Saturday, January 9, 2010

Umno gelabah bila dibicara dimahkamah rakyat

Saya terkejut degan kenyataan YAb PM yg berkaitann isu pengeboman dan pembakaran gereja yangg bertajuk 'JANGAN MENUDING JARI PADA UMNO' seperti yang disiarkan oleh kebanyakan akhbar hari ini.

Saya menyifatkan kenyataan tersebut menggambarkan betapa PM menyedari bahawa umno/bn sedang dibicarakan oleh mahkamah rakyat dan meletakkan parti dan pimpinan umno dikandang orang salah. Perbicaraan dimahkamah rakyat menggambarkan umno sudah tidak mendapat kepercayaan rakyat lagi.

Kepada PM ingin saya nyatakan bahawa rakyat menuding jari pada umno dan pemimpinnya adalah berasaskan perangai pemimpin umno yang rasis. PM Najib mungkin mudah lupa pepatah melayu yg berbunyi 'siapa yg menanam dialah yg menuai hasilnya'. Kini umno sedang menerima akibatnya.

Najib perlu imbas kembali pada peristiwa 22 tahun lalu yang melibatkan beliau sendiri sehingga mencetuskan ketegangan kaum dan membawa kepada penyalahgunaan ISA (ops lalang) keatas pemimpin pembangkang dan ngo yang dimangsakan oleh politik jahat umno, peristiwa mencium keris oleh bekas ketua pemuda umno(DS Hishammudin) dgn sentimen perkauman,peristiwa serangan induvidu pemuda umno keatas Yb.Karpal Singh diparlimen, peristiwa memijak kepala lembu dan yang terbaru provokasi isu penggunaan kalimah Allah untuk majalah Herald dimana kenyataan PM dan DS Hishammudin seolah olah menggalakkan tindakan tersebut.

Saya merujuk kepada kenyataan dari peristiwa ini dan mempertikaikan keikhlasan umno dalam menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah.

Umno ingat dia boleh menggunakan isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian untuk tujuan politik murahan, tetapi jelas senjata makan tuan,rakyat tidak lagi mempercayaai umno. Inilah petanda umno/bn telah kehabisan dan kehilangan hak untuk memerentah negara.

Saya mengajak rakyat berbilang kaum dan agama untuk bersama sama dengan PAS khususnya dan PR amnya berjuang untuk memuziumkan umno/bn dalam PRU ke 13 nanti. Kepada parti parti kompenan BN saya mengajak mereka menyingkir umno dari bn atau mereka meninggalkan bn untuk bersama PR membawa wajah baru politik Malaysia.


Dato'Haji Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena

8 comments:

Anonymous said...

awatla bodo dan mangkak YB aku sorang ni..
mahkamah rakyat mana plak dahhh...bukan mahkamah rakyat tapi mahkamah Paktan Rakyat yg dok tuduh umno tu...ish.ish

hilbert said...

Salam 1Malysia YB Datuk Mahfuz Omar,

Datuk telah menulis salah mengenai perkara ini. Sepatutnya sebagai pemimpin YB Datuk tidak perlu menuding atau menuduh sesiapa saja berkenaan dengan kejadian membakar 3 Gereja di Lembah Klang baru-baru ini.

Sebagai seorang yang bergelar Yang Berhormat, maka sebaiknya YB Datuk lebih bersikap bertanggungjawab dalam soal-soal yang melibatkan soal keselamatan negara, jangan menambah lagi keadaan yang sedia ada menjadi lebih parah lagi.

YB Datuk, saya adalah seorang beragama Kristian RC, jadi saya tidak mahu melihat perkara pertembungan atau pergeseran antara agama baik antara Kristian dengan Islam atau antara agama yang lain-lainnya dimulakan oleh golongan pemimpin macam YB Datuk tetapi golongan seperti YB Datuk lah yang sepatutnya mencari jalan untuk menamatkan apa jua masalah yang timbul.

Bagi saya, PM YAB Datuk Seri Najib mempertahankan UMNO dari terus menjadi bahan tuduhan pihak tertentu kerana itu adalah parti beliau apatah lagi beliau adalah Presiden UMNO dan begitu juga seandainya ada pihak lain yang menuduh PAS sebagi bertanggungjawab terhadap pengeboman Gereja itu, maka wajiblah untuk pemimpin-pemimpin PAS mempertahankannya dan pihak lain tidak menentukan yang PAS lah puncanya. YB Datuk harus bersikap terbuka dalam soal ini dan jangan asyik untuk memperpolitikkan semua perkara yang terjadi. Terima Kasih ...

Anonymous said...

Memang begitulah yang terjadi..siapa yang makan lada, dia yang terasa pedas!

Pokoknya siapakah yang mempertikaikan keputusan mahkamah itu? Siapa yang merayu penangguhan? Akhbar siapa yang menapi-apikan sentimen perkauman?

Apabila berlaku insiden yang dijolok berani bertindak sampai ke tahap membakar gereja baru nak mengendor..kami tak buat..bukan kami. memanglah kamu tak bakar wahai najib oii..tapi kamu yang mengapi-apikan..

Bukan kita tidak tahu agenda mereka. Kenapa keempat-empat gereja yang dibakar itu berlaku di Selangor, tidak di negeri lain, tidak di Pulau Pinang misalnya, atau di Melaka, atau di Perak?

Sebabnya kekacauan sengaja dicetuskan atas arahan pihak tertentu yang dilindungi. Mereka berani sebab mereka telah diberikan lampu hijau. Melihat peristiwa ini mengingatkan apa yang berlaku di Kelantan tahun 1977 dahulu.

Silakan pembaca belek semula suratkhabar lama dan baca!

Atau lebih mudah baca kat sini,
http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=29485:kelantan-1977-revisited-to-understand-selangor-2010&catid=22:the-corridors-of-power&Itemid=100085

cekodokmasin said...

Salam Dato,
Menuduh orang lain tanpa bukti merupakan satu fitnah. Bukankah itu yang YB dan seluruh anggota PAS laung dan perjuangkan bahawa setiap tuduhan mesti dengan bukti? Ada bukti, sila buat lapuran polis. Rakyat malaysia tertunggu-tunggu juga. Orang UMNO pun boleh menuduh angkara PAS dalam hal ini. Jika inilah yang diamalkan oleh YB, maka tersasar jauhlah apa yang diucapkan dengan apa yang digembar-gemburkan oleh PAS selama ini.

Anonymous said...

YB, org dah mula muak dgn cara pakatan rakyat berpolitik.

Fairosza said...

'JANGAN MENUDING JARI PADA UMNO'
statement ni bkn ditujukan pd rakyat tp pada pembangkang terutamanya PAS yg tak habis2 serang UMNO. Tak percaya, bukak harakah. Artikel pelik2 lg bodoh.

Cuba kalau saya cakap bom tu orang PAS yg buat sbb nak salahkan UMNO.Camne?lebih kurang tak dgn tuduhan2 PAS tu.

Nampaknya org kafir berjaya pecah belahkan musuhnya.

Anonymous said...

Pada pendapat saya dalam isu (nama Allah) memang UMNO yang bersalah walaupun Najib cuba mempertikaikannya. Walaupun terdapat YB dari PKR yang tidak bersetuju, mereka mengambil keputusan bijak dengan mendiamkan diri.Bagi YB yang bersetuju seperti Dato Nik Aziz, beliau memberi alasan yang munasabah dan mahu ianya dibincangkan dan bukan dipolitikkan. Begitu juga YB2 BN di Sarawak. Berdiam diri lebih baik kerana sebarang tindakan provokasi boleh membawa bencana. Kenapa tidak menteri yang tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah buat rayuan sahaja tanpa buat sebarang provokasi. Untuk pengetahuan semua Isu ini tidak sekalipun menggugat keharmonian kaum Di Sarawak. Malah, terdapat sebilangan masyarakat (Kristian/islam) di sarawak tak ambil peduli pun hal tersebut dan jika adapun desas desus, perkara yang mereka sebut "Teruk Betul Orang kat Sana, dah tak ada kerja lain nak buat"?

Anonymous said...

Salam YB,
Pada pendapat saya, nukilan YB ini adalah satu coretan yang menjengkelkan dan menjijikkan, langsung tidak mencerminkan diri sebagai seorang YB yang berwibawa.Pemikiran yang terlalu singkat dan tidak beretika. Sebagai seorang YB, janganlah terbawa-bawa dengan sikap kebudak-budakan YB dalam meluahkan pendapat.Think before Talk.