Monday, November 30, 2009

Pengganti Tuan Guru: Hentikan berbalas kenyataan dalam media

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak sepatutnya ditekan untuk menamakan penggantinya dan semua kenyataan pemimpin PAS mengenai perkara itu mesti dihentikan.

"Jangan paksa Tuan Guru mencadangkan penggantinya. Beliau tentu mempunyai perkiraan, perhitungan dan kebijaksanaan sendiri untuk memilih masa yang sesuai untuk mencadangkan siapa penggantinya,"

Saya ingin menyifatkan tindakan berbalas-balas kenyataan mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media memberi tekanan kepada Tuan Guru menamakan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Walaupun tindakan menyuarakan pandangan mengenai perkara itu adalah hak demokratik masing-masing, tetapi berbalas-balas kenyataan sesama sendiri mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media boleh mengakibatkan implikasi yang lain.

"Lebih dari itu, semua pihak jangan membelakangi tertib organisasi di dalam PAS.

"Dari segi peraturan berorganisasi di dalam PAS, Tuan Guru atas sifatnya sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan boleh mencadangkan nama penggantinya kepada dan di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk dipertimbangkan.

"Begitu juga, ahli-ahli mesyuarat yang lain di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat juga boleh mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan.

"Tetapi, dari segi kaedah berjemaah di dalam PAS, keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang dipilih oleh muktamar,"

Bagaimanapun, pandangan dan hasrat Tuan Guru sebagai pemegang jawatan itu kini dan lebih dari itu sebagai Mursyidul Am biasanya diberi keutamaan untuk dipertimbangkan oleh mesyuarat tersebut.

Saya juga ingin menjelaskan, setiap kali PAS mendapat kerusi majoriti di mana-mana negeri selepas pilihan raya, nama orang yang mendapat kepercayaan parti untuk menjadi Menteri Besar di kemukakan oleh Presiden PAS kepada Sultan negeri yang berkenaan.

"Presiden PAS pula mengemukakan nama tersebut kepada Sultan yang berkenaan setelah dipersetujui oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat,"

Saya meminta semua pihak agar memberikan kepercayaan kepada Tuan Guru untuk memilih masa yang sesuai bagi mencadangkan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan dan juga kepada mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk mempertimbangkan cadangan beliau dan membuat keputusan mengenainya.

"Saya yakin semuanya akan berjalan dengan lancar mengikut tertib berjemaah dan berorganisasi di dalam PAS,"

3 comments:

kawan lama yb.. said...

YB..tolong baca ini..

KEBANYAKAN PEMIMPIN PAS GILA MICROFON REPORTER

Posted by RAKYAT MARHAEN

Penulis Tamu - kedahlama,

BN dan UMNO tak akan buat sesuatu yang merugikan depa. Sebelum depa keluagkan apa-apa isu atau strategi, depa akan kaji. Depa ada 'think tank'. depa ada pakar saraf. Tapi depa tak tunjuk dah hebahkan sapa jawatankuasa gerak saraf depa. Depa hantag orang-orang depa menyusup masuk dalam kem-kem pembangkang. Strategi depa licik. Depa buat kajian dan buat tindakan secara halus.

Berbeza dengan kita. Dalam setiap pilihanraya, kita syog sangat nak dedahkan dan hebahkan sapa yang jadi AJK Gerak Saraf. Tag Nama terpampang di dada. Kalau boleh nak buat banner besag-besag nak habag kat orang mengatakan kita ni 'Geng Gerak Saraf'...Rasa bangga dan hebat. Kalau diizinkan kita nak habag biag semua orang tau yg kita ni orang penting dan join geng gerak saraf. Kalau boleh jugak kita nak boh Tag Nama biag sama besag dengan badan kita.

Itulah bodohnya kita. Dungunya kita. mangkoknya kita. Lama saja dalam politik, tapi terlalu jauh kebelakang dalam berpolitik. Masih rtak cerdik dan bertindak secara primitif dan kuno. Dunia dah lama berkembang dengan IT. Tapi kebanyakan pemimpin kita masih ramai yang buta IT.

Satu lagi yang jadi senjata makan tuan ialah apabila pantang disua microfon dan ditanya oleh pemberita. Pantang hulog microfon kira nak jawab saja. masa jawab tu bukannya ingat pun bahawa itu satu perangkap yang akan makan diri. Jawab dengan confident, tapi rupa-rupanya makan diri. Banyak kali juga aku tengok Presiden PAS dan Setiausaha Agung PAS dengan rasa bangganya menjawab soalan dari wartawan. Penuh kesungguhan, rupa-rupanya jawapan yang diberi adalah jawapan bodoh yang akhirnya makan dan perangkap diri.

Sama juga dengan YB Mahfuz Omar, seronok sangat nak jawab soalan wartawan. Penuh yakin dan rasa puas bila dapat microfon. Rupa-rupanya semuanya makan diri. Agaknya beberapa pemimpin ni gila microfon nak jadi glamour kot. Maklumla muka boleh masuk TV3 suku, TV9,TV7 dan Astro Awani. Tapi tulah perangkap yang sebenagnya dipasang oleh UMNO dan BN.

Tapi apakan daya kerana kebanyakan pemimpin kita ni gila nak bercakap dan pantang dapat microfon dan nak jadi glamour. Maka lama kelamaan jadilah pemimpin-pemimpin ni bahan ujikaji oleh UMNO dan bahan eksperimen untruk jatuhkan pembangkang. Selagi perangani dan gila microfon tak berubah di kalangan pemimpin PAS, maka selagi itulah BN dan UMNO akan terus tersenyum dan berjalan dengan gagah untuk tumbangkan PAKATAN RAKYAT.

Hampa tunggui tengoklah cakap aku ni...

p/s..baca komennya sama..

Anonymous said...

Bukan takat gila microfon, tapi samseng tak ketahuan hala.

Bila ada PRK, lagilah gila. Macam nak bunuh orang. Pakai jeket, dok hebat. Kadang jadi trafik, gati polis. Pasukan keselamatan, konon. Keghja jaga keselamatan tu keghja Polis, bukan keghja depa. Tapi, bila PRU, depa tak buat penghangai macam tu pun.

Dulu Pemuda PAS tak jadi gila macam tu. Sejak2 berkawan dengan PKR jadi semakin gila.

Budaya macam tu bukan budaya Melayu. Dalam demokrasi, kita lawan dengan isu lah. Ok fer, BN kalah di Kedah bukan kerana PAS kuat Dato' Mahfuz, tapi kerana kesempatan yang Anuar Ibrahim ambil, tarik undi India dengan perjuangan Hindraf dan tarik undi Cina dengan perjuangan marah kapada Khairi dan Pak Lah. Jadi, BN kalah di Kedah.

Kena ingat!!!!, BN kalah di Kedah, keseluruhan hanya dengan undi 1000 lebih jaaa...

Anonymous said...

Bukan takat gila microfon, tapi samseng tak ketahuan hala.

Bila ada PRK, lagilah gila. Macam nak bunuh orang. Pakai jeket, dok hebat. Kadang jadi trafik, gati polis. Pasukan keselamatan, konon. Keghja jaga keselamatan tu keghja Polis, bukan keghja depa. Tapi, bila PRU, depa tak buat penghangai macam tu pun.

Dulu Pemuda PAS tak jadi gila macam tu. Sejak2 berkawan dengan PKR jadi semakin gila.

Budaya macam tu bukan budaya Melayu. Dalam demokrasi, kita lawan dengan isu lah. Ok fer, BN kalah di Kedah bukan kerana PAS kuat Dato' Mahfuz, tapi kerana kesempatan yang Anuar Ibrahim ambil, tarik undi India dengan perjuangan Hindraf dan tarik undi Cina dengan perjuangan marah kapada Khairi dan Pak Lah. Jadi, BN kalah di Kedah.

Kena ingat!!!!, BN kalah di Kedah, keseluruhan hanya dengan undi 1000 lebih jaaa...