Friday, July 10, 2009

PPSMI, pemimpin Umno/BN lembab befikir, keputusan belum boleh dipercayai

Keputusan yang diambil kerajaan Umno/BN memansuhkan PPSMI hanya berkuatkuasa 2012 ini menunjukkan mereka lembab berfikir, dan hanya bermotifkan politik.

Keputusan ini adalah kejayaan rakyat menekan kerakusan dasar kerajaan yang hanya mementingkan soal keuntungan sebilangan kecil kroni, walhal dasar itu adalah memangsakan rakyat.

"Semasa Tun Mahathir Mohamad mengumumkan dasar itu dahulu, merekalah (Dato' Seri Najib, Muhyiddin Yassin, Hishamuddin Tun Hussien dan semua pemimpin BN yang buat keputusan memansuhkan PPSMI) juga yang mengampu dan mencanangkan bahawa dasar PPSMI itu baik,"

Mereka ini juga yang menyokong bersungguh-sungguh dan mempertahankan satu dasar yang merugikan rakyat dan menggadai masa depan anak bangsa.

Namun, ketika itu mereka ini lambat berfikir, tidak mempertimbangkan kesan buruk, akhirnya selepas enam tahun barulah dasar itu hendak dimansuhkan.

Lebih malang lagi, pemansuhan yang hanya akan berlaku tiga tahun lagi akan terus memangsakan lebih ramai pelajar yang kini sedang mengalami masalah kerana dasar yang 'tidak bijak' ini.

Walhal, ketika dasar itu diumumkan Tun Mahathir, pemimpin PAS, ahli bahasa dan kalangan pembangkang telah membantah keras pelaksanaannya, dan pendirian itu konsisten hingga kini.

Saya melihat tindakan kerajaan yang hanya mahu memansuhkan PPSMI pada tahun 2012 adalah bermotifkan politik semata, walhal sepatutnya ia dihentikan segera pada tahun hadapan.

"Patutnya ia dimansuhkan hingga tamatnya persekolah akhir tahun ini.maknanya tahun hadapan dasar itu tidak perlu lagi dilaksanakan.Kenapa mereka tidak mansuh segera, jawapannya ialah kerana masih ada projek termasuk membekal buku, lap top dan peralatan sebagainya yang diberi kepada kroni dalam dasar PPSMI ini,"

Belum tentu dimansuhkan pada 2012?

Paling membimbangkan, keputusan ini juga tidak boleh dipercayai akan pelaksanaanya tiga tahun lagi memandangkan dasar kerajaan sering bertukar.

Saya bimbang, jika BN berjaya kekalkan kemenangan kerajaan pusat pada pilihan raya akan datang (ke-13), keputusan pemansuhan pastinya boleh berubah dengan pelbagai alasan.

"Ini sering berlaku kerana pemimpin yang ada hari ini jugalah yang mengampu dasar PPSMI ini semasa ia diumumkan Tun Mahathir enam tahun lalu,"

"Kena bagi signal bukan sahaja kita menolak PPSMI, kita juga menolak pemimpin yang hipokrit dan kerajaan yang tidak memikirkan kepentingan, masa depan rakyat,"

Saya percaya rakyat hari ini sudah tahu akan tembelang kerajaan Umno/BN, dan pastinya keputusan ini (memansuhkan PPSMI) tidak akan dilihat rakyat sebagai sumbangan kerajaan, sebaliknya ia adalah kegagalan kerajaan sejak dahulu dalam memikirkan masa depan rakyat secara serius.

8 comments:

masdarwahid.blogspot.com said...

salam yb. harap dpt berkunjung ke sarawak selepas manik urai. dgr khabar pru sarawak akan di bubar serentak dgn dun perak hujung tahun ini.

manatuhanallah said...

ALLAH BERADA DI BUMI MENJELANG KIAMAT!!!!

Tenang-tenangkan diri...
Sila layari http://manatuhanallah.wordpress.com/
Terima Kasih

Krulayar

Anonymous said...

bukan nak kata la..bila cakap x pakai otak mcm ni la jadi dia..kalau hapus tahun depan mcmmana dgn budak form 4 tahun ni??tahun ni belajaq dlm bi tahun depan belajaq dlm bm..lg la menyusahkan budak2 tu..kenapa 2012??tahun 2012 budak form 1 tahun ni dah form 3..depa la last yg belajaq sains dan matematik dlm bi..tu pon nak kena terang ka??x bleh pikiaq??

Anonymous said...

Mahfuz, Hang mengaji dulu sampai dak Tingkatan 5 ???

Anonymous said...

PPSMI, pemimpin Umno/BN lembab befikir, keputusan belum boleh dipercayai

YB je yg hebat... cakap buleh la...

Anonymous said...

Mahfuz, hang tolong pi tanya Pak Usop dan YB Roshidi, selaku ahli lembaga pengarah DRSB, depa ada terima hadiah gelang emas waktu anak depa menikah baru-baru ni, pemberian peribadi dari GM DRSB. Duit tu kabarnya pakai duit company. Boleh ka?? Hang tolong pi check tengok.

Anonymous said...

http://syahrilkadir.wordpress.com/2009/07/10/bila-anak-melayu-dirawat-di-gereja/

Anonymous said...

Wahai Yang Berkhidmat..ops..Berhormat, macammana?? Dah berjumpa ke belum Pak Usop dgn YB Roshidi?? Yelah, berkaitan gelang emas tu..

Mai sini ambo nak cerita. Cerita ni pun setahu ambo, ramai yang dah tahu dikalangan BDB, juga dikalangan 'pejuang'(?) dalam PAS, tapi..,setakat tahu saja lah. Tak ada apa pun tindakan yang diambil.

Nak pi cerita kat Pak Usop & YB pun, harhuih depa nak percaya..Yelah, semuanya dah nampak cantik.., molek belaka lah yang dok ada lanie..

Hangpa pun satu, nak lantik 'kucing' jadi ketua pun, selidiklah dulu background. Takkan setakat dah kena bodek, hangpa terhuih kelabu mata. Biasalah, time duk kat ataih ni, 'kucing' kurap pun ada yang mai duk gesek kaki..manja.. Kucing yg duk ada kat DRSB ni, macammana la yang hangpa boleh berkenan?? Kucing hitam ni kuat pancut merata. Mentang mentanglah hangpa duk cover dia, hangpa tak tengok ka apa dia duk buat aniaya kat orang? Sapa sapa yg dia tau cuba mendedahkan salahlaku dia, habih dia suruh resign. Termasuklah Ketua Akaun DRSB yg semestinya tahu salahlaku dia. Kes gelang ni juga jadi satu punca. Gelang tu dia bagi hadiah peribadi pada Pak Usop & YB Roshidi. Tapi akhirnya dia buat claim menggunakan akaun DRSB. Mana boleh bro..