“Apakah dalam penyusunan RMK10 ini, seperti ada unsur-unsur bahawa ketika-tiga konsultan ini yang menyusun RMK10, bukannya dirangka oleh EPU (dan) kerajaan sendiri,” soal beliau petang ini iketika membahaskan RMK10 di Dewan Rakyat.
Pertanyaan di atas adalah wajar memandangkan pada fizikal buku data RMK10 tercatat bahawa EPU seolah-oleh hanya sebagai penerbit sahaja. “Seperti input-inputnya diberikan oleh ketiga-tiga firma ini dan dalam buku ini disebut bahawa diterbit oleh Unit Perancang Ekonomi, seolah-olah disusun dan dirancang oleh pihak lain dan EPU ini hanya menjadi penerbit pada buku ini,”
Sekiranya anggapan tersebut adalah sahih, beliau berkata, sekaligus mencerminkan bahawa kerajaan seolah-olah tidak yakin dengan kemampuan para tenaga pakar ekonomi yang mengisi jawatan strategik dalam EPU.
Dari segi yang lain, saya ingin menyifatkan inti-inti utama dalam kerangka RMK10 tidak ubah seperti resepi tomyam thai yang sedap didengar disebabkan oleh perisa ajinomoto.
“Tiada apa yang baru walaupun kita mula mendengar bahawa Najib mahu memacu ekonomi berprestasi tinggi kerana yang menyusun RMK ini adalah tukang masak yang sama, menggunakan bahan yang sama dan masakan tomyam thai dengan cara yang lama di dapur yang ada tikus dan kucing busuk.
“Itulah gambaran ekonomi yang Najib mahu pacu, bukan RMK10, tapi (ekonomi) tomyam thai Satu Malaysia yang boros, tiris, korupsi serta tiada persaingan yang meyakinkan,”Saya mencadangkan Najib melakukan suatu tranformasi ekonomi nasional daripada menjadi pengguna teknologi pada pengeksport teknologi. “Sepatutnya kita mempunyai jenama Samsung kita sendiri, NEC kita sendiri, Sony kita sendiri kerana NKEA turut memberi fokus pada bidang elektrik dan elektronik, tetapi kalau kita lihat pada RMK10 yang dibekalkan kepada kita, tidak ada langsung dijelaskan bagaimana untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeksport teknologi, bukan pengguna saja,”
Dari segi yang lain, saya berpendapat bahawa kerajaan tidak sepatutnya terlalu bergantung pada sumber mentah seperti gas, petroleum dan minyak sawit sebagaimana yang masih disenaraikan dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), RMK10 sekarang. “Sampai bila ekonomi negara perlu bergantung pada minyak dan gas kerana 48 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara hasil dari bahan mentah tersebut bagi saya langsung tidak mencerminkan ekonomi berprestasi tinggi,”
Sepatutnya Malaysia sudah mula mengikut negara-negara pengeluar minyak yang lain dengan menyimpan rizab minyaknya sendiri sebagai dana pelaburan untuk membina generasi masa depan negara.
Malaysia sudah meneroka sumber tenaga yang diperbaharui di samping memperkasa sektor perkhidmatan sebagai sumber pendapatan negara.
“Bila dunia bincang biodeisel, kerajaan Malaysia pun bincang biodeisel sedangkang hampas sawit kita yang bernilai murah boleh diperbaharui menjadi tenaga bioethanol semacam yang saya bangkitkan sebelum ini bagi mengelakkan tarif elektrik seblum ini,”“Kalau tanya Najib tentang RMK10 sekarang, dia tahukah atau tidak apa yang dia ucapkan di Dewan Rakyat Khamis lalu,”
2 comments:
Hal ekonomi saya kurang faham tetapi saya rasa kewibawaan YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak sebagai seorang Perdana Menteri juga merangkap Menteri Kewangan yang bertanggungjawab membentangkan RMK-10 yang lalu tidak sepatutnya dipertikai atau diperkecilkan.
Sebagai seorang yang telah berada dipuncak sebagai pemimpin no.1 negara ini, YAB Datuk Seri Najib... adalah sangat lucu sekali apabila kita mempersoalkan samada beliau faham atau tidak tentang apa yang diucap beliau semasa pembentangan RMK-10 itu kerana beliau bukanlah seorang Ketua Pembangkang di negara ini jadi rakyat serta pemimpin bawahan haruslah menilai sendiri tentang pentadbiran YAB Perdana Menteri secara jujur dengan fikiran yang terbuka dan bukan mempertikaikannya dengan cara membabi-buta.
Mengapa kerajaan tidak mengunakan nasihat APCO tentang ekonomi.Israel sunguh bijak mentadbirkan ekonomi mereka dan sepatutnya dari segi inilah yang baik kita teladani.
Post a Comment