Thursday, January 14, 2010

Keamanan dan ketenteraman yg didagang olih politik sempit

Saya begitu tertarik dengan DS Hishammudin dan PDRM yg mereka sudah pun mengenal pasti suspek yg terlibat dlm kejadian pengeboman dan pembakaran gereja.Malah wajah suspek pun sudah dikenali. Bila saya membuat kenyataan mempersoalkan apa yg dinyatakan olih mereka yg sangat meragukan saya dgn penghujahan mudah, kalau dah kenal pasti apa yg susah sangat nak buat tangkapan.mereka membalasnya dgn menyatakan mereka perlu mendapat maklumat yg tepat dan terperinci sebelum membuat sabarang tangkapan.ini kata mereka untuk mengelak ada pehak yang mempersoalakan tindakkan penangkapan.

Tiba tiba hari ini 13 januari dilaporkan seorang telah ditahan polis selepas dia mengaku dalam facebooknya melakukan pembakaran gereja.dia kemudiannya dibebaskan dgn jaminan polis selapas menyatakan dia saja buat pengakuan main2.macam mana pula polis bolih bertindak dan menangkap budak ini tanpa penelitian yang rapi terlebih dahulu,sedangkan suspek yang sudah dikenanl pasti polis belum ditangkap.mana ada orang yang bakar lepas itu dia bagi tahu pada polis saya bakar.Tak masuk akal langsung.Setahu saya mana ada orang nak mengaku kata dia yang bakar. Bawa pertuduhan kemahkamah pun tak ada yang mengaku.Tiba2 polis bolih menangkap sesaorang yg mengaku dalam facebook kata dia yg buat.kemudian polis bebas bila budak tersebut menyatakan dia saja main2.

Ini menunjukkan polis terlalu lemah bolih pula percaya buta bila budak ini buat pengakuan dia yang bakar.Kalau ikut alasan polis yang saya katakan diatas patutnya pi la jumpa budak tersebut dirumah dia tanya dulu baru buat keputusan nak tangkap atau tidak.Ini terus tangkap bawa kebalai polis.Ini yang orang ramai persoalkan kebijaksanaan polis kejap kena siasat dan teliti dulu,kejap terus tangkap.Yang jelas polis bolih dipermain dan di tipu olih sesaorang.kalau budak kolej swasta bolih menipu dan mempermainkan polis,sudah tentu umno lebih dahsyat lagi menipu dan memperalatkan polis untuk kepentingan politik umno yg tersepit.jangan2 kes pembakaran gereja akan jadi macam kes enjin jet hilang. Setahun empat bulan polis ambil masa untuk siasat baru dapt tangkap dan dakwa.Itu pun sarjan dgn prebet cabok saja. Yang atas terlepas,yang lagi atas hilang terbang bersama enjin jet.

Inilah nasib raayat malaysia bila keadilan ketenteraman dan keamanan diperdagangkan olih pedagang2 politik UMNO.nampaknya dah sampai giliran raayat pula untuk jual pedagang politik umno macam yang diajar olih seniman agong P.Ramle (Abd Wahub) yg jual bapak mertua dia sendiri sebelum dia dijual olik bapak mertuanya.kalau lambat bertindak raayat akan dijual dan akan ada orang yg dapat komsen 20 persen.

Dato'Hj.Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena.

8 comments:

Anonymous said...

jabatan kerajaan sekarang ni banyak yang tak betul. mereka sepatutnya dipihak yang neutral. tetapi oleh sebab kejahatan UMNO, mereka berkelakuan tidak neutral dan banyak mengeruhkan keadaan. diharap PRU akan datang kekeruhan ini dapat dijernihkan oleh rakyat. buang mereka yang bersifat tidak telus dan pentingkan jawatan serta kemewahan tanpa memikirkan kesusahan rakyat yang makan pagi kais pagi. salam.

Anonymous said...

Neutral kepala bapak hang...

hilbert said...

Salam IMalaysia YB Datuk Mahfuz,

...aduhai YB Datuk, sudah tahu apa sebab budak facebook tu kena tangkap dengan polis tapi Datuk nak memperlekehkan polis pula...apalah Datuk ni...

Budak facebook tu pun satu, yang dia p gatal mengaku dia yang buat dalam facebook mestilah pihak polis tahan dia mau tanya samada betul ke tidak dia yang buat dan kalau tidak maka kena lepaslah... budak facebook tu yang sorong kepala bukan polis yang saja nak tangkap dia...haiya Datuk kita sendiri kena fikir baik-baiklah benda macam ni...

...kalau hari-hari nak salahkan polis mana boleh juga Datuk, polis ada tugas dan tanggungjawab mereka sendiri selain menjaga keselamatan dan ketenteraman awam samalah macam ibubapa juga yang punya tanggungjawab berat menjaga anak-anaknya supaya boleh menjadi orang berguna kepada masyarakat dan negara, tetapi kalau anak-anak tu pulak buat hal hingga buat ibubapa malu mana boleh nak salahkan ibubapa dia balik 100%...kan begitu, Datuk...

Polis ada cara mereka sendiri dalam menjalankan tugas mereka Datuk, jadi tak eloklah jika kita sering mempertikai langkah yang sedang mereka ambil tu, lebih-lebih berkaitan dengan isu yang sukar seperti sekarang...kita harus utamakan keamanan dan kesejahteraan negara dalam hal seperti ini, jangan memandang mudah soal keselamatan negara Datuk, walaupun berlainan fahaman politik janganlah pula kita nak ambil mudah soal yang membabitkan kepentingan negara... Sekian, terima kasih Datuk.

Anonymous said...

polis sekrng tak mcm polis dulu, asyk ikut telunjuk umno sebab itulah rakyat selalu persalahkn mereka, bnyk yng tak telus dri yang telus. klu tidak taklah negara ini jadi macm ni, jenyah rasuah orang atsan terlalu banyak.macam negara komunis cakap sikit yang tak sehaluan dengan UMNO mesti kena tngkap.peerh UMNO ckap orang jahat mereka lgi 2 X jahat. fikir lah sikit hilbert hang tak pernah susah macam orang kampung susah.

Anonymous said...

banyk lagi perkra-perkara yang menampakkan pihak berkuasa sekarang tidak mnjalankan tugas dengan telus. dalam UMNO misalnya ramai mereka yang kaki membuli rakyat tapi masih duduk diatas itu yang rakyat terlalu marah. ini negara untuk semua rakyat bukan untuk segelintir maknusia saja. akhir akhir ini kejhatn UMNO jelas terpancr pada rakyat terutama orang melayu, tetapi UMNO masih tidak sedar. lagi banyak UMNO mengkritik pembangkang lagi ramai orang melayu meluat pada UMNO.Apa yang keluar dari mulut UMNO hanya duit, mereka bertuhankan duit semata.UMNO kata pembangkang tamak kuasa, tapi sedarkah UMNO yang rakyat kata UMNO lah sebenarnya yang tamak kuasa. contoh paling baik perak sudahlah. ia akan dikenang sampai kiamat.

Anonymous said...

Kami anak jati selangor memang bencikan UMNO.

Binsaad said...

Hang pa ni banyak sangat buat persepsi buruk kat orang.Polis tau apa kerja dia.YB buatla keja YB.Jangan banyak main politik sangat. Kalau YB jadi polis,apa nak buat dengan Anwar Ibrahim,Guan Eng,Karpal Singh yang tak mau negara Islam tu. Banyak sangat buat hal.Cakap senang la.Tak payah la dok komen kerja buat polis.Balik tengok pokok sena tu.Banyak masalah rakyat yang UMNO kena ambik peduli.Hangpa cakap saja pandai,habuk pun tarak.Poo rah!!!!!

Binsaad said...

Kami anak jati Kedah cukup menyesal bagi Pas perentah Kedah.Baru berapa bulan,macam-macam masaalah rakyat timbul.Tekanan air rendah,nak buat kenduri pun susah.Jalan teruk,Majlis Perbandarn,majlis daerah teruk.Pelabur nak belah.Macam-macam lagi masalah. Nampak gaya kalau dok bagi kat puak-puak yang tak tau perentah ni lagi,alamat nak mamposss kata P Ramlee.Harap dok tadah ketayap waktu ceramah saja macam mana nak jaga kebajikan rakyat.Azizan MB tak tau tu, hanya tau komen orang tak telus.Awat dia telus ka.Berapa banyak peruntukan dia bagi kat YB.BN. Kami anak jati kedah tau beza dah,zaman BN perentah senang.Pas perentah adik sikit dari zaman Jepun !!!!!!!!!!!!!!!!