Friday, July 17, 2009

PAS desak kerajaan laksanakan liberalisasi politik

PAS mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan liberalisasi politik dalam usaha untuk memulihkan ekonomi negara yang kini berada pada tahap yang semakin kritikal.

Liberalisasi ekonomi yang dilaksanakan tidak mencukupi dalam usaha kerajaan mahu memulihkan ekonomi negara.

Untuk melaksanakan liberalisasi politik, kerajaan perlu memulihkan sistem kehakiman negara yang bukan hanya diragui oleh rakyat tempatan tetapi turut terkesan kepada pelabur-pelabur luar.

"Bagaimana pelabur luar mahu datang ke negara ini jika sistem kehakiman negara diragui kerana mereka bimbang jika berlaku sesuatu perkara, keadilan tidak dapat ditegakkan akibat krisis badan kehakiman negara.

"Selain dari itu, amalan rasuah yang bermaharajalela juga memberikan kesan dalam usaha untuk memulihkan ekonomi negara yang kini berada dalam keadaan kritikal.

"Liberalisasi ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri tidak berjaya menarik perhatian pelabur luar kerana hingga kini mereka masih tidak datang biarpun peluang sudah dibuka,"

Selain dari memulihkan sistem kehakiman dan menghapuskan rasuah, kerajaan juga perlu memberikan kebebasan kepada media untuk melaporkan tentang ketidak berkesanan kerajaan dan mengkritik dasar yang dibuat kerajaan.

Membenarkan media bebas mengkritik dan mendedahkan kegiatan rasuah akan membantu kerajaan mentadbir negara dengan lebih berkesan dan akan menambah keyakinan kepada pelabur luar untuk datang ke negara ini

2 comments:

bdb said...

Mahfuz, hadiah peribadi Zai**ddin gelang emas pada Pak Usop dgn YB Roshidi pakai duit company tu kira macam mana pulak?? Tak rasuah ka?

Mentor dia, GMD BDB, Ja**bar S**iq, buat renovation rumah, pakai anak syarikat BDB Con., kerah tenaga pekerja suruh tunggu sampai tengah malam, nak letak kategori apa? Guna kemudahan anak syarikat untuk kepentigan peribadi? Benda ni semua jadi kat orang-orang pilihan PAS. Dia kata la dia bayar. Harga barang saja kut... Harga upah buruh??? Free la no..

Tapi nak buat macammana. Bila MB dah berkenan, halal la kut..?

Anonymous said...

PAS harus berwaspada dengan Merdeka Centre. Elakkan dari mengambil bahan-bahan kajian MC utk dibincangkan dlm mesyuarat pusat. Walaupun ia benar, tetapi ia senjata pemusnah paling ampuh yang dibangunkan CIA.
- underground spy