Friday, January 22, 2010

CO KD Seri Inderapura dihadap kemahkamah tentera,macam mana pula Jet F5E

Bekas CO KD Seri Inderapura milik TLDM yang terbakar pada 8 okt lalu akan dihadapkan kemahkamah Tentera dipengkalan TLDM lumut. Menurut Panglima tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar seorang Pegawai pemerintah perlu dipertanggunhjawab dengan apa yang berlaku keatas kapalnya termasuk menentukan aset hak milik negara berada dalam keadaan selamat.

Tahniah pada TLDM yang mengekal dan membudayakan ketua mesti pikul tanggungjawab,Ini suatu amalan dan budaya yang akan memastikan seorang ketua akan melaksanakan tugas dengan baik,adil dan beramanah. Amalan ini akan dapat mengelak dari berlakunya penyelewengan,penyalahgunaan kuasa serta menghindari dan membenteras amalan rasuah. Tapi bukanlah bermakna orang diperingkat bawah boleh buat salah, tetapi amalan ini untuk pastikan ketua akan bertanggunjawab terhadap apa yang diamanahkan kepadanya termasuk untuk pastikan orang bawah bekerja dengan betul dan amanah.

Tapi kenapakah amalan ini hanya diamal kan dalam angkatan tentera kususnya TLDM,Tidak pulak berlaku dalam TUDM bila injen Jet F5E hilang. Sedangkan isu kehilangan enjin Jet F5E sangat memalukan negara,kerana ini menunjukan soal tahap keselamatan negara yang berkaitan dengan sektor dan industri pertahanan tersangat buruk.

Sepatut bekas Panglima TUDM dan bekas Menteri Pertahanan yang wajar dihadapkan kemahkamah tentera atau mahkamah awam kerana mereka menyembunyikan kehilangan ini dari pengetahuan umum selama dua tahun.Sebaliknya AG hanya mengumumkan hasil siasatan Polis tiada pegawai kanan atasan TUDM dan KEMENTAH yang terlibat dalam kehilangan enjin Jet.Hanya yang terlibat yang berpangkat sarjan. Kalau ikut kes KD Inderapura pegawai pemerentah KD yg dipertanggungjawab,takkan dalam TUDM sarjan yang jadi pegawai yang bertanggungjawab terhadap Jet F5E.Pelik sungguh, agaknya di kementerian pertahanan yang bertanggungjawab hanya budak pejabat atau pun prebet tentera yang jadi Menteri pertahanan.

Saya mohon penjelasan dari menteri pertahanan siapakah pegawai pemerentah kem TUDM waktu dimana enjin Jet F5E hilang.Adakah pegawai pemerentah tersebut dihadapkan kemahkamah tentera sepertimana kes kebakaran kapal KD Inderapura.

7 comments:

Anonymous said...

Dato' Yb,... dengar khabar General yang jaga alat alat tu di naikkan pangkat dari satu bintang ke dua bintang... Hahahahahahaha dan Panglima TUDM pula jadi Panglima Angkatan Tentera.
Aneh yang mengelirukan... itu lah Tentera Udara Malaysia. Malaysia Bolih TUDM pun bolih...!!!
Gua caya lu la TLDM!!!

Anonymous said...

Aku rasa lah Pegawai Memerintah dalam TUDM, Pangkatnya cuma Sjn Udara je la.. tapi kita tak boleh komen tentang askar, sebab mereka kuat. kalau mereka dah marah, kerajaan yang memerintah boleh tumbang dibuatnya.kalau polis boleh la nak komen banyak mana pun, pasal mana ada negara dalam dunia yang POLIS ambilalih kuasa keajaan tapi askar ada banyak la...
akan datang kat M'sia, UMNO lwn PAS, askar lwn polis. askar geng dengan PAS dan Polis geng dengan UMNO.

Anonymous said...

aku rasa sedih lah, sebab korang kutuk TUDM, Pasal aku pun X TUDM tapi pangkat bawah-bawah je. kalau nak kutuk biar lah bagi tembak tepat sikit sebab dari bawah sampai atas kena ni. hangpa tau tak PRU 10, majoriti anggota TUDM sokong pembangkang sampai chedet pening kepala. bagi lah semangat sikit. tengok, orang UMNO tu dok ketawa, tapi aku tau hangpa nak kenen najib kan.

hilbert said...

Salam YB Datuk Mahfuz,

cuba Datuk baca atau lihat apa yang terdapat dalam laman ini http://beritamuslim.wordpress.com , apa komen Datuk sebagai seorang Muslim setelah melihat sendiri apa yang terkandung didalamnya...

cegah perkara seperti ini dari terus berleluasa dan jangan sampai menggugat keamanan serantau...

Anonymous said...

YB, ini Panglima Angkatan Tentera kena jawab, dia ni sama negeri dengan YB tapi kalut banyak!!!
Kalau tanya Najib dengan Zahid depa tak tahu apa apa sebab kepala depa penin Yb dok hantam hari hari.
Tanya PAnglima Angkatan Tentera sama ada dia ni pun sama kelabu asap....
La ni asyik nak tibai kat orang bawah macam kami prebet ni ja...kami semua salah .... poraaahhhh lah!!! general TUDM....
Yb pun jangan lah hangat hangat tahi ayam!!!

habeeb6378 said...

sama ja mcm kes hassan ali dgan khalid samad..pecacai jugak kena hukum.Yang aku hangat sangat ialah ttg dok kat hotel concorde tu?? awat banyak duit sangat ka..yang kami kat bawah ni dok pi tadang uncang mintak derma,yang di atas dok joli..perangai mcm UBN jgk..sori la..lps ni biaq pi la apa sapa nak kata pun..aku & family sure pangkah dacing.PAS 2X5 ngan BN jgk..

pseudonym said...

(komen ini tidak merujuk kepada post di atas)

Kenapa pegawai-pegawai tentera yang didapati bersalah tidak dipenjarakan tetapi lain-lain pangkat(LLP) akan disumbat ke penjara setiap kali melakukan kesalah undang-undang di dalam tentera? Walaupun hukuman yang diberikan adalah sama seperti; dibuang ditamatkan perkhidmatan,DQ,dan sebagainya. Belum pernah ada seorang pegawai tentera yang dimasukkan ke penjara(kecuali penjara awam untuk jenayah yang dilakukan diluar kawasan/waktu kerja.