Tuesday, March 30, 2010

Apco: PAS cadang Majlis Raja-Raja campur tangan

Saya mencadangkan Majlis Raja-Raja Melayu campur tangan dalam inisiatif kerajaan melantik Majlis Penasihat Antarabangsa Apco Worldwide (IAC) sebagai syarikat perundingan total kepada komunikasi negara.

Cadangan sedemikian penting kerana dengan partisipasi syarikat yang dikaitkan dengan jaringan Zionis-Israel, meletakkan tahap keselamatan negara dalam bahaya.

"Selain mengusahakan tubuh Suruhanjaya Diraja, Majlis-Majlis Raja Melayu juga perlu campur tangan kerana isu ini secara tak langsung membabitkan kepentingan negara, kepentingan Islam.

"Isu ini adalah isu yang serius kerana berkiatan keselamatan negara dan boleh menjadi ancaman pada keamanan negara,"

kerajaan mustahil membekalkan maklumat biasa berkaitan tanah air kerana fungsi sebenar Apco adalah menguruskan komunikasi strategik ke atas rakyat.

Seperti suatu syarikat komunikasi antarabangsa yang pernah menjual maklumat strategik kepada Amerika ketika meletusnya Perak Teluk di Asia Barat, tidak mustahil perkara demikian berulang di Malaysia.

19 comments:

Anonymous said...

Ustaz..
macam tak layak panggil ustaz..
tapi saya panggil ustaz jugaklah...
baik ustaz berhenti..
ini bukan pjuangan islam sebenar.
habes rosak islam.
ustaz tak nmpk kslhn ustz.
umno pun mmg buat salah sbb mereka
bkn pjuang islam.
baik ustaz bubarkan PAS bg rede keadaan.
PAS da rosak, tak lahir islam sbnr, bkn islam kebenaran.
Ustaz berhenti, cari jamaah islam yang betul.
Pjuangan yg ustaz bawak ni slh.
Tak percaya cuba ustazz buat istikharah, msti dapat jawapan
bahawa PAS salah.
Skian.

hilbert said...

Salam 1Malaysia YB Datuk Seri Hj Mahfuz Omar,

RUKUNEGARA
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

...saya rasa jika semua pemimpin atau juga semua bakal pemimpin yang akan datang di negara ini memahami kesemua 5 prinsip didalam rukun negara sebagaimana yang tertera diatas dalam bentuk tindakan, maka saya berpendapat adalah tidak perlu lagi untuk sesiapa saja terus menyalahkan diantara satu sama lain.

Sekarang apa yang dapat kita lihat ialah hampir kesemua pemimpin terutama sekali dari pihak pembangkang, langsung tiada apa yang disebut sebagai 'integriti' didalam diri masing-masing terhadap perjuangan untuk membela rakyat, bangsa dan negara.

...tiada kejujuran sebenarnya dalam politik... kawan boleh jadi lawan dan lawan boleh jadi kawan, musuh dalam selimut simpan gunting dalam lipatan lepas tu dia akan lempar batu sembunyi tangan pulak, yang menjadi mangsa adalah rakyat...

Anonymous said...

komen 1 & 2, tak bernas langsung, bak kata orang melayu tak ada inti langsung..komen lebih pada emosi yang tak matang.

kata YB tak layak di panggil ustaz tapi dia sendiri yang panggil YB ustaz. Orang gila ke apa ni?Cakap tak serupa bikin macam Ibahim ali.

Siapa kau nak cakap kau islam yang benar. Cara kau beri komen pun dah tahu mentaliti kau sampai tahap mana.. mungkin tahap darjah 6 saja.

komen ke2 ni tak tahu datang dari mana? Macam kerbau kena cucuk hidung jer. kau tahu ke apa yang kau cakap. bukak sikit minda jangan main hentam jer..kalau pembangkang jer tak ada intergriti.
kalau rahsia negara yang kita sendiri sebagai rakyat m'sia pun tak ada akses, boleh diserahkan kepada kuasa asing berfahaman zionis, apa intergriti nama nya..
dah lah tu dibayar lagi dengan rm23juta dgn duit rakyat. terang2 APCO,ASERO adalah pertalian Israel dgn Singapura yang menjaga kepenting keselamatan,taktikal dan komunikasi.

Apa nak jadi lah pemimpin malaysia?

Anonymous said...

Dunia Melayu
Dulu ader Resident British.......
terjual negara

Sekarang ader Resident Zionist....
terjual?????

Anonymous said...

APCO : Agenda Anwar dan Al Gore

Semalam Kumbang terbaca di AIDC mengenai Al Gore mengarahkan Anwar untuk memburukkan APCO. Arahan itu dilakukan kerana APCO dikatakan terlibat dalam usaha menghalang kerajaan Kanada daripada menandatangani Protokol Kyotobersama syarikat Exon Mobil dan Talisman Energy. Klik sini.

Perkara ini ada asasnya apabila APCO antara syarikat yang mengetahui usaha jahat Al Gore dan Amerika yang ingin menindas negara membangun dengan mencanangkan kempen pemanasan global yang akhirnya memberi kelebihan kepada negara maju untuk membuat lebih pencemaran. Nama APCO juga dicemar di peringkat antarabangsa sebagai mereka yang ingin menggagalkan usaha 'murni' Al Gore yang kononnya memperjuangkan alam sekitar. Klik sini dan sini.

Bagaimana Amerika dan Al Gore Tindas Negara Membangun

Al Gore sejak bergelar naib presiden Amerika lagi giat melaksanakan kempen pemanasan global yang kononnya memperjuangkan alam sekitar. Tetapi usahanya ini ternyata mempunyai muslihat yang mendalam apabila beliau ingin mengusahakan perdagangan karbon yang memberi keuntungan dari segi wang ringgit kepada negara maju dan mereka boleh terus melakukan pencemaran.

Perdagangan karbon bermaksud negara maju boleh membeli had pelepasan karbon dari negara membangun. Contohnya negara maju A mempunyai 10 had dan negara membangun B mempunyai 10 had.

Apabila negara maju A telah mengeluarkan 10 had karbon mereka tidak lagi boleh mengeluarkan karbon dan perlu membeli had daripada negara membangun. Natijahnya had yang dibeli akan menyebabkan negara maju A akan terus melakukan pencemaran manakala negara membangun B terpaksa mengawal pelepasan karbon dan menyebabkan usaha pembangunan terbantut.

Usaha ini semata-mata ingin menyelamatkan negara maju daripada dipersalahkan berhubung pencemaran dan menghentikan pembangunan negara membangun. Perlaksanaan perkara ini banyak ditentang oleh aktivis-aktivis dan saintis -saintis alam sekitar seluruh dunia.

http://www.anwaraidc.com/2010/03/apco-agenda-anwar-dan-al-gore.html

Anonymous said...

Bagaimana Al Gore dan Anwar Terlibat

Seperti yang disiarkan dalam 2 artikel terdahulu, Kumbang pernah menceritakan kaitan Al Gore dan Anwar dalam satu organisasi bernama Generation Investment Management Group mana Al Gore sebagai pengerusi dan Anwar sebagai ahli lembaga penasihat organisasi yahudi yang menaja syarikat Israel sebanyak 10 juta US Dollar itu.

Isunya di sini ialah apabila penubuhan Generation Investment Management Group sebenarnya adalah ditubuhkan untuk melaksanakan projek alam sekitar yang dicanangkan Al Gore dan memberi keuntungan kepada organisasi itu. Perkara ini ada ada dilaporkan oleh hubpages.com dan prisonplanet.com laman web Amerika yang menyatakan Al Gore menubuhkan organisasi itu semata-mata untuk memperoleh kekayaan dan berselindung di sebalik perjuangan alam sekitar. Klik sini dan sini.

Antara projek yang memberi keuntungan kepada organisasi itu ialah perdagangan karbon di antara negara maju dan negara membangun.

Apa yang menariknya tatkala Malaysia masih di peringkat rundingan mengenai perdagangan Karbon.Anwar Ibrahim pada tahun 2008 telah mencadangkan cukai perdagangan karbon ini di dalam perkara 41 bajet mat jenin beliau pada tahun itu.
Ini bermakna Anwar benar-benar komited dalam memajukan apa yang ingin diusahakan oleh Al Gore untuk mengayakan diri beliau dan Anwar tak akan hanya buat semua kerja ini secara percuma. Pasti ada imbuhan lumayan yang akan diperoleh.

Cadangan beliau itu menunjukkan Al Gore seorang yahudi sudah mula mengatur dan mencorak perjalanan kerajaan yang ingin ditubuhkan Anwar dengan memastikan projek beliau ada di dalam bajet Mat Jenin Anwar tersebut. Anwar sendiri mula melaksanakan tugasan rahsia sebagai ahli lembaga penasihat Generation Investment Management Group Apa nak dikatakan lagi? Anwar memang ternyata agen yahudi..
analisakumbang

http://www.anwaraidc.com/2010/03/apco-agenda-anwar-dan-al-gore.html

Anonymous said...

YB, tengok blog Rockybru, segala terang dan jelasm Anwar Ibrahim terlibat dlm segala gala nya baik APCO atau lain lain NGO yg tugas utamanya membunuh org Islam. Apakah yg sangat digemari oleh pihak Yahudi sehingga melantik Anwar ke pelbagai jawatan. Nak kat bijak tak juga, lulus pun pengajian Melayu UM kelas ketiga.Cakap pandai sampai org PAS mcm YB pun boleh percayakan dia. Inilah org yg dimaksudkan oleh DYMM Sultan Kedah, yg boleh dicucuk hidung dan boleh mengadai negara, Anwar Ibrahim.

hilbert said...

Salam sejahtera & 1Malaysia YB Datuk Seri Haji Mahfuz Omar,

...betul sangat tu anon 7:05pm.

kita boleh lihat dengan jelas, apa yang telah terjadi di Iraq...hancur leburrr...

kerana apa??? ...semuanya gara2 talibarut Amerika dan Israel yang sanggup dicucuk hidung oleh dua negara pengganas nombor 1 didunia.

Amerika dan Israel buat fitnah cakap Iraq ada senjata pemusnah besar-besaran semua orang percaya.

Lihatlah sampai sekarangpun mereka gagal membukti segala tuduhan yang direka-reka walau sebesar rambut.

sekarang Amerika dan Israel masih bersandarkan kepada pembohongan yang kedua untuk terus menipu masyarakat dunia iaitu Osama bin Laden.

Amerika menggunakan watak Osama untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka di Asia Barat padahal orang yang bernama Osama bin Laden tidak wujud dan hanyalah satu sandiwara saja sama macam watak Rambo...

Anonymous said...

kah kah kah...korang ni mangkoklah, apa kau orang punya motif ni..? sekarang kita cerita pasal APCO dan bertanya kenapa kerajaan BN umno,melantik firma asing yang berfahaman zionis mengendalikan agenda nasional yang sensitif, terutama sekali melibatkan hal keselamatan negara? Bukan kita persoalkan anwar ibrahim dgn. al gore.. apa yang korang merepek dan merapu ni.. korang ada masaalah dengan DSAI ke?
kalau korang profesional dan berilmiah, blog ini untuk mencetuskan idea yang bernas dan membangun..tak kisah lah kalau DSAI nak berbaik dengan sesiapa pun selagi beliau tidak melibatkan duit rakyat dan berlawanan dengan polisi luar negara. kalau beliau nak berbaik dengan sesiapa pun atas kapasiti peribai beliau, itu hak kita ke?
kalau lah benar DSAI berbaik dengan Al gore, adakah kerjaan BN umno pun harus iri hati berusaha untuk mendapat khidmat zionis juga sampai tidak peduli langsung sehingga negara tergadai? takde cara lain ke? dah bankrap idea?

demi kegilaan kuasa sanggup buat apa sahaja tanpa mengira risiko? jangan bermain api, kita ni kecil aje. dengan singapura pun kita kena lipat nanti..kepada pemimpin kita apa ada masaalah, duit dah berbilion bilion, aset luar negara sampai terlupa kira ada berapa banyak. kalau berlaku peperangan atau negara jatuh muflis, dia orang yang cabut dulu..terutamanya yang suka menjunjung keris.
5 tahun akan datang, kita pulak jadi bangla, myanmar merempat kat negeri orang
apa nak jadilah negara kita ni...

hilbert said...

Salam 1Malaysia 1:10pm,

sesiapa yang jadi talibarut DAP maka dialah nanti yang bertanggungjawab sekiranya rakyat dari kaum peribumi bertukar nasib seperti nasib kaum pendatang umpama Bangladesh, Indon, Afrika, Filipina dll di negara ini.

1000000 kali lebih baik jadi talibarut UMNO daripada talibarut DAP.

Sekarang sape yang mula belajar menggadai maruah bangsa dan agama kepada DAP maka tidak mustahil selepas itu dia akan gadai segalanya pulak kepada DAP dan PAP.

Apa mau takut dengan Singapura??? Kuat sangat ke dia sampai mau melipat Malaysia...aduiiiii apalah dengan pemimpin pembangkang nih, dengan Singapura pun nak takut??? ada ke...pelik,pelik,pelik,,,

Senang saja nak tunduk Singapura, putuskan bekalan air dari Tanah Melayu, biar mereka tidak mandi 7 hari 7 malam...biar berbau hangit ketiak Mr Lee Hsieng Loong tu...biar mereka merangkak atas tambak Johor nak beli mineral water...ada juga sumber pendapatan sampingan rakyat Johor menjual air, letak harga RM100 satu botol...

Jangan saja cakap pasal hendak dapat kuasa orang akan sanggup buat apa saja deminya tetapi untuk lain-lainnya juga orang sanggup, misalnya...untuk 'ciom molot' pun akan tanya 'Can I F**k You Today?"...pastu jika orang tu menolak maka dibentak dia "WHAT!?!!!... ...orangpun jadi takutlah..mahu tak mahu menyerahlah...dan lepas tu dia (si pemangsa) akan tanya "R U OK?"... hai,hai,haiiii...letih!!!

Yang hunus keris tu bukannya sungguh-sungguhpun, cuma dia acah-acah aje...bagi amaran katakan....buat orang takut je hehehe...tapi taklah sampai mahu macam sesetengah orang di Kuala Kangsar Perak dulu, sampai sanggup berbaring diatas jalanraya depan kereta Raja Nazrin Shah...itulah, kerana kuasa sanggup buat apa saja !

Anonymous said...

sudahlah mangkok tali barut ameno, sibuk dengan ketuanan melayu, nama pun pakai nama mat saleh, HILBERT, bontot pun hitam, tak payah kau nak jadi hero, kalau gaduh, kau lah orang yang pertama lari..

ada kapal selam pun tak bole selam, ada jet pun tak ada enjin..silap2 hunus keris pun tak ada bilah, sebab sama kena rembat..

pih..lah, konon nak tolong melayu, tolong masuk poket boleh lah..

balek2 subsidi.. yang beli IPP YTL, harga subsidi, jual kat TNB harga tinggi, TNB jual kat rakyat caj harga tinggi, yang kaya cukong cina, lepas tu bagi komisyen kat kroni.. itu tolong melayu namanya?
poraah.. melayu bangang kena tipu..
termasuk kau lah melayu bangang yang nama nak menyamar mat saleh, hilbert, cakap merapu

Anonymous said...

Salam buat yb dato mahfuz.
dilihat dalam perbahasan dewan rakyat yb banyak idea dalam issue semasa dan juga masaalah rakyat yang diwakili. orang pokok sena beruntung dapat wakil rakyat seperti yb.Nampaknya perjuangan kita belum selesai selagi pemimpin korup mentadbir negara. fitnah memfitnah sudah menjadi raja dihati dikalangan mp-mp bn demi mempertahankan diri dan harta dunia yang menimbul ruah bila kuasa ada ditangan. Perkara apco, saya berpandangan terlalu sirius, tetapi nampaknya yb padang rengas masih menidakan penjelasan mp permatang pauh. apa yang mahukan lagi, sehingga penjelasan yang panjang lebar dari ketua pembangkang masih dinafikan. mengapa pm masih membisu, masih mengelak, apa untungnya kepada melayu berpedana menterikan orang sebegini rupa. Kalau anak jantan buat lah penjelasan didewan, jangan dok melalak diluar dewan penggil pemberita buat ulasan. apa kejadahnya, apa untungnya kepada islam. kalau buat kenyataan diluar bermakna anak betina lah pm kita. Kita sedia maklum pm sekarang meneruskan agenda mahathir, tetapi janganlah dibohongi bangsa sendiri demi kepentingan keluarga sendiri.Jika rakyat yang matang tentu menyergah persoalan ini. Tok guru pondok dan tok nenek kita dulu pun pernah mewasiatkan kepada anak cucunya JIKA YAHUDI MAI RUMAH KITA, JANGAN BAGI DIA MASUK RUMAH, JANGANKAN RUMAH, CUCUK ATAP RUMAH KITA PUN KITA TAK IZINKAN, tetapi hari ini pemimpin kita memartabatkan yahudi.kenapa yahudi kita agongkan, sedangkan usahawan dari bangsa sendiri diketepikan. kita nampak, dan rakyat yang matang nampak, aktiviti pemimpin hari ini ADA UDANG DISEBALIK BATU. Siapa yang rugi, usahawan bangsa sendiri yang rugi, cendikiawan bangsa sendiri yang banyak mendapat ilmu diluar negara yang rugi. Setakat slogan rakyat didahulukan, cuma retorik saja, sedangkan sengsara rakyat tidak pernah dinilai. Jika beginilah sikap pemimpin, maka jangan kita salahkan diri kita jika seandainya berlaku BANGSA MELAYU MEREMPAT DIBUMI SENDIRI, TIDAK KETINGGALAN JUGA BANGSA-BANGSA LAIN YANG TELAH TURUN TEMURUN MENJADI MASYARAKAT PERIBUMI DIBUMI YANG DULUNYA DINAMAKAN TANAH MELAYU LEPAS ITU MALAYSIA. Apa yang diperjuangan yb dato dan ketua pembangkang dan rakan-rakan yang lain, rakyat MEMERHATI, dan rakyat kagum dengan wakil-wakil pembangkang diparlimen dan segelintir dari umno sendiri.Sumber kewangan yang terhad dari kita tidak boleh mengatasi permasaalahan ini, hanya yang ada pada kita doa, doa kepada Allah S.A.W yang menguasai segala-segalanya. saya teringat pepatah dari rakan kita dari bangsa cina DUIT SAMA PEREMPUAN (*****) TAK BOLEH HARAP. inilah yang berlaku sekarang. Dalam kemelut yang berlaku sekarang, kita amat-amat berharap, semua Paduka seri sultan seluruh negara perlu masuk campur dan kita mohon kepada semua raja-raja yang berdaulat perlu membuka mulut dan menegur kepincangan yang telah berlaku. MOHON TUANKU SEMUA JANGAN BIARKAN NASI MENJADI BUBUR, menegur sebagai memnghapuskan GUNTING DALAM LIPATAN. Bagi kita rakyat malaysia amat-amat berharap majlis raja-raja masuk campur demi kestabilan negara malaysia yang kita cintai ini. Wallahualam.

Captain said...

salam semua,

sungguh emosi komen tuan-tuan.

Kenapa komen taruh Anonymous..Tahniah
hilbert walaupun kau kuat penyokong BN..tetapi kau anak jantan yang lebih berani dari yang lain yang berselindung..disebalik anonymous.

Anonymous said...

salam 1 malaysia

captain apa? captain bola? captain kapal? captain bar? captain america? sama juga macam anonnymous 2 X 5, anak apa pulak ni?

hilbert said...

Salam 1Malaysia Datuk Seri Haji Mahfuz,

ni Bro Captain, saya rasa bukan soal mereka takut ke berani apabila ada yang taruh Anonymous didepan bila memberi ulasan tetapi saya rasa itu juga adalah digunakan sebagai perisai sebenarnya ;-)

tetapi apa yang penting ialah apabila kita mahu meninggalkan sebarang komen didalam blog2 terutamanya milik pemimpin politik, kenalah juga kita tahu had-hadnya jangan keterlaluan dalam tulisan sebab semua rakyat Malaysia harus sedar bahawa kita semua terikat dengan undang2 negara, jadi kita semua kenalah hormati undang2 Malaysia.

Anonymous said...

undang2 hanya diguna pakai utk tujuan politik. kalau pembangkang buat silap, akan diwar warkan dan menjadi isu sensasi, manakala gerombolan umno pula melakukan kesalahan akan dipejam sebelah mata. yang kantoi hanya ikan bilis. mana kes balkis, mahligai khir toyo, PKFZ, stadium runtuh? dan banyak lagi lah kalau nak bawa keluar dan berharga berbilion-bilion.
sebab apa senyap,sebab kroni punya kes.cuba kalau pembangkang punya kes rm2ooo pun siasat sampai ada yang hilang nyawa.
kalau pembangkang buat demostrasi, kena belasah, siram air, gas pemedih mata, walaupun secara aman. tapi kalau gerombalan umno buat demostrasi, semuanya secara aman. rakyat bukan bodoh lagi dan boleh menilai undang2 berat sebelah.

Anonymous said...

yg komen2 ni suma bangang, tak da keja lain.. buat apa buang masa kat blog bodo ni, baik balik umah jaga anak bini.

Anonymous said...

termasuk lah kau pun bangang, yang kau pergi masuk blog ni watpe? kau lah yang paling bangang dan baghal..

Anonymous said...

assalamualaikum....
sy mnta maaf jka sy trkasar...inikah orang melayu atau lbh kpada orang melayu islam sy btol x faham larrrr knapa erk kbnyakkan ank datuk @ ank orang kya(sesetengah)mcm x faham je maksud islam sebenar....bkan kah dlam islam mnyuruh kta mnutup aurat dan berpakaian span tp knapa ank dtuk tdak brpakaian span(bg sy)...pas kew...??? islam kew???? islam hadari kew???? sya ingt ank dtuk mahfuz tak sma mcm orng lain tp hakikatnya sma jew....pkai seluar jean ketat,up tdung dan selebihnya sy tak tahu.....