Tuesday, June 1, 2010

Tempoh 48 Jam untuk PM Najib memanggil sidang Khas Parlimen bincang isu serangan regim Israel keatas kapal marvi marmara.

Sangat kecewa terhadap PM yang hanya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan serangan oleh regim Israel pada tengah malam semalam.kenyataan itu hanya dibuat selepas didesak olih pelbagai pihak yang mengangap kerajaan terlalu lembab dan takut untuk membuat kenyataan mengecam perbuatan lanun laut regim Israel.

Kelembapan PM dilihat seperti menunggu apa nasihat dari APCO untuk kerajaan bertindak tanpa menjejas kerja APCO yang diamanah olih kerajaan untuk memulihkan keprcayaan Amarika terhadap kerajaan Malaysia.Tindakan regim Israel tersebut adalah berpunca dari sikap lunak dan pak turut dasar luar kerajaan kerajaan didunia termasuk Malaysia yang menyumbang kepada tindakkan kejam Israel.Perbuatan kerajaan BN pimpinan Najib yang begitu mesra Amarika/zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai Ahli Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia menuntut kerajaan Malaysia menunaikan tuntutan berikut.

1.Memberi tempoh 48 jam untuk PM segera memanggil sidang khas Parlimen untuk membincang isu serangan tersebut.
2.Dalam tempoh 48 jam Kerajaan juga hendak membentang pelan menyelamat rakyat Malaysia yang sedang ditahan olih pihak berkuasa Israel pada sidang khas Parlimen.
3.Dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel/Amarika.
4.Menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan negara haram Israel.


Dato'Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
Naib Presiden PAS.

11 comments:

Anonymous said...

aku malu ada sorang YB mcm hang dlm PAS.
terkinja-kinja mcm berok matyeh.
hang ingat PM tu mcm hang takdak kerja lain melainkan dok melingkaq keliling wartawan harakah.
dah dia bagi kenyataan mengutuk yahudi pastu desak PBB ambil tindakan pon tak kena jugak.
yang kena hang sorang ja YB mangkok!

MyNaMeIsZeFF said...

kalau stakat guna anonymous tak yah komen la.. tapi takper, mengkeji orang lain pakai anonymous, tuhan tetap tahu siapa.

Anonymous said...

YB, apasal wakil DAP sorang pun takda dan tak ikut sama serah memorandum kat kedutaan AS?

Depa sokong yahudi kot???

izzatghazali said...

salam~ ncik anonymous di atas,

meh sy nk bgtw sket ea, ap yg seorg PM bleh bwt selain drp bwt knyataan paper ckp "kerajaan malaysia mengutuk sekeras2nya tindakan Israel".. mcm budak2..

sepatutnya..

1) najib bleh panggil sidang khas parlimen.. utk bincag ap tindakan kita..

2) najib bleh hentikan sgala bntuk skongn ekonomi thdap israel AS, boikot barang2 diorg.. stkat NGO j yg bsig2 ckp boikot,krajaan amek gk brang ngn diorg pekes?

3) najib bleh usulkan kt ngara2 OIC, spya hntar tentra pengaman k palestin.. klu pn x trdaya, najib still mampu utnk sruh tntera2 kita g sna.. best ap mati syahid? ap ko igt tntra kita penakot cm ko k?

4) najib ley ajak2 rakyat Islam rmai2 kukmpul kt dataran, solat hajat ramai2, kutip derma, utk bantu Palestin..

5) najib ley guna media utk tingkatkn ksdran rkyat thdp isu Palestin..

*cukup k klu ko jd PM n ko stkat kutuk j?? dpan ALLAH 6t ko nk jwb ap?*

Anonymous said...

woi mangkuk!
najib tu bukannya presiden PAS.
malaysia ni bukannya negara islam yang nak hantar tentera utk syahid.
so...takyahla nak expect lebih2 dari dia
apala..tu pun takleh pikir!

bila PAS dah perintah Malaysia nanti barulah buat semua tu!-

Muara said...

3.Dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel/Amarika.

Saya setuju dengan cadangan ini.., tapi sidang khas saya rasa seperti tak menjadi tak akan diadakan...

izzatghazali said...

najib mmg bkn presiden PAS, tapi dy org ISLAM kn??

dy ad tgjwb n peranan utk bantu saudara2 kita kt sana kn??

bkn nk expect lebih pn, tp nk discuss, ap yg SEPATUTnya dia buat..

err.. mangkuk 2 utk saya k??

Anonymous said...

hahahahahahah...kawan yb si salahudin ayub tu lagi la kartun.

najib dah buat statement semlm - dia masih nak kutuk mamat tu kononnya kecewa bla.bla.bla...nasib baik ada org tegor dia dalam press conf di pej pas smlm.

dia terlena kot....kena tinggai keretapi!
tu la, lain kali jgn dok terkinja2 mcm berok matyeh.

hilbert said...

48 jam??? kalau betul2 ada rasa sifat belas kasihan terhadap rakyat Palestine terutamanya di wilayah Gaza...saya rasa tak perlulah tunggu atau tetapkan waktu sekian-sekian untuk bertindak....

PAS buat apa selama ini untuk rakyat Palestine yang saban hari ditindas oleh kekejaman dan kezaliman Israel...ada buat program apa??...ada ikut YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad buat kerja amal untuk membantu rakyat Palestine???

Misi keamanan yang membawa segala jenis bantuan ke Gaza adalah inisiatif Tun Dr. Mahathir Mohamad bekas Presiden UMNO...dan beliaulah penggerak utama konvoi tersebut... PAS mana ada...tau menyalak saja...aduiiiih...habukpun tarak...

Pasal PAS sibuk2 nak mengutuk PM DS Najib..apahalah pulak...seluruh dunia sibuk mengutuk dan mengecam Israel, PAS pula sibuk nak kata itu ini tentang PM...laaa sudah, sudahlah...kita bertelagah sesama kita dalam negara ini pasal kekejaman Israel ni bukannya bawa apa2 faedahpun...ini tak, isu macam ni pun nak dipolitikkan...dahaga isu keh heheheheh...

Mahfuz Omar ni pun satu...kalau pasal PM bukan main cepat lagi dia melatah..tapi Mahfuz tak sedar yang yang Anwar Brahim, Wan Zizah, Hadi Awang, LKS, Karpal Marvi Singh sampai sekarang belum keluar apa lagi kenyataan mengutuk Israel malah terkelu semua lidah mereka kalau sebut pasal Yahudi...ada apa2 ke???...hehehehe...

Anonymous said...

wei mahfuz, tok guru nik aziz lagi lambat keluar kenyataan rasmi, awat hang tak bising?!!

takkan kelantan pun ada kepentingan dgn Israel kot?

Arif Omar said...

buat semak aje mahfuz dengan kata dua kau. dah lebih 48 jam . so apa cerita. sudahlah kalau saja nak cari glamor. dulu kau juga yang dok ludah tun mahathir. sekarang usahanya kau cuba nak ambil kredit politik. pulak. tak malu ke. kalau pejuang sejati, kau le pergi ke gaza nak tengok langit tinggi rendah. cakap aje berdegar komplen sana sini. hapah pun tak ada. sudah le