Pakatan Rakyat mendesak supaya satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan segera bagi menyiasat secara mendalam penglibatan APCO Worldwide dalam urusan keselamatan negara.
"Saya bersetuju dengan kenyataan yang telah dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Suruhanjaya Diraja perlu diwujudkan dengan segera agar siasatan terperinci dapat dilakukan terhadap penglibatan APCO dan juga tindakan yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melantik APCO sebagai penasihat komunikasi negara.
"Majlis Raja-raja perlu mengadakan mesyuarat khas bagi menbincangkan masalah ini dan tidak perlu tunggu nasihat dari Perdana Menteri kerana kita tahu Najib tidak akan menasihat Majlis Raja-Raja agar Suruhanjaya DiRaja agar ditubuhkan.
"Majlis Raja-Raja perlu segera tubuhkan Suruhanjaya DiRaja agar siasatan dapat dilakukan dan diambil tindakan kerana ini melibatkan kedaulatan negara yang telah diancam oleh pihak asing terutamanya Israel.
"Kalau Umno mengatakan keputusan Majlis Raja-Raja menubuhkan Suruhanjaya Diraja bertentangan dengan prinsip perlembagaan itu adalah kerja mereka, tetapi keputusan yang dibuat adalah kehendak rakyat yang mahukan kedaulatan negara ini terjamin tanpa campur tangan orang asing,"
Saya juga ingin menegaskan agar perjanjian kerajaan yang ditandatangani dengan APCO dibatalkan serta merta bagi menjamin maklumat keselamatan negara tidak dicuri oleh orang luar.
"Pembatalan perjanjian dengan APCO perlu di lakukan segera dan setiap pembatalan tentu ada kerugian yang akan berlaku jadi bila berlaku kerugian mesti ada pihak yang perlu dipertanggungjawab. Ini adalah kerana kesilapan yang telah dibuat di atas perlantikan tersebut,"
Saya juga kesal kerana sehingga sekarang tidak ada penjelasan dari pihak kerajaan mengenai isu APCO.
"Kita lihat isu ini sangat penting kerana institusi keselamatan negara seperti polis dan tentera telah ditentukan halatuju mereka dan ia terdedah kepada penguasaan pihak asing terutamanya Israel.
"Ini sangat merbahaya kepada masa depan negara. Sepatutnya kerajaan perlu menjelaskan hal tersebut bukannya mengambil tindakan mengheret Anwar ke Jawatankuasa Parlimen bila beliau mendedahkan penglibatan tersebut, mengheret Anwar bukannya satu penjelasan.
"Pendedahan yang dibuat oleh Anwar itu merentasi persoalan 1Malaysia ataupun Satu Israel tapi ini soal maruah dan kedaulatan negara yang dipelihara bukannya dijual kepada pihak luar lebih-lebih lagi pihak Zionis.
"Perdana Menteri perlu berani memberi penjelasan bukannya menjadi seorang yang penakut berhadapan kenyataan sebenar kerana perlantikan itu atas keputusannya sendiri,"
9 comments:
cadangan penubuhan suruhanjaya untuk menyiasat apco dilihat sebagai membazirkan duit rakyat. Semua benda yang berlaku kena tubuh suruhanjaya. Penubuhan suruhanjaya memerlukan sumber kewangan yang banyak. Pada waktu negara sedang menghadapi masalah kewangan penubuhan ini dilihat sebagai satu pembaziran.
Daripada memberikan duit kepada APCO lebih baik tubuhkan suruhanjaya. Soal APCO bukannya perkara kecil. Ini melibatkan soal keselamatan negara
hehe kelakar... ;-)
Lepas ni tubuh suruhanjaya siasat AnuAr yang selalu sangat burukkan negera kat luar. Pastu buat suruhanjaya siasat ahli parlimen yang terlalu 'cerdik' macam saudara bagaimana boleh jadi ahli parlimen, boleh? ekekekekekekekekk
betul ke makna mahfuz (محفوظ) diawetkan....?
mmmmm....
patutlah....
please wake up from dream~~~israel bangasa laknatullah jelas dalam al-Quran. Rujuk s. al baqarah, baca asal usul sejarah bangsa yahudi ini..betapa byk kerosakan kepda manusia mereka lakukan,kekejaman dari dulu hingga kini...syukurlah kalian tidak dijadikan dari kalangan bani israel.bercakaplah dari sudut muslim jika kalian ini orang muslim...jangan menyesal kalau negara tergadai kepada bangsa ini sekiranya anda masih buta dalam menilai yang kebenaran di mana...
cukup la..cukup la sampai sini..
cukup la..cukup la menabur fitnah..
cukup la melacurkan agama untuk kepentingan sendiri..
ingatlah kita semua akan MATI..kita semua akan menghadap ILAHI..
tubuh s/jaya membazir duit rakyat,ermm yg ambil perunding tu tak guna duit kot..
geli hati plak bila dengar `nak berjimat`.
skrg ni, pelajar nak tggal di asrama weekend pon kena bayar..
awat miskin sgt negara pengeluar petrol ni ar?
Post a Comment