Thursday, January 7, 2010

Abu Kassim perlu bersihkan nama SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelihatan mengakui kebenaran maklumat yang didedahkan oleh pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand apabila membuat laporan polis mengenai perkara itu.

"Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Abu Kassim Mohamed perlu tampil untuk membersihkan nama suruhanjaya yang diterajuinya yang dilihat terlibat dengan pembunuhan berikutan tindakan pegawai-pegawainyanya membuat laporan polis itu,"

"Abu Kassim bertanggungjawab membersihkan nama SPRM. Jika tidak, beliau dilihat memimpin suruhanjaya pencegahan rasuah yang dikaitkan dengan pembunuhan Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock,"

Dua pegawai SPRM baru-baru ini membuat dua laporan polis masing-masing terhadap akhbar Suara Keadilan dan Dr Pornthip.

Menurut kedua-dua pegawai itu, laporan polis terhadap Dr Pornthip dibuat kerana mengesyaki pakar tersebut telah membocorkan maklumat laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya dan disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan.

"Kenyataan dua pegawai itu yang menyatakan Dr Pornthip disyaki membocorkan maklumat laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya itu akhirnya dilihat sebagai tindakan mengesahkan kebenaran maklumat yang dibocorkan itu.

"Menurut laporan, apa yang disebut sebagai maklumat yang tidak sepatutnya dibocorkan oleh pakar patologi itu ialah rumusan bahawa Teoh mati dibunuh,"

Menurut Suara Keadilan, sumber-sumber Kementerian Kesihatan mendedahkan bahawa Pornthip membuat rumusan itu setelah hadir sama pada bedah siasatan kedua mendiang Teoh pada 22 Novermber lalu di Hospital Sungai Buloh.

Saya meminta SPRM menghentikan tindakan-tindakan yang menyebabkan ia dianggap mengesahkan penglibatannya dalam pembunuhan Teoh yang dijumpai mayatnya di perkarangan ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam Julai tahun lalu.

"Abu Kassim sebagai peneraju SPRM yang baru perlu sedar bahawa tindakan itu memburukkan lagi pandangan dunia terhadap suruhanjaya yang dipimpinnya.

"Jika SPRM dianggap terlibat dalam pembunuhan, dunia pasti memandang ia tidak mempunyai walau sedikitpun kredibiliti untuk mencegah rasuah,"

kemusnahan kredibiliti SPRM boleh menyebabkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) semakin merudum.

Kedudukan Malaysia pada tahun 2009 terus menjunam ke bawah dalam CPI kepada kedudukan ke 56 berbanding kedudukan ke 47 pada tahun 2008.

Malaysia juga memperolehi mata terendah dalam 15 tahun iaitu 4.5 sahaja.

Sejak Malaysia terlibat dengan kajian Transparency International itu, kedudukannya terus merudum.

Kali pertama Malaysia disenaraikan pada tahun 1995, ia berada pada kedudukan ke 23.

Saya ingin menyifatkan kedudukan Malaysia yang terus merudum dalam CPI itu sebagai bukti "kegagalan besar" SPRM.

3 comments:

manja said...

malaysia tidak pernah merasa malu dlm kepimpinan negara yg sering macam si luncai bodoh tak ketahuan..masih ada rakyat yg pekak tuli mau pd najib di the bolehland...sampai bila manusia nak sedar amno tak ada kemampuan memerintah hanya pandai kumpul kekayaan.

Anonymous said...

AMNO pun sama, pegawai tinggi kerajaan pun sama... semua Melayu. Apa macam betul taik minyak punya orang!!!
Kalau pegawai kerajaan fikir nak bodek dan kalau orang politik cari projek.
Apa lagi YB hantam lah kalau tidak baik pergi cuti kat Dubai!!!!!!

Anonymous said...

SPRM....standart urus kes-kes berkaitan lembu2 je...2 biji enjin f-5 eagle mcm mana?