Monday, June 21, 2010

Serangan Pengganas talian hayat akhir untuk Umno.

Kenyataan ketua Polis negara kononnya akan ada serangan kumpulan pengganas keatas rumah kuil Batu Cave dan kuil kuan yin Air Itam adalah sangat dikesali.Kenyataan tersebut menunjukan satu pakatan politik jahat antara umno/bn dan Polis untuk menimbulkan ketakutan dan kemarahan masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan kumpulan kumpulan Islam sekaligus secara halus untuk menjauhkan masyarakat bukan Islam dari PAS yang merupa Parti Politik Islam yang mendapat tempat dikalangan masyarakat bukan Islam.Inilah kebimbangan yang menghantui umno bila PAS secara terbuka menyatakan pada rakyat tentang gerakan persediaan PAS bersama PR mengambil alih Putrajaya.Umno mengharap bantuan Musa Hassan serta PDRM bagi melindungi kepentingan kuasa politik mereka daripada gerakkan PAS untuk kePutrajaya bersama PR bagi membawa perubahan kearah Malaysia baru yang lebih maju.Bagi umno isu serangan pengganas adalah antara talian hayat terakhir umno.

Kenyataan Musa juga sudah pasti akan disusuli dengan penahanan dibawah ISA keatas induvidu yang takkan dapat dibukti sebarang bentuk pengakuan yang bakal diskrip dramakan untuk tujuan politik murahan umno.Tindakkan ini sama seperti isu provokasi kalimah Allah bilamana umno cuba menampil diri sebagai juara mempertahan Islam dalam usaha terdesak untuk mendapatkan kembali sokongan orang melayu Islam pada umno.Isu tersebut berakhir dengan pembakaran gereja dan surau untuk menimbulkan ketegangan dan menakutkan rakyat.semua itu berlaku hasil dari provokasi jahat umno,tetapi ternyata rakyat mengambil tindakkan bijaksana dalam isu kalimah Allah dengan menolak provokasi jahat umno.

Kini sekali lagi umno/bn cuba membawa pendekatan lapuk yang dirangka olih majlis keselamatan negara puluhan tahun lalu untuk menakutkan rakyat dengan isu isu keselamatan dan pembanggunan(KESBAN).Ternyata umno masih tidak berubah dalam usaha mempertahankan kuasa sedangkan pemikiran rakyat sudah beganjak jauh meninggalkan umno.Rakyat meminta integriti,demokrasi dan reformasi dalam urustadbir negara.Tetapi umno/bn membawa pendakata autokerasi dan kuku besi.

Rakyat perlu menghentikan perbuatan umno mengadu dombakan rakyat pelbagai kaum dan agama.Sebaliknya rakyat mesti menunjuk jalan keluar pada umno untuk meninggalkan politik negara untuk diurus tadbir olih PR bagi membawa pembaharuan untuk negara dan rakyat yang lebih sejahtera.

Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena.

4 comments:

hilbert said...

Salam politik YB,

Saya rasa isu keselamatan negara tak boleh dipandang remeh dan ringan sehingga turut dipolitikkan, YB.

Baguslah kalau benar perkara ini memang tiada sebagaimana dakwaan YB ni, tetapi kalau memang ada, bagaimana???

Perlu diingat, memang sudah menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah untuk menjaga keselamtatan setiap inci tempat berpijaknya kita semua warga Malaysia termasuklah YB sendiri dari sebarang bentuk ancaman keselamatan.

Pandangan saya selaku kaum bukan Melayu mengenai Islam dan UMNO berbeza dengan YB, sebab saya melihat dari sudut perpaduan, Islam lebih terjamin dan terurus dibawah pentadbiran UMNO.

UMNO setakat ini belum pernahpun tergamak untuk menggadai walau sekelumit nilai-nilai ajaran dalam Islam contoh seperti 'Kalimah ALLAH' kepada agama lain secara terbuka malah sentiasa mempertahankan perkataan itu sebagai hak Islam.

Jadi, tuduhan mengenai isu pengganas kononnya adalah 'rekaan kerajaan' semata-mata seperti dakwaan YB ini sepatutnya tidak terkeluar dari pandangan seorang wakil rakyat.

Tidak tahulah mana YB simpan semua ayat-ayat yang biasa diucap oleh wakil rakyat ketika mengangkat sumpah ketika didalam Dewan Parlimen...

Unknown said...

hilbert,awk tak tau apa yg awk ucapkan..YB dah lame berpolitik, dah masak dgn karenah UMNO BN.YB sendiri pun pernah dipenjarakan di bawah ISA oleh UMNO BN. Di mana hilbert ketika itu? Kalau UMNO memperjuangkan Islam, kenape sehingga kini ISLAM tidak didaulatkan di Malaysia? Arak & judi berleluasa, Hukum Hudud di pinggirkan..

Arif Omar said...

askum mahfuz

kalau nak tahu JI, tanya anak TGNA. tanya dia, siapa yang dok menyamun southern bank untuk biayai JI.

jangan dah terrantuk baru terngadah. ada pekara boleh dipolitikkkan saudara mahfuz.
jangan hipokritlah saudara mahfuz. menyampah kami dibuatnya

Arif Omar said...

addin

hudud? sudahlah. dr mahathir cabar pas laksana hudud, baru l;e terkial-kial nak buat dan nak tulis undang-undang hudud. akhirnya meniru bulat-bulat akta keterangan dan kanun acara jenayah. lengkap ke hudud yang PAS gubal tu?

cakap aje boleh le.
sekarang mengapa nak ucap hudud pun tak berani? takut DAP ke takut Allah?