Pengumuman yang dibuat oleh jawatankuasa kira kira kewangan awam(PAC) dalam kes kehilangan enjin Jet F5E tidak mengejutkan. Untuk mengenal pasti keterlibatan pihak atasan kanan TUDM dalam kehilangan enjin Jet mestilah melalui penyiasatan yang rapi. Kalau sekadar mengharap maklumat dari pegawai kementerian dan TUDM maka sudah pasti sukar untuk ditemui.
Sudah tentu ada maklumat yang digelapkan dari pengetahuan jawatankuasa kira kira kewangan awam(PAC). Sudah tentu perkiraan kerajaan kalau kalau didedah adanya keterlibatan pegawai atasan dan kepentingan politik yang terlibat ini akan menjejaskan imej kerajaan.Bagi saya ini adalah pemikiran sempit pemimpin UMNO/BN. Sepatutmya mereka perlu berfikir bahawa jika mereka dilihat telus dan berani membiar suatu siasatan yang bebas melalui suruhanjayadiraja hingga membawa kepada terbongkarnya mereka yang menyalahgunakan kuasa,sudah tentu kerajaan dan negara akan lebih dihormat dan rakyat tidak mahu kehilangan pemimpin dan kerajaan yang bersih, bebas dari amalan rasuah,adil dan berintegeriti.Tidak sama kuasa yang ada pada PAC dengan kuasa yang ada pada sebuah suruhanjaya DiRaja.
Persoalannya siapa pegawai atasan TUDM yang bertanggungjawab terhadap dua Jet yang enjinnya hilang.kedua siapa pegawai atasan yang bertanggungjawab dalam penyelenggaraan enjin Jet tersebut dan siapakah Pegawai pemerentah kem TUDM dimana tempat enjin Jet tersebut hilang.Takkan sarjan dengan prebet bersendirian mengendali dan menyelengara Jet tersebut.Adakah sarjan dan prebet yang jadi pegawai pemerentah kem TUDM.
Sebab itu saya pertegaskan hanya satu penyiasatan yang mempunyai kuasa penyiasatan yang menyeluruh sahaja yang dapat membongkar penglibatan pihak atasan tersamasuk kuasa politik yang terlibat dalam kehilangan enji Jet F5E.
Hanya orang yang bersalah saja yang tak nak suruhanjayadiRaja,kerana mereka takut terbongkarnya jenayah penyelewengan dan penyalahgunaankuasa mereka.
" SELAMATKAN MALAYSIA"
Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena.
27 Jan 2010
1340 pm
2 comments:
Siasatan yang dilakukan oleh PAC tu teramat le mencurigakan. Menyiasat serupa menyiasat hilang nya permata yang hilang atau hany sebutir sekeruuuuuuuuuu je. Pada saya memang amat mustahil kehilangan tersebut tidak melibatkan Pegawai Atasan. Kalau nak tau pegawai terlibat atau tidak, senang saja, satu cara je, kita boleh semak melalui Lembaga Semak Stok Tahunan yang biasa dilakukan oleh setiap pasukan tentera, semak siapa kah Pegawai sebagai YDP dan ahli-ahli lembaga semak setok yang dilantik untuk melaksanakan Lembaga Semak Stok tahunan bagi 2007. Dengan cara ini saja kita boleh tau siapa kah pegawai yang terlibat. Semak stok tu Jeneral pun tengok. Biasanya Lembaga semak dilaksanakan mengikut penggal dan tahunan. sekurang-kurangnya semak setok akan dilaksanakana setahun sekali bagi mengaudit segala macam aset yang di dalam pegangan tentera. Mustahil, bagi tahu Abang Azmi Khalid kita tu, nak siasat biar le betul-betul punya siasat. Bukan siasat macam gula-gula hacks hilang sebiji dari dalam poket seluar. Buat orang gelak je. Orang kampung mungkin tak tau apa satu, tetap bekas tentera macam saya ini, semua helah yang askar buat baik pegawai ke baik LLP ke semua dalam poket seluar. Saya amat lucu bila abang Azmi khalid kata pegawai atasan tak terlibat. Jangan le dok melindungi pegawai-pegawai tentera yang tidak bertanggungjawab, dedahkan apa saja yang diorang buat.
salam yb,
kes kepala babi dilempar di masjid pada pandangan saya bertujuan utk:
1. mewujudkan rasa marah antara sesama kaum di malaysia
2. nak menunjukkan bahawa orang bukan Islam juga 'berniat jahat' terhadap Islam - dengan kata lain, sama-sama jahat.
Post a Comment