Wednesday, July 1, 2009

Ahli Parlimen PAS akan mengadakan 'perkampungan' di Manik Urai

Ahli-ahli Parlimen PAS akan adakan program berkampung selama tiga hari di lokasi (dalam Dun Manik Urai) yang ditetapkan oleh pihak sekretariat bagi kempen pilihan raya kecil Dun Manik Urai.

Program 'berkampung' itu akan bermula pada 6, 7 dan 8 Julai ini sebaik selesai proses penamaan calon.

Program itu akan menumpukan kepada gerak kerja kempen aktiviti kemasyarakatan khas di tempat yang telah dikhususkan. Selepas program 'berkampung' itu, ahli-ahli Parlimen PAS bebas untuk berkempen di mana-mana kawasan lain di Manik Urai.

Program yang dikelolakan oleh Pengarahnya, Dr Hatta Md Ramli akan menumpukan kepada aspek khidmat masyarakat, program kesihatan, motivasi pendidikan, keagamaan dan program jumpa pengundi.

"Kita juga akan buat program hari keluarga untuk mendekatkan hubungan dengan rakyat di Manik Urai,"

Program yang julung kali dibuat ini diharapkan mampu menjana kemenangan PAS yang lebih besar 14 Julai ini

3 comments:

Anonymous said...

dato' klik kat sini http://nobisha.blogspot.com/

Anonymous said...

Perhimpunan 100,000 rakyat...yg datang 4,000..kesiannnnn

>>Rakyat Perak yg TAK PERNAH sokong Nizar

Anonymous said...

kesian.. kesian.. kesiannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn