulukan tidak diterjemahkan dan direalisasikan sebaliknya rakyat ditinggalkan untuk pergaduhan hasil provokasi politik yang dipenuhi dengan kebusukkan politik.

"RAkYAT DIDAHULUKAN VS RAkYAT DITINGGALKAN"
"MALAYSIA TANPA PM DAN TPM"

Dato'Hj.Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena.

11 comments:

Anonymous said...

Begitulh akibatnya jika kepimpinan tidak bersih ha..ha...ha... ambik kau.
semalam aku diperlekehkan oleh orang UMNO hari ini aku ingin ketawa, jangan marah he..he..

hilbert said...

Salam sejahtera YB Datuk Mahfuz,

...dalam hal ini saya sependapat serta setuju dengan pandangan Datuk.

Sepatutnya pihak-pihak yang mengatur lawatan keluar negara antara PM dengan TPM haruslah bijak menyusun jadual agar masa tidak bertembung dan jangan jadi seperti ini macam kapal yang tiada nakhoda.

Lebih kurang seperti sebuah bas yang sedang bergeraklah ini Datuk, pemandu utama dengan pemandu kedua atau gantian tidak ada ditempat duduk pemandu... jadi bagaimana dengan nasib orang yang ada didalam bas tersebut...hmmmmmmm

Jadi siapa yang harus menjawab persoalan ini...?

Binsaad said...

Lawatan PM & TPM sudah disusun sejak awal lagi.Sebelum masaalah ni timbul.Lagi pun nagara dalam keadaan aman damai.Tak Dak masaalah.Orang pokok Sena hidup dalam keadaan aman.Aktiviti harian berjalan macam biasa.Yang dok kalut ni hanya orang yang macam YB.saja. Awat,kalau jadi PM & TPM kena dok tunggu macam orang dok tahan candk ka. Kita ada banyak agensi yang boleh jaga keamanan.PM dok di luaq negarapun macam dok di M'sia la.Apa yg berlaku dia tau lebih awai dari YB.Tak payahla dok kata kat orang.Aku heranla perangai YB n the gang. Kerajaan buat apa pun tak betui. Depa buat apa pun betui.Dalam isu kalimah Allah ni YB dok belah mana. Belah Harun Din ka belah Hadi Awang.YB tak komen apa pun.Sepatutnya jika pas itu parti Islam kena dok di depan.Aku respact YB Zulkifli Nordin & Haron Din.Konsisten dalam membuat keputusan.Perjuangan Pas lani celaru lepas berkawan dengan DAP ni.Parti yang tak mau kat Islam diambik buat kawan.!!!!!

Anonymous said...

Saya harap PM dan TPM terus tinggal di luar negara dan tak perlu balik ke Malaysia.
I don't think Malaysians need them!!! Jadi YB biarkan lah mereka di sana tak payah balik, Malaysia can still function without them and stop making them feel so important!!!!!
Who cares?!!! Bawa saja kat Parlimen tanya mereka berdua apa buat kat luar negara menghabiskan duit rakyat!!!!!

Binsaad said...

PM & TPM kena balik.Ramai rakyat Malaysia memerlukan mereka untuk menjana pembangunan negara.Orang yang tak mau kat PM & TPM tu krn ada kepentingan politik.Kami rakyat marhaen nak kat mereka.

Ampatuan JR said...

Kat TV3 tadi aku nampak bukan jer PM,DPM kat overseas tapi ramai lagi menteri2 termasuk si Zambry tu pun ikut sama! Abis la kita camni,sapa yg nak jaga keselamatan negara yg sedang terancam sekarang? Aku rasa YB.Mahfuz kena ambik tindakan pantas ambik aleh tampok pemerintahan negara kerana negara sekarang takda sapa jaga.Kot2 Rusia ka,Mongolia ka,Poland ka mai attack kita masa ni sapa yg nak jawab? hmmm.....kita juga kan? Jom kita laungkan slogan MAHFUZ IS PM!!!!!!

Anonymous said...

he..he.. habis la.. UMNO kali ni. aku dpt rasa PRU 13 nanti rakyat tak akan bagi belas kesian pada UMNO. masa tulah rakyat nak UMNO tunduk pada rakyat.masa tulah UMNO tau dimana langit.kalu tidak mereka ni senang-senang je nak kastakan maknusia. majoriti orang kampung aku di Selangor dah benci dan meluat pada UMNO, kalau mereka tengok TV jika ada muka pemimpin UMNO lekas-lekas tukar siaran.Aku heran kenapa orang UMNO cakap rosmah tu baik, tapi aku tengok muka dia tu sombong. itu yang aku kata orang UMNO ni sombong kerana muka pemimpin mereka sombong.kita maknusia, mungkin kita boleh tipu didalam namun pada luaran kita tidak boleh tipu, kerana ia namapak nyata.

Anonymous said...

Aku amat sedih, kerana UMNO sekarang lebih curang daripada UMNO 40 tahun dahulu. mereka tidak segan silu memaki hamun rakyat.tetapi malu untuk memperbetulkan kepimpinan sediri. rakyat melihat kepimpinan UMNO seperti kepimpinan pegawai-pegawai tentera, dimana rakyat sebagai anggota bawahan dan UMNO sebagai pegawi atasan, yang melaungkn perkataan 'buat apa yang saya suruh buat dan jangan buat apa yang saya buat'. Apakah sistem pemerintahan kita ingin ditukarkan dari demokrasi kepada autokratik yang dibenci rakyat, yang sekarng ini amat jelas dimana anggota beruniform memainkan banyak peranan yang tidak sepatutnya.iaitu berperang dengan rakyat sendiri bukan berperang dengan musuh negara luar.

Binsaad said...

Hari ini aku baca pendedahan oleh Kickdefella tentang tindakan bodoh kerajaan kelantan. kerana nak jaga air muka MB gara-gara tindak menantunya rakyat kELANTAN kerugiAN!!!!!KerugiAN!!!!! RM 53 juta . Nasib baik la Kerajaan Kelantan. Kalau negeri lain yang di bawah BN tak tau la. YB.Mahfuz nak komen apa.Mungkin akan kata apa boleh buat sudah suratan takdir. Tapi kalau negeri umno mungkin akan kata "kita mendesak SPRM menyiasat perkara ini kerana kita curiga,kemungkinan ada penyelewengan wang rakyat".Itulah ceritanya pemimpin PAS.Aku tak suka pemimpin hipokrik.Berselindung disebalik ketayap n serban.Yang penting hati mau bersih,iman didada mau kuat.Hehehehe.

Teropong tinggi said...

Aku rasa puak-puak ni kalau perentah Malaysia tak tau la.Lebih kurang P.Ramlee jual ubat dalam filem Bujang Lapok.Dia jual habis.
Cuba bayangkan RM 53 juta tu bukan sikit.Kalaulah bagi kat YB Pokok Sena,7 keturunan makan tak habis.Seribu satu macam boleh buat kat Pokok Sena.Pasai tu la,YB kena nasihat Nik Ajis suruh letak jawatan.Takut PRU 13 nanti terbalik kuang.Rakyat dah nampak. Orang bercakap anak menantu tok Guru pakai kereta besa,rumah besa.Rumah anak 500 ribu,kereta anak 240 ribu.Rumah pak kecek,kereta pak buruk.Berlakon!!!!

Qaseh Bonda said...

Bila lagi nak jalan2 cari makan...
Bawa peneman yang pakat2 tak laku dimata rakyat...pakat jadi pecacai boleh la..

Ada depa kesah tentang rakyat yang sedang gelisah...gula tak dak...macam2 tak dak...

Sampai dok ibadat pun nak tunjuk kat rakyat...apa punya manusia.

Yang lawak tu...ramai2 punya orang jantan...ada sorang betina dok jalan sama2 nak rebut pahala...

Minta ampun kat Allah banyak2..Qaseh bonda pun benci tak terkata...adakala kita kena juga tunjuk kebencian bagi nak letak rasa cinta pada Ilahi ditempat yang pling tinggi.