Pengistiharan bekas TKM 1 P.Pinang Fairus keluar dari Parti Keadilan dan menyertai UMNO serta pengumuman bekas s/usaha agong dan pengumuman Ahli Parlimen Nibong Tebal keluar dari Keadilan adalah satu proses pembersihan dalaman Parti Keadilan dan gabungan Pakatan Rakyat.PAS telah melalui proses ini satu waktu dulu,bukan sekadar wakil rakyat tetapi Presiden Pas dan pimpinan tertinggi yang termasuk para Ulamak meninggalkan PAS. Namun PAS terus mantap dan maju dengan didokong oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas.
Proses ini membuktikan parti parti kompnen Pakatan Rakyat(PR) hanya layak didokong oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas dan jujur kepada perjuangan memertabatkan kedaulatan rakyat yang berteraskan kebenaran dan keadilan. Ini adalah nutral proses yang tak mampu dilakukan oleh proses organisasi. Dari sudut proses organisasi kita tak upaya nak tapis sedalam dalam niat dan agenda sebenar sesaorang.Tetapi proses alam semulajadi(Sunattullah)yang pasti akan menentu dan melakukan pembersihan Parti dari pengkhianat perjuangan rakyat.
Kemasukkan Firdaus dalam umno dan pengistiharan beberapa orang wakil rakyat keluar dari PKR dan menjadi bebas dan menyempurnakan agenda umno/Bn membuktikan umno/bn adalah" PARTI TONG SAMPAH DAN TONG NAJIS"yang layak menghimpunkan bungkusan sampah dan najis didalamnya.sebelum ini umno/bn bekerjasama dengan tiga adun perak yang dituduh olih umno/bn sebagai perasuah.Mereka ini keluar dari PKR dan DAP sokong umno/bn untuk merampas kerajaan PR Perak.umno/bn sanggup bersekongkol dengan orang rendah moral untuk kepentingan politik singkat mereka.
Dengan keluarnya mereka akan mengwujudkan suasana persekitaran pkr dan pr yang lebih baik. Ini akan menjadi PKR dan PR sebagai parti yang bersih dari kekotoran dan najis yang membusukan dan menjadikan PKR dan PR bebas dari sarang pengkianat perjuangan rakyat.Pengkianat perjuanggan rakyat hanya layak bersama parti tong sampah dan tong najis umno/bn.Saya harap mana mana mereka yang keluar dari PKR dan PR yang dipilih sebagai wakil rakyat atas nama PKR dan PR agar melepaskan jawatan mereka seperti mana yang telah dilakukan terlebih dahulu olih Fairus dengan melepaskan jawatannya sebagai adun.
Kepada rakyat saya yakin mereka tidak menghirau dengan perkembangan yang berlaku,kerana PR bukan milik beberapa kerat pemimpin yang lari tetapi PR adalah milik rakyat semua.Walaupun seribu pemimpin yang pergi namun perjuangan rakyat tetap diteruskan.
Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Paerlimen Pokok Sena.
1 march 2010
11 comments:
salam Dato,
Mereka ini yang keluar PKR atau PAS wajib disamak seperti Najis Mughallazah.
Mereka ini individu yang penting duniawi shj. Meraka ini pecah amanah rakyat yg mengundi mereka.
Lain kali sebelum dijadikan calon, elok di scan dahulu secara bathin oleh tok-tok guru yg kashaf. Sebab zahir mereka ini bermuka-muka macam Yahudi Laknat.
Ini betul-betul marah ni..
Salam Dato' Gah sangat ke datok dapat pingat tu sehinggakan letak gambar muka depan goBlog Dato'?
Kalau yang lompat parti tu sampah dan najis, (najis nik akronim bagi Nik Ajis).
Anak Dato' yang dok dalam penjara aloq star tu macam mana? bukan najis ke tu? Dato' masuk lah UMNO kerana kalau Dato' masuk UMNO, Dato' lagi banyak dapat pahala untuk akhirat, sebab dato' perlu berzikir sahaja, tak payah dok pi ceramah merata tempat dah, kurang dah dosa masa tu. ada berani ka dato'? kalau tara berani, potong kasi anjing atau babi la makan telor dato' tu.
manjungmari
Wah!hebat YB ni!
Patutla selama ini PAS tak suka orang UMNO,sampai tak boleh sembahyang sekali,nikah pun kira tak sah,kenduri pun boikot-Sekarang dah sah para pemimpin PAS spr YB lah yg menetapkan orang UMNO tu najiskan? Ini kira macam fatwa la kan? tak kan kenyataan jujor dari hati nurani seorang pemimpin besar spr YB ni nak di persoalkan oleh ahli2 PAS kan? Kalu YB dah kata UMNO tu tong taik maka fatwanya semua orang UMNO tu,termasuk anak keluarga mereka najis la kan? Kadang2 saya terfikir,para penyokong PAS memang patut pun nasib mereka spr sekarang, mcm lembu dicucuk hidung kerana mereka lah yg telah memilih ketua2 mereka yg berfikiran spr YB ni...Apa ada pada PAS sekarang? PAS hanyalah balaci DAP dan kuda tunggangan siPeliwat tegar. Masa Anwar kata dia ada 30 MP nak lompat pada 16 Sept'08 dulu kenapa YB tak kata PKR tu parti tong taik? Oh, lupa.Anwar lah bos PAS sebenarnya bukan Nik Ajis bukan Hadi.
UMNO memang busuk hati pengkhianat pada rakyat, dulu aku benci UMNO cuma 50/50 sekarang tidak. aku ni tentera ingatkan kerajaan UMNO ni ok tapi aku tengok makin terok, lagi terok dari zaman mahathir. hati aku dah tak terpikat lagi dengan UMNO. member aku banyak juga yang keja polis, mereka pun rata-rata benci UMNO, cuma tak tunjuk jer. kenapa lah mereka ni tak ubah-ubah sikap. 1 malaysia ape benda kalau orang UMNO asyik cakap PAS boneka DAP je. UMNO tak sedar ke yang mereka juga bela MCA/gerakan dan cina MCA/gerakan ni dah kaya raya d M'sia. Sekarang ni aku dah memang confirm tak yakin pada UMNO. UMNO terlalu busuk dari DAP pada melayu kini. Guan Eng tu lebih baik sikapnya dari Khir Toyo. kerana apa kerana UMNO sanggup bunuh melayu. kalau mereka betul anak melayu bunuhlah orang bukan melayu. Wahai UMNO tegar buanglah sikap negetif, fikirkan tentang melayu akan datang. jangan biarkan kroni-kroni keluarga puak tertentu sahaja menguasai harta semua rakyat malaysia yang majoriti melayu susah ni. puak Tun razak, hussain Onn, Mahathir, Pak lah dah jadi PM. bagi lah kat orang lain, jangan pusing kat anak dia pulak. Aku cukup benci dengan orang yang tamak kuasa. minta pada allah semuga mereka yang tamak kusa ini dihapuskan cepat mungkin.
Salam 1Malaysia YB Datuk,
Tak usah marah sesangalah Datuk, hidup ni kan ibarat putaran roda...sekejap diatas sekejap dibawah.
Dulu masa isu 30 Ahli Parlimen BN hendak dibeli dan diajak masuk kedalam Pakatan Pembangkang, tidak juga kedengaran yang mengatakan Pakatan dari DAP,PKR dan PAS bakal menjdi sebuah 'pakatan tong sampah atau tong nazis'...
Tak cukup dengan kempen seluruh negara untuk mengajak 30 Ahli BN melompat parti kedalam Pakatan Pembagkang...lgi parah perbuatan Pembangkang ini apabila terdesak sehingga menyusul belakang 31 Ahli Parlimen BN sehingga ke Taiwan... apa ceriter tu Datuk ?
BN/UMNO tak pernahpun buat benda macam tu...perbuatan Pakatan Pembangkang ketika itu memalukan saja, langsung tak menghormati sistem demokrasi dinegara ini. Pulak tu, tersangkut lagi di terminal Taipei...aduiii..betul2 terdesak sangat kerana mabuk kuasa sehinggakan sanggup membelakangkan kehendak rakyat yang majoriti...
Salam dato',
Masa kali pertama Najib Altantuya beri ucapan dalam perhimpunan agong UMNo, najib cakap. kita (org UMNO) perlu berubah, kalau tak kita akan diubah. Rasa-rasanya sampai sekarang UMNO langsung tak berubah. Tambah teruk lagi adalah. Bongkak, sombong. Akhbar dia hari-hari kutuk Pakatan Rakyat. Seolah-olah kita sedang berpilihanraya sekarang. Percayalah...jika di pilihanraya ke 12 dulu, Khairy Jamaluddin (KJ) jadi faktor BN kalah teruk, percayalah di pilihanraya umum ke 13, faktor perempuan puaka laki Najib tu yang akan jadi penyebab UMNO hilang terus kuasa. Percayalah!
Another stupid article by Mahfuz.. Ape punye benak la org PAS mcm ni. Pangkat Datuk tapi tulis artikel macam tak guna akal. Dah la banyak grammatical mistakes dan salah ejaan. Datuk, yang masuk UMNO tu sorang ye. Yang dulu kata 30 org UMNO nak masuk PR tu apa? Tak ke tong najis besar namanya tu. Tak pikir ke mase tulis artikel ni. Ni mesti tulis dengan semangat demdam terlampau kat UMNO. Udah-udah le tu.. Takkan tak sedar lagi PAS ni dah kurang dipercayai. Asyik dok dengar cakap DAP ye.. Sampai nak batalkan maulud nabi pun nak kluar statement nak sokong. Barua DAP ke ape? Cuba la jadi mcm YB Zul Nordin tu. Berjuang untuk Islam. Bukannya hentam org Islam. Dah la Islam kat Malaysia ni 15 juta org ye, tu pun nak berpecah. Teman bukan nak kutuk, tapi teman bengang tengok org Islam/Melayu bergaduh sesama sendiri. Dah UMNO bersedia nak muzakarah, terima ye la. Ini dak, nak jugak duk bawah celah kangkang DAP.
wah marah nampak YB..dengar YB cabar mufti perak ye..bagus2...saya sokong..hari tu forum perdana pun..dia cerita pasal ekonomi Melayu tak pasal2...rase dia ni memang ejen UMNO la...bayangkanlah..cerita tajuk forum..1Malaysia...terus direct ke ekonomi Melayu.. heheh..kalau bukan Melayu yang miskin tapi cina ngn india..agak2 harusani ni nak sebut tak pasal ekonomi india dan cina yang mundur..well kalaulah!!!!!!
Itulah, tiap kali buka harakah online n terbaca komen2 atau kenyataan dari Hj Mahfuz ni... hati mesti terdetik.... kenapa dia ni suka buat kenyataan yang sangat tidak bijak..... kesian penyokong PAS dapat naib presiden macam ni... berubahlah Hj. Mahfuz.... gunalah akal dan berhemahlah bila menulis.
mzm..apa komen ko lak ngn sepuluh ribu malah beribu penyokong UMNO yang kata PAs ajaran sesat..pkr kencing rakyat dan DAP babi dan anjing?? komen sikit wahai pemuda UMNO Malaysia.. wahahaha..
hmmm.. sedara manjungmari.. kalau sedara tak tahu, ataupun sedara tak ambil tahu.. baju yg yb pakai tu, bukannya baju terima pingat.. itu baju ahli parlimen.. hmm..
kata bodoh kang marah.. tapi itulah hakikatnya pemuda umno.. ataupun cybertrooper, yang dibayar 2000 sebulan(atau mungkin dah naik) untuk menggadaikan maruah, melacurkan lidah demi membela umno?? kesian..
kadang-kadang tu, berkata-kata hingga boleh lari akidah.. huhu.. betul ke hanya umno saja pembela melayu??
Post a Comment