Monday, January 4, 2010

Pertahan kalimah Allah! Beramal dengan Rasuah!

Saya terkejut bila melihat gelagat politik umno dalam isu kalimah Allah. Persoalan pertama, kenapa Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Naib Presiden UMNO lambat mengemukakan rayuan dalam kes ini ke mahkamah rayuan. Walhal dalam kes politik Perak, Mahkamah Tinggi buat keputusan Dato'Seri Nizar sebagai MB yang sah manakala UMNO dan BN terus buat rayuan dan mahkamah rayuan terus bersidang serta buat keputusan menggantung keputusan mahkamah tinggi.

Ini menunjukan umno ingin mengambil kesempatan atas isu ini untuk meniupkan sentimen mengapikan umat islam untuk bersatu dan melihat UMNO sebagai juara membela dan mempertahankan Islam. Lagig lambat KDN membuat rayuan lagi banyak keuntungan politik pada perkiraan umno.

Kedua, kita melihat media cetak arus perdana yang berada di bawah kawalan KDN yg menterinya DS Hishammudin merangkap Naib Presiden UMNO beserta media eletronik yang berada di bawah kawalan Kementerian Penerangan terus mengambil kesempatan bagi menghangatkan isu ini .

Bagi saya, kalau umno nakkan kalimah Allah hanya untuk kegunaan umat islam saja dia boleh aturkan dari awal kes ini dengan menetapkan hakim bicara yg boleh menyempurnakan hasrat umno. Bukankah Ketua Hakim Negara adalah ahli UMNO yang boleh pastikan hakim yang berjiwa umno utk mengendalikan kes ini.

Tapi semua itu tidak berlaku, kerana umno ada agenda adu domba politik keagamaan untuk kepentingan UMNO dan BN. Saya percaya bila isu ini sudah cukup panas dan dilihat umat Islam sudah merasai UMNO lah juara, maka rayuan akan dibuat serta mahkamah akan bersidang untuk membatalkan keputusan mahkamah tinggi. Umno pun akan mendabik dada dan berkata dia lah yang mampu pertahankan Islam. Kepada pihak gereja, umno/bn akan berhujah ini keputusan mahkamah kita tidak campur tangan.

Cukup licik politik umno dan sedar atau tidak rakyat tidak lagi berbincang isu enjin jet hilang,gula naik harga roti putih naik harga,bajet bocor Rm28 bilion,hadiah rumah pada bekas PM Pak Lah Rm12 juta,kes PKFZ Rm4 bilon,kes Menteri Pengangkutan Dtk Ong tee Kiat mendapat habuan dari Syarikat Kuala Dimensi sebanyak Rm10 juta dan banyak lagi kes korupsi/rasuah pemimpin umno/bn.

Kepada umat Islam khususnya di Malaysia, saya minta bersabar dan bertenang. Saya percaya kerisauan umat Islam ialah mereka bimbang kalimah Allah disalahguna oleh pihak lain bagi tujuan dakyah agama lain(kristian)kepada org Islam. Saya juga percaya inilah yg menghantui umat Islam. Bukan nak halang penganut agama lain mengguna kalimah Allah. Sudah ramai orang bukan Islam seperti ahli parlimen Taiping,Padang Serai, Adun Simpang Pulai dan ramai lagi serta termasuklah pimpinan dan ahli dewan perhimpunan penyokong Pas menggunakan penghujahan dengan membaca ayat suci Al-Quran dan hadith yang ada kalimah Allah. Pembacaan dan penggunaan ayat suci Al-Quran yang mereka lakukan adalah dengan tujuan yang baik dan umat menyambut serta menerima dengan baik.

Jadi apa yang penting jika mahkamah terus mengekalkan keputusan penggunaan kalimah Allah ialah menetapkan garis panduan yang khusus supaya tidak disalah guna untuk tujuan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Apa pun terserahlah kepada proses perundangan yang perlu segera diputuskan oleh mahkamah seterusnya. Yang penting seluruh institusi umat Islam perlu melipat ganda usaha dakwah dan tarbiyah Islam keatas umat Islam agar punya pegangan Islam kuat serta aqidah islam mantap dan Iman yang teguh untuk mengelak dari sebarang kekeliruan yang dibimbangi atas isu penggunaan kalimah Allah dan penyebarah dakyah agama lain keatas umat Islam. Selama ini pun kekeliruan dan salah faham serta penyelewengan terhadap Islam dilakukan oleh umat Islam sendiri.

Contoh pemikiran yang cuba memisahkan agama suku dan politik suku yg diambil dari ajaran agama kristian. Pas mengambil masa yang begitu lama untuk melaksana usaha memerangi pemikiran sesat ini dan akhirnya berjaya dihakiskan dlm pemikiran umat islam sedikit demi sedikit. Satu ketika dulu umno lah juara nak buang perkataan Islam dari parti politik dan ngo, tetapi akhirnya Majlis Raja-Raja membuat keputusan bahawa usaha umno ingin buang nama Islam dar Pas itu salah dan membenarkan parti politik Pas menggunakan kalimah Islam pada parti Pas. Ini bahaya sebenar yang perlu dipantau dan dibimbangi oleh umat Islam bahawa umno hanya memikirkan kepentingan politk sempit mereka. Saya berharap umat Islam dan seluruh rakyat berbilang Agama tidak akan masuk perangkap umno/bn dan agenda politik jahat mereka.

15 comments:

Anonymous said...

baru baru ni saya berpeluang menyambut tahun baru di langkawi... terkejut saya.. seolah olah saya berada di negara lain... apakah tindakan PAS untuk mengatasi masalah sosial d sini? adakah PAS tiak sedar tanggungjawab mereka.. jangan hanya pandai bercakap dan menuduh... jangan pulak 2 x 5...

Anonymous said...

Bangsat PAS, kenapa nak salahkan UMNO pula, bukan orang PAS ke yang beria-ia nak benarkan Allah digunakan oleh orang bukan Islam?!

-koko

Anonymous said...

apa punya mangkuk la yb pas sorang ni,lain kali sebelum menulis berpikir guna otak bukan guna kepala lutut,mahkamah di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong bukan kuasa UMNO bongokkkkkk,aku pun heran mcm mana pengundi pokok sena bole bagi undi kat mangkuk ni memang malang sungguh pengundi yg mengundi mangkuk ni.

Anonymous said...

Apa raa Mahfuzzz tido ke dah cuti mana ada Mahkamah bersidang 1hb New Year, 2hb Sabtu 3hb Ahad - Public Holiday.. tak kan nak buat rayuan kat Negeri Kedah(Kerja)

Anonymous said...

assalamualaikum yb,

bagaimana dengan kami yang tidak berminat untuk bermain politik tetapi kami amat gusar dengan istilah Allah bapa, Allah anak dan semangat suci? tidak kah istilah itu amat tidak sesuai?

bukan kah konsep triniti ugama katolik itu tidak sesuai dengan nama Allah?

kenapa ingin membiarkan orang islam yang goyah iman itu untuk berfikir bahawa semua ugama adalah menyembah Allah maka semua ugama boleh diikuti akan sampai juga kepada Allah? bukan kah itu mesej yang ingin disampaikan oleh the herald?

bukan kah lebih elok di terangkan perbezaan antara Allah dan kepercayaan kepada tuhan tiga dalam satu ugama katolik?

tidak bimbangkah jika the herald telah merujuk kepada yb bagi membenarkan istilah Allah atas konsep ketuhanan mereka?

bukan hendak menentang kristian kerana tidak bermaksud begitu tapi elakkan lah kekeliruan.

Anonymous said...

http://www.heraldmalaysia.com/news/storydetails.php/Mahfuz:-%E2%80%98Allah%E2%80%99-issue-is-Umno%E2%80%99s-political-diversion/3713-1-1

Anonymous said...

takpe lah..aku pun bukan suka sangat politik..tambah lagi yg gelar islam sangat...lagi iblis dari iblis sendiri. kalau kalimah Allah pun korang tak sensitif...MANA KORANG NAK LETAK AQIDAH KORANG....dalam jubur babi???

Anonymous said...

Ana sokong yb, isu ini adalah mainan UMNO semata-mata utk menjadi juara rakyat kononnya. mahkamah di bwh UMNO, lihat isu video VK Lingam. Org buta hati je termakan dgn isu ini..

Unknown said...

korg mmg tak baca al quran ker??tak ada salah bukan islam mgunakan perkataan Allah..Sebelum kdatangan Nabi Muhammad perkataan Allah dah lama digunakan malah kaum Quraisy pun mgunakan perkataan Allah.Yg dibimbangi jika perkataan Allah itu disalah gunakan.

Anonymous said...

tak salah mgunakan perkataan Allah.korg tak baca al Quran ni..Kaum quraisy pun pernah mgunakan perkataan Allah..cuma tak boleh disalahgunakan sahaja! dulu masa Sebelum ini orang Islam juga pernah dikecewakan dengan larangan amalan beragama kepada wanita Islam iaitu amalan pemakaian purdah oleh kakitangan awam ( kes Halimatusadiah ) di atas alasan menjaga kepentingan awam.
Yang peliknya pada masa itu kita tidak dengar pula mana-mana pemimpin UMNO yang berkokok seperti ayam jantan seperti sekarang ini.

Anonymous said...

tak salah mgunakan perkataan Allah.korg tak baca al Quran ni..Kaum quraisy pun pernah mgunakan perkataan Allah..cuma tak boleh disalahgunakan sahaja! dulu masa Sebelum ini orang Islam juga pernah dikecewakan dengan larangan amalan beragama kepada wanita Islam iaitu amalan pemakaian purdah oleh kakitangan awam ( kes Halimatusadiah ) di atas alasan menjaga kepentingan awam.
Yang peliknya pada masa itu kita tidak dengar pula mana-mana pemimpin UMNO yang berkokok seperti ayam jantan seperti sekarang ini.

Anonymous said...

Pertahankan kalimah ALLAH wahai semua saudara dan saudari yang beragama Islam.

Anonymous said...

Ketipikan soal politk buat masa ini.
X kesah la UMNO nk buat perangkap macam mana pon. Apa yang penting ialah Kalimah Allah. Aqidah umat Islam.Bukan aqidah PAS yang nk dipertahankan sekarang. Apa yang PAS nampak adalah perangkap politik. Dah tau perangkap lagi nk masuk perangkap. Adakah PAS tidak setuju sebab UMNO sudah membangkang awal2?? Jadi sebab inginkan kelainan dari UMNO, PAS terpaksa cari kesalahan UMNO dan berbeza pendapat dengan UMNO. Kami rakyat tidak peduli siapa yang nak pertahankan Aqidah Islam. Asalkan nama Allah terjaga. Bukalah mata wahai PAS. Macam mana nak memimpin Malaysia jika nama Allah sendiri tidak terjaga.Bagi peha nak betis. Bagi betis nak badan. Lama-lama PAS jadi PARTI AGAMA SEDUNIA. Dah semua agama pakai nama Allah. Lepas ini agama lain pula mengaku Al-Quran itu milik mereka.Sebab ada tercatat nama Allah sama macam tuhan mereka. Dari situ kita boleh lihat terlalu banyak keburukan untuk umat Islam akan datang.Dalam Al-Quran sendiri sudah mengigatkan kita tentang kesucian nama Allah. Bukanlah nama Allah itu bermakna tuhan semata-mata, tetapi mempunyai seluruh maksud pada nama-nama Allah yang baik (asma' al-Husna).Contohnya, siapakah tuhanmu yang maha pemurah iaitu ar-Rahman ? Sudah pasti ialah ALLAH s.w.t. Wallahu a'lam.

Anonymous said...

syukurlah korang semua bukan orang jahat...kepada mereka yang kata kristian ada 3 tuhan tu supaya pelajari dan fahami agama lain maksud trinity/tritunggal itu sebelum menyatakan pendapat..adakah perkataan allah tu berasal dari bahasa melayu malaysia??...saya ada seorang kawan dari mesir beragama kristian ortodoks mereka pun menggunakan perkataan allah dalam sembahyang, assalamualaikum dan sebagainya dalam perbualan mereka sehari-hari...kenapa tidak larang mereka guna perkataan itu?kata pada mereka bahawa perkataan itu hanya untuk melayu malaysia..kenapa tak suruh jer mereka-mereka tu jumpa sultan suruh orang arab jangan guna perkataan itu.. kawan arab saya itu kata dia pun takut guna perkataan itu di malaysia nanti di bom!!!!sedang kan itu bahasa mereka...

Anonymous said...

dalam mana-mana cetakan buku kristian ini tidak menulis allah itu ALLAH s.w.t... tak tau beza kah tuan-tuan...kalau begitu sabah sarawak yang sudah guna perkataan itu dalam alkitab sekian lama tak pulak ada saudara islam kami membantah...mungkin di semenanjung jer membesar-besarkan hal ini terutamanya NGO, Pemuda UMNO, dan pemimpin UMNO itu sendiri..1malaysia jadi 1semenanjung dan sabah sarawak jadi 1borneo...tak payah ikut semenanjung...benda sensitif dorang tak hirau tak pulak paham perasaan orang lain...adakah yang membantah itu TUHAN?atau ah kah orang yang membantah itu bertemuh dengan allah dan allah berkata pada orang itu bahawa perkataan allah itu cuma untuk satu sahaja iaitu di malaysia sahaja???...tolonglah kawan-kawan jangan rosakkan semuanya...bakar gereja tu tak apa itu cuma bangunan..gereja sebenar adalah di hati..kerana hati inilah adanya pengampunan,kasihan dan rendah diri...terima kasih kerana bijak menggunakan akal fikiran...minta maaf