Sunday, January 17, 2010

Buang kaki bangku

Kegagalan mengawal kejadian pembakaran dan pencemaran keatas gereja adalah sesuatu yang sangat memalukan negara. Keadaan ini terus memberikan imej yang buruk kepada negara kerana dilihat tidak punya keupayaan menjamin keselamatan dan ketenteraman awam untuk rakyat.

Kegagalan ini perlu dipertanggungjawab keatas KDN dan PDRM khususnya DS Hishammudin selaku menteri KDN dan Tan Sri Musa Hassan selaku KPN yang jelas gagal untuk mencapai KPI dan NKRA kedua dua institusi tersebut.

Oleh itu amat wajar DS Hishammudin dan Tan Sri Musa melepaskan jawatan atau diberhentikan dari jawatan masing masing atas kegagalan mencapai KPI masing masing. Apa guna bercakap dan bermesyuarat berkenaan KPI bila KPI paling penting untuk KDN dan PDRM ialah menjaga keselamatan rakyat dan harta benda rakyat tidak dapat dijamin. Ini dapat dilihat dengan kejadian terbaru disebuah gereja di Kota Tinggi yang boleh mengakibatkan berlaku pertembungan antara kaum dan agama dikalangan raayat Malaysia.

Kabinet Najib hanya bercakap besar tentang pencapaian KPI,walaupun sudah dua kali kabinet membincangkan persoalan KPI,tiba tiba kewajipan asas kerajaan amnya dan KDN serta PDRM khasnya untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta menjaga harta benda raayat tidak dapat dilakukan.Kabinet Najib tak ubah seperti pertubuhan NATO.NO ACTION TALK ONLY.

Hishammudin dan Musa Kena berhenti atau diberhentikan daripada jawatan masing masing. Najib kena tunjuk pada rakyat "Kaki Bangku" seperti Hishammudin dan Musa tidak ada tempat dalam kabibet dan kerajaan. Buang saja mereka baru Najib boleh bercakap "Walk the talk"

Dato'Hj.Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena

11 comments:

Anonymous said...

mereka ni kalau jadi pegawai tentera dah lama kena nasihatkan berhenti. nasib baiklah saorang ahli politik dan seorang lagi polis. tak leh den nak tolong. menghabiskan beras rakyat je.

Anonymous said...

YB, mereka bolih dipecat kerana incompetent. Sama lah yang melantiknya pun incompetent bolih di pecat sama.
Kalau tak ada yang nak pecat mereka kita tunggu PRU akan datang rakyat akan pecat mereka. Jangan lupa pecat Panglima Angkatan Tentera sebab hilang injin jet tapi buat cerita belit!!!!!!!! Tak bertanggung jawab!!!

Binsaad said...

YB.apakata kita pecat dulu dua MB yang tak tau buat keja.Cakap saja lebih,buat keja tak tau.Air punya problem pun tak tau nak selesaikan.

hilbert said...

Salam YB Datuk Mahfuz,

laaa Datuk, kan dulu dah cakap..itukan semua tugas polis..biarlah mereka yang buat...

mereka lebih tahu apa yang patut mereka buat sebab itu dah memangpun tugas mereka sebagai anggota polis dan tak baik untuk kita asyik membebel pasal mereka...hmmmmm

TebuHitam said...

kesian...
Mahfuz....mahfuz....
udah2 la tu.

Anonymous said...

orang yang pro UMNO ni tak faham-fahan rakyat bawahan dah bagi signal tak suka UMNO, tapi mereka masih nak sondol kepala mereka. mungkin mereka ada pertolongan dari SPR,Polis,SPRM dan hakim, tapi sampai bila. bila rakyat makin ramai yang tak suka apa pun boleh jadi. daripada rakyat terseksa baik semua terseksa.

Anonymous said...

mahfuz jangan putus asa, bongkar saja apa yang ada pada UMNO, rakyat menyokong anda. yang tak sokong tu dah tau siapa mereka tu. mereka adalah musuh yang tidak membela nasib orang miskin. hanya tau mempertahankan kekayaan kroni.

Anonymous said...

hee hee jangan lah marah datuk nak cakap apapun, inikan blog dia, kalau tak suka jangan lah baca. kalau dia tak bagitau orang tak tau. ini sekurang kurangnya kita tau yang berapa ramai suka UMNO berapa pula sokong PAS dari catatan dia. demokrasi sikitlah beb. kalau nak kata tulisan dia pedas apa kurangnya tulisan dari utusan malaysia lagi pedas.

anak_jati said...

salam YB...
klu mcm 2 kami penduduk pokok sena pun akan pecat YB dari mghuni kerusi d parlimen pokok sena d atas bbrapa sbb...byk sbb..YB pun NATO sbnrnya..apa yg YB buat d pokok sena?stkt ckp bdk tabika KEMAS 2 pun blh ckp org itu xbetoi..org ni xbetoi..utk mkluman sy bkn pro UMNO tp pro rakyat..sy lah antara watak2 penting yg melobi saudara YB utk menang d pokok sena dulu tp hakikatnya pemerintahan YB lbh buruk dr ahli parlimen sblmnya....sudah la YB xpyh nk compalin sana sini..tempat kita pn blum sempurna....

antigebang said...

Aku sokong sangat kata AnakJati.YB Pokok Sena ni banyak cakap tapi tak serupa bikin,Hati YB busuk macam taik.Masalah rakyat Pokok Sena belambak yang tak selesai.Ayam berkokok diluaq,reban sendiri penuh dgn taik.Pilihanraya dulu aku kerja siang malam nak bagi dia menang.Lepas tu apa yang dia kata semuanya tak buat .Aku silap besaq pi dok sokong dia.PRU13
tobat tak sokong dah.pemohong.

Anonymous said...

yb, betui ka anak yb kat serenti.laa klu betui apa kata yb pie la jg anak yb yang lain kot-kot nanti yb sekeluarga berumahtangga kat pusat serenti.takyah la menyalak banyak sangat.takut jd anjing betui2 nanti.