DS Najib telah melancarkan program UMNO juara rakyat. Program ini adalah merupakan usaha umno yang terdesak untuk mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat pada umno. Seperti kata Najib, umno dah insaf atas segala kesilapan masa lalu selepas keputusan pru12 2008.
Yang menghairankan saya, kenapa mesti umno juara rakyat. Bukankah umno bersama BN memerintah Malaysia. Tidakkah umno sedar yang mereka ditolak oleh rakyat ialah kerajaan BN. Nampaknya umno hanya nak rakyat melihat umno saja yang juara rakyat dan bukannya bn, atau umno memang sedar faktor penolakan rakyat terhadap BN adalah kerana umno yang sudah dilihat terlalu jijik oleh rakyat. Mungkin ini lah jawapannya sehingga umno terpaksa bertungkus lumus untuk menampakkan yang umno lah juara rakyat.
Saya tidak kisah kalau umno nak ajak rakyat mengatakan dia juara rakyat, itu hak dia sebagai parti politik. Memang semua parti politik berusaha untuk mendapat sokongan dan dokongan rakyat. Persoalannya ialah kalau umno nak mengaku yang dia juara rakyat,adakah program dan projek yang dia buat dalam kempen umno juara rakyat menggunakan wang,tenaga,kepakaran dan lainnya dari umno sendiri. Najib umum peruntukan rm15.6 juta untuk baiki bumbung pangsapuri sentosa, ada kah ini duit dari tabung umno atau duit negara yang merupakan duit rakyat. Kenapakah projek ini diletakkan pemantauannya dibawah icu Jabatan Perdana Menteri (JPM). Adakah gaji pegawai2 ICU untuk projek ini dibayar oleh umno. Begitu juga dengan program dan projek2 lain apakah dia tidak membabitkan wang negara dan jentera kerajaan.
UMNO kena jelaskan pada rakyat bahawa semua projek dan program yang umno buat dalam siri kempen umno juara rakyat adalah menggunakan wang,kepakaran dan jentera umno sendiri. Baru lah boleh umno dabik dada kata dia juara raayat.kalau tidak dia hanya jadi juara menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan politik umno yang kian pudar dan mulai pupus.
Dato'Hj.Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena
11 comments:
Hehehee...salam sejahtera YB Datuk Mahfuz,
Datuk janganlah irihati terhadap UMNO setelah melihat rakyat dari berbagai lapisan kembali menyokong UMNO.
Contohnya saya sendiri Datuk, saya bukan orang UMNO tetapi saya melihat UMNO dari sudut meyakinkan dan saya rasa UMNO akan tetap sama dengan UMNO yang dulu tetap membela rakyat tanpa mengira mereka dari parti mana.
Dulu juga saya melihat PAS parti yang harus diberi perhatian walaupun ianya sebuah parti yang ketika itu bertunjangkan Islam sebagai dasar perjuangannya namun pendirian PAS pada masa ini sudah jauh berpusing "U" setelah saya dapat tahu yang PAS sanggup mengenepikan dasar yang terdahulu demi untuk berkerjasama dengan DAP sebuah parti yang punya pertalian sejarah dengan PAP di Singapura.
Jika PAS mahu dilihat oleh rakyat sebagai sebuah parti yang dapat menjuarai rakyat maka eloklah PAS juga mengikut jejak langkah UMNO yang sentiasa mendampingi rakyat tanpa mengira latar belakang mereka. Hindar dari mengamalkan politik yang selalu suka mencari kesilapan parti lain tanpa berusaha untuk memperbaiki kelemahan parti sendiri. Beranilah mengakui kesilapan mana yang pernah terlanjur...
harap PAS akan kembali kepada perjuangan asalnya... usaha tangga kejayaan...
Salam Datuk,
Kawan setuju sangat dengan komen Hilbert tu.......... sebenarnya UMNO sejak belum merdeka telah menjadi juara rakyat..... tapi entah mengapa terlalu ramai yang buta....
Surat Terbuka Untuk TGNA
Firman Allah bermaksud “ Dijadikan kepada manusia perhiasan,,cintakan nafsu syahwat daripada perempuan2 dan anak-anak….hingga akhir ayat “
Bersyukur ke Hadrat Allah swt kerana Rakyat Kelantan dikurniakan seorang Pemimpin yang beriman sebagai Mursyidul Am dan Menteri Besar untuk memimpin kami ke jalan yang diredhai dunia dan akhirat.
Alhamdulillah berkat usaha dakwah TGNA selama ini kami yakin bahawa Islam itu selayaknya memerintah Dunia agar kita semua tidak alpa dalam kesesatan.
Sebagai manusia sudah tentunya kita tidak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan.Justeru TGNA mengajar kami agar sentiasa bermuhasabah dengan apa yang kita lakukan setiap hari supaya rahmat Allah sentiasa melingkungi kehidupan kita seharian.
TGNA yang dirahmati Allah,
TGNA mengajar kita tentang beberapa kisah zaman Nabi terdahulu untuk renungan bersama agar kita dapat mengambil pengajaran yang baik sebagai bekal ke akhirat.Jauhilah apa yang telah diuji terhadap Syeikh Barshisha dan Syeikh Bal Am yang tewas dengan pujuk rayu syaitan laknatullah.
Kerana kasih sayang berlebihan terhadap anak isteri menyebabkan syaitan punyai ruang untuk menyesatkan hamba Allah yang tidak tertanding amalannya seperti kedua-dua Syeikh di atas.
Saya mohon maaf dunia akhirat andainya tutur kata ini mengguris hati TGNA.Biar apapun anggapan TGNA terhadap saya,sebagai rakyat kecil saya rasa terpanggil untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati rakyat Kelantan.Biarpun begitu saya prinsip wala’ kepada pemimpin tetap menjadi pegangan saya.
Andai Sayyidina Ali menerima teguran seorang kanak-kanak,apa salahnya saya sebagai rakyat Kelantan menegur untuk kebaikan.”BERILAH PERINGATAN,SESUNGGUHNYA PERINGATAN ITU MEMBERI MENAFAAT KEPADA ORANG YANG BERIMAN”
TGNA yang dikasihi Allah,
Merenung sejenak saat-saat manis PAS Berjaya memerintah Negeri Kelantan pada tahun 1990,sungguh manis kejayaan yang dicapai pejuang agama setelah berjuang penuh onak duri.Bersama kemenangan kita semua menerima ujian pertama pada tahun 1993 iaitu berkenaan pampasan Empangan Pergau.
Setelah beberapa kali rundingan,Kerajaan Pusat masih mendera PAS Kelantan,pelbagai alas n untuk melengah-lengahkan pembayaran,nilai yang semakin mengecil dll.
TGNA menyeru rakyat Kelantan untuk solat hajat beramai-ramai di Kem Kijang PCB.Kami membulatkan hati menyokong usaha itu dan ribuan rakyat Kelantan bermunajat memohon pertolongan Allah…
Alhamdulillah Kerajaan Pusat segera membayar lebih dari yang diminta oleh TGNA.Bila rakyat dizalimi,Percayalah “PERTOLONGAN DARI ALLAH ITU DEKAT DAN BERGEMBIRALAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN “
bersambung di cilipadi007.blogspot
Nampaknya ramai sangat pencacai UMNO yang masih buta apa itu penyalahgunaan wang rakyat. Tahukah anda UMNO itu adalah sebuah parti politik yang sama tarafnya disisi perlembagaan dengan parti lain; PAS, DAP, PKR dan lain-lainnya?
Sebagai sebuah parti politik anda terikat kepada etika kepartian itu sendiri. Anda tidak boleh menggunakan wang kerajaan, iaitu khazanah hakmilik rakyat seluruhnya yang terdiri dari penyokong pelbagai parti dan kaum keturunan untuk membiayai parti anda! kalau itu boleh dilakukan bermakna parti-parti lain juga berhak!
Tetapi mereka, penyokong UMNO yang sombong ini tidak sedar dan tidak tahu langsung membezakan mana dia hasil kerajaan dan mana dia harta parti. Sebab itulah kita lihat RTM milik rakyat Malaysia, yang kos penyenggaraan termasuk gaji kakitangannya dibiayai rakyat, digunakan UMNO sewenang-wenangnya untuk menaikkan imej parti itu dan memburuk-burukkan parti lain. Mereka menggunakan semua harta bagai harta parti UMNO, bagai harta mak bapak mereka!
Pancacai UMNO sekalian yang berselindung disebalik "saya bukan penyokong UMNO"...sedarlah.
Kami rakyat generasi baru tidak akan mudah diperbodohkan oleh kamu. Kami juga ada otak seperti kamu, boleh berfikir. Kami tahu mencari maklumat dan kami dapat bezakan apa yang pemimpin negara ini buat dan apa yang negara jiran buat. Kami dapat bezakan mana dia intan mana dia kaca.
Yang bobrok tetap bobrok betapapun kamu juga menutupnya dengan program-program yang kononnya mesra rakyat.
Kalau dilihat pada pengisian progam UMNO Juara Rakyat, program berkenaan banyak memberikan faedah, program itu berjalan dengan aman damai dan memberikan peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil dan bumiputera mengembangkan perniagaan mereka melalui pameran-pameran. Selain itu rakyat juga mendapat maklumat yang sepatutnya berkenaan keadaan semasa negara. Malahan para pemimpin UMNO dan parti komponen Barisan Nasional yang lain ke sana untuk menyelesaikan masalah rakyat, bukan nak mengapi-ngapikan atau memecah belahkan masyarakat, banyak masalah yang telah diselesaikan dan masalah-masalah lain juga telah diambil maklum dan akan diatasi. Berkenaan dana RM 2 juta berkenaan, ia adalah milik UMNO, apahal pula nak politikkan benda ini? Ini bukannya diambil dari perbendaharaan negara. Ia adalah sumbangan dari yuran dan sumbangan ahli-ahli UMNO serta keuntungan perniagaan yang dimiliki oleh UMNO, jadi kalau Pakatan Rakyat nak pertikaikan hal ini adalah tidak patut sama sekali.
Pakatan Rakyat patut menilai program mereka dengan program yang dianjurkan oleh Barisan Nasional, program-program anjuran Barisan Nasional banyak memberikan faedah pada rakyat dan mengalakkan perpaduan dan bersifat pembangunan. Tetapi lihatlah program-program Pakatan Rakyat, apakah pengisiannya? Banyak kelakuan Pakatan Rakyat merosakkan perpaduan dan pembangunan, lihatlah program ceramah Pakatan Rakyat, banyak mengapi-apikan rakyat supaya membenci kerajaan dan Barisan Nasional, begitu program demontrasi jalanan yang menyusahkan rakyat dan menyekat peniaga-peniaga kecil mencari rezeki pada hari berkenaan. Kalau nak tuduh RM 2 juta itu membazir bagi pelaksanaan program UMNO Juara Rakyat, ia adalah amat keterlaluan jika dibandingkan dengan perbelajaan untuk mengawal dan mententeramkan demontrasi jalanan oleh pihak Pakatan Rakyat, bukan setakat RM 2 juta, berjuta-juta terpaksa dibelanjakan untuk menangani masalah berkenaan. Kos elaun pihak keselamatan yang bekerja lebih masa, kos baik pulih kenderaan pihak berkuasa yang dirosakkan oleh pendemontrasi berkenaan, kos membeli peralatan untuk tujuan menangani demontrasi berkenaan. Lihatlah siapa yang melingkupkan duit negara sebenarnya? Pakatan Rakyat perlu berubah dan menjadi lebih matang dalam berpolitik, barulah disegani oleh rakyat, kalau berperangai kebudak-budakan seperti sekarang, siapa nak yakin dengan kemampuan anda semua? Perbaiki dulu pentadbiran di negeri-negeri tadbiran anda, belajar dulu cara mentadbir, barulah boleh bersaing dengan Barisan Nasional. Buat masa ini Pakatan Rakyat bukan saingan Barisan Nasional lagi, malahan ketika ini kewibawaan Barisan Nasional adalah terbukti dan tidak dapat ditandingi oleh pihak Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat harus sedar, populariti adalah tidak berguna kalau tiada kemampuan untuk melaksanakan, jangan berkelauan bodoh sombong lagi, Barisan Nasional sentiasa mengorak langkah dan makin jauh meninggalkan Pakatan Rakyat. Kalau masih tiada usaha dari Pakatan Rakyat untuk memperbaiki diri dan mengejar kewibawaan Barisan Nasional, maka mungkin sampai bila-bila pun Pakatan Rakyat tidak akan berjaya dan Barisan Nasional akan tetap menjadi pemerintah di Malaysia sampai ke hari Kiamat nanti. Sejarah telah menunjukkan Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif yang hanya bersandarkan populariti tetapi tiada keupayaan untuk melaksanakan apa yang sepatutnya telah berkubur, rakyat mahukan pelaksanaan, bukannya janji yang mudah ditabur tetapi tidak dilaksanakan seperti yang dibuat oleh Pakatan Rakyat semasa pilihanraya lepas. Semoga menjadi pihak pembangkang yang berwibawa dan bukannya menjadi pihak pembangkang yang diketawakan sahaja. Sekian, terima kasih.
Itu adalah tugasan yang murni, memberikan penerangan yang benar pada rakyat, bukannya memutar belitkan fakta dan memfitnah sesuka hati hingga mengundang dosa pada diri sendiri dan pendengar yang tak reti menilai. Semoga rakyat akan mendapat kebenaran yang selama ini diputar belitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab hingga negara kita menjadi huru hara dan tidak stabil hingga kemajuan dan pembangunan terjejas. Semoga negara kita akan lebih maju dibawah tadbiran kerajaan yang berwibawa dan terbukti dari dulu hingga kini, Barisan Nasional yang berusaha. Sekian, terima kasih.
Salam YB Datuk Mahfuz,
Kurang cerdik betul la YB ni, nama saja YB tapi kurang akalnya..PAS nak tolong selesaikan masalah mereka ke? Dah bertahun masalah mereka tak selesai, apabila kerajaan keluar peruntukan untuk memperbaiki rumah mereka, tak perlulah YB nak komplen lebih-lebih. Diorang bagi kita ambik.. apa masalahnya.Bukan duit Yb pun keluar... duit rakyat untuk rakyat..
YB, Salam sejahtera,
BN dan UMNO tu menguasai kerajaan persekutuan, jd dia ada bajet untuk buat program mcm tu. Caranya menghalalkan proses pengeluaran peruntukan n buat program tu.
Mahfuz oh Mahfuz, apa lah bodah dan bahlol sangat kamu ni..puih!
Memangpun, kami orang Pokok Sena dah kenai sapa Mahfuz. Kami taulah dia tu kaki pengumpat. Tak payah dok nak selindung.
Kesian aku tengok kau maffuz.Kenapa buta hati sangat ko nie?.
Buat kerja utk rakyat dan berbakti utk rakyat.
Bkn mcm PR cakap berderau-derau tp sume hampeh.
Post a Comment